
Kehidupan yang dilalui kini kian tertekan dan mendesak, malah ramai antara kita terus berjuang dan bertahan untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarga tercinta. Ini sepertimana kisahnya seorang suami ini yang terpaksa menjual barang peribadi demi meneruskan kelangsungan hidup kesan daripada pandemik Covid-19.
Menerusi laman twitter, ia memohon bantuan untuk diulang kicau agar lebih cepat dapat menjual pakaian-pakaian tersebut untuk menyara kehidupan dan dapat membuat persiapan menanti kelahiran anak kedua tidak lama lagi.
“Assalamualaikum. Atas sebab terdesak, kami suami isteri decide untuk jual pakaian kami anak beranak. Perniagaan kami dah mati. Amat perlukan duit untuk standby kelahiran anak kedua tak lama lagi. Baju lelaki size S & M, perempuan S, baby girl 6 -12 bln. Minta bantuan semua utk RT”
Ternyata, tulisannya ini mendapat perhatian warganet dan telah 23,000 kali diulang kicau.
Dia terpaksa meletakkan harga pakaian yang dijual agak tinggi harganya sebab terpaksa jual mahal. Katanya, “Pada hari pertama, saya letak harga setinggi RM40 dan serendah RM15. Saya tahu baju-baju itu adalah second hand dan bukan saya sengaja letak semahal itu.

“Tapi saya terdesak sebab tak banyak pakaian kami yang masih elok dan sesuai dijual. Sebab itu kami terpaksa jual mahal. Maaf sangat-sangat. Tapi kalau anda teringin apa-apa, dm je ya. Boleh kurang lagi. Asalkan sama-sama puas hati”

Berkongsi cerita di Mstar, lelaki ini yang dikenali sebagai Karim sebenarnya sebelum ini pernah menguasakan gerai makan tujuh tahun lalu sebelum dikembangkan kepada kedai makan tiga tahun lalu.
Namun kedai makannya itu terpaksa ditutup berikutan perlaksanaan Peerintah Kawalan Pergerakan dan akhirnya menjejaskan perniagaannya.
“Bisnes kedai makan terjejas, tak dapat pusing modal dan tak ada duit nak bayar sewa. Saya dan isteri kemudian buka gerai minuman di sebuah restoran, jual air batu campur dan lai chi kang.
“Namun sejak PKP 2.0 awal tahun lalu dan terbaharu PKP 3.0, bisnes restoran itu juga tidak menguntungkan, apatah lagi gerai air saya dan kami membuat keputusan untuk berhenti.”
Katanya lagi, setelah perkongsiannya itu viral di media sosial ramai yang ingin menawarkan diri untuk membantu hingga meminta untuk berkongsi no akaun.
“Saya berterima kasih, tapi minta maaf kerana terpaksa tolak. Saya tidak mahu bantuan duit. Sebagai ketua keluarga, saya mahu buktikan diri saya mampu cari duit sendiri dalamapa jua usaha yang dilakukan, termasuklah menjual pakaian kami anak beranak.”
Sumber : @babyshirt & mStar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ali Tak Mampu Duduk Sendiri, Tidak Boleh Berdiri Tegak, Kaki Bersilang Macam Gunting. Ibu Kongsi Pengalaman Bila Tahu Anak Menghidap PVL (Periventricular Leukomalacia)

