Tuah Haziq! Siapa sangka dulunya Haziq seorang anak yang biasa-biasa aje yang petah bercakap yang disenangi dikalangan penduduk Bukit Selambau, Sungai Petani.

Nyata celoteh adik cilik ini yang unik ini baru berusia 12 tahun ini membuatkan ramai ‘terpikat’.

Sejak tular digelar wartawan cilik, rezeki datang melimpah ruah buat adik ini termasuk diminta menjadi jurucakap untuk ‘review’ produk dan wartawan jemputan astro awani.

Selain itu turut menerima sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta individu.

Lebih manis turut mendapat hadiah daripada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.

Malah lebih teruja apabila penghidap talasemia itu, diberi kesempatan menemuramah pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah, suara merdunya juga viral meluangkan azan baru-baru ini. Serba boleh adik ni ye!

Terbaru, pengacara dan personaliti popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau dikenali juga sebagai Pak Nil berkongsi video temuramah bersama keluarga Haziq sewaktu berkunjung di Kedah baru-baru ini.

Banyak cakap

Menerusi video yang dimuat naik di youtube Aznil Nawawi memberitahu bahawa Haziq adalah seorang kanak-kanak yang ‘dasyat’ menerusi perbualan ibunya, Nur Shakilla Zainol, 33.

Menurut ibunya, Haziq sejak usia dua tahu sudah petah bercakap. Sikap ingin tahu anaknya yang berlebihan memaksanya menasihati Haziq untuk berhenti bercakap seketika.

IKLAN

“Dia selalu bercakap. Dia tanya, kita jawab. Kadang-kala saya suruh dia berhenti disebabkan tidal larat hendak melayan pertanyaannnya. Banyak sangat yang ingin dicakapnya,”jelasnya ketika ditanya olek Pak Nil

Ibunya juga mengakui tidak sangka video anaknya itu viral. Namun katanya sikap anaknya itu suka bercakap seakan berlakon sering dilakukan ketika berada di dapur rumahnya.

“Dia suka bercakap seorang diri. Kalau duduk di dapur, dia akan bercakap. Macam dia sedang berlakon, macam jadi chef ker. Permainan dia adalah tepung sejak usia dua tahun lagi,” jelas ibunya lagi.

Dalam pada itu, ayah kepada Haziq, Mohd Asraf bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki oleh anaknya. Tidak seperti kanak-kanak lain, Haziq tidak gemar permainan kanak-kanak dan menonton cerita kartun, sebaliknya lebih suka bermain tepung gandum.

Apa yang pasti, sikap adik Haziq ini adalah cerminan didikan ibu bapanya. Moga adik ini terus cemerlang dalam hidupnya.

Untuk rekod, Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya yang melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular. Video itu, yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Jan lepas, telah mendapat 1.2 juta tontonan.

IKLAN

Sumber: Aznil Nawawi

Bacaan lanjut: 

Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.

Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!

Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!

Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Rupanya Ini Sebab Haziq Petah Bercakap, Ibu Ayah Dedah Sikap Sebenar Haziq Sejak Usia Dua Tahun, Patutlah Ramai ‘Terpikat’.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI