Daun sup menjadi antara bahan yang sering digunakan dalam masakan, baunya yang beraroma melengkapkan lagi menu yang dihidang.

Untuk itu alangkah bagusnya jika ada yang mencuba untuk menanam sepokok dua daun sup untuk memudahkan dipetik bila ingin digunakan.

Jadi sebelum anda mencuba untuk menanamnya, apa kata baca perkongsian daripada Eddy Rusdy Abdullah ini.


Sebab ramai kawan2 fb saya tanya tips dan petua tanam daun sup ni, jadi saya share kt sini. Harap membantu dan bermanafaat. Cuma saya bertuah kali ni, tanam musim hujan, jarang siram tapi gebu gebas dia membesar dengan sihat.

Keperluan Cuaca

Daun sup memerlukan kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang tinggi iaitu antara 6-8 jam sehari.

Penyediaan Tanah

Daun sup memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan yang baik dan mempunyai kandungan organik yang sederhana. pH tanah yang diperlukan antara 6-7.

Tanah ini akan dicampur dengan tanah kompos vermi (vermicompost) dengan nisbah 10:100.

IKLAN

Tanam Daun Sup Tak Menjadi, Kena Tahu Teknik Ni Betul-betul. Baru Hidup Subur!

Semaian Benih

Benih daun sup perlu direndam selama 24 jam sebelum di tanam. Ini adalah kerana, kadar percambahan daun sup perlahan dan selalunya ia akan mengambil masa 3-6 minggu untuk bercambah jika tidak dibuat rendaman sebelum di tanam.

Benih disemai di dalam bekas semaian yang berwarna hitam (bersaiz 150 cm) yang di isi dengan tanah kompos vermi: campuran tanah. Pastikan bekas semaian mempunyai 3-4 barisan dengan jarak antara 45-55 cm setiap barisan. Selepas 2 minggu semaian, kesemua anak benih yang mempunyai ketinggian antara 5-10 cm akan di tanam ke bekas lebih besar. Tapi saya terus tabur tanam dalam pasu panjang mcm dlm gmbr ni. Untuk makan sendiri je.

Sistem Pengairan

Keperluan air daun sup adalah sama seperti sayur berdaun yang lain. Oleh itu, daun sup perlu di siram dua kali sehari untuk memastikan keperluan air adalah cukup.

IKLAN

Pengurusan Penyakit dan Perosak

Penyakit yang selalu ditemui pada daun sup adalah penyakit virus seperti Yellow Aster. ‘Septoria apiicola’ adalah salah satu penyakit dedaunan yang paling penting, ia disebarkan melalui benih. Serangga perosak seperti aphids, carrot weevil, corn earworm, flea beetles and leafhoppers.

Tanam Daun Sup Tak Menjadi, Kena Tahu Teknik Ni Betul-betul. Baru Hidup Subur!

 

Tuaian

IKLAN

Anak pokok daun sup bersedia di tuai selepas 60 hari ditanam. Tuaian daun sup boleh dilakukan dengan menggunakan gunting, pemangkas ataupun tangan sahaja.

Daun sup akan di potong sekurang-kurangnya 3 cm di atas pangkal dan akarnya akan di basuh dengan air untuk membuang kotoran.

Cara Simpanan Daun Sup

Untuk menjaga kesegaran daun sup anda, anda perlu menyimpan pada kelembapan relatif 95% dan suhu antara 0-2 ° C.

Selain itu, daun sup juga boleh disimpan dengan cara mengeringkan daun di bawah sinaran matahari. Untuk pengeringan yang lebih cepat, simpan daun di dalam oven pada suhu 38–43 ° C selama beberapa minit sahaja. Kemudian, simpan daun yang telah dikeringkan ke dalam bekas kedap udara.

Diharapkan perkongsian cara tanam daun sup ini dapat membantu anda semua untuk bercucuk tanam di rumah.

Sumber : Eddy Rusdi Abdullah

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI