Satu yang menjadi kerunsingan ibu selepas bersalin adalah mengalami masalah rambut gugur yang melampau. Bagi ibu yang bersalin anak sulung mungkin agak terkejut dengan pengalaman pertama ini. Maklumlah rambut yang gugur setiap pagi bukan biasa-biasa.
Setiap kali menarik rambut, segumpal helaian akan melekat di tangan. Itulah juga perkara yang berlaku setiap kali menyampu rambut. Adakalanya buat kita rasa bimbang.
Jangan bimbang kerana ia adalah masalah biasa bagi semua wanita. Apabila anak semakin membesar, masalah ini akan semakin berkurangan. Namun ibu boleh juga usahakan beberapa kaedah untuk merawatnya. Lima kaedah dengan rawatan dan petua alami ini adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Jom cuba.
1. Lidah Buaya
Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.
Ads
2. Santan
Caranya: Ambil sedikit santan dan lumurkan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala yang dipanaskan dengan air suam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
3. Minyak Zaitun
Caranya: Titiskan beberapa titisan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
Ads
4. Minyak Kelapa dan Zaitun
Caranya: Campurkan kedua jenis minyak ini dan sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan kemudian tutup dengan tuala. Biarkan selama dua jam kemudian basuh rambut seperti biasa.
jar of honey
5. Madu Asli
Caranya: Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Ads
6. Saderi
Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.
7. Kacang Hijau
Caranya: Rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Trend jualan makanan pada hari ini jika dilihat cukup unik dan hingga ada yang terlalu ‘berani’ membuat kelainan demi untuk menarik perhatian pelanggan.
Umpamanya jika kebiasaannya makanan akan dibungkus dengan plastik makanan akan dilipat kemas atau akan diikat dengan getah namun disebabkan ingin memberi sesuatu yang luar biasa, ada peniaga yang sanggup menggunakan paku!
Disebalik mahukan keunikan pada produk jualan, siapa sangka hal ini telah mengundang bahaya kepada pelanggan apabila salah seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan apabila imbasan Xtray dilakukan mendapati paku tersebut sudah sampai ke bahagian perut.
Ini seperti mana yang dikongsikan di twitter Public Health Malaysia
..mengeluarkan paku tersebut.
Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing di dalam makanan.
Untuk mencegah kejadian berisiko ini,
❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.
Menurut hantaran tersebut, paku merupakan ‘Food Hazard’ yang tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Guna getah )atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan.
Bahkan turut diingatkan kepada pengendali makanan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan. Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.
Dan tahukah anda bahawa sebenarnya hal ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Makanan 1983. Oleh itu jika anda menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Contohnya khasiat daripada barli dan lemon. Dikatakan barli mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ia mengandungi serat yang berkesan merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut adalah penting bagi memastikan usus berfungsi dengan sihat sekaligus berfungsi meredakan sembelit dan baik untuk mengawal nafsu makan.
Begitu juga dengan lemon. Terlalu banyak khasiatnya. Secara ringkasnya lemon sangat bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.
Salah satu cara menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi adalah dengan memanfaatkan JUS LEMON. Vitamin C yang terdapat pada jus lemon terbukti secara efektif menurunkan kadar kolesterol.
Caranya : buat jus lemon dan minum selama 30 hari berturut – turut.
Mudah bukan, hanya dengan minuman segar seperti jus lemon, sekaligus kita juga dapat mengurangkan paras penyakit kolesterol dalam tubuh kita.
Keracunan makanan, remaja 17 tahun, kanak-kanak perempuan 2 tahun meninggal dunia. Polis mengesahkan remaja 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak.
Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.
“Jam 1.30 tengah hari semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa Kedua anak pengawal keselamatan sekolah
Menurutnya, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.
“Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
Keracunan Telur: Gejala, Punca, dan Cara Mengatasi
Keracunan makanan adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh berlaku akibat pengambilan makanan yang tercemar. Salah satu sumber keracunan makanan yang biasa ialah telur. Artikel ini akan membincangkan gejala, punca, dan cara mengatasi keracunan telur.
Gejala Keracunan Telur:
Keracunan telur boleh menyebabkan pelbagai gejala, yang biasanya muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari selepas pengambilan telur yang tercemar. Antara gejala yang sering dialami termasuk:
Mual dan Muntah
Rasa mual yang disertai dengan muntah adalah gejala yang paling biasa.
Cirit-birit
Najis cair dan kerap buang air besar.
Sakit Perut dan Kekejangan
Sakit perut yang mungkin disertai dengan kekejangan.
Demam
Suhu badan yang meningkat.
Kelesuan
Rasa letih dan tidak bermaya.
Sakit Kepala
Sakit kepala yang berterusan.
Punca Keracunan Telur:
Keracunan telur biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam telur mentah atau kurang masak. Bakteria yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan telur ialah Salmonella. Bakteria ini boleh mencemari telur melalui:
Kulit Telur yang Kotor
Kulit telur yang tercemar dengan kotoran atau najis ayam.
Pengendalian yang Tidak Bersih
Penyediaan makanan yang tidak mengamalkan kebersihan seperti tidak mencuci tangan atau peralatan memasak.
Penyimpanan yang Tidak Betul
Menyimpan telur pada suhu yang tidak sesuai atau terlalu lama.
Memasak yang Tidak Sempurna
Telur yang dimasak tidak mencapai suhu yang cukup untuk membunuh bakteria.
Cara Mengatasi dan Mencegah Keracunan Telur:
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mencegah keracunan telur:
Memastikan Kebersihan
Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas mengendalikan telur.
Bersihkan semua peralatan memasak dan permukaan kerja dengan betul.
Memasak dengan Sempurna
Pastikan telur dimasak sehingga kuning dan putih telur keras sepenuhnya.
Penyimpanan yang Betul
Simpan telur di dalam peti sejuk pada suhu yang sesuai.
Jangan menyimpan telur terlalu lama. Gunakan telur sebelum tarikh luput.
Elakkan Telur Mentah
Hindari makan atau minum makanan yang mengandungi telur mentah seperti mayonis buatan sendiri atau adunan kek mentah.
Pemantauan Gejala
Jika mengalami gejala keracunan makanan, segera dapatkan nasihat perubatan. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
Keracunan telur adalah masalah yang boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan makanan yang betul. Memahami gejala dan punca keracunan telur adalah penting untuk mengambil tindakan segera dan mencegah kes keracunan yang serius. Sentiasa pastikan telur yang dimakan bersih dan dimasak dengan sempurna untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.