Bulan Ramadan ini, kalau tak pekena Nasi Ulam memang tak sah. Sungguhpun sekarang sukar untuk mendapatkan nasi ini namun anda boleh membuatnya sendiri.
Satu perkongsian resipi oleh Hajah Rahmah Bt Puteh Mak Mah di laman sosial telah mendapat perkongsian yang tinggi.
Rata-rata netizen sangat berterima kasih kerana nasi ulam sememangnya sukar didapati dan jika ada ianya tidak enak seperti dulu.
Berikut adalah resipi yang dikongsikan.
Bahan-bahan:-
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus
Bunga kantan hiris halus
Ikan kembung bakar ambil isinya
Ads
Lada hitam
Bawang merah kecik dihiris halus
Serai dihiris halus
Lengkuas racik halus
Halia racik halus
Ulam-ulaman daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)
Ads
Cara penyediaan:-
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
Selamat mencuba. Saya halal kan resepi yg diajar dari arwah ibu saya. Ilmu yg manfaat utk dipanjang2kan dibulan keberkatan ini semoga sama² kita semua dapat merasa.
Subhanallah. Rasa ingin menangis bila melihat sejadah dan al-Quran masih dalam keadaan baik walaupun banjir teruk melanda rumah yang didiami oleh Nur Hidayah Raja Norkamalrudin.
Sejak semalam, video ini tular di media sosial menunjukkan sebuah rumah yang dimasuki air banjir sehingga paras hidung. Namun satu kejadian luar biasa terjadi apabila melihat sejadah dan al-quran langsung tidak basah selepas air surut.
Berkongsi pengalaman mengharungi banjir, Nur Hor idayah Raja Norkamalrudin yang menyewa bersama keluarga di kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman, Kota Tinggi, Johor itu mula dinaiki air pada awal pagi Rabu.
“Air mula naik kira-kira pukul 3.30 pagi. Jika telefon beritahu rumah sudah dinaiki air paras pinggang. Suami ajak balik ke Kota Tinggi tapi jalan ke rumah dah tak boleh masuk,” ceritanya yang ketika itu berada di Johor Baharu.
“Selepas itu, paras air naik mencecah hidung. apabila banjir sudah surut, kami balik semula untuk melihat keadaan rumah.
Menceritakan keadaan rumah sewaktu dia dan keluarganya sampai,
“Memang berlecak. Penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami datang panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah. Sejadah kering tanpa sedikitpun terkena air banjir mahupun kesan lumpur.”
Siapa tak kenal dengan pelakon, pengacara dan ahli perniagaan terkenal, Dynas Mokhtar yang sememangnya seorang yang aktif dalam bidang seni dan juga perniagaan.
Mengenali wanita ini, dia sememangnya seorang yang amat menitik berat soal kesihatan luaran dan juga dalaman.
Walaupun kini sedang hamil anak ke-4, Dynas masih lagi aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancangkan sejak sekian lama.
Berkongsi detik bagaimana tahu dirinya hamil, pelakon, pengacara dan juga ahli perniagaan ini berkata;
‘Its an accident guys. Kalau tengok instagram saya, saya work out a lot. Tapi tiba-tiba tengok perut buncit. Perut nak period lain, dia kebawah.”
Saya cakap dengan suami..
“Eh .. You buat i pregnant yeh? “
“Jadi bila i check, bila birthday suami, saya letak dalam box (pregnancy test).”
Bila suami bukak kotak tersebut, dia ingatkan saya kena covid.
Kata Dynas lagi, oleh kerana mengandung secara tidak langsung telah mengurangkan aktivitinya.
“Saya boleh pergi ke spa, saya boleh uruskan restoran dan saya boleh buat macam-macam.’
“Alhamdullilah.. Its a girl. “ Kongsi Dynas mengenai jantina kandungannya itu.
Kata Dynas lagi, sepanjang kehamilan ini dia lebih berhati-hati memandangkan usianya sudah mencecah 40 tahun. Setiap kali scan, dia akan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik memandangkan dia mempunyai pengalaman trauma sewaktu kehamilan pertama dulu.
Baru-baru ini, Dynas telah melancarkan Syampu Wellsen x Dynas yang berlangsung di Wanra Cafe, Bukit Jelutong.
Setiap kali tampil dengan produk, ramai yang ternanti-nantikannya kerana yakin setiap yang dikeluarkan oleh Dynas pasti sesuatu yang bermutu memandangkan Dynas sememangnya seorang yang menitik beratkan banyak faktor terutamanya menganai kesihatan.
Apa yang menariknya mengenai syampu ini adalah ia akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam, dan kurangkan rambut gugur kerana formula yang digunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).
“Selain daripada tiada bahan kimia, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients. So don’t worry!’,” kata ibu hamil yang kini usia kandungan mencecah enam bulan itu.
Jelas Dynas, beliau berhadapan isu kelumumur dan keguguran rambut setiap kali hamil.
“Perubahan hormon, stres dan salah produk antara punca masalah keguguran rambut, tambah lagi jika rambut sering diwarnakan akan menyebabkan ia rosak dan kering.
