Peperiksaan hampir tiba tak lama lagi. Tentu ibu bapa akan menggesa anak tidur lewat untuk fokus lebih dan memastikan semua subjek diulangkaji sepenuhnya. Maklumlah setiap ibu bapa nak anak cemerlang dan dapat semua A kan.
Namun, hakikatnya cara ini tidak digalakkan pada waktu kritikal ini. Ini kerana anak-anak yang kurang tidur akan mengadapi masalah untuk fokus dan mengingati pembelajaran dengan lebih baik.
Sama seperti makan, semua manusia memerlukan waktu tidur untuk menjaga kesihatan tubuh. Bagi kanak-kanak, tidur bukan sahaja penting dalam proses perkembangan mereka, tetapi juga penting untuk meningkatkan konsentrasi mereka dalam pembelajaran.
Berikut adalah keperluan waktu tidur kanak-kanak setiap hari menurut National Sleep Foundation:
USIA KEPERLUAN WAKTU TIDUR
0-2 Bulan 12-18 Jam
3-11 Bulan 14-15 Jam
1-3 Tahun 12-14 Jam
3-5 Tahun 11-13 Jam
Ads
5-10 Tahun 10-11 Jam
Walaupun demikian, keperluan tidur setiap kanak-kanak tidak selalunya sama seperti jadual yang diberikan. Ada kanak-kanak yang memerlukan waktu tidur yang lebih singkat. Aktiviti dan kegiatan seharian sangat mempengaruhi keperluan tidur anak-anak kita. Ini kerana bukan sahaja dari segi kuantiti, kualiti tidur juga sangat mempengaruhi keperluan tidur setiap kanak-kanak.
Kepentingan tidur kepada kanak-kanak
1.Bertenaga
Supaya anak tidak letih agar dapat menumpukan perhatian pada homework atau tugasan yang perlu dilakukan.
2.Tumbesaran
Ads
Merangsang hormon pertumbuhan (growth hormone) semasa waktu tidur yang membantu pertumbuhan sihat fizikal dan mental kanak-kanak yang sedang pesat membesar.
3.Meningkatkan fokus
Kurangnya tidur mengurangkan oksigen sampai ke otak, justeru, mengurangkan fungsi kognitif otak. Mereka akan sukar fokus dan mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan masalah.
4.Kadar pembelajaran
Anak-anak yang cukup tidur akan mampu untuk fokus dengan lebih panjang.
Oleh itu, mereka akan lebih mudah untuk memerhati dan mempelajari perkara baru di sekeliling mereka.
Terangkan kepada anak-anak bahawa tidur yang sempurna adalah amat bagus. Beberapa hal perlu diambil tahu berkaitan dengan tidur anak-anak iaitu:
1.Pisahkan tempat tidur di antara anak lelaki dan anak perempuan.
2.Memadamkan lampu bilik ketika tidur supaya saraf-saraf mata boleh berehat dan tidur menjadi lebih aman.
3.Membersihkan diri sebelum tidur, menggosok gigi dan juga berwuduk.
4.Mengenakan pakaian yang longgar dan selesa.
5.Membaca doa sebelum tidur.
Jika anak-anak mendapat tidur yang berkualiti, tidak akan ada hutang tidur (sleep debt) yang dialami oleh anak-anak sehingga perkembangan mereka sempurna. Selamat mencuba ibu bapa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu ada yang sedang packing baju balik kampung. Sudah tentu baju banyak hendak dibawa.
Pastinya ada yang merancang untuk pulang ke kampung dalam tempoh yang lama. Jadi untuk mengelak tertinggal barang untuk dibawa pulang ke kampung, apa kata buat checklist sebagaimana wanita ini lakukan.
Tips packing barang balik kampung dan “free printables”
Ramai yang tak suka kerja packing-packing barang ni kan? Hahaha kerja packing barang antara benda yang hani suka buat sebab bila hani packing barang hani confident semua benda penting hani bawak dari org lain yang tolong packingkan.
Dulu masa masih bergelar pelajar setiap bulan balik shah alam/seremban jaya dari JB. So lama-lama kerja packing dah jadi cam senang dan tak drag sangat sebab dah tahu apa benda nak bawak apa benda tak perlu. Walaupun kadang-kadang rasa macam nak bawak rumah-rumah sekali ke mana-mana sebab “there is no place like home” kekdahnya kan.
Buat senarai barang nak dibawak semestinya membantu. Kalau ada yang nak, later hani kongsikan softcopynya kat sin. Hani asingkan senarai untuk pakaian kitorang dengan pakaian Aqil sebab bagasi lain-lain. Rasa lebih mudah begini.
So tips nak packing balik kampung ada kat gambar ya! Jom tengok dan sesuaikan mengikut situasi kelurga masing-masing mana yang boleh.
1.ok jom mula. Selalu hani mulakan dengan pakaian kami suami isteri dulu. Macam biasa longgokan dalam bakul masing-masing. Sebelum tu tentukan dulu berapa banyak t-shirt, seluar semua nak dibawa. Hani selalu packing untuk 3 hari je. Lepas 3 hari recycle balik baju yang sama lepas dibasuh.
