Tidak dinafikan diuji dengan kehilangan anak adalah ujian yang paling berat bagi setiap antara kita yang bergelar ibu dan ayah. Atas sebab ini juga ada antara kita mengharapkan biarlah nyawa sendiri diambil terlebih dahulu sebelum anak-anak kerana tidak mampu menempuhi keperitan kehilangan seorang anak sebagai permata hati pengarang jantung.

Pun begitu, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Baru-baru ada dilaporkan seorang ayah bernama Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41 dan isterinya Nur Baizura Mustaffa, 34 telah diuji dengan kehilangan anak tercinta, bukan seorang yang ‘pergi’ namun tiga orang serentak!

“Sekelip Mata Tiga Anak …”-Suami Isteri Ni Kehilangan Tiga Anak Serentak, Undang Hiba!

“Anak saya, Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, 5, teringin makan aiskrim. Jadi mereka minta izin daripada isteri saya untuk keluar bersama abang, Nik Ikram Idwan, 15. Tak sangka itu permintaan terakhir sebelum saya kehilangan tiga anak serentak,” kata Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman penuh hiba.

Memetik perkongsiannya di Harian Metro, Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, arwah Nik Nur Faqihah juga teringin makan ayam goreng dan ketika tiga beradik itu keluar membeli aiskrim. Manakala  isterinya, Nur Baizura Mustaffa, 34, sedang menyediakan lauk ayam goreng.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya, Nik Ikram Nuqman pada pagi semalam sebelum ke tempat kerja di Kuantan selepas arwah terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi.

IKLAN

“Saya seolah tidak percaya apabila isteri menghubungi memberitahu tiga anak kami maut dalam kemalangan, namun apabila melihat gambar mereka, hati saya begitu sayu.

“Sekelip Mata Tiga Anak …”-Suami Isteri Ni Kehilangan Tiga Anak Serentak, Undang Hiba!

“Dalam sekelip mata tiga daripada lima anak saya meninggalkan kami tanpa disangka, terlalu berat ujian yang terpaksa saya dan isteri terima,” katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini.

IKLAN

Nik Ikram Idwan, Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, dia agak terkilan apabila tidak sempat membantu Nik Ikram Idwan meneruskan persekolahan selepas berpindah ke Kampung Langgar, Disember lalu kerana sebelum ini arwah belajar di Kemaman.

Katanya, arwah begitu teringin meneruskan persekolahan ke tingkatan tiga apabila membeli motosikal hasil wang simpanan, sebahagian pakaian dan peralatan sekolah juga sudah dibeli.

“Kejadian ini adalah sejarah hitam dalam hidup saya sekeluarga, terlalu sukar untuk diterima,” katanya.

IKLAN

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Sekelip Mata Tiga Anak …”-Suami Isteri Ni Kehilangan Tiga Anak Serentak, Undang Hiba!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI