Mak-mak ni bila buat sesuatu, takkan selalunya fokus. Mesti dalam pemikirannya ada berfikir perkara lain.
Samalah ketika shopping, waktu tu kepala mesti tengah fikir nak ambil barang apa lagi, nak masak apa balik nanti dan sebagainya sehinggakan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini.
Misalnya seperti yang dialami oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra di sapa Shiera atau kak rara di mana dek kerana tidak perasan, dia terbawa pulang seluar dari sebuah pasaraya ketika membeli barang.
“Hari ni dalam sejarah, saya pergi Giant beli barang, saya pegang macam ni, saya jalan, saya beli tudung, satu dunia saya pusing. Lepas tu saya balik dah tutup enjin kereta, saya baru nampak saya beli barang ada seluar sangkut tu bermakna saya mencuri” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok.
Ads
Bagaimanapun, dia yang menyangka barang tersebut adalah tudungnya memohon maaf kepada pihak Giant dan berjanji akan membayar semula seluar yang bernilai RM20 tersebut. Malah akuinya, ini merupakan kali kedua berlaku pada dirinya.
“Eh balik selamba ek ni sebenarnya dah 2 kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar. Ingat tudung wei” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Meninjau di ruangan komen, bukan Shiera sahaja yang melalui situasi sama malah, ada juga beberapa pengikutnya yang turut berkongsi yang mereka alami. Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dengan cara penceritaannya yang dikatakan lawak itu.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat memuatnaik perkembangan anak sulungnya menerusi laman Instagramnya.
Ana Nayla yang kini sudah mencecah usia lapan bulan, sudah mampu bertutur beberapa patah perkataan dan kerap mahu bersama dengannya.
“I wanna post it! Coz you shooo cute! She can says ‘Mama’ yup! Thanks Baby for choosing Mommy instead of Daddy Bil. Daddy dia sampai merajuk. And few more words! I’ll record and tengok dekat Boss Baby @ananaylaofficial okay!
“And now she so clingy with me, 24 jam nak berkepit, and bila main dengan orang lain dia okay je gelak-gelak, but bila nampak je Mommy or dengar my voice, habis terus mood bertukar muka cebik nak mintak kena amik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka menyambut kelahiran Ana Nayla pada 21 September tahun sama.
Mimpi ngeri setiap ibu adalah melihat anaknya jatuh sakit yang teruk. Apatah lagi, jika penyakit itu boleh membawa maut.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hani telah mengongsikan perjalan anak kecilnya bernama Naira yang menghadapi penyakit yang tidak dapat disembuh tanpa pengesanan awal pada awal bulan September lalu. Naira didiagnos memiliki ketumbuhan di otak yang bersaiz 4cm. Video tersebut meraih perhatian warganet dan jumlah tontonan berjaya mencecah sejuta.
Dikatakan ketika Naira berumur 4 tahun, dia terjatuh dan terhantuk kepalanya. Gejala yang dialami adalah ketaran tangan, jalan tidak seimbang, sakit kepala dan kaki. Insan kecil itu juga tidak mampu memegang objek dengan sempurna.
Mengikuti kisah adik Naira, ibunya, Hani, membawa anaknya berjumpa dengan doktor waktu gejala anaknya semakin teruk. Doktor tersebut membuat pelbagai ujian untuk mengenalpasti punca gejalanya. Namun, doktor memberi surat rujukan kepada hospital dengan segera kerana dipercayai Naira harus menjalani pemeriksaan x-ray demi mengetahui punca gejala tersebut.
Naira dikehendaki menjalani pembedahan otak selama 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaannya. Pembedahan tersebut berjaya mengeluarkan 96% tumor tersebut. Walaupun sudah selesai pembedahan, Naira mengalami kesan-kesan sampingan yang memerlukan Naira untuk memakai topeng oksigen dan dimasukkan tiub makanan ke dalam tubuhnya.
Adik Naira mengalami kesan sampingan seperti berasa bingung dan matanya akan melilau daripada pembedahan itu. Walaubagaimanapun, ibu bapa Naira tidak berputus asa untuk anak mereka. Hani dan suaminya kerap melawat anak mereka dan sering cuba membawa keriangan Naria kembali.
Selepas 8 hari pembedahan, Naira pulang ke rumahnya dan bersatu semula bersama keluarganya yang sentiasa membuat yang terbaik untuknya. Kini, Naira berusia 7 tahun dan mampu menjalani hidupnya seperti kanak-kanak yang lain.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca di luar sana.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga pastinya ingin memberikan kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Malah sentiasa berusaha memastikan keluarga bahagia dengan sumber kewangan yang kukuh. Memang benar, rezeki tidak tidak bergolek tanpa usaha, tetapi rezeki datangnya daripada Yang Maha Pencipta tanpa kita duga. Selain solat dhuha dan zikir pembuka rezeki, memberi sedekah adalah amalan yang menjemput rezeki datang tanpa kita duga.
