Buat keluarga penggemar menu laksa mahu pun masakan asam pedas, dirasakan perlu kiranya menanam sepasu dua pokok kesum. Bukan apa, andai teringin menyediakan menu tersebut, mudahlah kiranya dipetik segar daripada hasil tanaman di laman rumah.
Pun begitu selalu juga kita mendengar orang mengeluh bab menanam kesum ini. Katanya bukan senang, apatah lagi kalau jenis ‘tangan panas’ memang tidak pernah berhasil usaha menanam dilakukan.
Pun begitu, usah putus asa apa kata ikut teknik tanaman yang dikongsikan oleh Euis Maemunah ini, katanya hanya ada satu syarat sahaja nak pastikan tanaman kesum ini dapat hidup subur. Jom semak perkonsiannya itu.
Hari ni nak kongsi cara tanam kesum yang paling mudah, dan Insya Allah hidup. Syarat utama guna keratan batang yang fresh. Jadi tiada istilah tangan panas untuk tanam pokok, bila tau ilmunya.
Ok, ini adalah media tanam. Saya guna tanah nursery biasa dan digaul lagi dengan cocopeat 1:1. 1 kampit tanah nursery dan 1 kampit cocopeat. Tambah lagi sedikit baja tahi ayam. Siram bagi basah.
Ads
Potong bahagian pucuk kesum ±4-5 inchi.
Buang daun bahagian bawah. Tinggalkan beberapa helai daun saja.
Ads
Semai dalam pasu. Buat banyak sikit.
Ads
Ini adalah setelah 3 hari ditanam. Daun akan menguning. Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Jangan pandai-pandai nak buang pula.
Kalau sudah namanya kreatif, buat apa pun menjadi. Barangan terpakai yang mungkin dianggap tidak berguna oleh orang lain, namun dengan kreativiti boleh ditukar kepada tempat meletak pokok bunga.
Apa yang menariknya, hasil kreativiti bekas botol sabun tersebut diolah simple tapi nampak cantik kan. Daripada dibuang begitu sahaja, ada juga manfaatnya. Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Cik Siti Noor Aziera
A crazy cute way to upcycle your empty drink can. *oh. Lupa mention. Tin ada yg wonda je. Sbb husbn tiap hari beli wonda. Nescafe pulak jiran yg minum, i kutip tin yg dia buang.
Serius cantik giler & simple kan ! Guna tin terpakai je pun. Jom buat nak? Hehe
So creative ! 😍
Kredit: Cik siti noor aziera
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Persaan kasih dan sayangnya terhadap isteri sering diluahkan baik melalui perbuatan mahupun ucapan. Sisi suami dan ayah peyayang ini dizahirkan baik melalui perbuatan mahupun ucapannya.
Sememangnya lelaki bernama Alif Satar ini seorang yang family man orangnya.Semalam merupakan hari ulang tahun ke 4 pasangan ini.
Akui empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon ini, dia tidak pandai nak taip ucapan yang manis, namun ucapan ringkas buat isterinya jelas menunjukkan Alif Satar sememangnya suami yang romantik.
Alif Satar sebelum itu membawa isterinya makan malam berdua sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Di dalam ucapannya, Alif mengimbas kembali momen sebelum akad nikah dan bergelar suami.
“Malam sebelum nikah, nervous tu, mak aihhhh lain macam. Tapi bila bangun pagi hari nak menikah tu, i felt so calm because i know i’ll be spending the rest of my life with her.
“Happy anniversary my darling @shadilahalid i love you to infinity and beyond,”Tulis Alis diruangan kapsyennya. a
junkhalid_Subhanallah.. Happy 4th anniversary to both of u, @alifsatar & @shadilahalid . Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah SWT & kekal bahagia hingga ke jannah ♥
suria2905Blessed Anni to both of u.. Body language don’t lie.. U loves her so much.. May ur love last till Jannah.. Mok cik peminat lagu “sesungguhnya aku’.. Bkn mok cik BeBawang.. Hahaha ???
mama__nani_habibaselamat ulang tahun perkawinan buat shad dan alif semoga berkekalan hingga ke jannah…semoga sehat semoga di murah kan rezeki semoga di panjang kan usia kalian berdua, serta menjadi khalifah yg hebat buat keluarga @alifsatar dan @shadilahalid mama happy for both of you????
alohahengSa iras muka suami istri kta org tua2 sejok dn sarasi moga bhgia brsma kluarga hingga akhir hyat Aamiin
Dalam tahun ini sahaja beberapa kali berita antarabangsa melaporkan tentang dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi yang serius pada tahun depan.
Bukan hanya antarabangsa, media tempatan juga ada berkongsi amaran yang diberikan untuk membuka mata masyarakat Malaysia. Tetapi, sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi krisis tersebut? Macam mana nak elak dari sebarang masalah kewangan pada tahun hadapan? Ini 3 persediaan yang anda boleh buat yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad.
3 Persediaan Kewangan Tahun Akan Datang
Kita nak buat apa gais?
Dah banyak kali tulis dah, cuma kali ini nak galakkan lakukan 3 perkara ini untuk persiapan tahun depan.
1. Dana kecemasan 12 bulan gaji
Dana Kecemasan jangan 6 bulan gaji lagi, tapi buat lebih 12 bulan gaji. Pandemik sahaja kita hampir 2 tahun. Krisis ekonomi Amerika 2007 sahaja sampai 18 bulan . Maka sediakan lebih kali ini gais.
2. Cipta pendapatan baru
Cipta pendapatan baru melalui ‘gig ekonomi’. Kita belajar dari pandemik lepas ada yang boleh bertahan dengan ekonomi baru ini. Belajar dan cipta pendapatan bukan alasan.
3. Mulakan portfolio pelaburan
Paling asas melabur dalam ASB, saham atau TH. Boleh juga belajar beli hartanah dan sewakan atau kupul emas pelaburan.
Kawan kawan,
Bank Dunia dah sebut banyak kali, ia petanda dan ingatan buat kita. Harga minyak dunia juga sedang naik, minyak di Indonesia dah naik Rp10,000 seliter (RM3). Maka bersedialah kawan kawan
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keselamatan asrama penting apabila anak tinggal berjauhan. Ini 7 perkara yang mak ayah perlu beri perhatian untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak.