“Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP” – Datuk Ram Singh. Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.
“Saya Beri Khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP” – Datuk Ram Singh:
Penjelasan itu sekali gus menolak persepsi masyarakat yang mendakwa tertuduh merupakan anak golongan berpengaruh atau VVIP. Menurut peguam, pembelaan diberikan atas dasar tanggungjawab profesional dan kemanusiaan.
Datuk Ram Singh, selaku ketua pasukan pembelaan, mengakui beliau berasa hiba melihat nasib yang menimpa kesemua remaja tersebut.
Ram (kiri) dan Joan mewakili salah seorang tertuduh pada prosiding pendakwaan melibatkan lima remaja bawah umur di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu pada Rabu.
“Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain.
“Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya ketika ditemui sebelum prosiding pertuduhan berlangsung di Mahkamah Kanak-Kanak, Rabu lalu.
Selain Ram, barisan peguam turut disertai Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan.
Dalam prosiding itu, mahkamah turut mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap identiti lima remaja berkenaan.
Ads
Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu Allahyarham Zara Qairina, menjelaskan pihaknya juga tidak boleh memberi komen berhubung prosiding kerana kekangan undang-undang.
Hamid ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu.
“Kami memohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab tetapi untuk prosiding hari ini kami tidak dibenarkan kerana adanya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga gag order.
“Gag order hanya untuk kes ini sahaja, tetapi inkues tidak ada dan boleh dibuat liputan,” katanya yang hadir sebagai pemerhati.
Beliau dalam masa sama menegaskan orang ramai perlu memahami proses perundangan yang melibatkan kanak-kanak tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001.
Ads
“Bagi kanak-kanak, banyak perkara yang tidak boleh didedahkan kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menghalang penyiaran mengenai kanak-kanak, sama ada melalui tempat tinggalnya, nama atau ibu bapanya.
“Secara ringkas, melalui seksyen ini identiti kanak-kanak adalah dirahsiakan, tidak boleh didedahkan sama ada dalam tempoh perbicaraan atau semasa siasatan.
“Bukannya sebab VVIP atau disuruh sesiapa. Tidak, itu adalah undang-undang Malaysia. Jadi jangan salah sangka ia permainan ‘orang atas’. Tidak,” tegasnya.
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90. Memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat tingkatan enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.
Raih CGPA 3.90
Berikut perkongsian Nor Farhatul di laman Instagramnya;
Terima kasih ya Rabb.. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, lecturer Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawab yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni.. doakan Farha untuk masa mendatang.
Setiap perjalanan pasti ada cabarannya.. yang penting yakin pada Allahh kita mampu laluiNya.
Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu.
Perkongsian Nor Farhatul mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain pula, Nor Farhatul turut memberi penghargaan kepada keluarga dan kawan-kawannya yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
My soul.Terima kasih keluarga dan kawan-kawan. Tulang belakang saya selama ini.
Tidak hanya cemerlang akademik, juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu baru-baru ini menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.
Bapa kepada tiga orang anak ini, menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz itu berkongsi video berkenaan menunjukkan dirinya mendaftar bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Bukan itu sahaja, kelihatan anak-anak dan isteri Tomok turut menghantarnya melanjutkan pelajaran di sana pastinya momen manis untuk dikenang.
Riak wajah Tomok jelas ceria dan bersemangat untuk meneruskan cita-cita dalam jurusan yang diminatinya.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.
“Biasanya ayah,ibu hantar anak anak..ni terbalik pulak…insyaallah saya akan berikan yang terbaik.”
Sebelum ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
Jari kanak-kanak lelaki, 10 tahun hampir putus, selamatkan anak kucing. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan risiko kehilangan jari tangan selepas terlibat dalam insiden di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, ketika cuba menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam longkang.
Jari Kanak-kanak Lelaki, 10 Tahun Hampir Putus, Selamatkan Anak Kucing
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang Rabu lalu, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran, mengalami kecederaan serius apabila tangan kanannya dihimpit penutup longkang konkrit.
Menurut ibunya, Sharifah Nurul Fatihah Sayed Saiful Amizat, 37, anak ketiganya itu keluar bermain bersama kakak dan seorang rakannya sekitar jam 3 petang sebelum insiden berlaku.
“Saya terkejut apabila Afrida pulang memberitahu jari Haziq hampir putus akibat terkena penutup longkang. Ketika itu saya bersama anak sulung dan anak bongsu di rumah,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka pada Isnin.
Beliau berkata, sebaik menerima berita itu, beliau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati darah menitis banyak di lantai, manakala jari anaknya dalam keadaan terkulai.
Suaminya, Mohd Raffizi Abd Rashid, 40, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, segera pulang ke rumah dan membawa Haziq ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan di zon kritikal.
“Doktor maklumkan bahawa jari manis tangan kanan Haziq mungkin perlu dipotong jika usaha menyambung urat dan tulangnya tidak berjaya,” katanya.
Bagaimanapun, Haziq kini dalam pemantauan rapi dan diberikan cuti sakit selama 22 hari.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Muhammad Aiman Haziq berkata dia terdengar bunyi anak kucing sebelum berusaha menyelamatkannya dengan membuka penutup longkang.
“Saya turun ke dalam longkang untuk mengambil anak kucing. Selepas berjaya mengeluarkannya, penutup simen itu terjatuh dan terkena jari saya,” katanya.