Bahan ini antara yang wajib ada ketika menyediakan kek. Namun, siapa sangka rupanya ia juga memiliki banyak kegunaannya untuk mencantikkan seluruh tubuh kita.
Walaupun tiada sebarang kajian yang membuktikan kesahihan ini namun ramai yang mencubanya. Dan paling utama rata-rata mereka yang mencuba beberapa petua menggunakan bahan ini memberi tindak balas yang cukup hebat.
Benarkah? Kita tengok apa soda bikarbonat mampu lakukan untuk cantikkan seluruh tubuh kita. Nak tahu, kenalah cuba!
1. Buang Black Head
Wow ini memang hebat. Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan masukkan 1/4 cawan jus lemon dalam mangkuk. Kacau sebati dan sapu rata ke muka. Biarkan sekejap selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
Ads
2. Putihkan Gigi
Campurkan sesudu soda bikarbonat dengan sedikit perahan jus limau nipis. Campurkan rata dan gosokkan pada gigi hingga nampak kesannya. Jika suka anda boleh juga menggunakan lemon atau buah strawberi.
Ads
3. Cerahkan Wajah
Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 2 gelas air. Gaul sebati dan sapu rata pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
4. Hilangkan Bau Badan
Masalah bau badan utama adalah daripada bawah ketiak. Lakukan campuran 4 sudu makan bikarbonat bersama air (jangan cair). Kemudian sapukan dengan perlahan-lahan pada ketiak atau kawasan sekitarnya. Biarkan hingga kering.
Ads
5. Manicure & Pedicure
Kuku juga mampu dirawat dan dicantikkan dengan bahan ini. Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat dan sedikit air. Gaul sebati dan sapukan pada kuku. Sental sedikit pada kawasan kuku yang agak keras dan bahagian tepi kuku. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam.
6. Rawatan Kaki
Buang kulit kasar pada kaki dengan skrub daripada soda bikarbonat ini. Mulakan dengan mencampurkan air rendaman daripada soda ini. Campurkan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat ke dalam air. Kacau sebati dan rendam kaki selama 20 minit.
Boleh juga campurkan 3 titis essential oil seperti lavender. Untuk skrubnya, campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama sedikit air dan sentallah kulit kasar pada kaki hingga sempurna.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.
Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.
“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.
Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.
“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.
“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.
Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.
“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.
“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.
“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.
Dalam pada itu, Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.
“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.
“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.
“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian, rupa-rupanya pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.
Dua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.
Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun, Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.
“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.
“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.
Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.
“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’. Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.
“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.
“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.
Perasan tak jika kita menggoreng nugget, udang celup tepung, ayam goreng berempah atau sebagainya, lebihan minyak yang digunakan akan terlihat ‘kotor’ dengan cebisan tepung, rempah dan sebagainya.
Ini sekali gus kita merasakan minyak tersebut tidak boleh digunakan dan perlu dibuang sahaja walau pun di dalam hati terasa sayang. Maklumlah minyak tersebut baru sekali digunakan.
Pun begitu tahukah anda, rupanya ada cara mudah untuk anda dapat membersihkan minyak tersebut dan sekali gus boleh lah digunakan untuk menggoreng menu lain.
Ini sebagaimana perkongsian Chef Richad di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian video tersebut, memang nampak berhasil cara yang digunakan dan memang mudah!
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.
Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng
Sediakan bahan utamanya iaitu 100gm tepung jagung dan 150ml air
Langkah 1 :
Campurkan tepung jagung dan air, adun sebati.
Langkah 2 :
Panaskan minyak goreng tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.
Langkah 3 :
Kemudian tutup api dan biarkan 15 minit.
Langkah 4 :
Kemudian angkat adunan tepung beras tadi dan secara automatik sisa masakan akan diserap sepenuhnya.
Langkah 5 :
Hasilnya minyak masakan tadi kembali bersih dan boleh digunakan untuk gorengan berikutnya.
Jadi selepas ini jangan terus buang minyak tersebut ya. Lakukan cara ini, ternyata lebih jimat. Apatah lagi masa ini bukan mudah untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket. Selamat mencuba!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Melawan tanda penuaan yang biasanya semakin hari akan terlihat seiring usia yang meningkat seakan tidak pernah berhenti untuk diusahakan.
Lebih-lebih lagi bagi wanita, semahunya jika boleh biarlah tanda-tanda penuaan seperti garisan halus dan kesan kedutan dapat dilengahkan daripada terlihat diwajah. Dalam kata mudah, ingin kekal and awet muda!
Kini bukan lagi rahsia, semua seakan tahu memang ada petua untuk kekal awet muda. Umumnya, orang dulu-dulu memang telah amalkan iaitu makan ulam-ulaman. Tapi ulam yang mana satu paling baik untuk kita kekal muda?
Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.
Terdapat 2 kaedah yang boleh kita amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ini iaitu:
1. Makan Begitu Sahaja
– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
– Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
– Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
– Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
– Bila mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Kita juga boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.
Semoga anda nampak lebih muda daripada biasa dan yang pastinya kos untuk cantik dan muda ini cukup murah!
sumber :Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.