Siapa sahaja yang tidak suka makan puding karamel yang lembut dan lemak manis rasanya. Apatah lagi dengan cuaca panas waktu ini, kalau dapat menikmatinya terasa sungguh puas jadinya.

Jadi apa kata hari ini kita buat puding untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

 

 

PUDING KARAMEL TANPA TELUR by MARIANA ZAINAL”

Sedap & Confirm Jadi, Ni Resipi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus!

Resepinya(jika dalam loyang saiz 7*inci)

(Bahan air gula hangus)

2 sudu besar gula pasir

2 sudu besar air panas

(JIKA DALAM BEKAS DADIH KECIL2 SEPERTI DALAM GAMBAR SUKATAN GULA DAN AIR BERBEZA…

IKLAN

3/4 CAWAN GULA(hampir penuh cawan) DAN 1 CAWAN AIR PANAS.. CARA SAMA SAHAJA..DAH SIAP AIR GULA HANGUS..MASUKKAN 1 SUDU BESAR AIR GULA HANGUS DALAM BEKAS DADIH)

Sedap & Confirm Jadi, Ni Resipi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus!

Caranya:

Masukkan gula dalam loyang masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan(sentiasa kacau yer) bila dah agak perang.

Tutup api dan tuangkan air panas perlahan2..buka api dan masak hingga gula larut..tutup api.

Biarkan seketika, jom sediakan bahan puding..

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

(Bahan puding)

1 paket serbuk agar2=10gram( guna yang plain/clear tau )*( jika guna agar2 tali guna yg 20g atau 25g)

4 cawan air*

3 sudu besar tepung kastard*

IKLAN

1 tin susu cair*

1 cawan susu pekat*

Sedap & Confirm Jadi, Ni Resipi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus!

Caranya

  • Satukan semua bahan yang bertanda * tapiskan dalam periuk dan masak atas api sederhana.
  • Kacau hingga larut..apabila dah mendidih ganas tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
  • Biarkan sedikit suam.
  • Masukkan dlm peti sejuk.. bila dah beku bolehlah dipotong dan makan…

Sedap & Confirm Jadi, Ni Resipi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedap & Confirm Jadi, Ni Resipi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI