Hujung-hujung tahun ini biasanya ramai orang akan ubahsuai rumah. Maklumlah sejak awal tahun lagi menyimpan wang dan ditambah pula bonus yang diperoleh, dapatlah realisasikan hasrat untuk lakukan transformasi ruang kediaman. Ada yang bercadang hendak besarkan porch supaya parking kereta boleh muat lebih daripada satu kereta. Ada yang ingin bina pagar rumah, ada juga yang ingin besarkan ruang dapur untuk nampak lebih moden, naik taraf daripada rumah setingkat menjadi dua tingkat, malah bermacam-macam lagi kerja ubah suai dilakukan.
Dalam hal ini, pemilihan kontraktor adalah sangat penting. Jadi bagaimana hendak pastikan kontraktor yang di pilih ini adalah yang paling tepat dan boleh dipercayai untuk membina kediaman anda. Memandang, telah banyak kita terbaca cerita dalam media sosial mengenai rumah terbengkalai gara-gara salah pilih kontraktor. Duit habis namun istana yang diimpikan tidak siap. Kontraktor lari dan lesap begitu sahaja.
Untuk itu, ikuti tip yang dikongsi oleh Mahanom Mohammad yang juga merupakan salah seorang kontraktor untuk kebaikan bersama.
[su_highlight background=”#f6f5e7″ color=”#290e8d”]Ini jawapannya, 9 Tip Memilih Kontraktor[/su_highlight]
Tip 1 – Kontraktor yang jujur akan beri sebut harga yang jelas dan diperincikan spesifikasi kerja.
Contohnya Jika tertulis bina dinding – pastikan ada disebut keluasan dinding yang mahu dibina. Jika disebut kerja pendawaian minta butir soketnya. Semuanya perlu kuantiti dan harga.
Tip 2 – Kontraktor yang serius dengan bisnesnya mempunyai cara hubungi yang jelas dan tepat.
Ads
Tidak samar-samar. No Telefonnya tidak sentiasa berubah. Alamat perniagaannya mudah dijumpa.
Jika dia punya akaun media sosial (FB, Twitter, Insta, dsb), akaun medianya jelas menunjukkan ia memang seorang kontraktor.
Tip 3 – Kontraktor yang punya tukang-tukang mahir dalam kerja mereka. Tukang-tukang ini juga tidak menimbulkan masalah sosial kepada pelanggan.
Malah tukang-tukang ini mampu bekerja dibawah pengawasan minimun kontraktor. Jadi pelanggan tidak perlu risau jika kontraktor demam, kerja tetap dapat berjalan.
**Jika kontraktor itu baru dalam industri, sekurang-kurangnya ia mempunyai tim pasukan kerja atau seorang penolong pengurusnya.
Ads
Tip 4 – Kontraktor yang mampu beri pelanggan satu kontrak ringkas menyatakan skop kerja, nilai kerja, terma bayaran, tempoh masa dan persetujuan lain antara kontraktor dan pelanggan.
Tip 5 – Kontraktor mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan pihak ketiga yang dilantik pelanggan dalam kerja mereka. Selagi orang ketiga itu tidak mengganggu skop kerja kontraktor.
Tip 6 – Kontraktor mestilah mampu bekerja dalam situasi tempat kerja yang disediakan pelanggan.
Ads
Andai pelanggan tinggal didalam kediaman yang hendak diubahsuai, satu persetujuan bersama hendaklah dicapai.
Ini bagi menggelakkan kontraktor mengeluarkan bil tambahan yang tidak dipersetujui dan menimbulkan sakit hati.
Tip 7 – Kontraktor faham undang-undang dan pematuhan yang melibatkan kerja-kerja yang dilakukan untuk pelanggan.
Andai ada denda atau saman akibat salah laku, kontraktor mestilah bersedia menanggung risiko dan beban kesalahan tersebut.
Tip 8 – Kontraktor mampu menyimpan rahsia mengenai pelanggan. Dia tidak sewenangnya mendedahkan kerja-kerja yang dilakukan untuk pelanggan tanpa kebenaran dari pelanggan sendiri.
Tip 9 – Kontraktor tiada masalah dengan pelanggan-pelanggannya sebelum ini. Atau dengan pembekal barangan. Malah dengan pekerjanya juga.