Telah terbukti melalui perkongsian yang dinyatakan oleh Encik Mohd Noor Azam Tuan yang menceritakan bahawa ‘kuasa’ sedekah itu begitu berkuasa. Walaupun perkongsian ini mengusik jiwa namun ia sungguh inspirasi ini. Moga kita semua muhasabah diri.
SUJUD SYUKUR SAMBIL BERTUALA.
Saya ada sebuah kisah peribadi yang boleh jadi inspirasi kepada Tuan dan Puan mengenai konsep bersyukur.Kisah ini panjang. Kejadian itu mendidik saya sehingga hari ini dalam berniaga.
Semasa saya berhenti kerja, hutang saya bernilai RM5,000. Lebih kuranglah. Yakin bisnes boleh maju dan berikan wang (sebenarnya tiada ilmu, hanya andaian saja), maka saya berhenti dan teruskan berniaga buat tapak niaga.
Hari pertama berhenti, dalam masa 24 jam kenderaan saya ditarik. Allah. Nasib baik ada kereta kedua. Walau kecil, saya redha apa yang berlaku.
Jika pada orang lain, mungkin itu tanda ‘suey’ (tidak baik) pada permulaan niaga. Mujur Allah berikan pasangan yang baik. Isteri ingatkan,
“Sabar..satu hari nanti kisah sedih ini akan jadi pengalaman manis bila kita berjaya”
Bulan ke 6, saya diuji dengan hutang yang tak mampu dibayar. Allah beri ujian lagi. Anak kehabisan susu dan isteri menangis kesedihan. Allah ujian ini sangat berat!
Saya masih ingat, sewaktu itu saya sedang menyapu rumah. Berpakaian seluar pendek saja. (dalam rumah). Kepala memikirkan tekanan hidup kerana bisnes tak menjadi.
Tiba-tiba, bunyi hon posmen. Saya minta isteri keluar dan ambil bungkusan poslaju itu.
Tak lama kemudian, tergopoh-gopoh dia naik tangga dan berikan ‘isi kandungan’ pos laju itu.
Sebuah buku!
“Saya cuba je letak.nama sebab penukis nak beri percuma kepada yang terawal. Dapat rupanya!”
Suruh itu, suruh ini. Tukar fikiran dan sebagainya. Bagi saya waktu itu sebarang buku yang ada hadis dan ayat-ayat Al Quran mungkin membosankan sebab bahasanya yang BERAT.
“Aku tengah pening duit tak ada, dia suruh baca pula”, bisik saya dalam hati.
Petang itu sedang berehat saya terrrrrnampak buku itu. Tangan terus menyelak ke satu laman mukasurat.
KISAH GRADUAN YANG PERGI KONVO HANYA ADA RM30 DAN BERSEDEKAH SEMUANYA. APA YANG TERJADI SELEPAS ITU?
Saya baca satu demi satu.
Air mata saya menitis. Saya ulang baca daripada mukasurat awal hinggalah tamat dalam masa 1 jam 45 minit.
Kata kunci bersyukur buat saya terpana.
‘Lihat apa yang kau ada bukan apa yang kau tiada.’
Saya ada anak-anak dan isteri, saya ada rumah untuk mereka, lantas kenapa saya mahu merungut?
Sedekah!
Perkara pertama saya lakukan, habiskan RM20 yang ada ditangan, beli jambu batu dan potong lalu letak di masjid (solat Jumaat). Habis!! Saya pulang.
Duit sudah tiada di tangan. Hanya ada bekalan makanan cukup 7 hari. Sememangnya saya buntu.
Tapi…jiwa saya tenang. Eh kenapa ni? Saya sudah tiada wang. Tapi lepas sedekah tadi, hati tenang sangat.
Hari berlalu seperti biasa sehinggalah hari Isnin, hon posmen berbunyi lagi. Saya yang baru lepas mandi dan bertuala terkejut apabila isteri menjerit.
“You, ada cek!!”
Saya lihat cek itu. Ya, nilainya ribuan ringgit. baru saya teringat komisen saya jual rumah dahulu masih ada berbaki.
Ya Allah. Oleh kerana terlalu gembira, dengan bertuala saya sujud syukur. Menangis kami suami isteri.
Sejak daripada itu, setiap kali tv mempamerkan no. akaun untuk derma, kami beri juga walau RM1.00.
Buat online. Zakat perniagaan kami jelaskan.Kami yakin, sedekah itu membersihkan hati dan menenangkan jiwa kami. Cabaran pasti ada sepanjang berbisnes dan sukar dikawal, tetapi kita boleh kawal jiwa kita untuk tenang dan keberkatan itu dapat diperolehi.
Walau tapak niaga kadangkala tak penuh, walau terpaksa menutup tapak niaga dan cakap-cakap orang, kami percaya kepada Maha Pemberi Rezeki.
Sampai sekarang, saya masih terfikir cantiknya aturan Allah menjadikan buku itu sampai TEPAT pada waktunya. Saya minta bantuan duit dan peluang tetapi buku itu adalah mediumnya.
Terima kasih Allah kerana selalu mengujiku.
Sungguh inspirasi perkongsian ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.