Setiap daripada kita pasti ada kenangan demam sewaktu kecil kan. Waktu itu, macam-macam karenah dan juga pelbagai permintaan kepada ibu bapa. Termasuklah bab makan.
Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengimbas kenangan sewaktu kecil, ibunya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sering menyediakan menu siput sedut sekiranya beliau diserang demam panas.
Ads
“Selepas buat lawatan mengejut ke Malaysian Future Leaders School Batch 2 di Negeri Sembilan, saya berhenti singgah makan tengah hari di Kedai Abang Sam, rembau/pedas N9.
“Makan siput sedut, teringat nostalgia masa kecil dulu, di Johor ibu selalu masak siput sedut waktu saya demam. Tuan kedai pula bukan saja hidangkan masakan sedap, layanan pun mesra. Kalau ke rembau singgah kedai Abang Sam ya,” tulis Syed Saddiq di ruangan instagramnya.
dynadeennood nostalgia masa kanak kanak makan kiong & belut masakan ibu & nenek dengan bumbu kuning ? wisata kuliner ya bro menikmati sedapnya tutut ciput , gulai siput atau juga disebut siput sedut baik untuk kesihatan & mencegah penyakit maag & liver my?miowmiow meowmeow @syedsaddiq ?
Bergelar seorang pilot pastinya nampak hebat pada pandangan masyarakat, namun tiada siapa tahu jerih-perih yang terpaksa ditempuh oleh lelaki ini.
Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum mengecapi kejayaan, lelaki ini tetap berusaha dan tidak berputus asa memajukan dirinya.
Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol boleh dijadikan inspirasi untuk kita memotivasikan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
KELUARGA B40 AYUH BUKTIKAN, KITA JUGA BOLEH BERJAYA.
Dulu keluargaku hidup susah. Serba serbi dalam kekurangan. Kadang-kadang makan pun bercatu. Lauk telur goreng biasanya dipotong dua, kongsi makan dengan adik beradik yang ada.
Aku adalah anak sulong dari 6 adik beradik. Sebagai anak sulong, Aku menyaksikan segala keperitan dan kepayahan mak dan ayah Aku membanting tulang dalam membesarkan Aku dan adik-beradik.
Arwah bapaku adalah seorang bekas askar tidak berpencen. Mak Aku pula adalah seorang surirumah sepenuh masa.
Selepas berhenti dari askar, arwah bapaku mencari rezeki dengan menanam sayur. Ibuku pula membantu dengan mengambil upah jahit baju dan menoreh getah.
Masih Aku ingat, masa sekolah dulu Aku jarang makan kat kantin sekolah sebab duit sekolah Aku cukup2 beli kuih dan tambang bas saja.
Kalau teringin nak beli nasi lemak atau mee kari kat kantin tu memang kena kumpul 2 hari duit sekolah baru cukup. Selalunya Aku bawa bekal saja dari rumah.
Selepas SPM tahun 1996, Aku bekerja sebagai operator kilang di Machap Johor. Itulah pengalaman pertama Aku bekerja untuk mencari duit sendiri.
Gaji basic Aku masa tu RM300 sebulan, campur dengan OT dapatlah dalam RM400 camtu. Kerjanya agak penat, hampir 13 jam sehari dan setiap masa kena berdiri.
Lepas result SPM keluar, Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kampus di jalan Gurney, dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Jalan Gurney sekarang sudah ditukar nama ke jalan Semarak. Banyak juga kena guna duit masa mula-mula nak daftar masuk ke UTMKL dulu.
Kalau tak silap Aku dalam seribu lebih jugak untuk bayar yuran dan asrama penginapan. Kalau nak harap duit gaji kerja kilang saja memang tak cukup.
Masa tu lah Aku rasa sangat sebak dan bersalah bilamana melihat mak Aku terpaksa korek tabung simpanan duit upah menjahit dia semata-mata nak tengok Aku masuk U.
Sampai sekarang Aku masih ingat lagi masa mula nak lapor diri di UTMKL. Betapa gembiranya wajah mak tengok Aku nak masuk U.
Aku bertolak dengan van Ford lama tanpa aircond dari Johor bersama ahli keluarga termasuk datuk dan nenek sekali.
Sebenarnya memang itulah impian mak Aku. Dia ingin buktikan yang anaknya juga boleh berjaya sama seperti anak orang lain.
Mengenangkan keluarga Aku yang susah, Aku cuba jimat sehabis yang boleh masa semester pertama tu.
Sepanjang 3 bulan pertama di Universiti, hampir setiap hari Aku makan maggi sebagai makan malam. Natijahnya, suatu hari Aku telah diserang migrain dan sakit kepala yang teruk ketika kuliah.
Aku stop makan maggi selepas kejadian itu dan mula mengambil nasi dan telur mata sebagai menu makan malam.
Masa cuti sem tahun ke-2, Aku mula buat kerja part time sebagai “security guard”.
Gigih kumpul duit sebab taknak susahkan keluarga dikampong. Nasib baik la dapat duit biasiswa JPA masa tu. Bolehlah survive sikit-sikit…
Lepas habis Diploma, Aku dapat kerja sebagai “technician” kat kilang Sharp di Sri Gading Batu Pahat Johor.
Kerjanya ialah repair “viewcam”. Aku masuk kerja masa tu dengan gaji basic RM970 sebulan.Dekat setahun setengah jugaklah Aku kerja kat kilang Sharp ni.
Satu hari tu Aku terbaca iklan jawatan kosong bagi pengambilan Inspektor untuk tahun 2001. Gaji basic Inspektor masa ni ialah RM1106 bagi lulusan Diploma Kejuruteraan.
Tanpa berlengah Aku pun trylah mohon, manalah tahu ada rezeki Aku jadi pegawai polis macam Inspektor Mazlan lakonan AC Mizal dalam “Gerak Khas”.
Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat…Aku berjaya dalam temuduga pengambilan Inspektor Polis tersebut.
Aku tak sangka Ya Allah. Aku terpilih diantara beribu yang layak ke peringkat akhir dalam temuduga itu.
Daripada 26 ribu permohonan, Aku antara 114 orang yang terpilih untuk menjadi seorang pegawai polis. Aku bersyukur kerana cita-cita dan impian Aku tercapai akhirnya.
Selepas tamat latihan asas kepolisan yang berjalan selama setahun, sekali lagi tuah memihak kepadaku.
Aku berjaya melepasi saringan ketat ujian pemilihan bagi pengambilan juruterbang baru pdrm. Syukur tak terkata kerana telah terpilih untuk menjadi seorang juruterbang polis diraja malaysia.
Aku menjalani Kursus Asas Penerbangan (PPL) di Ipoh Perak dan kemudiannya (ATPL) di MFA Melaka pada tahun 2005. Akhirnya, Aku berjaya mendapatkan lesen penuh penerbangan pada tahun 2007.
Pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan yang telah berjaya Aku harungi sebelum berjaya bergelar sebagai juruterbang. Aku telah berkhidmat selama 18 tahun dalam pasukan PDRM dengan pangkat terakhir sebagai Superintendent Polis.
Aku bersyukur kerana telah diberikan peluang berjuang mencurahkan bakti demi keamanan dan kesejahteraan rakyat M’sia.
Kini Aku telah mengorak langkah ke kerjaya baru yang diidam-idamkan oleh ramai juruterbang didunia. Hasrat Aku untuk membawa pesawat yang lebih besar juga akhirnya telah dimakbulkan Allah.
Bagi Aku, tidak lengkap kiranya kerjaya Aku sebagai juruterbang ini jika tidak dapat merasa membawa pesawat besar seperti Boeing ataupun Airbus.
Kawan…
Sememangnya hidup ini keras, hanya yang kuat dan tidak mudah mengalah sahaja akan menang dalam perlumbaan mengejar kejayaan.
Untuk orang muda dan adik-adik diluar sana, tiada formula yang mudah untuk berjaya. Bukan senang nak senang TAPI amat senang untuk susah jika kita mudah menyerah kalah.
Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa Tawakal.
Bermulalah dari bawah, cari ilmu dan pengalaman supaya kita kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran. Fokuslah dalam mencari ilmu untuk membina asas masa depan kita.
Kawan…
Kalau kita miskin dan tidak punya apa-apa, serius orang takkan pandang maupun hormat pada kita. Malah akan ada yang menghina kerana kau adalah golongan B40 yang tidak punya apa-apa.
Dikesempatan ini Aku cuma nak pesan, jika kau sedang belajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh, jika kau sedang bekerja atau sedang berniaga, buatlah betul-betul.
Cuba bina asas yang kukuh dan cari kekuatan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kerana apabila kita kuat, kita akan mampu untuk memberi tanpa mengharapkan ehsan dan simpati orang lain.
Kepada mereka yang mungkin sedang down, please wake up!!!. Bangkit dari kejatuhan. Bangkit kembali dengan lebih kuat. Anda mampu jadi jauh lebih baik dari apa yang anda fikirkan.
Hanya diri kita sendiri yang boleh menolong kita dan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah pergi. Aku percaya kita semua boleh!!! Yakin Boleh!!!
Percayalah pada Qada dan Qadar. Rezeki itu datang dari Allah SWT. Dia yang pegang kunci pintu rezeki untuk semua Hamba-Nya.
Sabar adalah kunci kepada kejayaan setiap insan bernama manusia.
Diharapkan coretan Aku ni dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada semua pembaca khususnya golongan B40 yang sudi baca dan follow penulisan Aku hingga akhir…
Mengejutkan anak dari tidur sebenarnya ada adabnya yang tersendiri, jangan main ketuk-ketuk pintu sahaja sambil membebel minta anak bangun di awal pagi.
Jika inilah caranya yang selama ini dipraktikkan untuk bangunkan anak dari tidurnya yang lena, sebenarnya anda telah ‘merosakkan’ mood dan emosinya sepanjang hari.
Berbeza jika kita kejutkan anak dengan adab yang sempurna, bukan sahaja kita berada dalam situasi tenang malah dapat membantu menjadikan mood anak kita pada hari itu lebih baik malah badan anak kita akan terasa lebih segar dan otak cerdas.
Oleh itu, ketahui adab bangunkan anak daripada tidur sebagai panduan.
ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh ujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , sholat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas karena dibangunkan dengan penuh kasih sayang.
Semoga bermanfaat.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/DakwahJakim/posts/10159546676067398″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Kun Anta via Bahagian Dakwah, Jakim [/su_button]
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Namun ketentuan sang pencipta tiada siapa yang tahu. Kesedihanan pasti menerpa dalam diri, biarpun sudah lama kehilangan orang tersayang.
Begitulah yang dirasai oleh seorang suami yang kehilangan isteri sejak dua tahun lalu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ. Beliau yang kini tabah membesarkan tiga orang anak-anak yang kesemua lelaki. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak yang sedang mempunyai pelbagai keletah.
Ikuti perkongsian Saudara Khairul Abdullah yang meruntun jiwa ini.
Aku buka almari baju dan tengok semua baju arwah isteri aku masih di tempat yang sama.
Sudah lebih 2 tahun dia pergi.
Dalam laci semua barangnya masih di tempat yang sama. Hampir semua benda yang dia tinggalkan masih berada di tempat yang sama.
Aku tak usik, aku tak ubah. Sesekali aku sentuh, sesekali aku ambil dan cium.
Keadaan masih sama dalam bilik ini.
Baju dan begnya masih bergantung di tempat yang sama. Barang kemasnya, barang makeup dan segala perfumenya semuanya di tempat yang sama.
Kenapa?
Entah. Aku tak tahu.
Aku suka begitu.
Aku suka keberadaan semua benda tersebut di tempat asalnya. Cukup untuk buat aku merasa sebahagian dirinya masih ada bersama aku dan anak-anak.
Cukup untuk buat aku rasa tidak ditinggalkan.
RINDU TIADA PENGHUJUNG
Aku tak move on?
Entah.
Aku tak tahu atau faham apa makna move on itu. Adakah perlu melupakan? Apakah perlu buang semuanya dan lupakan segalanya?
Jika tidak, jika masih menyimpan dan mengingat, adakah aku tidak move on?
Entahlah.
Selepas isteri dikebumikan, aku teruskan tanggungjawab aku besarkan anak-anak. Hidup aku dan anak-anak ok sahaja. Aku tak abaikan sesiapa, aku hidup seperti biasa. Tidaklah aku tertekan, tidaklah aku menderita, tidaklah aku jadi gila.
Aku tak move on?
Move on bagi aku adalah meneruskan hidup.
Alhamdulillah, aku hidup bahagia dengan anak-anak. Cuma kasih sayang dan rindu aku tak boleh aku hilangkan begitu sahaja.
Lagipun memang aku memilih begitu.
Memilih untuk terus mengingat dan merindu.
Kau tahu,
Sentiasa ada setitis manis dalam setiap rindu yang pahit.
Jadi, aku gagahkan demi yang setitis itu.
Kredit: Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Vince Chong berkongsi perjuangannya menghidap bipolar jenis 2 sejak 2015 serta bagaimana sokongan keluarga, rawatan dan gaya hidup sihat membantunya bangkit semula.