Pokok ketumbar biasa digunakan dalam masakan. Daunnya berbau kuat dan kurang digemari bagi esetengah orang.
Tetapi cukup enak apabila dimasukkan ke dalam masakan terutama tomyam, membangkitkan aroma dan menambahkan kesedapan.
Tak sangka, nak tanam nya pun mudah. Biji ketumbar dibeli dari kedai dan disemai boleh hidup subur dengan cara ini.
Jom baca perkongsian puan Rosziyana Bakar bagaimana dia menggunakan biji ketumbar Dan terus semai. Kini hasilnya pokok ketumbar hidup subur.
Pokok ketumbar@coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tp tak menjadi.. bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.. kali ni, cuba semai daripada biji ketumbar (beli kt diy brand Trio).. Saya tak rendam dulu pun, terus semai.. Alhamdulillah, senang hidup dan subur.. Apa yg saya belajar👇👇👇
✅2 minggu baru tumbuh
✅Siram pagi & petang
Ads
✅Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu(1 gelas air shj)
✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)
✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.
Ads
*Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tp bukan terendam ye.
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penahanan sepasang suami isteri yang didakwa memukul anak mereka kerana enggan solat. Susulan daripada itu, anak-anak dipisahkan daripada pasangan ini dan diletakkan di bawah jagaan pihak lain. Malah, kes ini turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Terbaru, sepasang suami isteri menerima nasib yang sama selepas anak mereka mengadu keletihan berpuasa kepada guru dan akhirnya pasangan ini ditahan manakala anak-anak diletakkan di bawah jagaan keluarga lain.
Kisah pasangan ini turut mendapat liputan seperti yang disiarkan menerusi Harian Metro yang berkesempatan mendapatkan maklum balas dari keluarga pasangan ini.
“ALONG hanya boleh jumpa anak-anaknya sebulan sekali. Itu pun hanya tiga jam sekali jumpa. Sudah pasti Along sangat rindukan mereka. Anak-anak Along pun dah minta maaf, mereka mahu kembali kepada Along dan Kak Long,” kata Hasrol Muhamad, 33.
Hasrol merupakan adik kepada Hairi Muhamad, 42, yang menetap di Stord, Norway sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Norliha Khamis, 42, dan lima anak.
Hasrol berkata, awal Ramadan lalu, seorang anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya dan dia memaklumkan tertekan kerana berpuasa pada waktu yang lama (melebihi 12 jam).
“Mungkin gurunya fikir dia didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak dan siasatan dijalankan.
“Seorang lagi anak Along beritahu dia pernah dipukul, namun polis yang memeriksa kediamannya langsung tidak menemui rotan atau sebarang bukti yang boleh mendakwanya.
“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan sepanjang tempoh itu, semua anak-anak Along dipisahkan daripadanya dan kini di bawah jagaan tiga keluarga bukan Islam di sana,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Hasrol, abang sulung yang dipanggil Along ada memberitahu mereka sukar untuk menang dalam kes itu menyebabkan mereka sekeluarga bertambah risau.
Lebih risau adalah ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat.
“Mak dan ayah rindukan cucu-cucu mereka,” katanya.
Menurut Hasrol, memang keluarga abangnya ada peguam mewakilinya ketika perbicaraan namun abangnya bimbang kerana dakwaan memukul anak cukup berat di sana.
“Kami sangat kenal Along dan Kak Long, mereka orang yang lembut. Cuma mereka memang tekankan soal agama pada anak-anak.
“Katanya, setiap kali bertemu, anak-anaknya akan memeluk mereka dan menangis memberitahu mahu pulang tinggal semula dengan mereka. Mereka sudah faham apa rasanya berjauhan dengan ibu bapa,” katanya.
Perbicaraan kes terhadap Hairi dan Norliha diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini dan dijangka keputusan terhadap kes itu juga akan dibuat dalam masa terdekat.
Kisah keluarga ini dimuat naik sebelum ini menerusi laman facebook MunieAsrol Muhamad yang berkongsi kisah suami isteri ini yang dipisahkan daripada anak-anak sejak Mei lalu.
Dia yang merupakan adik kepada Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan memberitahu, abangnya dan isteri, Norliha hilang hak penjagaan lima anaknya berusia antara empat dan 16 tahun selepas berdepan siasatan pihak berkuasa susulan aduan dibuat seorang daripada anaknya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mudah & tak banyak bahan, itu antara pilihan ibu-ibu tatkala memilih resipi biskut mahupun kek untuk dibuat sempena raya nanti. Dengan situasi PKP sekarang, pasti dua kriteria ini di ambil kira kan, lebih-lebih lagi semua nak berjimat.
Melatih anak-anak kecil untuk berpuasa bukanlah mudah, dan sebab ini juga ada sebilangan ibu dan ayah membuat tindakan dengan terus memaksa anak-anak untuk berpuasa sehari penuh walaupun mereka sudah seakan tidak larat lagi.
