Siapa tak seronok bila tepat je pukul 6 petang, bos sendiri yang suruh balik. Tak payah kita nak sorok-sorok beg berjalan ke lif atau buat-buat sibuk di depan laptop tapi sebenarnya tunggu masa je nak cabut.
Jarang dapat bos macam ni, nak pula dalam keadaan kegawatan ekonomi yang sedang melanda sekarang. Semua company nak survive sehingga ada yang memaksa pekerja bekerja lebih masa.
Jadi adalah masa pekerja bersama keluarga. Yang bujang pula boleh la sambung lepak mamak ataupun habiskan baki movie yang ada. Itupun dikira rezeki juga.
Ads
Cuba lihat reaksi pekerja-pekerja SukeTV, semuanya macam tak percaya je. Siap pada yang gelak-gelak. Dah kena marah pun still tak nak gerak. Sampai kena ugut simbah cat.
Rata-rata sangat kagum dengan tindakan Dato AC ini sehingga ramai yang nak minta kerja di syarikatnya.
Anak-anak adalah rezeki daripada Allah. Setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama ‘menumpang’ rezeki anak itu. Inilah yang orang sering kaitkan ‘rezeki anak’. Nabil mengakui, sejak menimang cahaya mata kedua, dia dan isteri dilimpahi rezeki. Dia dan isteri bersyukur dengan limpahan rezeki yang diterima tidak putus-putus.
“Biasanya, pasangan suami isteri bertegang leher semata-mata kerana duit. Mungkin kerana keadaan kewangan keluarga yang masih belum stabil. Tetapi, alhamdulillah saya dan isteri setakat ini masing-masing tak jadi isu kalau masalah duit. Zira sendiri sedang aktif dalam bisnes online.
Tak bermakna kami langsung tak ‘selisih’ dengan masalah. Biasalah, asam garam rumah tangga bukan semuanya semanis madu. Sesekali telan juga pahit hempedu. Macam biasa, gaduh dengan pasangan itulah yang buat kita makin faham kehendak dan sikap masing-masing.”
Misi Nabil & family 10 tahun akan datang
1. Harap masih lagi berada dalam industri hiburan
2. Punya aset berharga terutama rumah untuk setiap anak.
3. Hantar Mika dan Medyna ke sekolah antarabangsa
4. Rumah di kampung dijadikan homestay untuk seluruh keluarga
5. Kekal miliki empat aspek utama (Money, Power, Respect, Humble).
Tip didik anak
1. Ajar anak bersabar dan bersyukur. Tidak semua yang diingini dapat dipenuhi.
2. Didik ikut cara bapa. Garang dengan anak-anak, bukan untuk ditakuti tetapi agar anak hormat.
3. Tekankan budi bahasa, pemikiran yang baik dan berpandangan jauh.
4. Bina hubungan yang rapat dengan anak-anak.
5. Terapkan nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak
Ada sesuatu yang Nabil pegang dalam bab rezeki, begitu mudah dan membantu untuk kita terapkan dalam keluarga tersayang. Apa dan bagaimana Nabil kembangkan anda boleh dapatkan majalah terbaru di pasaran keluaran bulan November 2015.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan semua antara kita menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan ramai orang. Malah tidak dinafikan juga melalui aplikasi Whatsapp terbentukkan pelbagai group untuk memudahkan semua pihak. Sebagai contoh group famili, group jiran, group sekolah anak-anak, dan pelbagai lagi group whatsapp yang ada di dalam telefon kita, lain tidak bukan tujuannya untuk memudahkan komunikasi untuk bertanya khabar, berkongsi info dan sebagainya.
Pun begitu, sedar atau tidak sebenarnya penggunaan aplikasi whatsapp ini juga ada risikonya bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menggodam Whatsapp anda untuk tujuan yang tertentu.
Jadi apa cara untuk anda lakukan bagi menyelamatkan akaun whatsapp anda daripada di ‘hack’ atau di ‘hijack’ daripada sesiapa pun?
Jadi usah risau, ikut sahaja paparan video yang dikongsikan oleh seorang pegawai polis ini menerusi laman facebook Polis Daerah Taiping. Kaedah yang disarankan cukup mudah untuk dilakukan.
Langkah 1 : Pergi ke aplikasi whatsapp di telefon anda.
Langkah 2 : Tekan titik tiga di bahagian kanan atas, kemudian akan keluar settings dan tekan Settings tersebut.
Langkah 3 : Setelah itu klik pula pada Account
Langkah 4 : Klik pula pada Two-step verification.
Langkah 5 : Akan keluar paparan seperti ini dan klik bahagian bawah ENABLE
Langkah 6 : Tetapkan nombor pin anda dan setelah ia dimasukkan scammer tidak akan dapat memasuki atau mengambil alih whatsapp anda.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sakit mata juga bila kita lihat plastik-plastik makanan atau plastik barangan andai diletakkan secara tidak terurus di ruangan dapur. Memang nampak serabut digumpal-gumpal. Hendak dibuang terasa macam ada kegunaan lain pula di masa akan datang.
Jadi apa kata untuk menyimpan semua palstik-plastik ini, kita gunakan teknik lipatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Abylla Amjah ini. Semoga bermanfaat.
Tip Jimat Ruang Untuk Simpan Plastik
Step 1 : Plastik di lipat dua.
Step 2 : Kemudian dilipat sekali lagi.
Step 3 : Lipat bentuk segi tiga pada bahagian bawah dan lakukan hingga ke atas.
Step 4 : Kemudian ambil bahagian tangkai plastik dan selitkan pada kawasan yang dibulatkan dengan warna pink ini.
Step 5 : Sekali gus lipatan plastik terlipat kemas.
Step 6: Akhir sekali letakkan satu bekas di dalam laci kabinet dapur. Simpan plastik yang siap dilipat tadi di dalam bekas tersebut.
sumber : Abylla Amjah Via kelab kaki deko barang eco/mr. diy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Akta Penjagaan Ibu Bapa bakal diperkenalkan bagi memastikan kebajikan warga emas terus terjamin serta mengukuhkan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka.