Pelakon tampan, Kamal Adli, mendedahkan dia sanggup cuti berlakon selama tiga bulan untuk menjaga isteri, aktres Uqasha Senrose dan anak mereka, Hawra Uqaira.
Bukan itu sahaja bahkan kata Kamal lagi, dia sanggup berulang alik Kuala Lumpur dan Sabah demi memastikan anak dan isterinya dalam keadaan yang baik.
Berada di samping Uqasha menjalani tempoh berpantang dan belajar menguruskan anak, Kamal seronok menempuhi pengalaman baru terbabit.
Bapa kepada Hawra Uqaira ini mengakui hidupnya kini semakin bertambah bahagia melihat anak membesar dengan sihat.
Ads
“Sekarang ini sudah masuk tiga bulan. Saya rasa sangat seronok sebab anak sudah mula kenal muka saya,” ujarnya.
Berkongsi kisah dirinya kata Kamal dia makin bahagia malah merasakan kehidupannya sudah lengkap bersama isteri dan anak.
“Saya cuti berlakon selama tiga bulan. Saya sangat seronok walaupun pengalaman yang ditempuhi semuanya baharu.
Ads
“Terbit rasa bahagia dan secara peribadi saya merasakan hidup saya sudah lengkap,” ujarnya berkongsi.
Tambah Kamal lagi biarpun ada cabaran tertentu namun dia gembira melalui tempoh pembelajaran itu.
Ads
“Namun, sebagai seorang lelaki yang baru bergelar bapa, wujud beberapa cabaran yang memberi ujian kerana masih belum terbiasa dengan ‘ragam’ anak kecil,” katanya.
Mendedahkan anaknya suka berjaga malam, Kamal dan Uqasha mengambil giliran untuk menemani permata hati mereka.
Anak yang cerdik pandai adalah kebanggaan ibu bapa. Malah ada yang menyediakan kelas tambahan untuk melatih anak bertambah baik.
Ada segelintir ibu bapa merasa resah apabila mendapat tahu anak berada di kelas belakang yang selalu dianggap tiada masa depan. Sedangkan tanpa mereka ketahui bahawa barangkali anak-anak kita mempunyai potensi besar dalam bidang lain.
Sebagaimana perkongsian wanita ini.
SALAH KE KALAU ANAK KITA TAK PANDAI?
Nad nak tulis panjang lebar. Tapi Nad bgtau siap2. Disclaimers. Ini adalah pendapat Nad. Mungkin cara kita berbeza-beza. It’s ok to be different opinion. No kecam2. No offense.
..
Twin Sumayyah sekarang berada dalam kelas ke 3, iaitu kelas terakhir dalam sekolah(berdasarkan jiran2 bgtaula). (Sekolah memang ada 3 kelas je dlm setiap darjah)
Sbb Sumayyah daftar lambat sikit so cikgu masukkan jela dalam kelas yg masih kosong.
Nad ok je mana2 janji ko belajar sudahla nak.
Sehingga lah 2minggu ni cikgu buat Ujian Pentaksiran Utk semua murid darjah 1..
Harini kecoh dekat group kelas sekolah Sumayyah ada yg dah kena naik kelas dan ada yg kena turun kelas.
Lepas dah rombakan pertama cikgu Rombak lagi.
Rombakan ni dia tak macam dulu. Pandai duduk kelas depan. Kau tak pandai dok kelas belakang.
Skrg ni sistem Kalau 36 org yg budak pandai yg sepatutnya duduk kelas pertama tu diagihkan pada 3group(12org) dan masuk ke 3kelas..so semua sama rata duduk kelas campur dengan budak2 yg agak lemah dlm pelajaran.. Jadi diorg akan belajar bersama2.
Takda lagi pilih kasih, homework dia lebih homework aku kurang.
Aku pun mcm haa ok la. Ada bagus juga cikgu buat mcm ni Supaya anak2 takda yg tersisih.
Sumayyah kat kelas no.3 lagi. Kelompok pandai ke tak pandai aku mmg takde milih2 janji ko belajar faham sudahla..
.
Ada Mak Pak yg mengamuk siap tunjuk sijil anak sekolah. Sijil yg lepas2. Dah masuk macam2 Tusyen Anak sy pandai dalam segala hal Kenapa tak masuk juga kelas no.1… Akk abgnya semua excellent tak pernah turun kelas. Kenapa anak sy Yg ni sy tau dia pandai dia tak jadi mcm akk Abgnya? Kenapa nak kena belajar bercampur dengan anak2 yg lemah pelajaran..
Naik hangin semualah gayanya.
Masing2 bertanya cikgu buat ujian pentaksiran berdasarkan apa?
Dah berkali kali cikgu explain dengan sistem skrg. Tak mahu juga dia faham.
