Setiap kali raya, hidangan yang wajib ada di atas meja pastinya rendang kan, selain serunding dan gulai.

Lagi bagus bila mana itu adalah air tangan ibu kita yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun. Memandangkan tahun ini ada yang tak berpeluang pulang beraya di kampung, mahu tak mahu kenalah sediakan sendiri hidangan untuk pagi raya seisi keluarga

Senang sahaja, ini kami kongsikan resipi rendang ayam dengan cara memasak bagi anda yang sukakan rendang jenis berkuah. Cukup mudah, pertama kali buat pun dah menjadi. Nak tahu caranya, jom cuba resipi daripada Lieza Hashim ni. Selamat mencuba!
Done merendang untuk makan2 esok…
Esok bangun panaskan.. bawa office..
makan ramai2..

IKLAN

Siapa suka rendang yang berkuah macam ni..
Letak daun kunyit+ daun limau potong halus2..
puas makan rasanya.. anak2 abis diaorg cicah dgn roti, cekodok dan lain2..

#kongsirezekibersama
EDIT*
Biasa saya campak2 je.. tp utk memudahkan sesiapa yg minta secara detail..
selamat mencuba

*Resepi Rendang Ayam*
(Untuk 2 ekor ayam)

Bahan :
2 ekor ayam
Gula melaka 1 ketul ( gula pasir pun blh ikut citarasa msg2)
3.Santan pekat 500ml
4.Asam keping, garam, perisa
5.kerisik
6.Daun kunyit+ daun limau ( hiris halus)

Bahan-bahan : (kisar)
1.Bawang putih *20 ulas*
2. Bawang merah *30 biji*
3. Kunyit hidup *3 ketul sedang*
4. Halia *2 ketul sedang (agak2 je ya)*
5. Lengkuas *1 ketul ( dalam 2 1/3 inci)*
6. Cili padi 1 genggam *(ikut nak pedas mana)*
7.Cili kisar *1 senduk*
8. Serai *10 batang*

CARA -CARANYA:
1. Ayam matikan air dahulu
Masak atas kuali balik2kan hingga separuh masak.

2. Tumis bawang putih,bawang merah, masukkan cili kisar, dalam beberapa minit masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai.. masak sehingga pecah minyak. Terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit perisa.
3. Masukkan ayam, dalam bebapa minit masukkan santan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik dah agak pekat masuk hirisan daun kunyit+ daun limau.
Dah siappp