Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
Rotan Murid, Hanya Guru Besar, Guru Diberi Kuasa
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan hukuman itu juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Menurutnya, ia juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang telah diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid.
“Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.
“Hukuman rotan merupakan salah satu bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap murid yang melakukan kesalahan berat, termasuk kesalahan buli.
“Namun, hukuman ini tidak bertujuan untuk mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid agar mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka,” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan sama ada kementerian bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli merotan pembuli dalam kalangan pelajar dalam perhimpunan pagi di sekolah.
Tambah Fadhlina, dalam menangani isu disiplin di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) juga menekankan pendekatan yang lebih holistik dan berfokus kepada pendidikan nilai serta pembentukan sahsiah murid.
Jelasnya, ia termasuk program intervensi awal, bimbingan kaunseling, pengukuhan budaya kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
Melalui pendekatan itu, murid bukan sahaja dididik untuk memahami akibat perbuatan mereka, tetapi juga diasuh dengan adab dan akhlak yang baik seperti yang digariskan dalam Teras 2, 7 Nadi Keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak, dan integriti dalam kalangan murid
Ads
“Peruntukan perundangan sedia ada tidak memberi sebarang kuasa kepada ibu bapa atau orang awam untuk mengambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan.
“KPM berpandangan, pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan memperkukuhkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan sebarang isu disiplin dapat ditangani dengan lebih berhemah dan berkesan,” ujar beliau.
Jelas Fadhlina, KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
Hukuman rotan katanya, hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan oleh pihak yang diberi kuasa.
“KPM juga menegaskan bahawa pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni, merupakan langkah yang lebih efektif dalam membentuk peribadi murid yang berakhlak dan berintegriti,” katanya.
Situasi anak belajar secara online terus menimbulkan pelbagai reaksi, kerana ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan dan ternyata memberi cabaran kepada ibu bapa khususnya mereka yang bekerja. Namun yang lebih tertekan emosi dalam hal ini adalah anak-anak .
Pembelajaran dalam talian amat memenatkan anak-anak. Sehinggakan ada yang hilang fokus sekarang ini. Saudara Taufiq Razif baru-baru ini berkongsi luahan seorang ibu bagaimana si anak yang tertekan dengan sesi pdpr sehinggakan menangis.
Kasihanilah anak kita jika ianya di luar kudrat mereka.
Sedih sangat bila ada ibu yang mengadu anaknya menangis nangis kerana tertekan dengan sesi pdpr.
Bagi saya biarlah anak tertinggal pelajaran sedikit asalkan kesihatan emosi dan mental dia selamat.
Selagi mana sesi pdpr yang dijalankan membuatkan anak kita tertekan secara keterlaluan selagi itulah kita kena berpada pada dengan pdpr anak kita.
Gambar hiasan
Nak taknak kementerian pelajaran kena mencari jalan supaya sesi pdpr tidak terlalu ‘online-centric’. Mungkin ada mekanisma yang membuatkan anak anak boleh secara mandiri tanpa perlukan mereka menghadap skrin laptop dalam masa yang terlampau lama.
Ibubapa jangan terlalu melepas tangan tetapi pada masa yang sama jangan terlalu menekan anak anak.
Gambar hiasan
Belajarlah semampumu nak. Asalkan engkau belajar dengan penuh bahagia. Asalkan ilmu yang masuk itu engkau serap dengan sepenuhnya.
Kerana hanya anak yang bahagia mampu mengeluarkan potensi dan kecerdikan mereka dengan sepenuhnya.
Tragedi banjir buruk yang berlaku tentunya ramai keluarga berputih mata melihat kediaman ditenggalami air, perabot dan barang-barang lainnya musnah dalam sekelip mata.
Antara yang menerima kesan hebat akibat banjir ini adalah kisah 6 beradik ini yang mempersiapkan dekorasi baru untuk kediaman ibu ayah meraka di Bentong sebagai hadiah istimewa sempena annibersery yang ke 36 tahun.
Namun akibat banjir yang melanda, dekorasi yang indah yang dilakukan oleh mereka adik beradik, musnah akibat banjir.
Hal ini dikongsikan oleh salah seorang antara enam beradik tersebut diakaun facebook Alia Abdul Halim.
18/12/2021 Tarikh yang akan kami ingat sampai bila-bila
16/12/2021-Khamis
Kami 6 beradik balik Bentong, misi untuk cantikkan rumah mak ayah..100% deco baru..100% perabot baru..dari syiling, perabot sampai ke lantai..semua kami tukar baru..hadiah untuk anniversary mak ayah yang ke 36
Syiling dan lantai sahaja kami upah orang, yang lain semua kami buat sendiri..adik ke-5 dan ke-6 Hanisah Bazilah dan Muhammad Miqdad da settel kan awal untuk kikis-kikis dinding rumah dan cat sikit-sikit.
Pagi 16/12 kami sampai terus sambung mengecat..malamnya pula buat cermin..deco cermin sendiri..Khamis dan jumaat ot siapkan rumah dari pagi sampai la pukul 2 pagi.
18/12/2021 – Sabtu
Pukul1.30 tengah hari, siap kesemua..Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sama seperti yang dirancang..mak ayah sampai je rumah terus terkejut dengan perubahan rumah..mak cakap “mak da lupa macam mana rupa rumah yang asal”
Allah..seronoknya..mak ayah sampai menitis air mata kegembiraan..dari tengah hari sampai Isyak kami gembira..impian kami jadi kenyataan..terima kasih Allah..tapi perancangan Allah kita tidak tahu.
18/12/2021- Sabtu
11.30 malam air mula naik..rumah mak ayah habis dimasuki air..kami betul-betul tak sangka..pukul 12 kami bergegas keluar dari rumah, dapat capai yang penting-penting je..air naik sangat cepat..kami tak sempat nak kemas-kemas..kami selamatkan anak-anak dulu dan wan yang uzur..malam tu kami duduk di surau..pukul 3 pagi air di surau pun naik, cepat-cepat lari ke sekolah..perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Dalam sekelip mata rumah yang kami hias cantik habis sekelip mata..perabot-perabot baru habis tenggelam..rumah mak ayah 90% habis..barang-barang rosak..Allah..rumah yang kami hias cantik bertahan dalam 8 jam sahaja..rumah habis disalut lumpur..barang-barang terpaksa dibuang..kami redha
Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik kami redha..Apapun kami tetap bersyukur kerana waktu kejadian kami anak-anak ada bersama dengan mak ayah..bayangkan kalau kami tiada.
Sekarang dalam proses untuk bersihkan semula rumah mak ayah..kami akan cantikkan semula rumah mak ayah.
Membesarkan anak-anak ini yang pelbagai ragamnya diakui penuh dengan ujiannya yang tersendiri. Sebagai ibu ayah, kita juga sedar amanah yang dikurniakan ini harus dijaga dengan sebaik mungkin.
Menyuntik motivasi dan kesedaran pada diri, elok kiranya kita fahami apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ini dalam menyantuni anak-anak dan seluruh keluarga umumnya.
Ini perkongsiannya.
Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time. Kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.