Naluri seorang ibu tidak pernah silap. Lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan anaknya.
Ibu seakan dapat merasa apa yang diinginkan oleh anak dari kecil hinggalah dewasa, hanya ibu akan memahami anaknya.
Baru-baru ini, seorang ibu bernama Nurul Labis telah berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada September 2022.
Menurutnya, anaknya itu telah disahkan mengalami Hipoglisemia sehari selepas dilahirkan dan ianya kekal hingga ke hari ini.
“Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.
“Selepas lahirkan Ahnaf dan kesan bius hilang, saya diminta untuk memberikan susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak keluar susu badan.
“Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa, cuba juga tapi memang tak keluar susu,” katanya.
Nurul yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mendakwa dia dilayan secara kasar oleh jururawat ketika dia meminta anaknya diberikan susu formula.
Menurut Nurul, dia bertambah sedih kerana Ahnaf ketika itu tidak berhenti menangis dan akhirnya tidur dalam kelaparan apabila seharian tidak diberikan susu.
Lebih membuatkan Nurul terkejut apabila keesokan harinya doktor memaklumkan keadaan Ahnaf yang menggigil disebabkan dia mengalami Hipoglisemia.
Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.
“Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.
“Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya menggigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor yang saya dah minta susu formula daripada jururawat tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya,” katanya.
Ads
Kesan Hipoglisemia, anaknya terpaksa ditahan di wad penjagaan bayi untuk dipantau paras gula dan dalam masa sama denyutan jantungnya juga bermasalah kerana lahir pramatang.
Malah, katanya, sehingga kini Ahnaf masih mengalami masalah tersebut walaupun sudah berusia empat bulan.
“Seminggu anak saya kena tahan di wad sebab masalah ini. Saya dah pulang ke rumah dan terpaksa ulang alik setiap hari ke hospital untuk datang melawatnya.
“Masih ada kesan tu sampai sekarang cuma tidak teruk. Bila lambat bagi susu dia jadi gelisah dan gelengkan kepala kiri dan kanan. Badan dia pun akan menggigil,” katanya.
Nurul turut berpesan kepada ibu yang kurang berpengalaman untuk mengambil kisahnya sebagai pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada anak mereka.
Ads
Tambahnya, Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerana ia mengundang risiko kesihatan dan mengancam nyawa.
“Memang susu ibu terbaik. Tetapi kalau macam kes saya ni nasi pun dah jadi bubur. Jadi sediakan susu formula kalau payudara bengkak dan tak boleh keluarkan susu sebab nyawa anak lagi penting.
“Ibu di luar sana boleh tuam pada bahagian payudara supaya bengkak mudah surut sebab susu ibu memang bagus untuk rangsangan bayi. InsyaAllah susu akan keluar,” katanya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dan berpandangan susu formula perlu diberikan jika keadaan mendesak dan membahayakan bayi.
Memang kebanyakan hospital sekarang ini menggalakkan ibu memberikan susu badan namun doktor atau jururawat haruslah sedar jika ada situasi seperti ini, penggunaan susu formula sangat penting.
Antara simptom yang disebabkan oleh Hipoglisemia adalah jantung rasa berdebar, kepenatan, rasa menggigil, kulit menjadi pucat dan boleh mengakibatkan sawan.
Selalunya kalau anak membuat sesuatu yang membanggakan, mesti kita kan beri pujian. Betul tak? Contohnya, “Bijaknya kakak!”
Tapi siapa sangka, pujian seperti ini merupakan jenis pujian yang toksik. Seperti yang dikongsikan dari tweet yang dibuat oleh Psikologis Akif Basri, pujian sebegitu boleh menyebabkan anak kurang keyakinan untuk buat silap dan lebih tinggi anxiety.
Melalui perkongsian ilmu dari Puan Wawa Shauqi pula, ayat pujian perlu diubah menjadi lebih diskriptif iaitu menghuraikan usaha yang anak lakukan. Jom baca penjelasan seperti di bawah dengan lebih lanjut.
SEPATUTNYA PERLU DIPUJI PROSES ATAU USAHA ANAK BUAT
Siapa sangka, pujian seperti, “pandainya kakak”, “bijak anak mama ni” boleh jadi pujian yang TOKSIK. Terkejut juga masa awal-awal belajar dulu.
Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni. Kita akan faham kenapa.
PUJIAN SEBEGITU MEMBERI 3 IMPAK NEGATIF TERHADAP MINDSET ANAK
Cara pujian macam dekat atas tu, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa:
1. Pandai itu bakat. Tak pandai tu nasib. Sedangkan tak pandai boleh jadi pandai melalui usaha.
2. Anak lebih concern untuk dilihat pandai. Sampai sanggup menipu atau tindas orang lain.
3. Susah nak mengakui kesilapan.
IA DIGELAR SEBAGAI ‘FIXED MINDSET’
Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.
Anak akan mudah down bila gagal capai sesuatu. Paling tak best, ada yang sanggup tipu/ tiru dalam exam, asalkan skor.
Kalau anak yang bernasib baik pulak, risau-risau akan timbul sifat diva dalam diri. Selalu merasa dirinya lebih baik. Dan tak suka bila kawan lain lebih dari dia.
TUKAR AYAT PUJIAN SEPERTI MENERANGKAN USAHA YANG ANAK LAKUKAN
Cuba tukar pujian tu jadi lebih diskriptif. Kita tak label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita describe USAHA yang anak dah buat.
“Asbab dari kakak banyak habiskan masa study sebelum exam, Allah izinkan result exam akak cemerlang macam ni.”
“Mama tengok, sejak abang banyam melukis ni, lukisan abang makin kemas. Pilihan warna pun makin cantik.”
“Mama tengok, sejak adik kerap bantu mama, makin cekap adik buat kerja. Basuh pinggan akin bersih. Lipat kain makin kemas.”
Pujian-pujian diskriptif ni membentuk ‘growth mindset’ dalam diri anak-anak. Anak yang ada ‘growth mindset’, memahami bahawa:
Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.
Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.
Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain.
Jika sebelum ni tanaman asyik tak subur dan tak gemuk-gemuk, apa kata ikut petua yang mudah ini.
Hanya mengunakan dua bahan aje iaitu air dan roti sahaja, cukup membuatkan tanaman anda berkembang subur.
Ikuti perkongsian puan Intan Suhana ini. Mudah sangat! Pokok pun subur.
___________________________________
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan :
Sekeping roti yang masih baik Air sebanyak 1.5 liter
Air hujan atau air basuhan beras je tau.
Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin. So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-caranya:
Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan. Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil. Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes.
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas. Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar. Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh.
Wow bestnya perkongsian ini. Mudah cara sediakan baja untuk subur. Selamat mencuba!
Seperti yang kita tahu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah seorang yang gemar berkongsi content masakan dan kisah hidupnya di Instagramnya.
Terbaru, Raja Permaisuri Agong membuat perkongsian satu video di IG beliau, gelagat cucu pertamanya, Tengku Zayn Edin Shah.
Hantaran itu disertakan caption yang ringkas tapi sweet!
“Tok Mok je dia ingat …. my grandson Zayn .!”
Apa yang menarik perhatian warganet dan pengikutnya ialah gelaran nenek dan datuk yang diberikan oleh cucunya itu.
Lebih mencuit hati, cucunya itu hanya tahu menyebut ‘Tok Mok’ panggilan untuk nenek bagi Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskanda.
Sebaliknya tidak menyebut ‘Tok Bok’ gelaran datuk buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Amboi manjanya cucu ni pada Tunku Azizah. Sweet!
Tengku Zayn Edin Shah bersama ‘Tok Bok’ dan ‘Tok Mok’
Tengku Zayn Edin Shah bersama bonda dan ayahanda tersayang, Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif.
“TOK MOK FAVORITE CUCU”
Dalam ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet memuji kecomelan dan keletah Tengku Zayn Edin Shah.
Sepintas mengenai Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Iman Afzan, beliau mendirikan rumah tangga dengan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif pada 24 Ogos 2018 dalam satu adat istiadat yang penuh gilang gemilang. Hasil perkongsian hidup mereka telah dianugerahkan seorang cahayamata yang diberi nama Tengku Zayn Edin Shah yang diputeraan pada 23 Julai 2019.