“Jadi saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui salun rambut terkenal, Wellsen.
“Pelbagai ilmu mengenai penjagaan rambut saya belajar termasuklah pentingnya bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.
“Saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut.
“Jadi akhirnya saya dan Wellsen setuju untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell serta bahan organik untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dan gugur.
“Saya sudah gunakan syampu ini lebih setahun sebelum setuju untuk melancarkannya kepada umum kerana sebelum beri orang guna, kita perlu melihat sendiri hasil pada tubuh kita,” katanya yang memiliki rambut panjang dan lebat.
Ini kerana, katanya, terdapat kandungan berbahaya dalam sesetengah produk syampu yang membolehkan rambut tampak cantik dengan cepat tetapi akan merosakkan jika digunakan dalam jangka panjang.
“Produk ini 100 peratus buatan Malaysia, dimiliki pengusaha anak Malaysia, jadi, mereka mahu berikan terbaik dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut mesra vegan dan organik,” katanya.
Dalam keterujaan kita ingin bercuti ke tempat-tempat peranginan, tentunya selain pilihan lokasi yang menjadi keutamaan pelbagai persiapan lain turut dilakukan bagi memastikan percutian berjalan lancar.
Seperti kebiasaannya kita pasti akan mencari hotel, resort, inap desa atau homestay yang selesa untuk kita sekeluarga dapat bermalam di lokasi percutian tersebut. Jika tiada tempahan awal dibuat, bimbang juga penginapan tersebut penuh dan ini tentunya boleh membantutkan sesi percutian yang dirancang.
Pun begitu, siapa sangka meskipun tempahan awal telah dibuat namun sampai masa dan ketikanya untuk checkin, penginapan yang ditempah tiada, hal ini pastinya menimbulkan tanda tanya dan misteri!
Ini sebagai mana yang dilaporkan di Sinar Harian apabila hasrat beberapa pelancong mahu menghabiskan percutian di Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap di sebuah kampung di daerah ini tidak wujud.
Seorang pelancong yang berjaya dihubungi, Masnawi Md Yusoff, 50 berkata, mereka sekeluarga mengalami perkara sama ketika ingin menyambung cuti di Terengganu setelah melawat beberapa lokasi di Kelantan.
“Saya menempah rumah inap ini secara dalam talian pada pagi Jumaat dan telah membayar sejumlah RM245 untuk menginap selama dua hari, dua malam iaitu pada 5 hingga 7 Jun.
“Saya tiba di situ pada Ahad lalu. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, saya gagal menemui rumah inap yang telah ditempah. Saya cuba menghubungi ‘pemilik’ rumah berkenaan beberapa kali namun talian tidak dijawab,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Masnawi yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, dia turut menemui beberapa individu yang tinggal berdekatan lokasi itu namun diberitahu rumah inap berkenaan tidak wujud di situ.
“Saya ada bercakap dengan penduduk yang tinggal di kawasan itu, mereka memberitahu homestay tersebut memang tiada.
“Lebih memeranjatkan, saya turut diberitahu, bukan sahaja saya yang menjadi mangsa malah sudah berbelas orang mangsa yang dipercayai tertipu dengan homestay yang tidak wujud itu,” ujarnya.
Kesal dengan kejadian itu, Masnawi bersama isteri dan dua anak mengambil keputusan untuk pulang ke Port Dickson setelah gagal mendapat lokasi untuk menginap.
“Saya cuba juga cari lokasi lain untuk menginap pada malam itu malangnya semua hotel dan homestay sudah penuh mungkin disebabkan musim cuti sekolah.
“Malam itu juga saya bertolak pulang dan tiba di Port Dickson pagi Isnin,” katanya.
Menurut Masnawi, selepas membuat bayaran penuh untuk penginapan, dia turut menerima emel susulan yang meminta tambahan bayaran sebanyak RM100 sebagai deposit untuk menginap di rumah itu.
“Saya abaikan sahaja emel itu dan tidak membuat bayaran tambahan sebab saya sudah jelaskan bayaran penuh.
“Kami sekeluarga rasa kesal dan telah melaporkan perkara yang berlaku kepada platform tempahan hotel dan penginapan yang digunakan,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Sufi Soulhi Mohd Sufian, 18, berkata, perkara itu disedari berlaku sejak awal cuti persekolahan yang bermula pada Jumaat minggu lalu.
Terbaharu, katanya, dia terserempak dengan sebuah keluarga yang turut mencari rumah inap yang sama pada malam Isnin.
“Saya keluar rumah sekitar jam 7.45 malam untuk menghantar barang dan terserempak dengan sebuah keluarga dari Kedah yang turut mencari homestay berkenaan.
“Saya sudah maklum kepada mereka bahawa tiada homestay yang seumpama itu beroperasi di kawasan ini. Sebelum ini pun sudah ramai orang mencari homestay yang sama,” katanya.
Muhammad Sufi Soulhi turut memuat naik status di laman sosial Facebook pada Isnin dengan harapan agar pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap lebih berwaspada supaya tidak tertipu.
Sumber : Sinar Harian
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.