Kesihatan tulang belakang adalah asas kepada pergerakan harian dan kualiti hidup yang baik. Sebagai struktur utama tubuh, ia menyokong berat badan, melindungi saraf tunjang, dan membolehkan pelbagai pergerakan seperti membongkok, berpusing, dan berjalan. Oleh itu, menjaga kesihatan tulang belakang adalah keutamaan yang tidak boleh diabaikan.
Menurut petikan daripada Public Health Malaysia Slipped disc bukan sekadar sakit belakang biasa. Ia adalah keadaan serius di mana cakera lembut di tulang belakang tergelincir dan menekan saraf, menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan.
Apa Itu Slipped Disc?
Slipped disc berlaku apabila cakera intervertebral tergelincir keluar dari tempat asalnya dan menekan saraf. Keadaan ini biasanya berlaku akibat:
Postur Duduk Yang Salah: Duduk dalam tempoh lama dengan posisi yang tidak betul.
Angkat Barang Berat Tanpa Teknik Betul: Teknik yang salah boleh memberi tekanan yang besar pada tulang belakang.
Ads
Berat Badan Berlebihan: Berat badan tambahan memberikan tekanan tambahan pada tulang belakang.
Proses Penuaan: Cakera intervertebral menjadi lemah dan kurang fleksibel seiring usia.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan?
Untuk mengelakkan dan menguruskan slipped disc, langkah-langkah berikut sangat penting:
1. Jaga postur semasa duduk dan berdiri. Pastikan tulang belakang anda disokong.
2. Bergerak lebih banyak – elakkan duduk terlalu lama tanpa rehat.
3. Elakkan mengangkat barang berat dengan cara salah. Bengkokkan lutut, bukan tulang belakang.
4. Kawal berat badan untuk kurangkan tekanan pada tulang belakang.
5. Jika rasa sakit tidak hilang, segera dapatkan rawatan daripada doktor.
Ads
Tulang belakang adalah asas tubuh kita. Jangan biarkan rasa sakit berterusan merampas kualiti hidup anda. Ambil langkah awal untuk melindungi diri dan nikmati kehidupan tanpa batasan.
INFO TAMBAHAN
Kenapa Anda Perlu Bertindak Segera?
Ads
Tulang belakang adalah asas tubuh kita. Ia menyokong hampir semua pergerakan harian dan melindungi saraf tunjang. Jika rasa sakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjejaskan kualiti hidup anda.
Ambil langkah awal untuk melindungi diri anda daripada slipped disc. Dengan penjagaan yang betul, anda boleh menikmati kehidupan tanpa batasan. Jangan tunggu sehingga tulang belakang “menjerit” untuk perhatian – bertindak sekarang!
Bagi mereka yang mempunyai penyakit serius, mungkin ada antaranya pernah melalui pelbagai pemeriksaan dan ujian kesihatan termasuklah imbasan MRI (magnetic resonance imaging) bagi memastikan keputusan yang lebih detail berkenaan penyakit yang ditanggung.
Berkongsi tentang pengalaman itu, seorang pegawai perubatan ini berkongsi pengalamannya sendiri melakukan MRI di media sosial.
Ujar Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli, bagi sesiapa yang pernah alami sekali dalam hidup, pasti pengalaman itu cukup menginsafkan diri. Malah turut mengakui berasa takut untuk menjalani MRI di masa akan datang.
Ini perkongsiannya.
*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*
Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.
Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur…
Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru Mr mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.
Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.
Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.
Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan…
Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam-macam bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek. Ada bunyi macam pukulan tin, ada bunyi macam pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nak menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.
Berkali-kali aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Ya Allah, aku tidak tahan…
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.
MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.
Setelah ditenangkan oleh juru MRI,
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI. Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.
Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung.
Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.
Aku tidak mahu teruskan MRI ini. Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, maka MRI diteruskan pada petangnya dengan mengunakan ubat tidur (sedation).
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepada pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.
6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi. Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu…
Di kubur nanti, Mana bola untuk aku ramas? Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia? Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?
MRI prosedur yang menginsafkan. MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…
Sumber : Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Ibu mana tak risau melihat anak sering batuk, sudah puas diberi makan ubat namun tidak sembuh sepenuhnya.
Oleh itu, elok juga dicuba rawatan alternatif mana tahu serasi dapat juga melegakan tekak daripada mengalami batuk berpanjangan.
