Bila berdepan dengan situasi terpaksa melalui jalan yang telah dinaiki air, tidak dinafikan di dalam hati kita pasti berasa bimbang sama ada kereta yang dipandu dapat melepasi air banjir tersebut atau sebaliknya.
Lantaran itu, ramai juga yang tertanya-tanya sebanarnya adakah ada paras selamat untuk kereta melepasi banjir. Ini penting untuk mengelakkan kenderaan yang dipandu tersadai akibat dimasuki air ketika meredah banjir.
Jadi persoalannya berapa tinggi paras air kereta boleh redah?
Menjawab persoalan ini, seorang lelaki ini telah berkongsi video di akaun facebooknya yang telah pun menarik perhatian hingga 9 ribu perkongsian di media sosial.
Di dalam video tersebut, lelaki ini memberi peringatan kepada sesiapa yang stuck di dalam banjir dan ingin redah banjir tersebut, ada satu perkara yang wajib diketahui sebelum mengambil tindakan berani meneruskan perjalanan.
Ketahui Paras Air Flow
Menurutnya, anda perlu tahu paras mana penghujung air flow kereta anda, ia berbeza mengikut jenis kereta. Ada yang terletak di atas dan ada juga yang terletak di bahagian bawah.
Ads
Difahamkan menurutkan perkongsiannya itu; fungsi air flow tersebut adalah untuk menyedut, jadi bila paras air flow adalah di bahagian bawah dan bila anda redah banjir hingga terkena paras air flow itu akan menyebabkan air banjir disedut masuk ke dalam karburator dan seterusnya akan menyebabkan kerosakan dan tidak boleh bergerak.
Jangan Lepaskan Padel Minyak
Manakala menurutnya jika ekzos yang terkena air banjir, ianya tiada masalah. Ini kerana ekzos akan keluarkan angin dan bukannya menyedut.
Pun begitu dengan satu syarat jangan lepaskan padel minyak ketika melalui kawasan banjir tersebut. Jika orang depan berhenti, kitaperlu juga tekan padel minyak jika dilepaskan automatik air boleh masuk dalam akzos.
Viral Myvi Lepas Redah Banjir
Ads
Tambahnya lagi sebelum ini ada viral perkongsian video berkenaan sebuah kereta myvi berjaya redah banjir, memang boleh sebab air flow myvi memang tinggi dan hujungnya air flownya di atas enjin. Jadi tiada masalah kereta myvi tersebut melepasi paras air di jalan tersebut.
Oleh itu, sangat penting untuk anda semua ketahui di mana paras air flow kereta anda. Jika tidak pasti, lebih baik berhenti atau cari jalan alternatif lain. Namun jika dalam kecemasan dan memerlukan untuk anda redah banjir dan anda tahu paras air flow kereta anda, itu tiada menjadi masalah.
Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor . Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Menerusi pengumuman tersebut, PKP bakal dilaksanakan untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.
“PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut. 17.
“Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
“Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
“Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN. 19.
Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
“Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan.
“Walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat, khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.
“Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.
Tegas Muhyiddin lagi, tempoh dua minggu yang akan datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga seluruh Negara.
“Semua kebebasan yang kita korbankan ini – terputus hubungan dengan rakan-rakan, berada di dalam isolasi di rumah, dan kesukaran untuk melakukan aktiviti social di luar – akan mampu menyelamatkan nyawa kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Soalan: Bagaimanakah cara solat kami petugas hospital yang memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang memakainya dalam tempoh yang lama? Pakaian tersebut menutupi keseluruhan tubuh kami. Tujuan pakaian itu bertujuan menyelamatkan kami daripada jangkitan. Dalam masa yang sama kami juga wajib memastikan keselamatan pesakit lain. Maka, kami tidak boleh berwuduk ketika berada dalam keadaan demikian. Apakah kami wajib mengulangi solat atau bagaimana?
𝑱𝒂𝒘𝒂𝒑𝒂𝒏:
Semoga Allah merahmati hamba-hambaNYA menjaga solat dan dalam masa yang sama berkhidmat dan berusaha menyelamatkan manusia lain dari ancaman penyakit. Dari soalan ini menzahirkan keprihatinan terhadap titah perintah agama. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar diambil perhatian oleh mereka yang terlibat;
1. Para ulama berbincang tentang mereka yang tidak boleh berwuduk dan bertayammum disebabkan keadaan tertentu. Ini seperti ketiadaan air dan debu, terkena penyakit tertentu yang menghalang penggunaan air dan debu, atau halangan tertentu yang menghalang penggunaan dua bahan tersebut. Bab ini disebut Faqid al-Tahurain (فاقِد الطَّهُورَيْن) atau ‘Adim al-Tahurain (عادِم الطَّهُورَين) iaitu orang yang tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua cara bersuci. Dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) menghitung sehingga lima pendapat dalam masalah kewajipan solat dan qada orang yang berada dalam keadaan sebegini (rujukan: Fath al-Bari, 1/585. Beirut: Dar-al-Fikr 1414H). Juga ada yang menghitungnya sehingga enam pendapat.
2. Berikut adalah ringkasan daripada pendapat-pendapat fuqaha (ahli fekah) yang disebut dalam pelbagai rujukan ulama sejak dahulu sehingga kini:
a) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammum, dan tidak perlu qada (mengulangi solat). Ini pendapat al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), al-Imam al-Muzani (meninggal 264H, merupakan anak murid besar al-Imam al-Syafii dan tokoh dalam Mazhab al-Syafii), qaul qadim (pendapat lama) al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), Ibn al-Munzir (319H) dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), Ibn ‘Uthaimin dan ramai lagi.
b) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammun tapi wajib qada (ulang). Solat itu dilakukan bagi menghormati waktu. Ini pendapat kedua yang diriwayatkan dari al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dan pendapat baru al-Imam al-Syafii.
c) Tidak wajib solat tapi wajib qada. Ini pendapat al-Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), al-Imam al-‘Auza’i (meninggal 157H) dan al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H). Antara alasan mereka ialah hadis: “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Riwayat Muslim).
d) Tidak perlu solat dan tidak perlu qada. Ini dinukilkan salah satu riwayat dari pendapat al-Imam Malik bin Anas dan golongan Mazhab Zahiriyyah (literalist).
e) Digalakkan solat dan wajib qada. Ini pendapat kelima disenaraikan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari dengan dakwaan ia antara pendapat yang disenaraikan oleh al-Imam al-Nawawi.
3. Senarai pendapat di atas kita sebutkan sekadar memaklumkan mengenai khilaf (perbezaan pendapat) ulama dalam masalah ini. Namun, pendapat yang paling masyhur dalam pegangan Umat Islam ialah pendapat yang pertama (a) dan pendapat kedua (b).
4. Untuk meringkaskan pemahaman dan pengamalan awam, saya bersetuju dengan pendapat pertama iaitu yang mewajibkan solat dalam keadaan tersebut iaitu tanpa wuduk dan tanpa tayammum, dan juga tidak wajib qada (mengulangi solat). Antara hujah pendapat ini ialah, hadis al-Bukhari (no. 336) dan Muslim (no. 367) daripada ‘Aishah r.ha di mana sekumpulan para sahabat sahabat yang telah bersolat tanpa wuduk, kemudian Allah menurunkan ayat tayammum. Ertinya, mereka bersolat tanpa wuduk, dan juga tanpa tayammum kerana ayat tayammum belum turun. Namun, Nabi s.a.w tidak menyuruh mereka mengulangi solat. Al-Imam al-Bukhari juga meletakkan hadis ini di bawah tajuk: بَابُ إِذَا لَمْ يَجِدْ مَاءً وَلاَ تُرَابًا(Bab: Apabila Tiada Air dan Tanah).
5. Pendapat yang mewajibkan solat tanpa perlu qada dilihat lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah. Jika seharian bertugas, kemudian pada malam mesti menggantikan lima solat fardu yang telah pun ditunaikan dalam keadaan tersebut, maka ini membebankan. Firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر
(maksudnya): Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
6. Di samping itu, jika seseorang bertugas dalam pakaian PPE tersebut semasa waktu solat yang boleh dijamakkan iaitu Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak, maka petugas boleh menjamakkan solat sekiranya terdapat bebanan atau kekangan waktu untuk menunaikan solat. Ini bererti, jika petugas ada ruang untuk solat pada waktu pertama (waktu Zohor atau Maghrib) maka bolehlah dilakukan jamak taqdim (solat dalam waktu pertama). Jika mempunyai ruang pada waktu kedua (Asar atau Isyak) maka bolehlah dilakukan jamak ta’khir (solat pada waktu kedua). Ini dilakukan tanpa qasar. Maksudnya, empat rakaat Zohor dihimpunkan bersama empat rakaat ‘Asar. Begitu juga tiga rakaat Maghrib dihimpun bersama empat rakaat Isyak.
7. Hujah yang digunakan dalam masalah ini ialah hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya”.
Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ
“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk Nabi s.a.w pernah menunaikan solat jamak bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.
8. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) mengulas hadis di atas: “Sebahagian para imam (ulama) berpegang kepada keharusan menjamakkan solat ketika tidak bermusafir disebabkan sesuatu keperluan. Ini (diboleh) untuk sesiapa yang tidak menjadikannya kebiasaan. Ini pendapat (Muhammad) Ibn Sirin dan Asyhab dari pengikut (al-Imam) Malik. Al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada (al-Imam) al-Qaffal al-Syasyi al-Kabir dari kalangan pengikut (al-Imam) al-Syafi’i, daripada Abu Ishaq al-Marwazi daripada sekumpulan Ahli Hadis. Pendapat ini juga yang dipilih oleh (al-Imam) Ibn al-Munzir. Ini disokong oleh apa yang nyata dari perkataan Ibn ‘Abbas “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya.” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 5/335. Beirut: Dar al-Khair 1414H)
9. Maka kita dapati banyak kita fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kata Ibn Taimiyyah: “Seluas-luas Mazhab dalam membolehkan jamak antara dua solat ialah Mazhab al-Imam Ahmad” (lihat: al-Fatawa al-Kubra, 2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Dr. Yusuf al-Qaradawi menyokong pendapat ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245. Beirut: Dar Uli al-Nuha). Maka ini bukan perkara asing dan baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.
10. Maka, 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat untuk berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum. Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka juga, boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.