Sumber : Mahanom Mohammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebelakangan ini banyak muncul kisah-kisah rumahtangga yang tidak sedap didengari dilaporkan dan kebanyakannya dari kalangan selebriti tanah air. Mana yang ‘main kayu tiga’, ada juga yang cuba merebut suami orang dan sebagainya!
Rentetan dari itu, pelakon, Dayana Roza baru-baru ini ada berkongsi pandangannya tersendiri mengenai isu ini di laman Instagram Storynya.
Menurut penulisan Dayana, wanita yang bergelar isteri perlu mempunyai mental yang kuat supaya dapat menjaga anak-anak dan tak perlu menyeksa diri untuk berada dalam perkahwinan yang boleh memudaratkan kesihatan mental. Tambah Daya, para isteri zaman sekarang perlu memiliki pendapatan sendiri.
“Sebab tu kalau boleh isteri kena ada duit sendiri. Zaman sekarang macam-macam peluang buat duit, dari rumah pun boleh. So, perempuan tak perlu la asyik kena ‘redha’ je dengan toxic marriage. Memang kesian anak-anak tapi kena kesian dulu dekat diri sendiri. Kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak?
“Kalau dah melampau sangat terpaksa la angkat kaki. Memang takde orang nak kahwin cerai, tapi kalau sampai terseksa diri pun tak boleh jugak. Jangan biarkan mental anda kena abuse.” tulisnya.
Untuk info, Dayana berkahwin dengan usahawan, A’dale Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.
Lain orang, lain caranya. Itulah yang dilakukan oleh ibu bapa bagi 3 kanak-kanak ini bagi menghentikan anak-anaknya dari terus menghisap puting.
Tular sebuah video apabila pada bulanya 3 kanak-kanak ni girang bermain dengan belon yang diikat pada puting mereka. Turut kelihatan kanak-kanak lelaki di sebelah mereka yang turut sama bermain belon.
Namun kegirangan itu menjadi tangisan apabila belon-belon helium itu menerbangkan puting-puting mereka yang terlepas dari mulut kanak-kanak tersebut.
Serentak dari itu, mereka mula menangis apabila melihat belon itu terbang semakin tinggi di langit.
Menerjah di ruangan komen, rata-rata netizen ada yang melahirkan rasa simpati apabila melihat kanak-kanak tersebut menangis namun memahami apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah untuk kebaikan mereka juga.
Ada juga netizen berkongsi cara mereka menghentikan anak-anak menghisap puting. Ada yang memberikan ekpada haiwan, ada yang meletak garam dan pelbagai cara lain. Komen-komen yang diberikan sangat menghiburkan terutamanya apapila terkenangkan reaksi anak-anak pada masa tersebut.
Ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menafikan bahawa pihaknya membuka tabung kilat untuk anaknya yang kini sedang dirawat di sebuah hospital akibat jangkitan kuman.
Menurut perkongsiaan ibunya di entri terbaru laman Instagramnya sebentar tadi, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menulis dalam mana-mana hantaran berkaitan meminta apa-apa sumbangan untuk anaknya itu.
“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang. Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tegasnya lagi, jika sesiapa ada terjumpa dengan hantaran berkaitan meminta sumbangan untuk Ainul untuk tidak mempercayai hal tersebut.
“Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih,” tambahnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian terkini sebentar tadi, Nurul Erwani memaklumkan bahawa keadaan Ainul pagi ini semakin baik.
“Pagi ni Ainul dah mula minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama yakin keadaan ainul semakin baik,” tulisnya di ruangan Story.
Bagaimanapun buat masa ini, Ainul masih belum sedarkan diri selepas dimasukkan ubat tidur ketika ‘dihubungkan’ dengan ventilator agar kanak-kanak itu tidak penat.
“Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run lagi. Sebab Ainul tengah ‘on ventilator‘ . Ainul tak boleh sedar sebab taknak bagi Ainul penat bila ‘on ventilator‘ ni,” maklum Erwani lagi.
Terdahulu, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Erwani di Instagram pada semalam, ia menunjukkan keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.
Difahamkan, Ainul sedang berada di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dan doktor menjelaskan bahawa keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu agak kritikal dan tenat (semalam).
Lebih menyayat hati lagi, satu badan Ainul dipenuhi dengan wayar seperti dalam gambar yang dikongsikan oleh Erwani di Instagram semalam.
“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni,” kata Erwani dalam hantaran itu.
Tambah Erwani, dia memohon agar anaknya itu kuat menghadapi penyakit yang sedang dialami.
“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” jelasnya lagi.