UBAT BATUK HOMEMADE
Rabu lepas Fydh dijangkiti selesema teruk & hidung tersumbat. Petang Khamis, start batuk jenis chesty cough lak. Mulanya saya berikan ubat batuk yang dibeli kat farmasi sebelum ni. Tapi Fydh tak serasi dan masih batuk non stop. Menjelang malam, dah start demam lak. Pagi-pagi Jumaat tu, bawa Fydh ke klinik sebab dia dah makin kerap terbatuk-terbatuk. Walaupun ada kahak dalam dada, doktor cakap keadaan Fydh tak teruk sangat dan tak perlu ambil nab..
Balik je dari klinik, batuk Fydh makin kerap dalam 5 minit sekali. Makan ubat batuk dari klinik pun masih tak nampak perubahan. Nafas Fydh makin laju dan bunyi wheezing pulak.
Nampak dia tarik nafas dalam (bila bernafas ada lekukan dalam kat tengah-tengah pertemuan tulang selangka) sebab susah nak nafas. Kaki dia pun mula terasa sejuk je sebab tak cukup oksigen dalam badan. Dekat sejam saya ulang tepuk percussion untuk cairkan kahak dan urut refleks point untuk paru-paru pada belakang, dada, tapak tangan dan tapak kaki.. Urut refleks point sinus & sinus drainage untuk kurangkan hidung tersumbat. Alhamdulillah, bila dah lega sikit Fydh tertidur gak..
Masa tu la saya terfikir, sampai bila nak bergantung pada ubat batuk semata-mata.. Masa gi klinik tu, saya ada tanya doktor dah 3 bulan++ Fydh asyik batuk on-off. Walaupun dah habis ubat batuk, sesekali anak akan terbatuk dan bunyi kahak dalam dada. Lepas 2-3 minggu, mesti batuk berulang lagi. Doc cakap batuk berulang dikalangan kanak-kanak ni perkara biasa. Terutamanya kanak-kanak usia 5 tahun ke bawah ni, memang selalu jer kena batuk berulang sebab imun badan tak kuat. Tapi kalau batuk disertai tanda-tanda badan lemah, demam, nafas jadi laju serta ada lekukan dalam bawah rusuk bila bernafas, kena gi hospital lak, buat chest xray untuk check jangkitan paru-paru.
So kalau batuk on-off lagi lepas ni, takkan Fydh nak bergantung sepenuhnya pada ubat batuk dan berlarutan lak sampai imun badan dia kuat..? Mungkin akan batuk lagi beberapa bulan, mungkin setahun-2..? Apa yang buatkan saya bertambah risau.. Risiko Fydh ni kena asthma tinggi sangat sebab keluarga kedua² belah saya serta suami ada masalah asthma & resdung, nak-nak Fydh sendiri pun ada mild eczema. Tu belum lagi risau kalau kena jangkitan paru-paru lak sebabkan masalah berkaitan batuk ni.. Huhu..
Fydh ni kalau batuk biasa, kurang gak bila minum madu. Tapi batuk kali ni, kurang berkesan kalau minum madu semata-mata.. Tak lama dulu, saya pernah buat resipi campuran madu+lemon+minyak zaitun (dari artikel livestrong). Masa tu saya sendiri yang alami batuk berpanjangan. Walaupun ia berkesan pada saya tapi campuran tu terlalu masam (trigger gastrik) & kurang berkesan untuk Fydh. Dalam bulan Mac lepas lak, saya pernah cuba resipi ubat batuk (madu+bawang) dari perkongsian Dr. Rizal, tapi Fydh tak gemar lak rasa bawang yang terlalu kuat. So kali ni saya gabungkan semua info yang saya dapat dari perkongsian Dr. Rizal, Dr. Suri Roowi & beberapa sumber lain untuk hasilkan resipi ubat batuk homemade yang hanya gunakan bahan-bahan alami dari dapur.. Sementara Fydh tidur tu cepat-cepat lah saya masuk dapur dan siapkan ubat batuk homemade ni..
Saya sempat rendam sejam je dulu sebab Fydh dah terjaga dan batuk non stop balik. Badan dia mula nampak lemah sebab dia langsung tak nak makan sebabkan asyik batuk je. Lepas berikan rendaman madu tadi, sekali lagi saya buat tepuk percussion untuk cairkan kahak & buat urutan refleksologi untuk redakan batuk.. Mujur gak setiap kali saya buat tepuk percussion & urut refleks point ni, batuk Fydh akan lega sikit..
Dalam 20min++ lepas beri rendaman madu tu, batuk Fydh beransur kurang dan badan dia mula berpeluh.. Sebelum ni badan dia langsung tak berpeluh (padahal dia memang jenis kuat berpeluh). Walaupun masih ada bunyi wheezing, tapi kekerapan batuk dah kurang dalam 30 minit sekali. Sampai malam, sempat 2x gak Fydh minum. Batuk pun dah kurang sejam sekali.. Bila tidur malam pun tak kerap sangat batuk macam waktu siangnya.
