Paru sambal berlado sering dinikmati bersama nasi lemak mahupun nasi putih. Paru atau kelempung yang dimasak pedas berperisa cukup mengundang selera. Memang selera rakyat Malaysia yang sukakan masakan bercili begini.
Nak masak paru sambal berlado tidaklah sesuah mana pun. Kalau anda tak suka paru, boleh gantikan dengan daging atau isi ayam. Cara masaknya sama sahaja, cuma tukar bahan utama. Boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Haznita Hadzmi ini.
Resipi Masak Paru Berlado
BAHAN-BAHAN:
Paru @ kelempung secukupnya
Garam
Serbuk kunyit
1 batang serai – dititik
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
Cili merah
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
(jumlahnya bergantung pada jumlah paru yang digunakan)
Sedap Makan Dengan Nasi Putih & Nasi Lemak
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan paru @ kelempung dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
Ads
2. Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
Ads
5. Sementara itu, kisar kasar cili merah, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Jumlahnya bergantung pada berapa banyak paru yang dimasak.
6. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, tumis serai yang telah dititik.
7. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar. Tumis sampai pecah minyak. Untuk rasa sambal yang lebih sedap, boleh masak guna api sederhana dan lama supaya lebih menaikkan rasa sambal.
8. Tambah gula dan garam dengan secukup rasa.
Ads
9. Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal.
Hujung minggu ni pastinya para ibu akan memasak menu kegemaran ahli keluarga. Malah ada juga yang ingin memasak hidangan istimewa buat keluarga. Salah satunya, untuk membuat pulut kuning yang dimakan dengan rendang.
Namun, untuk memasak pulut kuning memerlukan skill supaya pulut kuning lembut dan dimasak dengan sempurna. Ikuti perkongsian puan Masmira Idris
yang berkongsi resipi sehingga ramai yang share. Ikuti caranya.
Saya nak share resepi dan tips utk masak pulut kuning jd cantik, merelit, lemak, lembut, n sebiji² (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dr mak sy, sy guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dh.. Alhamdulillah jd sumber rezeki, yg penting customer selalu rindu nk order lg hehe
Bahan² n steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nnt pulut kuning jd benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yg pnjg skit, elakkn yg jenis montok² hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dlm 2 sb (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas blk dgn air paip.. Sejat dgn penapis
* perlu bilas blk utk hilang kn bau kunyit berlebihan n pulut tahan lama.. Please jgn guna perwana ?
.
2) Halia 1/2 inchi (wangi n buang angin)
– kupas n cincang nipis² n paling halus
*org yg mkn x kan prasan pon ada halia dlm pulut
3) Daun Pandan 5helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 n ikat utk letak dlm pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 jgk utk buat lapik pulut dlm periuk kukus..
4) Panaskan air dlm pengukus, n Masukkan beras pulut dlm pengukus, halia cincang tabur bg sekata dlm pulut, dan daun pandan td.. Tutup dan kukus dlm 15-20 minit ikut pd jenis pengukus atau Kuantiti pulut.. So kukus smpai pulut dh msk.
5) santan fresh n pekat : 250-300 gram
– dlm besen sederhana, masukkn 2 cwn air panas (baru didih, sy guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sb gula, 1.5 sk garam. Larutkn gula dan garam.. Then masuk kn santan pekat td.. Kacau2 smpai rata sebati.. Test rasa tgk, ada masin n manis sikit..
6) Sediakan besen yg agak besar, masuk kn pulut yg dh siap dikukus td.. Keluarkn daun pandan.. Tuangkn kuah santan yg dibancuh td ke atas pulut.. Terus kacau2 smpai sekata semua.. Jgn risau tgk kuah santan tu byk (org kedah kata berlaut?) sbb satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jd lembut.. Make sure kacau pulut smpai rata hilang ketul..
Then tekan² n ratakan dlm besen td, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok utk packing atau mkn..
*** pulut yg cukup lemak, kita akan nmpk santan tu mcm bertali putih² kt senduk..
*** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus blk kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sblum masuk santan.. Kalau kukus blk nnt pecah minyak n lemak santan..santan x lekat pd pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sbb kita dh bancuh santan dgn air panas..
*** yg ni resepi dan cara keluarga sy.. Terpulang pd kwn2.. Sy sekadar berkongsi tips utk dapat kn rasa yg sedap n tekstur pulut yg cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sbg sumber rezeki..
Try lah kawan² insyaallah menjadi dan puas hati ?
#foodbymasmira #masmirafoodandservices
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peribahasa ada mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ dan itulah yang paling tepat untuk menggambarkan betapa dua sahabat baik ini berusaha gigih membuka gerai ‘Pulut & Kopi’ untuk mencari duit poket dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (master).
Bertemankan dengan sebuah van usang dan sekaki payung, dua wanita ini yang dikenali sebagai Nor Fazrina Fazrin Hassan, 27, dan Iffah Irdina, 25 memulakan bisnes yang dahulunya bermula dari rumah kini perniagaan mereka semakin di kenali ramai malah menjadi sebut-sebutan.
Difahamkan dua sahabat ini saling bersahabat baik ketika masing-masing menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Selepas tamat degree pada tahun 2019, mereka mula menjual pulut serta rendang secara online. Mereka juga lakukan COD (cash on delivery) kepada pelanggannya.
Memetik cerita yang dikongsikan bersama mStar disebalik pembukaan gerai mereka, nyata punya kisah yang cukup memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lainnya.
“Bila nak sambung master, kami teruskan bisnes ini…susah juga kalau belajar dan bekerja dengan mana-mana company sebab terikat. Lebih mudah jika bekerja sendiri sebab kita boleh manage masa sendiri.
“Bermula Fabruari 2021, kami beranikan diri buka gerai kecil tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang sehingga sekarang. Konsep yang kami ketengahkan adalah ‘old school’ untuk tampilkan kelainan,” jelas Iffad Irdina atau lebih mesra disapa Irdina.
Beli Van Usang RM200
Menurut Irdina lagi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi mereka pada peringkat awal pembukaan gerai tersebut sebelum berada pada tahap sekarang.
“Mula-mula lagi kami sudah berdepan cabaran, kami naik motor je COD kepada pelanggan. Kemudian bila nak buka gerai, kami ragu-ragu juga. Boleh ke orang terima kombunasi pulut dan kopi. Tapi kami tekadkan juga.
“Kami beli van usang dari jiran dengan harga RM200 secara tunai hasil berniaga. Kami belanjakan RM600 untuk baiki sebab van tu dah tak bergerak tiga tahun. Kemudian beli payung putih untuk kenakan dengan konsep yang kami ketengahkan.
“Bila dah buka gerai, cabaran seterusnya adalah macam mana nak trik pelanggan. Ambil masa juga sebelum dapat sambutan. Kami bekerja keras buat marketing sendiri di media sosial.
“Dan kalau sebut gerai tepi jalan, sudah tentu cabaran utama adalah cuaca. Pernah juga pulut yang dijual tak sempat habis kerana hujan,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Statistik.
Resipi Dari Ibu, 5 Bulan Belajar Masak
Apabila diajukan soalan berkenaan menu yang dijual di gerai Pulut & Kopi, ternyata ada tiga menu iaitu pulut rendang ayam kuning, pulut rendang daging hitam dan pulut balado bilis petai serta 16 jenis air kopi yang enak.
“Pulut kami masak sendiri di rumah. Resipi dari ibu saya. Kami bermula dengan kosong dan dalam tempoh lima bulan belajar masak pulut. Sekarang menanal lima kg pulut setiap hari dan 10 kg pada hari minggu.
“Rutin kami bermula seawal jam 4 pagi. Selepas selesai masak, kami akan buka gerai dan tutup sekitar 3 petang. Waktu malam pula kami kena masuk kelas. Sememangnya agak meletihkan tapi kamu puas.
“Lebih-lebih lagi bila dapat sambutan, orang ramai boleh terima kombinasi pulut dan kopi. Paling terharu, ada yang sanggup datang dari jauh seperti Melaka, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya untuk merasai menu di gerai Pulut & Kopi kami,”ujar Fazrin yang merupakan penuntut jurusan Media Baru dan Visual.
Perancangan Masa Depan
Setelah setahun berniaga tepi jalan, impian mereka untuk membuka sebuah café bakal direalisasikan tidak lama lagi.
“InsyaAllah tahun ini kami akan buka café yang terletak di Bandar Teknologi Kajang.
“Buar orang muda di luar sana yang ingin menceburi bisnes, kami sarankan cuba sahaja dan kena berani. Paling penting cuba jadi kreatif, cari kelainan. Kalau sama susah juga sebab ada persaigan. Dan yakin dengan konsep yang diketengahkan,” ujar mereka lagi.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bila teringin hendak masak sup, bahan utama yang perlu dibeli mestilah rempahnya sama ada di jual dalam bentuk bunjut, serbuk mahu pun pes. Ramuan rempah yang enak akan memberi rasa yang sedap pada hidangan sup yang ingin disajikan. Maka tidak hairanlah, ibu-ibu akan menambah beberapa lagi rempah ratus untuk memberi rasa lebih menyegat pada sajian sup yang ingin dimasak.
Namun, alang-alang terpaksa menambah beberapa ramuan tersebut ada baiknya kita sendiri hasilkan ramuan rempah sup mengikut selera keluaga kita. Lagi pun, bukannya sukar untuk menyediakan rempah sup ini dan menariknya juga cukup menjimatkan dan memudahkan.
Apa tidaknya, sekali buat bahan rempah sudah boleh dijadikan stok berbulan-bulan lamanya.
Nak tahu apa resipinya? Nni dia telah dikongsikan oleh Mas Lieyana, jom semak.
HOMEMADE SOUP PASTE
“Kalau buat sup..saya lebih suka buat rempah sendiri..rasa lebih ummph gitu… Jimat woo…boleh tahan lama …simpan dlm fridge je…biasa buat boleh dpt 2. Bekas nutella…cuma kali ni upgrade sikit jadi bentuk kiub..comel gitu..haaa“- Mas Lieyana
REMPAH SUP HOMEMADE Bahan-bahan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam penapis teh.Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar. Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya masuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.
Masak Sup Cara saya
1. Tumis bawang merah/bawang besar,halia dan bawang putih yg dihiris nipis…kalau tumbuk dgn lesung lagi ummmph…tumis bawang sampai hampir kekeningan masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing..jgn hangus sudah.Time ni paling best…aroma yang tak terkata…
2.Boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yg nk dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup ..dua2 pun best…
3.Pastu masak la sup ikut cara masing2
sumber : Mas Lieyana via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di