Astro bakal menggegarkan hujung minggu anda dengan program realiti terbaharu, Talk To My Manager iaitu sebuah pertandingan hiburan penuh emosi dan kejutan! Kali ini bukan sekadar kisah bakat di atas pentas, tapi juga tentang kepercayaan, populariti dan legasi keluarga selebriti.
Ibu Bapa Jadi Manager, Anak Jadi Bintang
Uniknya, program ini menampilkan pasangan selebriti bersama anak mereka sendiri. Anak-anak akan beraksi sebagai penghibur, manakala ibu bapa selebriti bertindak sebagai manager yang merancang dan mengemudi arah setiap persembahan.
Jom Usha Talk To My Manager, setiap Ahad, 9PM di Astro One atau sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Ads
Bakat Generasi Kedua Ambil Pentas
Fenomena generasi kedua dalam bidang hiburan semakin menyerlah. Sama ada dalam nyanyian, lakonan, tarian atau komedi, anak-anak selebriti ini membawa perspektif baharu dalam persembahan sambil meneruskan legasi keluarga.
Astro melihat potensi ini dan hadir dengan format segar yang bukan sahaja mengangkat bakat baharu, tetapi juga meraikan pengorbanan dan bimbingan daripada ibu bapa mereka.
Ads
Kerjasama & Cabaran Setiap Minggu
Dalam Talk To My Manager, selebriti berganding bahu dengan anak mereka untuk menempuh cabaran kreatif yang menguji kemahiran, ketahanan dan keserasian. Setiap minggu, mereka perlu membuktikan kemampuan menghasilkan persembahan bertenaga yang mampu menawan hati juri dan penonton.
“Astro percaya kepada kuasa legasi dalam industri hiburan. Program ini bukan sahaja tentang bakat, tetapi juga dedikasi, ketahanan dan saling mempercayai.
Penonton akan menyaksikan detik penuh emosi dan persembahan memukau setiap minggu, sebelum kita menobatkan pasangan manager-artis terbaik Malaysia.” – Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria.
Antara pasangan hebat yang bakal bersaing musim pertama ini:
Ads
Siti Sairah & Amad
Ameng & Ammar
Aziz M. Osman & Ara Aziz
Sharifah Shahirah & Auddra
Shuib & Thalita
Sharifah Zarina & Athalia
Ina Naim & Hadie
Liza Hanim & Marsya
Mereka akan melalui perjalanan penuh cabaran, kerjasama dan semangat keluarga untuk merebut gelaran pasangan terbaik.
Pengacara Lagenda, Para Juri Mantap!
Program ini akan dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil). Barisan juri pula menampilkan nama besar seperti Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal. Jangan lepaskan peluang menonton Talk To My Manager dan kandungan eksklusif lain dengan Pek Astro One pada harga RM49.99 sebulan. Untuk pengalaman penstriman lebih mantap, boleh tingkatkan ke Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan hanya RM139.99 sebulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar peranti HUAWEI, siri nova 7 baharu kembali dengan lebih banyak aplikasi dan gaya. Anda boleh mendapatkan segala keperluan gaya hidup dalam satu aplikasi dan ia akan dihantar terus ke hadapan rumah anda. Semuanya hanya melalui Huawei Siri Nova 7 dengan harga serendah RM1,499.
Telefon pintar dari Huawei ini bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Aplikasi yang disediakan HUAWEI ini turut membolehkan pengguna memindahkan kenalan, sistem pesanan ringkas, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen dan aplikasi telefon lama ke telefon pintar HUAWEI baru.
Jadi, tidak perlu lagi risau anda bakal hilang aplikasi kegemaran apabila menukar peranti baru dengan HUAWEI AppGallery dan pemindahan data juga lebih mudah. Ini kerana, selepas diuji, pengguna dapat menggunakan HUAWEI AppGallery pada telefon pintar itu untuk memuat turun semua aplikasi kegemaran.
Malah, terdapat banyak aplikasi untuk diterokai di HUAWEI AppGallery kerana ia memiliki hampir semua termasuklah mencari maklumat, melalui media sosial atau bermain permainan atas talian. Kebanyakan aplikasi disediakan memang untuk digunakan untuk tugas seharian, permainan menyeronokkan dan banyak lagi.
Huawei AppGallery: Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
Selain dilengkapi dengan HUAWEI AppGallery iaitu aplikasi mudah alih ketiga terbesar, pengguna juga dapat mencari semua aplikasi yang dimahukan menerusi peranti ini.
Bagi anda seorang yang suka membeli-belah, anda boleh memilih untuk tetap berada di rumah tetapi dapat menikmati aktiviti yang digemari dengan selesa. Melalui aplikasi yang terdapat di HUAWEI AppGallery dan Siri HUAWEI nova 7 baru segalanya hanya di hujung jari anda.