Pagi Sabtu, Fydh dah mula aktif & berselera bila makan. Dia masih terbatuk-batuk dalam sejam-2 sekali, tapi kahak pun dah makin cair. Takdelah susah dan sakit sangat dada masa anak terbatuk-batuh tu.. Bunyi wheezing pun dah takde. Fydh pun dah mula boleh main macam biasa. Sebenarnya Sabtu tu saya sendiri pun dah jangkit selesema dan batuk. Tekak mula rasa bengkak dan perit disertai batuk dengan kahak yang pekat dalam dada. Lepas ambil rendaman madu ni, memang terasa perbezaannya dan tekak pun dah tak rasa membengkak.
Malam tadi pun Fydh boleh tidur lena & sekali jer terbatuk tengah malam. Hari ni, masuk hari ke-4 saya berikan Fydh rendaman madu (ubat batuk homemade) ni. Syukur alhamdulillah, batuk Fydh dah makin kurang dengan izinNya..
½ biji bawang holland/merah
150-200gm madu
3-5 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji lemon – diambil jus (anggaran 50ml)
11-15 biji bunga cengkih
Cara-cara:
1)Potong ½ biji bawang merah dan bekukan selama 5-10 minit
2)Ketuk bawang putih, biarkan selama 10 minit.
3) Sementara menunggu tu, perah jus dari sebiji lemon. Ketepikan.
4) Tumbuk kasar cengkih dan campurkan ke dalam jus lemon. Biarkan sebati seketika.
5) Bawang merah tadi boleh dileraikan atau dipotong kasar. Campurkan ke dalam madu.
6) Masukkan jus lemon dan kacau.
7) Bawang putih yang telah diketuk, dicampur ke dalam minyak zaitun dan dipanaskan dengan api paling kecil selama 2-3 minit sahaja. Biarkan suam sedikit sebelum dicampurkan ke dalam madu tadi.
-Rendam sekurang-sekurangnya sejam-2 pada suhu bilik supaya jus bawang keluar. Setelah 2 jam, barulah boleh disimpan dalam peti sejuk.
-Campuran madu & bawang ni lebih berkesan selepas dibiarkan terendam semalaman.
-Sebaik²nya kacau/goncang sebelum guna
-Boleh minum airnya sahaja atau makan bersama bawang (untuk Fydh, saya berikan air sahaja, tapi saya suka makan bersama bawang sebab rasa crunchy)
-Bagi kanak² ambil 1 sudu teh, 2-3 kali sehari/bila perlu
-Orang dewasa 1 sudu makan, 2-3 kali sehari/bila perlu
-Orang yang alami masalah gastrik sebaik²nya ambil 1 sudu teh je dulu & jangan ambil sewaktu perut kosong (pastikan alas perut sikit, bukannya makan sampai kenyang). Jika tiada masalah, barulah boleh ambil 1 sudu makan.
-Pastikan simpan dalam bekas bertutup
-Anak setahun ke bawah tak boleh minum madu yer.
-Sebaik-baiknya buat dalam kuantiti yang sikit (atau sukatan 2x ganda) dan buat baru setiap kali habis sebab kandungan allicin & khasiat akan berkurangan jika disimpan lebih lama.
Saya share cara saya buat ubat batuk homemade ni bukan nak galakkan orang ramai supaya tak perlu ke klinik dan dapatkan rawatan perubatan jika sakit ye. Tapi bila makan ubat batuk pun dah tak menjadi, atau batuk berpanjangan bolehlah cuba cara alternatif lak.. Lagipun ubat batuk homemade ni gunakan bahan-bahan alami dari dapur je.. 1 lagi kelebihannnya, banyak bahan dalam ni berfungsi untuk tingkatkan imun badan. So kalau tak batuk pun, sebenarnya boleh je ambil rendaman madu ni..
Sekarang jom saya terangkan khasiat setiap bahan-bahan dalam ubat batuk homemade ni lak..
BAWANG
-Boleh gunakan bawang holland atau bawang merah. Tapi menurut Dr. Suri Roowi, bawang holland ni tinggi mineral manakala bawang merah lebih tinggi kadar antioksidan & tinggi vitamin C.
-Bawang merah bila dibekukan seketika, khasiatnya akan bertambah menjadi 200 kali ganda (info dari Dr. Suri, boleh baca post tentang sayuran antikanser)
MADU (pastikan yang asli)
-Tinggi antioksidan, tingkatkan imun badan
-Mengandungi pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphan. Bahan² ni terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak. (theAsianparent Malaysia)
-Madu lebih baik dalam melegakan dan mengurangkan kesan batuk daripada diphenhydramine iaitu bahan dalam ubat batuk. (medic.usm)
-Madu kelulut merupakan madu yang terbaik, hanya amik masa 5-30 minit untuk diserap ke dalam darah. (Dr. Suri Roowi)
-Orang yang ada masalah gastrik, lebih baik gunakan madu tualang sebab madu kelulut lebih masam (Dr. Suri Roowi)
BAWANG PUTIH
-Bawang putih perlu diketuk/dihancurkan & dibiarkan selama 10 minit supaya Allicin terbentuk. Allicin berfungsi sebagai antikanser, membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. (Dr. Suri Roowi)
-Jika bawang putih yang telah diketuk & dibiarkan selama 10 minit ditambahkan minyak zaitun, akan menghasilkan Ajoene. Ia merencatkan pertumbuhan sel kanser (Dr. Suri Roowi)
-Gabungan bawang putih & minyak zaitun juga merupakan salah satu petua tradisional untuk batuk, asthma & masalah berkaitan pernafasan.
-Jika bawang putih dipanaskan dengan suhu yang rendah (35°C), akan tingkatkan lagi aktiviti enzim & menggalakkan penghasilan Allicin. Tapi ia akan termusnah pada suhu lebih tinggi dari 40°C (sebab tu panaskan bawang putih dengan api perlahan & kejap je)
-Boleh tambah bilangan bawang putih ikut selera, tapi orang yang alami masalah darah cair, perlu kurangkan/kawal pengambilan bawang putih
MINYAK ZAITUN
-Berfungsi sebagai antioksidan, tinggi
hidroksityrosol & memainkan peranan dalam kesihatan jantung, paru-paru serta meningkatkan sistem imun
-Berfungsi melincirkan kerongkong & mengurangkan pedih akibat batuk. Ia mengandungi agen oleocanthal yang bertindak mengurangkan radang pada kerongkong sama seperti ibuprofen berfungsi.
LEMON
Tinggi vitamin C (diperlukan oleh badan untuk mempercepatkan proses penyembuhan), antibakteria, tingkatkan imun, kurangkan penghasilan mukus, mengurangkan selesema & batuk.
CENGKIH
Berfungsi melegakan kerongkong akibat batuk serta mengurangkan sakit tekak, batuk & asthma. Juga berfungsi sebagai antioksidan & antibakteria.
Nota Kaki:
Jika anak terbatuk-batuk tanpa henti, selain buat tepuk percussion, pastikan minum air kosong secukupnya. Boleh juga berikan anak minum air rendaman cengkih+madu untuk berikan kelegaan pada tekak (ketuk sedikit cengkih supaya minyak patinya keluar, rendam dalam air panas dan setelah suam tambah madu)
berikan air rebusan halia untuk kurangkan batuk (tambah madu bila dah suam).
Banyakkan juga penggunaan cengkih/halia dalam masakan (boleh masukkan 2-3 biji cengkih ketika masak nasi, lebihkan halia jika masak bubur nasi, lebihkan cengkih & halia dalam sup, dll)
Apape jenis herba dan rempah ni memang kena basuh dulu sebelum guna. Saya basuh cengkih & keringkan guna kitchen towel dulu sebelum tumbuk.
Sebelum ini media ada melaporkan pengguna MySejahtera telah boleh mula membuat pendaftaran untuk menyertai Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan sejak 23 Februari lalu menerusi aplikasi itu. Bagi mereka yang telah mendaftar, temujanji akan diberikan kelak dan sebelum anda melangkah kaki ke hospital, ada baiknya hadam terlebih dahulu dari aspek pemakaian bagaimana yang paling disarankan agar ianya nanti memudahkan lagi proses suntikan vaksin diberikan.
Hakikatnya, soal berpakaian untuk ke klinik atau hospital ada yang menganggap ianya perkara remeh tapi sebenarnya cukup membantu memudahkan urusan anda dan pegawai kesihatan. Nak tahu lanjut. Ikuti perkongsian ini.
Proses pendaftaran untuk menerima vaksin
Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!
Bayangkan jika anda hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit 360’ serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk anda mendedahkan bahagian bahu untuk menerima vaksin.
Untuk lelaki, anda mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat.
Untuk Lelaki/ wanita
Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T shirt/ kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai