Musim perayaan begini, daun kunyit cukup laku. Kalau ke pasar kadang kala kehabisan kerana diborong, atau adakalanya harga tak masuk dek akal kerana permintaan tinggi. Jadi, kecewa ibu-ibu yang nak buat rendang.
Jadi, nak mudahkan ibu-ibu admin kongsikan cara tanam kunyit yang mengambil masa lebih 2 minggu dah boleh guna daunnya. Tak payah lagi nak di pasar.
Jok ikut cara yang ditunjukkan oleh cikgu bernama Shariful Fadzli. Selamat mencuba!
Ads
Ha, 2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang untuk Iftar nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni! .
Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan. .
Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah! .
Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide . Cikgu Sho telan je. Hehe .
Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adab ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok. .
Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.
Ads
Cara tanam:
1. Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam. 2. Cari tempat tedih sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat. 3. Tengok, kunyit tu berdiri tegak. Saja nak tunjuk kedalaman lubang tu. haha. 4. Pastu korang masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti. Hehe. 5. Kambus. Tanam dan kebumikan dia. Lepas tu jurus air tau. 6. Korang siram lah air. Paling kurang 2x sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu. selalunya dia akn ganggu pH tanah. Rosak nanti. Baja apa nak guna,paling takde baja, korang guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan. Kena jaga betul betul. Sipit babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho 7. Dalam 2 minggu lebih, inilah hasilnya. Cikgu Sho
Ads
Suka Rendang Daging
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.
Berita pemergian Abam Bocey ini juga turut diumumkan oleh rakannya, Fad Bocey dan Achey di Instagram.
Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu
Sesekali di hujung minggu ada baiknya kita mencuba resipi yang enak dan istimewa buat seluruh keluarga. Nasi beriani antara sajian istimewa yang boleh kita sajikan buat anak-anak dan suami.
Tapi bosan juga jika asyik dengan beriani ayam, daging atau kambing. Apa kata kali ini pikat selera anak dengan nasi beriani udang yang sedap lagi terangkat. Perkongsian blog chekiahcollection.blogspot.my ini buat kita rasa lebih berselera. Jom cuba.
Dah 2 3 hari fikiran asyik dok teringat ingat nak try test masak nasi briyani udang sebab selalu asyik masak nasi briyani ayam jadi kali ni tukar pulak nak tengok jadi camna. Nasi briyani udang ni tak lah sepemes nasi briyani ayam tapi hasilnya tak mengecewakan…sedap…!!!
NASI BERIANI UDANG
Bahan-bahannya:-
500gm udang besar -bersihkan
1 kg beras bathmati -basuh dan toskan
1/2 cawan lobak merah -potong dadu
2 biji buah tomato -potong dadu
1/2 cawan tomato soup
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah beriani -bancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan
Bahan Lain:
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 cawan kismis bawang goreng
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan boleh lah di makan bersama salad, dalca atau acar timun.
Serbuk rempah briyani jenama Baba’s..apa2 jenama pun ok jer!
Setelah semua bahan-bahan dicampurkan, tanaklah nasi macam biasa
sebelum digembur..kalau tak nak letak taburan semua ni pun tak apa ini.
Inilah hasilnya 1st try Nasi Briyani Udang
Sumber: chekiahcollection.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman.
Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
.
1. Menukar jenis makanan
.
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh. Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
.
2. Ubat-ubatan
.
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
.
3. Kurangkan menelan udara
.
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
.
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
.
5. Urutan
.
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN SAMPINGAN
.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.