Sedihnya bila melihat kanak-kanak seusia setahun 4 bulan ini sudah diuji dengan dugaan yang hebat. Pada luaran, Ali kelihatan seperti bayi normal namun tiada siapa sangka dia merupakan bayi PVL (Periventricular Leukomalacia).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau apakah (Periventricular Leukomalacia) atau PVL.
PVL adalah satu keadaan atau disorder di mana ada berlaku luka atau kerosakan kepada otak yang biasanya dialami oleh bayi pramatang. Kerosakan ini memberi kesan kepada pengawalan otot yang menyebabkan bayi mengalami kelewatan dalam perkembangan terutamanya untuk berguling, merangkak atau berjalan.
PVL mungkin berlaku disebabkan oleh oksigen yang kurang sampai ke bahagian otak bayi. PVL tidak boleh hilang atau dihapuskan, tetapi ia boleh dipulihkan dengan terapi yang efisien.
Menurut ibu kepada bayi ini, Muhammad Ali yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 35 minggu kerana fetal distress. Ditempatkan di NICU selama 29 hari atas pelbagai komplikasi, namun semuanya resolved dengan baik.
Sewaktu pulang ke rumah, Ali hanya ada prolonged jaundice yang agak mengambil masa untuk pulih (lebih kurang sebulan kemudian baru baik sepenuhnya).
Ali membesar seperti bayi biasa, namun sewaktu usianya menjelang 11 bulan, kami mula berasa risau kerana Ali masih tidak boleh meniarap, merangkak atau duduk sendiri.
Dia tidak ada masalah dengan makanan. Minum susu dengan baik dan makan apa saja. Suka makan tapi berat tak naik-naik.
Selain itu tanda-tanda lain yang obvious kami lihat adalah :
- Tapak kaki tak boleh dijejakkan ke lantai dengan betul
- Kaki selalu bersilang macam gunting bila kami cuba dirikan
- Tangan sebelah kanan selalu digenggam (clenched fist) walaupun dah umur setahun
- Kadangkala berlaku spasm (gerakan tanpa kawalan secara tiba-tiba). Contohnya ketika duduk di high chair, Ali akan angkat kedua-dua tangannya seperti terkejut
- Dia tak pandai tidur baring, kena meniarap. Bila baring (muka ke atas) sering seperti ketakutan dan terkejut)
- Super sensitif dengan bunyi. Bunyi bising sikit pun dah buat dia terkejut.
Pada usia genap setahun apabila Ali tak ada tanda-tanda walaupun untuk pusingkan badan, kami bawa Ali ke pakar pediatrik dan mereka sarankan untuk buat MRI bagi melihat keadaan otak yang mungkin menyebabkan kelewatan pada perkembangan.
Kami bawa Ali untuk buat MRI di Hospital Avisena, dan keputusannya dibawa ke Hospital Shah Alam. Sebulan kemudian results keluar mengatakan, berdasarkan keadaan dalaman otak Ali, ia kelihatan seperti Ali ada ciri-ciri periventricular leukomalacia (PVL).
Itu adalah kali pertama kami mendengar mengenai PVL.
Agak sedih pada awalnya kerana mengenangkan nasib Ali. Doktor kata dia mungkin boleh jalan tapi lewat atau tidak boleh jalan langsung. Semuanya akan bergantung kepada terapi yang dijalani.
Sebab itu doktor mahu semua jenis terapi (fisioterapi, terapi cara kerja dan rehab) dilakukan secara efektif sementara Ali masih lagi bayi.
Melihat kepada semangat Ali sendiri yang kuat, kami tak mahu bersedih lagi. Di rumah, kami train Ali dengan terapi sebagaimana yang diajar oleh fisioterapist.
@paolakiraali Ramai yang tanya aku apa simptom2 PVL. Ini antara simptom yg jelas. #pvlbaby💙 #pvlfighter #preemiebaby #mixedbaby ♬ Glimpse of Us (Trap Remix) – Trap Remix Guys
Kami juga join banyak group PVL di FB dan sosial media untuk menambah pengetahuan tentang PVL dan bertukar-tukar pandangan dengan parents lain yang berhadapan dengan situasi sama. Semuanya group dari luar negara kerana di Malaysia tidak ada group PVL, hanya cerebral palsy.
Sekarang kami lebih terbuka dengan situasi Ali, kami percaya dengan usaha dan kerajinan Ali dan sokongan moral dari kami sebagai ibu bapa, dia akan dapat berjalan satu hari nanti.
Buat masa sekarang bila Ali dapat berjalan sudah tak penting kepada kami, yang kami fokus adalah kepada terapi untuk memulihkan keadaan Ali.
Disebabkan PVL, Ali mengalami trauma di mana dia mengalami stranger anxiety. Tidak boleh diambil langsung oleh orang lain atau takut dan menangis dengan kuat jika bertemu orang tidak dikenali.
Harapan kami supaya Ali membesar dengan sihat, walau dalam keadaan apa sekalipun, sama ada dia boleh berjalan atau tidak. Kami akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan mencuba apa sahaja usaha untuk memulihkan keadaan Ali.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
“Hanya Seminit Memisahkan Kita.” Rakan Kongsi Momen Terakhir Bersama Koperal Safwan Yang Meninggal Dirempuh Pemandu Mabuk!