Sungguh, tidak ada salahnya kita mendidik anak sedari kecil sebagaimana kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan kita juga percaya bila anak dapat lakukan berpuasa setiap hari, lama kelamaan ibadah ini tidak membebankannya sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut alah bisa tegal biasa.
Pun begitu, dalam menilai wajar atau tidak tindakan kita itu, ayuh kita fahami perkongsian daripada seorang ustaz yang mengajar anak-anak di pra sekolah. Jom semak.
Saya teringat kepada peristiwa beberapa tahun lepas yang telah berlaku di sekolah kami.
Tamat sahaja kelas prasekolah jam 12.00 tengah hari, keluarlah anak-anak kecil pra kami dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang. Mak dan ayah semua dah tunggu. Dari dalam bilik, boleh dengar riuhnya suara budak-budak kecil ini bertanya kepada kawan masing-masing tentang puasa ke tidak.
Kami yang di dalam pejabat, melayan ajelah dengan melihat dan mendengar jawapan serta gelak ketawa sesama mereka. Sedang kami perhati, lalulah di luar pintu pejabat kami seorang anak prasekolah. Berjalan perlahan dan duduk betul-betul depan pintu pejabat kami.
Muka dia sayu. Nampak macam menangis. Saya buka pintu dan bertanya,
“Kenapa awak ni? Ada orang usik ke?”
Dia menjawab dalam sendu “Nak minum air, nak minum air. Penat”.
Kawan saya, Amirul pun datang menghampiri kami, lalu berkata “Lah minum ajelah. Pergi kat water cooler tu. Ambil air dan minum”.
Budak tadi menjawab lagi “Mak tak kasi. Nanti mak marah. Mak cubit. Mak suruh puasa. Mak tak bagi minum. Tak nak minum. Tapi haus. Nak minum air, nak minum air”.
Kasihan.
Kemudian datanglah kawan-kawan kami yang lain memujuk. Puas pujuk, dia tak nak juga. Akhirnya, kami sepakat bagi dia sebotol air mineral, paksa dia minum.
Saya gunakan nama saya dan bagitahu “Kalau mak tanya atau marah-marah cakap siapa suruh minum air ni, bagitahu mak, Ustaz Wan yang kasi minum”.
Dia pun minumlah air tu. Adalah dalam 2-3 teguk. Tak nak dah. Bimbang sangat dia kalau-kalau maknya tahu.
Inilah yang kita alami sekarang. Mak dan ayah sibuk suruh anak berpuasa. Bangga sangat anak kecil mereka sudah boleh berpuasa penuh dan ada juga yang berbangga anaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja tak berpuasa.
Habis satu kampung dijaja pasal anak kecilnya hebat berpuasa, dimasukkan juga berita tentang anaknya itu ke dalam grup whatsapp minta pujian.
Kalau anak yang tak puasa pula, siaplah diugutnya dengan berkata lebih kurang kalau tak puasa tak dapat beli baju raya, tak dapat duit raya, tak dapat main game dalam telefon dan macam-macam lagilah.
Kawan-kawan,
Sama ada kita mak atau ayah, guru, pengusaha tadika, pengasuh kepada anak-anak kecil ini, pastikanlah kita tak memaksa mereka berpuasa.
Kalau ya pun nak didik dan ajar anak-anak ini berpuasa, tidaklah perlu sampai menyeksa mereka. Tak pasal-pasal pahala yang kita patut dapat berganda di bulan mulia ini, hilang begitu sahaja.
Bagi mak dan ayah, bekalkan anak dengan makanan dan minuman bila dihantar mereka ke sekolah, rumah pengasuh, tadika dan lain-lain tempat yang seumpamanya. Ini kerana memang banyak tempat kita hantar anak tu yang sibuk memaksa anak-anak kita berpuasa. Suruh anak kita puasa, dalam bilik dia ada bau maggi boleh aje kan.
Eh nak termembawang pula.
Anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan itu adalah bonus bagi mereka. Itu pun tetap kita kena tanya dia daya ke tidak untuk berpuasa. Yang tak mampu, yang tidak berpuasa, tiada masalah.
Didik anak dengan solat dahulu. Bila dia jaga solat, pandailah dia jaga semua tu.
Lihat mana keutamaan yang perlu kita buat kepada anak-anak dalam mendidik hal-hal agama kepada mereka.
Dahulu, Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dah sebut pasal ini. Boleh cari dalam Youtube atau mana-mana sumber dalam media sosial yang lain.
Pahala puasa kita tak akan terjejas apabila kita didik anak-anak dengan cara yang betul dan tidak menyeksa mereka dalam bab puasa.
Bayangkan, andai kita menongkah arus, memaksa mereka, menyeksa mereka dengan menyuruh berpuasa sampai habis, tak bagi mereka makan dan minum apabila lapar sedang mereka masih budak-budak, masih anak-anak kecil,agak-agak kita ini masih diberi ganjaran pahala atau tidak?
Semua dah besar panjang. Boleh berfikir secara waras. Tahu jawapannya.
Sumber : WS Adli W Muhammad,
Didik anak dengan cara yang betul, bukan ikut membuta tuli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di