Masih sampai ke Saat ni meleret leret lagi belum habis lagi mengamuk tu. Aku mcm biasala,Silent Reader
Last2 paling tahap kemuncak dah hamun cikgu, Cikgu terus mute kan group. Bagus juga.
ANAK TAK PANDAI TETAP AKAN BERJAYA JUGA
.
Guysss… What’s wrong Kalau anak kita kelas no.3 , no4 no5 no6 atau Waimah no 18 pun.
Kenapa Kalau anak kita kurang pandai sedangkan kita dah pun usaha.. Memang anak kita kena duduk kelas no 1 ke baru berjaya dalam hidup??
.
MashaAllah.Aku ingat dah tahun 2021 mak Pak lagi open minded. Tapi masih ada lagi Pikiran gini.
Nad faham , tahun Lepas anak kita semua byk tertinggal pelajaran. Sistem pembelajaran sekolah pun jadik Huru hara.. cikgu2 buat pengkelasan Sbb anak kita ada yg lemah memBaca dan mengira.
Jadi cikgu dapat beri tumpuan lebih dan fokus pd anak2 yg lemah ni dan kawan2 yg pandai dpt ajar sama.
Tak mustahil satu hari nanti anak2 yg di belakang ni yg akan score.
Pada Nad jadik seorang pendidik cikgu mesti nak yg Terbaik. Tak kisah la anak kita pandai atau lemah.. cikgu mmg nak anak2 semua berjaya.
Nad selalu pesan dekat Twin Sumayyah, cikgu syg semua. Kalau cikgu marah mesti ada sebab.
Sebab kita degil. Cuba Kalau kita usaha lebih, jadi budak baik ,mesti kita dapat lebih dan semua org Syg kita.
Nad faham, Setiap anak tu berbeza-beza.
Macam Twin diorang ni Kinestatik learner.
So Kalau ajar dia gitu duduk saja ngadap susah sikit.
Kalau ko ajar dia sambil main basikal, tengah jalan ajar dia baca signboard Insyallah dia Boleh buat. Setiap anak tak sama cara mereka faham satu2 perkara.
.
Anak Tak pandai Tak berjaya? Susah nak compete dengan Market?
Nad dibesarkan dalam keluarga yg meraikan semua. Kau pandai ok. Kau tak pandai pun ok.
Yg penting AKHLAK & ADAB.
Mak pesan pada semua dan segala 7keturunan kami sijil tinggi Tara gantung selimpang Anugerah Dekan Naib Canselor mana pun Akhlak takda Kau jatuh tempat terakhir.
Didik anak bukan Utk Pandai, Pandai tu satu advantage, Didik anak Utk dia jadi org yg berguna. Berbakti. Walaupun dia kurang sekalipun layanan tetap sama.
Nad sendiri pernah berada dalam kelas pertama dan terkahir.
Tapi syukur mak & Arwah Ayah tak pernah bezakan kami. Sekolah rendah Nad memang tak pandai. Pernah kena lempang pulak tu dengan cikgu Matematik sebab dah darjah 4 tak padai mengira lagi. Dahla tak pandai, pemalas pulak buat homework. Dapat sekali penampar ajaib terus excellent Math aku sampai sekarang. Terima kasih Cikgu Kamarudin 😂👍🏻
.
Dalam keluarga kami , kami ada kak ipar Professor, Abg Doctor, Ada yg belajar kemahiran sampai SPMV ada yg biasa2 saja.
Bila duduk berbual, hal anak pandai dan tak pandai bukan topik kami.
Kecemerlangan, Sijil bukan perkara yg nak dibanggakan.
Anak kita bukan bahan perlumbaan dan peragaan kebanggaan.
Begitu juga hal duit Kau kaya kah tukar Kereta apa bisnes ko untung berapa juta tahun ni semua bukan topik kami.
Mak dah pesan awal. Jgn beza2kan. Kita semua nak redha Tuhan. Jangan guriskan hati org dengan perlumbaan yg kita cipta sendir.
Banyak lagi topik2 yg menarik Boleh dibualkan.
.
Raikanlah perbezaan.
Buanglah mentality jauh2. Anak tak pandai tak berjaya, kerja teruk dah besar – Anak pandai confirm kerja Gred tinggi2.
Semua orang dah ter tulis rezeki masing2. Dia tak pandai pelajaran Tapi skill lain2 kemahiran lain dia excellent.
Kita dah Zaman meraikan perbezaan semua.
Yg ptg kita Sama2 didik anak jadik org yg Baik.
Kita tak tahu anak yg mana akan cuci kencing dan berak kita bila dah tua nanti.
.
Percayalah. Gred bukan penentu masa depan .
Didik anak kita jadik manusia yg Baik. Pandai tak pandai tulah tahap kemampuan dia.
Yg penting mereka happy pegi sekolah dan takda masalah displin.Kalau ada cepat2 kita bantu dia.💪🏻
.
Nadia Fuzi
(Mak kepada anak kelas hujung yg ok2 saja )
.
Ps/: Yg aku pening Twin Sumayyah tengah tnya. cikgu ade jual Pensel Smiggle tak dekat Koperasi sekolah
Mentang2 mak dia tokey Smiggle,
Tahun depan bakal2 jadik Tokan Pensel nampaknya.
Bila bergelar anak tunggal umum membayangkan pastinya anak tersebut akan menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibuayahnya. Anak tunggal juga tidak perlu berkongsi kasih sayang dengan adik-beradik yang lain malah kebanyakan dari anak tunggal ini lebih manja sifatnya.
Mungkin ini jugalah yang pernah dirasai oleh seorang anak remaja ini yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Danial, menjadi anak tunggal selama 17 tahun! Pun begitu pada bulan Ogos yang lalu ibunya telah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nur Ayra Delisha.
Benarlah rezeki itu datang tanpa diduga, pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim telah dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun menunggu.
Kegembiraan itu telah dikongsikan bersama wargamaya dan kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Bukan sahaja jarak usia antara anak pertama dan kedua yang begitu jauh menarik tumpuan warganet, malah warga TikTok tertarik melihat abang mengasuh adik dan keakraban hubungan dua beradik tersebut yang cukup membahagiakan di lihat hingga video ini mencecah 1M tontonan.
Memetik kisah lanjut berkenaan keluarga ini di Harian Metro, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya.
“Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen ada pelbagai reaksi diberikan malah ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman peribadi berkenaan jarak kelahiran anak yang terlalu jauh. Antaranya adalah perkongsian daripada Puan Elin Hasekh, tulisnya, “alhamdulillah macam anak sulong saya juga sis tak boleh terima ada adik sebab 4 tahun dia dengan saya, tahu-tahu ada adik merajuk dia. Bila saya bersalin dia yang paling teruja sangat”
Komen Noorrasikin Mohamad pula, ” Anak saya yang sulong umur 21, yang nombor 2 17 tahun, ada adik umur 3 tahun.
Tidak dengan itu, malah ramai yang mendoakan agar keakraban adik beradik ini terus kekal bahagia buat selama-semalanya dan mengucapkan tahniah.
Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu perempuan tidak sehaluan. Ada sahaja insiden yang membuatkan kedua-duanya berantakan sehingga memeningkan kepalan ahli keluarga lain.
Namun berbeza dengan selebriti yang sorang ini. Jika kebanyakan ibu mertua dan menantu perempuan sering berselisih pendapat, namun hal itu tidak dirasai oleh Maria dan Shahirah.
Hubungan baik yang terjalin antara mereka berdua adakalanya menimbulkan rasa iri dikalangan wanita lain. Bahkan, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera lebih rapat dengan mentuanya.
Tidak hairanlah setiap kali tiba bulan ramadan, air tangan mentuanya menjadi hidangan berbuka untuk mereka seisi keluarga.
“Lauk mak mentua yang masak, aku dah 18 tahun bersama suami, alhamdulillah mak mentua semua sponsor. Mak mentua yang sama.
“Kalau yang lama pun alhamdulillah baik. Dapat mak mentua bagus masyaAllah untungnya,” ujar penyampai radio Suria Fm ni lagi.
Dalam masa yang sama, Shiera turut menitipkan pesanan kepada semua menantu supaya berbaik-baik dengan mentua dan saling menghormati.
“Jangan kurang ajar dengan mak mentua, jaga hati walaupun dia bukan ibu kamu sendiri. Kalau dapat mentua jenis yang berkira, tak perlu nak melawan atau apa.
“Biar kita beli sendiri, selagi kita mampu, kita larat. Kalau ada tak apa, kalau tak ada tak apa. Mana yang baik tu kita ambil,” jelas Shiera lagi.
Dalam pada itu, Datin Maria Arshad dalam satu kenyataan sebelum ini berkongsi hubungan baik dengan menantunya itu. Maria yang mempunyai tujuh orang anak dan lima cucu menyifatkan Shahirah sebagai individu yang boleh dibuat rakan.
“Sebenarnya saya lebih banyak telefon Shahirah daripada Ijoy. Bila ada kecemasan atau perkara yang saya nak tahu, saya hubungi Shahirah dan dia sangat membantu.
“Menjaga hubungan mertua dan menantu ini mudah. Saya jarang menyibuk dalam hal rumah tangga anak-anak saya dan seboleh-bolehnya tidak mahu mencelah.
“Saya bagi kebebasan kepada mereka. Tambahan pula hubungan saya dengan ibu bapa Shahirah cukup rapat,” dedah Maria.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.