Insiden yang memilukan membabitkan seorang anggota polis yang meninggal dunia ketika bertugas menjaga lalu lintas semasa PKP masih menjadi bualan. Allahyarham dirempuh hingga meninggal dunia oleh pemandu mabuk menjadi berita utama di media sosial.
Koperal Safwan Muhammad Ismail dilaporkan meninggal dunia serta merta apabila dilanggar pemandu Hilux yang mabuk di lebuhraya LEKAS kira-kira jam 3 pagi.
Dalam satu perkongsian di facebook, salah seorang rakan arwah memuat naik momen perbualan terakhir bersama arwah ketika sama-sama sedang bertugas.
Dalam perbualan mereka, allahyarham ada memaklumkan bahawa hari ini (semalam) merupakan hari terakhir mereka mengawal lalu lintas di situ dan keesokkannya akan berpindah ke tempat lain.
TENANGLAH DISANA WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN
“Malam ni last la kita di sjr ni..Lepas ni dah pindah ke tempat lain dah” kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku.
Hanya seminit memisahkan kita..!
Jam 0200hrs @ 03/05/2020
Aku : Wan aku nk p khemah minum ayaq sat
Wan : Ok..Sambil tersenyum
Renungan dan kata kata akhir arwah padaku
Jam 0205hrs @ 03/05/2020
Kau pergi selamanya sahabat
Terima Kasih kawan atas jasa baktimu pada negara dan masyarakat..Pergimu di bulan yang mulia Bulan Ramadhan memberi satu kelebihan padamu kawan..InsyaAllah pergimu syahid di jalan Allah SWT berbakti pada negara..Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada ganti..
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..Amin..
Al-Fatihah (Dalam bacaan)
Dalam coretan tersebut juga, sumber turut mengucapkan terima kasih diatas jasa dan bakti arwah yang berkorban tenaga dan masa demi negara serta masyarakat. Pemergiannya di bulan mulia ini begitu berbekas dalam hati rakan-rakan seangkatan.
Dalam pada itu, KDYMM Agong, Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia turut merakamkan salam takziah buat ahli keluarga wira negara itu atas pemergiannya demi negara.
View this post on InstagramA post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
View this post on InstagramA post shared by Tan Sri Muhyiddin Yassin (@muhyiddinyassin_official) on
Sumber : Muhammad Lutfe, Istana Negara, Muhyiddin yasin
Nak Sukakan Hati Orang Sekeliling Tak Perlu Gunakan Duit Pun. Buat Macam Ni Pun Ramai Sudah Gembira!

Kita selalu dengar, barang siapa yang menggembirakan hati orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia. Apa yang pasti, menggembirakan itu tidak semestinya perlukan kita untuk berbelanja besar. Lalu cara bagaimana untuk kita menggembirakan hati insan-insan yang kita sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling kita?
Perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini semoha dapat memberi idea untuk kita membahagiakan setiap orang disekeliling kita agar tempias bahagia itu juga akan menjadi asbab untuk kita merasa bahagianya hidup ini.
Jom semak.
Gembirakan hati keluarga, kawan, orang sekeliling kita dengan modal yang minima
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja itu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Kalau tengok kita buat gitu. Rilek sikit dia.
Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
2. Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
5. Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
7. Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu penting.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Life is simple. What you give, you get back.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri.Kah!
sumber : Amir Syahir