Perwatakannya yang sopan santun sesuai dengan raut wajahnya yang cukup anggun dan lembut. Itulah Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah.
Bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membawa beliau ke dunia yang alam rumah tangga yang bahagia.
Bagi yang masih belum mengetahui kisahnya, bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapura ini cukup manis orangnya bertemu jodoh dengan anak raja. Jodohnya ibarat cerita fairytale, mendapat jodoh dengan anak raja.
Terbaharu, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menerusi instagram memuat naik beberapa gambar dan berkongsi ucapan ulang tahun kepada Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah.
“Selamat Hari Lahir Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah. Semoga Allah terus merahmati anda dan keluarga.” – Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Ads
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Untuk makluman, Tengku Fahd merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah. Manakala Che Puan Julita merupakan isteri kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ahmad Shah.
Tidak dinafikan kita semua inginkan rezeki yang melimpah ruah. Ia adalah impian semua manusia yang lumrah sukakan kesenangan. Setiap hari kita berdoa inginkan kehidupan dilimpahi kemewahan tanpa ada kesempitan hidup.
Namun, untuk mendapat rezeki yang melimpah pasti ada caranya. Menarik untuk perkongsian ini, wanita ini berkongsi amalan arwah ibunya. Amalan biasa yang kita dengar tetapi semakin kita lupa untuk dilakukan.
Ikuti perkongsian ini. Semoga muhasabah diri.
Ada masa kita yang bergelar surirumah, yang tak bekerja ni terfikir macam mana cara nak murah rezeki. Nak Allah beri rasa cukup, nak Allah beri rasa tenang tanpa fikirkan soal wang dan sebagainya. Menjadi surirumah sepenuh masa bermakna kita tiada pendapatan. Tarik nafas. Tenangkan diri.
Sedikit sebanyak saya cuba mengimbau rutin yang Mak pernah buat dulu semasa hidupnya. Ya, saya harus akui rezeki Mak memang murah. Bayangkan waktu Mak dah meninggal pun orang hulur wang di hari pengkebumian pun banyak.
Bukan sedikit yang bagi. Orang ni hulur rm800, orang ni hulur rm400, orang ni hulur rm500. Itu belum lagi ramai yang bagi rm100 dan sebagainya. Memang dari Mak hidup sampailah Mak meninggal, memang Mak tak pernah menyusahkan.
Amalan ibu semasa hidup
Apa yang Mak buat?
Siap sedia solat
1) Jaga solat. Kalau sesiapa yang mengenali Mak atau selalu mengikuti kisah saya menjaga Mak dulu mesti tahu rutin harian Mak. Setiap kali solat 5 waktu 15-30 minit sebelum masuk waktu Mak dah stand by dengan telekung. Mak sentiasa menanti waktu solat. Bukan dah azan baru nak ambil wudhu. Mak sangat menjaga solat di awal waktu. Bila solat kita jaga, jangan bimbang, urusan kita yang lain Allah permudahkan. Sampai di hujung usianya waktu Mak sakit, bila tersedar dari tidur perkara utama yang dia tanya berulang kali, ” Waktu solat dah masuk ke?” Ya, itulah Mak.
Solat lama
2) Mak akan tunaikan solat sunat setiap kali solat 5 waktu. Mak solat memang lama. 30 minit dah tentu. Siap pakej solat sunat dan zikir selepas solat. Solat sunat Dhuha juga adalah aktiviti yang Mak akan buat biasanya dalam pukul 9 pagi.
3) Saya masih ingat. Selepas balik dari menunaikan haji Mak beli tasbih berbentuk besi bulat. Kalau takde buat apa, waktu bersantai di ruang tamu, tasbih tu la yang jadi peneman. Mulut Mak terkumat kamit membaca zikir sambil jari kanan menekan button di tasbih tersebut.
Meraikan tetamu
4) Meraikan tetamu. Mak cukup pantang kalau tetamu datang tak dijamu apa- apa. Kalau ikutkan Mak, posmen datang, orang TNB datang cek meter pun kalau boleh dia nak jamu. Hehehe. Mak cukup susah hati kalau tiba- tiba orang datang waktu tu makanan habis/ tiada. Nak juga jamu orang, biskut 4 segi dengan air teh pun tetap mak akan hidangkan. Pernah sekali posmen datang hantar komputer di rumah. Kebetulan waktu tu ada kuih muih. Sakan mak siap bancuh teh susu. Kenyang lah abang posmen tu. Hahaha.
5) Tidak berkira terutama dengan anak cucu. Mak dan Abah pernah menjaga cucu- cucu. Eloklah ada peneman,penghibur Abah dan Mak di kampung. Ada 2 orang cucu yang Mak Abah jaga sampailah dorang habis form 5. Sekarang kedua- duanya dah menamatkan pelajaran di universiti dan dah pun bekerja. Mungkin berkat menjaga cucu dengan ikhlas adalah satu asbab Mak dimurahkan rezeki. Oh ya, Mak dan Abah juga ada bawa bersama adik- adik mereka tinggal bersama. Cuma waktu tu saya tiada lagi/ ada yang saya masih kecil. Yang saya tahu ada 2,3 orang adik abah yang tinggal bersama waktu mereka bersekolah menengah. Dan ada seorang adik perempuan Mak umur sebaya Long yang Abah dan Mak jaga sehingga darjah 6. Selepas darjah 6 mak saudara tu menyambung pelajaran di MRSM Seremban.
Sedekah
6) Bersedekah. Ini habit yang Mak suka buat. Pelik sebab Mak takde pun income, tapi dia suka memberi. Bila cucu- cucu datang ziarah, waktu dorang nak balik Mak akan sibuk masuk bilik cari dompet. Mesti nak hulur jugak. Dan bila suka memberi Allah balas semula. Adik- adik mak, anak murid abah kalau datang ziarah mesti akan hulur pada Mak. Dorang bagi bukan sikit.
7) Berjimat cermat dan hidup secara sederhana. Kalau kita perhatikan mak mak kita zaman dulu sangat pandai berjimat cermat. Dapat duit beli lauk dan barang dapur mereka pandai gunakan dengan sebaik mungkin. Malah, ada lagi lebihan dan mereka simpan. Sebab tu tak perlu hairan kenapa mereka boleh menyimpan duit. Ada masa saya pun pelik bila memikirkan. Mak tak bekerja, tapi macam mana Mak boleh menyimpan dalam tabung haji sampai jumlahnya 5 angka.
Ada masa kita tercari- cari formula bagaimana nak Allah bagi rasa cukup, nak Allah permudahkan rezeki. Sebenarnya ada tips simple yang boleh kita buat dan jadikan habit. Yang penting ikhlas, jadikan ianya sebagai habit dan terus istiqomah. Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap dari kita. Apa yang penting kena bersyukur dan hargai segala nikmat yang Allah dah beri. Ianya takkan terhitung.. Al fatihah Mak.
Hari ini kita semua menerima berita duka dengan perkhabaran penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 2.15 petang tadi.
Seakan baru sahaja antara kita ulang menonton lakonan hebatnya di dalam filem Darah Satria bersempena bulan kemerdekaan baru-baru ini. Namun hari ini berita duka pemergian Aman Shah, disahkan sendiri oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly.
Ini sebagaimana memetik berita yang dilaporkan oleh Awani.
Menurut Hadzly, 43, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.
Kata Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras pada pukul 6 petang ini sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
Hadzly berkata, mana-mana kenalan atau ahli keluarga yang berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham bapanya boleh melakukannya di masjid berkenaan.
“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” kata Hadzly.
Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.
Dilahirkan di Johor Bahru pada 9154, ketika bergelar penyanyi, Allahyarham Aman Shah pernah bernaung di bawah syarikat rakaman EMI antara 1980 hingga 1987.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Sumber : Awani
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Apabila anak-anak tak sihat, mak dan ayah orang yang paling tak senang duduk. Rengekan si kecil menahan kesakitan membuatkan hati terasa sedih.
Di tambah pula waktu menerima rawatan, pelbagai cara dilakukan supaya si anak tidak meragam.
Demikian dengan anak penyampai radio Hotfm, Haziq Husni apabila kedua-dua anaknya dimasukkan ke wad akibat radang paru-paru.
Menurut Haziq, anak-anaknya Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan dan Chayra Aulia, empat bulan disahkan terkena penyakit berkenaan selepas doktor melakukan ujian X-ray.
Sebelum ini dia sering membawa anak-anaknya ke klinik tetapi doktor hanya menyatakan ia batuk biasa.
“Lebih tiga bulan kedua-dua anak saya mengalami batuk berterusan sehingga memaksa saya membawa mereka ke hospital.
“Heidy sebelum ini hanya mengalami batuk biasa malah dia sangat aktif, tetapi ia menjadi teruk apabila dia mula mengeluarkan batuk berkahak sehingga muntah.
“Manakala Chayra pula batuk setiap hari dan tidak sangka ia adalah punca radang paru-paru,” katanya.
Katanya, kedua-dua paru-paru Heidy mengalami masalah dan Chayra hanya sebelah saja.
Tambah Haziq lagi, kemungkinan anak-anaknya akan ditahan selama seminggu di hospital untuk memudahkan doktor melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut.
“Sebagai seorang bapa pastinya saya bimbang melihat keadaan mereka apatah lagi Chayra sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit Pertussis (batuk kokol).
“Sekarang penyakit lain pula yang dia hidapi. Saya mohon doa semua semoga anak-anak saya segera sembuh kalau boleh saya tidak mahu mereka lama-lama di hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang memujuk anaknya mendapatkan rawatan neb.
Menariknya, Haziq menggunakan pendekatan menyanyi bagi membolehkan anaknya senyap dan tidak meronta-ronta ketika rawatan tersebut.
“Ni cara daddy bagi Heidy senyap time neb. Kesian memang kesian. Tapi nak sihat kan? Kena juga neb. Dengar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Macam kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu.
“Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tapi kunci lembut-lembut je. Kemudian, kaki dia kunci dengan kaki kita. Kepala dia pun tak boleh duduk diam juga.
“Jadi, tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia tak boleh gerak. Last, nak bagi suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar,” Tulis Haziq di kapsyennya.