“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Pagi Raya!
Bagi setiap pencinta kucing tentunya dapat merasai betapa kehadiran si bulus ini bukan sekadar haiwan peliharaan yang bersifat manja untuk dibelai, malah kucing yang dipelihara itu sering dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Nyata ‘pertalian’ yang wujud begitu istimewa dan begitulah juga yang dirasai oleh Raziellia Nor Saafri yang menetap di Batu Maung, Penang.
Perasaan ini begitu unik. Jika tidak mana mungkin timbul idea buat Raziellia untuk berbaju sedondon bersama anak-anak bulusnya yang sebanyak 61 ekor ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini. Perkongsian video di media sosial bersama anak-anak bulus yang segak berbaju dan bersamping rona ungu benar-benar mencuri perhatian umum.
Difahamkan semua baju kucing tersebut dijahit sendiri oleh ibunya dengan menggunakan 17 meter kain pasang.
“Saya jaga 61 kucing kebanyakannya diselamatkan di jalanan dan ada baka Domestic Short Hair serta tiga kucing berbaka Persian. Semua kucing sudah dianggap seperti keluarga dan tidak akan dilupakan pada Aidilfitri ini, malah mereka juga ada baju raya.
“Ini tahun pertama semua kucing beraya dengan baju raya kerana tahun lalu baju raya mereka tidak sempat siap. Semua baju itu ibu yang jahit, kami guna 17 meter kain yang semeter berharga RM2 dan memang lebih jimat jahit sendiri,” jelasnya.
Ads
Tambahnya lagi, diikutkan dia sudah lama memasang niat untuk memakaikan semua kucing pelihraannya baju raya, namun kekangan masa menyebabkan hasratnya selalu tertangguh.
“Tahun ini memang bersungguh-sungguh supaya hasrat itu menjadi kenyataan dan semua baju raya kucing sudah dijahit ibu lebih awal, sejak dua bulan sebelum Ramadan,” katanya.
Ambil Masa Pakaikan Baju Raya
Raziellia berkata, dia mengambil masa 30 minit untuk menyiapkan 61 kucing dengan mengakui ia agak sukar untuk beberapa kucing saja, manakala selebihnya mudah dipakaikan baju.
Ads
“Saya mula siapkan mereka pada jam 10 pagi tetapi keadaan cuaca ketika ini menjadi cabaran dan saya tidak boleh membiarkan kucing pakai baju terlalu lama sebab panas,” katanya mengakui tidak berasa terbeban melakukan usaha itu.
Katanya, dia menyimpan impian untuk mempunyai tempat perlindungan kucing untuk menempatkan haiwan jalanan yang kurang bernasib baik supaya kebajikan dan keselamatan mereka terbela.
“Saya pencinta kucing dan bercita-cita mempunyai tempat perlindungan kucing sendiri. Saya berharap dapat menyelamatkan lebih banyak kucing yang kurang bernasib baik,” katanya sebagaimana memetik di Harian Metro.
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ramai yang tersenyum mengingatkan kembali iklan-iklan produknya yang cukup mencuit hati dan sememangnya cara tersebut cukup berkesan apa tidaknya baik kanak-kanak mahupun orang tua semuanya mengenali tokoh usahawan tersohor ini.
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs.
“Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang cukup perit terpaksa dilalui. Jujur saya katakan, berniaga bukan seindah yang disangkakan. Sebelum ini macam-macam bisnes saya cuba namun gagal, berkali-kali kena tipu dan macam-macam lagi pengalaman pahit yang terpaksa dilalui.
“Itulah yang membuatkan saya berpegang pada prinsip tiada istilah saudara di dalam bisnes. apabila kita terbabit dalam bisnes, hati kena kering tidak boleh lembut, tidak boleh ada perasaan malu kerana itu boleh buat kita ‘bankrup’. Disiplin sangat penting dan itu yang saya terapkan dan kerja kena ‘punctual’. Saya bangun awal pagi dan sebelum ke pejabat saya akan melakukan senaman terlebih dahulu untuk memastikan badan sentiasa cergas.
Dalam hal kerja, saya cukup teliti. Dua hari sekali saya akan mengadakan mesyuarat untuk lihat apa masalah yang ada dan akan mencari jalan penyelesaian. Saya bukan sekadar bos, sebaliknya sayalah pelakon, pengarah, tukang cari idea dan macam-macam lagi. Pendek kata semua kerja saya buat. Penat memang penat tetapi inilah jalan yang saya pilih dan saya mahu pastikan nama saya dan jenama produk yang diusahakan ini terus diingati dan mampu bertahan.
“Saya sedar ada yang ketawa dan menganggap iklan yang saya hasilkan lawak dan tidak kurang yang memandang serong. Tetapi saya tidak mahu sekadar membuat iklan bodoh tetapi tidak ada sebarang impak, sebaliknya saya mahu buat sesuatu iklan yang akan diingati oleh orang lain dan dalam masa yang sama mereka akan membeli produk tersebut. Kerana itu, saya cuba sebaik mungkin dan berusaha bersungguh-sungguh sementara tengah ‘laku’ sekarang ini.
“Sesuai dengan konsep yang saya pegang iaitu perlu berlagak umpama singa, untuk berjaya kita kena lalui 100 pintu. Tetapi harus berhati-hati kerana di antara pintu tersebut ada yang boleh membuatkan kita terjatuh ke dalam gaung. Industri kosmetik tidak akan kekal lama, kerana itu saya tidak memberi tumpuan pada satu bisnes sahaja, sebaliknya mencuba pelbagai bidang supaya dapat bertahan lama dan dalam masa yang sama mengumpul aset untuk masa depan kami anak-beranak
Menyambung legasi.
Ditanya mengenai perancangan untuk anak-anaknya, baik Dato Aliff mahupun isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid memberi kebebasan penuh kepada anak-anak dalam memilih kerjaya yang mereka minati.
“Bohonglah andai kata saya tidak mengharapkan salah seorang daripada anak kami Ammar Ahyan,9, Qadejah Eh Zahra,6 dan Ibraheem Adham, 4 mengikut jejak langkah dan mewarisi bisnes daripada saya. Namun, jika mereka tidak berminat saya sebagai ayah tidak akan membantah. Sebaliknya jauh di sudut hati saya berharap mereka akan menjadi seseorang yang alim. Itu yang paling penting. Malah, saya berharap mereka akan bekerja dalam bidang profesionalisme seperti akauntan, doktor ataupun peguam.
Saling melengkapi
Melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile, sang suami sendiri turut mengakui hal tersebut. Jujur mengakui antara mereka sangat kontra, namun dia susah andai tiada isteri di sisi.
“Kami pasangan yang sangat kontra dalam banyak hal. Saya kuat merajuk berbanding isteri. Malah, dia boleh siap dalam masa lima minit sahaja tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam. Dalam sehari saya menukar sekurang-kurangnya tiga pakaian. Itu tabiat saya sejak dahulu lagi memandangkan saya bertemu dengan individu mahupun kumpulan yang berbeza lapisan umur dan bidang. Saya juga lebih cerewet berbanding isteri.
“Dalam berpakaian saya yang akan tentukan manakala isteri hanya mengikut. Tetapi saya bukan jenis yang suka berbelanja mewah. Mungkin kerana saya suka berfesyen manakala isteri pula lebih suka tampil simple. Dari segi jenama, cukup sekadar ada kerana saya lebih suka kumpul aset dan hartanah.
“Pun begitu, kehidupan kami anak-beranak cukup simple dan jika nampak di luar itu adalah kerana penampilan itu penting. Apatah lagi, saya sentiasa perlu berada di hadapan kamera seharusnya penampilan kena jaga dibandingkan isteri lebih suka berada di belakang tabir. Cuma ada perangai isteri yang saya membuatkan saya kecil hati. Misalnya, saya selalu membelikan hadiah padanya walaupun tidak pernah diminta. Dia pula jenis yang tidak suka menunjuk.
Tetapi untuk pendidikan anak-anak, kami berdua sepakat dan cukup tegas. Kami memilih untuk menghantar mereka ke sekolah swasta berkonsepkan Islamik. Setiap hari, jadual anak-anak penuh dengan segala aktiviti. Setiap kali musim cuti sekolah, saya akan penuhkan jadual mereka dengan aktiviti seperti kelas tambahan, kelas piano dan macam-macam lagi. Saya tidak suka mereka leka dan membuang masa dengan menonton televisen dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga, saya tidak memberikan mereka bermain gajet.
“Untuk duit poket ke sekolah, saya hanya beri RM2 sahaja setiap hari dan sediakan mereka bekalan makanan setiap hari. Walaupun saya mampu beri lebih daripada itu, saya mahu melatih anak-anak belajar erti susah dan bukan mudah untuk mencari duit.
“Walaupun masa saya bersama mereka cukup terhad, namun bab pendidikan saya tidak abaikan. Saya bukanlah seorang yang bijak dalam pelajaran. Dahulu saya selalu diejek tidak pandai gara-gara mengalami masalah Disleksia atau gangguan dalam pembelajaran seperti membaca dan menulis. Bahkan sehingga kini saya masih lagi sukar untuk mengingati sesuatu benda. Kerana itu saya tidak mahu anak-anak mengalami nasib yang sama seperti saya.
“Kebetulan anak kedua saya mewarisi masalah ini daripada saya. Hal ini disedari oleh cikgu sekolah. Justeru, saya dan isteri menghantarnya ke terapi sebulan sekali serta sekolah khas bagi memastikan dia dapat belajar seperti kanak-kanak yang lain. Alhamdulillah, dia seorang anak yang baik dan bijak cuma sukar untuk membaca.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penulisan Dr Azizul Azli Ahmad di media sosial. Tidak pernah lokek mengatur strategi dengan orang ramai bagi tujuan berkongsi info dan tip untuk mengurus kewangan keluarga lebih baik.
Malah menurutnya cara mengumpul harta ada pelbagai cara dan salah satunya adalah mulakan dengan membeli rumah. Ini seperti mana apa yang dipraktikan olehnya menjadikan pelaburan hartanah untuk dijadikan dana pendidikan anak-anak.
Nak tahu detail strateginya ini perkongsiannya dan bolehlah dijadikan panduan di masa akan datang.
MULA RUMAH KECIL DULU!
Lakukan 3 perkara ini :
+Beli hartanah bawah harga pasaran 20%-30% dari harga pasaran.
+Pastikan kadar sewa lebih tinggi dari bayaran bulanan.
+ ROI bagi belian kediaman lebih dari 5%.
Maka belilah mana mana hartanah dimana pun boleh. Saya jumpa ramai pelabur luar bandar buat duit laju sebab harga hartanah tak mahal dan senang dapat +ve cashflow dalam hartanah.
Selamat berjuang dan jangan salah pilih produk pelaburan, menyesal pun dah tak guna ejen dan sifo dah kaya raya.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dilihat mengajar ‘musuh’ tradisinya dari China iaitu Lin Dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tindakan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar rakan dunia sukannya bercakap dalam bahasa Melayu dikongsikan di dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu nyata telah mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.
Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.9 juta tontonan dan 194.9 juta tanda suka serta mendapat 3,209 komen daripada netizen.
Ajar Tiga Ayat Utama
Di dalam video tersebut di lihat di mana Datuk Lee Chong Wei memulakan dengan pertanyaan ‘Apa Khabar’ dan kemudian Lin Dan mengulangi ungkapan tersebut sambil melambai tangan ke arah kamera.
Setelah itu, ayat berikutnya pula Datuk Lee Chong Wei mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ di mana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan begitu lancar sekali.
Baca artikel menarik lain di sini:
Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.3 juta tontonan dan 150,500 tanda suka serta hampir 2,500 komen dalam kalangan netizen.
Di ruangan komen, rata-rata memuji kefasihan Lin Dan yang bercakap dalam bahasa Melayu serta mengagumi keakraban kedua-duanya dalam sukan badminton.
Komen netizen, “Lin Dan bila cakap Bahasa Melayu.. muka ada skit macam melayu 😂😂”
“Sedap suara Lin Dan ckp Melayu,” tulis yang lain pula di ruangan komen.