Selain itu, terdapat aplikasi lain yang boleh ditemui di HUAWEI AppGallery . Antaranya Whatsapp, facebook dan TikTok. Malah, anda hanya berbelanja menerusi Siri HUAWEI nova 7 dengan melayari platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Caring antara aplikasi e-dagang yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery.
Menerusi HUAWEI siri nova 7 yang baru ini juga, peminat K-Drama boleh menonton cerita menarik melalui Huawei Video, Viu, DimSum yang semuanya boleh diperoleh melalui HUAWEI AppGallery.
Jika anda pengguna HUAWEI, anda tidak perlu risau mengenai keselamatan HUAWEI AppGallery ini kerana ia dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan selain Huawei cloud memberikan 50 GB storan.
Tebus ganjaran
Dengan sistem ganjaran, pengguna diberi lebih HUAWEI Points jika semakin banyak aplikasi dimuat turun. Pengguna boleh menggunakan ID HUAWEI untuk menebus ganjaran dan pek hadiah yang menarik di pusat hadiah HUAWEI AppGallery.
Bagi menghargai pengguna, Huawei menyediakan banyak cabutan bertuah untuk memenangi hadiah menarik sekali gus memastikan mereka mendapat ganjaran semasa menggunakan HUAWEI AppGallery.
Terdapat juga aplikasi lain iaitu HUAWEI Browser, HUAWEI Assistant (pembantu berita dan AI), HUAWEI Cloud, HUAWEI Email, WPS Premium (aplikasi pejabat), MeeTIME (panggilan video), HUAWEI Welink (aplikasi Telecommuting), HUAWEI Readers (aplikasi membaca), HUAWEI Calander, HUAWEI Music, HUAWEI Video.
Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tetapi jika anda tidak dapat mencari aplikasi tertentu, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikannya dengan memuat turun APK. Anda boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan Penyemak Imbas Huawei, atau melalui kedai aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.
Huawei Phone Clone
Tidak kira sama ada anda pengguna iOS atau Android – HUAWEI Phone Clone serasi dengan telefon anda tanpa mengira jenama. Muat turun aplikasi percuma dari Google Play atau Apple Store.
Bukan tu je, pemindahan super cepat, dengan kelajuan 1GB per minit. Foto, video, kenalan, dan fail lain yang anda sayangi akan dipindahkan dengan mudah dan selamat dengan penyulitan rangkaian tanpa wayar yang selamat. Tidak ada sandaran di awan. Tiada cakera keras yang berat.
Anda tidak memerlukan Wi-Fi atau aliran data – Cukup imbas kod QR atau sambungkan hotspot tempatan telefon baru. Sedia untuk dipindahkan.
Huawei Phone Clone adalah penghijrahan data yang sesuai – Aplikasi yang disediakan oleh HUAWEI. Anda dapat memindahkan kenalan, SMS, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen, dan aplikasi telefon lama anda ke telefon pintar Huawei baru.
Maklumat lanjut mengenai Huawei AppGallery, sila layari: https://bit.ly/2Y1Gvek
Selain daripada AppGAllery, berikut merupakan ciri-ciri HUAWEI siri nova7 yang anda mesti mengetahui.
HUAWEI Siri nova 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummber Purple. Rekaannya cukup minimal dan sangat ringan. Dengan sokongan pemprosesan Kirin 820 5G, ia disertakan dengan liputan 5G, mutu foto dan kualiti video 4K yang mengkagumkan.
Dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, kita dapat mengecas dengan cepat iaitu 70% dalam masa 30 minit. Dengan teknologi 5G yang ada membuatkan telefon bimbit ini menjadi telefon bimbit 5G paling murah dan mampu milik. Yang paling penting, ia disertakan dengan aplikasi MeeTime yang membolehkan kita mengadakan panggilan video dengan mutu yang berkualiti.
Melalui Huawei Share, pengguna dapat pengalaman dalam perkongsian fail.
Tonton Video di bawah untuk mengetahui lebih tentang Huawei nova 7 Series:
Semua ciri di atas mampu menjadikan HUAWEI nova 7 Series sebagai telefon pintar yang cukup moden, mudah diguna dan menghiburkan anda.
Tunggu apa lagi, jom dapatkan Huawei siri nova 7 dan nikmati pelbagai aplikasi menarik dengan harga yang cukup berpatutan, klik sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang-kadang bila satu keluarga asyik sibuk, ibu ayah dengan kerja dan anak-anak pula dengan sesi persekolahan sepanjang hari membuatkan kita terlupa satu perkara penting. Apa tu ya? Bonding time bersama keluarga!
Cuti sekolah selalunya jadi peluang buat satu famili untuk tarik nafas, slow down dan ‘kumpul’semula detik yang mungkin terlepas. Biar sesibuk mana kita mengejar kesibukan, hati keluarga tetap perlukan ruang untuk berhibur dan kembali rapat macam dulu.
Hmmmm.. Tiba-tiba rasa diri perlukan masa untuk healing bersama pasangan dan anak-anak.
Hiburan bukan sekadar hiburan. Kalau tepat pilihan yang dibuat, ia akan menjadi alat bantu parenting yang sangat membantu sepanjang cuti sekolah. Dengan Astro One, anak-anak terhibur dengan kandungan selamat, ibu ayah dapat rehat sekejap dan semua orang tetap dapat masa bonding yang bermakna.
Eh, dah macam bagi keluarga kita oksigen tambahan! Terasa ringan, segar, dan menenangkan.
Cuti sekolah selalu buat rumah jadi meriah, kadang-kadang tu sampai pening nak cari idea untuk buat anak tak rasa bosan dan sentiasa seronok di rumah. Maklumlah anak-anak ni tak boleh duduk diam, bila tak ada apa nak buat mulalah nak tengok skrin kan!
Itulah yang ibu ayah cuba nak elakkan, risau kandungan atau anak lama sangat ‘melekat’ dengan skrin. Jangan risau tau sebab ada penyelesaiannya, semua orang akan dapat untung!
Dengan satu langganan saja, Astro One terus bagi seisi keluarga akses ke pelbagai hiburan termasuk saluran kanak-kanak dan Disney+. Semua dalam satu tempat, tak payah pening.
Anak-anak boleh pilih apa yang mereka suka, dari kartun ke pembelajaran ringan hingga filem mesra keluarga. Antara pilihan terkini yang confirm buat anak tersenyum panjang adalah seperti Bluey di CBeebies, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di Astro Ceria, SpongeBob SquarePants di Nickelodeon, dan Lilo & Stitch di Disney+.
Semua kandungan mesra kanak-kanak yang bukan saja menyeronokkan, tapi buat mereka kekal engaged tanpa buat ibu ayah risau.
Siapa kata hiburan hanya untuk anak? Bila mereka leka dengan rancangan kegemaran, ibu ayah boleh rehat sekejap sambil layan program sendiri seperti Gegar Vaganza 2025, Muzikal Lawak Superstar 2025, Mutiara Dalam Debuan Kabus, atau Fantastic Four: First Steps di Disney+.
Best betul bila dapat masa tenang yang jarang-jarang hadir tu!
Seronok juga bila seluruh keluarga menonton bersama. Gelak serentak, terkejut sama atau kongsi komen spontan. Astro One buat aktiviti menonton tu jadi experience yang lebih lembut di hati. Ini detik-detik kecil yang anak akan ingat bila mereka dewasa nanti.
Semua hiburan ni boleh dinikmati bermula hanya RM69.99 sebulan, siap dengan pemasangan percuma. Sangat mudah untuk mula, sangat berbaloi untuk keluarga.
Cuti sekolah tak perlu stres, jadikan rumah lebih seronok dengan Astro One. Tawaran ini terhad sehingga 31 Jan 2026. Langgan Astro One sekarang dan jadikan setiap cerita keluarga anda lebih bermakna musim cuti ini. Layari astro.com.my atau ke premis Astro untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memakai kasut bertutup atau sneakers kini dianggap sebagai trend semasa dalam bergaya. Namun menjaga kasut putih ini bukanlah mudah seperti yang disangka.
Selain perlu berhati-hati sentiasa, kasut putih juga perlu kerap dibasuh agar nampak bersih. Mencuci kasut putih perlukan kesungguhan, maklumlah bukan mudah untuk menyental kotoran degil.
Namun tip mencuci kasut putih cara mudah dengan hanya dua bahan ini wajib anda cuba. Jom lihat perkongsian dari seorang pengguna Twitter @madermn.
Hi guys! Saya nak kongsi sedikit macam mana nak putihkan balik kasut putih korang yang ada stain hitam degil dengan guna dua bahan dekat dapur. 99% berjaya sebab baru buat tadi hahaha.
Bahan-bahan:
Cuka buatan
Baking powder
1. Mula-mula, korang kena campurkan baking powder dengan cuka. Guna cuka buatan, jangan guna cuka mahal hahahah. Aku letak 2 sudu baking powder and secukup sudu cuka, asalkan cukup untuk berus kasut korang.
2. Kemudian, berus macam biasa bahagian yang kotor guna berus gigi.
3. Sental sampai hilang.
4. Lepas dah hilang hitam tu, jangan cuci dengan air, hanya lap guna tisu.
Kalau nak lagi terperinci resipinya boleh Google. Tapi secara dasarnya, hanya campur cuka dengan baking powder saja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.