2.uruskan bahagian pakaian suami isteri. Tentukan berapa banyak helai untuk setiap jenis pakaian yang nak dibawa dan tulis kat situ. Hani laminate senarai ni dan conteng di atasnya guna pen sharpie (permanent) . Boleh dipadam guna magic sponge. Hani tak guna whiteboard marker takut terhilang tulisan dia nanti. List ni nanti masukkan dalam bagasi senang nak periksa semula masa packing balik ke rumah. So hani guna permanent marker.
3.berbanding lipat, hani rasa ramai tahu trick ni. Memang tak mengecewakan. hani gulung baju-baju tersebut. Dalam bagasi, hani bahagikan satu side hani satu side Alif, tuala masing-masing jadikan pemisah. Kain batik dan kain pelikat bawa sorang satu. Mana yang baju nye lembut senang “terburai” hani secured kan dengan cara ikat dengan getah.
4.untuk baju kurung hani gulungkan sekali sati set dengan tudung. Dan ikat getah. Begitu juga dengan baju melayu alif, gulung sekali dengan sampin / kain pelikat. Baju melayu Aqil pun sama.
5.memandangkan ada beberapa set baju kurung dan baju melayu, hani asingkan masuk dalam satu beg khas. Asingkan dari pakaian harian. Nanit pagi raya boleh punggah beg ni sahaja untuk semua. Semua keperluan raya pun dalam beg raya ni juga. Songkok contohnya.
6.untuk pakaian dalam. Hani bahagikan dalam beg masing-masing supaya senang cari. Semua pakaian kecil-kecil letak dalam beg ni. Termasuklah handkerchief, stokin, swim trunk. Ni beg kasut dari Eco Rm2.
7.bawa beg baju kotor masing-masing supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.
8.bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.
9.setel bahagian pakaian ibu dan ayah!
Tips tambahan untuk pakaian ibu. Bawa tudung segera@sarung (instant shawl) dan cardigan. Supaya senang kalau ada tetamu datang tak dalah kelam kabut time tu nak pakai tudung pin sana pin sini.
10. next uruskan pakaian Aqil (anak)
Ada senarai asing dari senarai kitorg supaya senang nak tengok.
11.untuk pakaian anak, baju dan seluarnya hani gulung dan securekan dengan getah siap-siap. Kalau minta suami tolong ambilkan pun tak ada masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun tak pa dari kurang sebab budak-budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung nanti.
12. atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas untuk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.
Siap dah beg Aqil, rasa satu bagasi ni muat untuk pakaian dua orang anak.
Kelengkapan lain
13. next uruskan barang toiletries (Ubat gigi, berus gigi, pembersih lidah, pencuci muka)
14. kepitkan ubat gigi dengan binder clip sesiap supaya senang nak sangkut kat mana2
15. masukkan dalam kotak pensil kalis air dan ada penyangkut supaya senang nak sangkut kat mana2 dan boleh lap je sebelum masuk dlm beg
16. medical kit anak dan emergency pill box wajib bawa juga. Pastikan setiap box well-stocked dan semua item ada.
17. beberapa barang keperluan diri jgn tertinggal. Barang mekap dan skincare dalam satu beg. Kalau asingkan lagi bagus.
18. barang2 dalam gambar sebelah tadi hani masukkan dalam satu beg “carry on”. Beg ni jangan dimasukkan dalam bonet kereta sbb ada barang kecemasan ada dalam ni. Nak ambil mudah tanpa perlu berhentikan kereta buka bonet.
19. siap!! Setiap kali balik kampung. Tak termasuk beg pampers dan bakul susu lah. Beg jalan Aqil antara benda wajib bawa dan sentiasa ada dalam kereta sbb ada beberapa item kecemasan juga dalam beg dia supaya beg tangan ibu ringan lah skt dari bawa barang kecemasan dia kalau setakat nak pergi mall atau taman permainan.
20, just incase kalau ada yang tanya tips nak gulung baju. Haha gulung lah mcm mana pun tp ni cara hani yg hn rasa mudah dan kemas. Lipat mcm biasa. Kemudian bila dah nak lipat empat tu, gulung dari bahagian collar ke bawah. Kalau seluar dari bahagian getah pinggang ke bawah
Tular sebelum ini video jari Neelofa dipenuhi inai, yang menguatkan lagi tekaan selebriti ini bakal mengakhiri zaman bujangnya.
Terbaru pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi ucapan seakan mengiyakan perkhabaran mengenai perkahwinan bekas pengacara MeleTOP itu.
Beliau memuat naik ucapan tersebut menerusi facebooknya usai selesai program bersama Neelofa dan Nabil Ahmad Ramadan nanti.
NtoN (Nabil to Neelofa) . Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa.
. Untuk Nabil Ahmad my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah.
Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.
. Untuk Neelofa , saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.
. Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Ria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian kali ini daripada Md Helmee Abu ini cukup berguna buat anda yang ‘kaki diy’, Cara Baiki Kipas!
Memang bermanfaat dan bolehlah kita semua tambah ilmu.
Assalamualaikum, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Anda boleh cuba cara ini, saya telah cuba dan berkesan ;-
1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor
2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.
3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)
4. Tanggalkan 2 wayar socket.
5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
6. Alat yang diperlukan a) soldering iron b) solder wire c) capasitor.
7. Desolder capasitor lama (bahagian bawah board)
8. Tanggalkan capasitor lama.
9. Masukkan capasitor baru.
10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)
11. Board yg telah siap diganti capasitor.
12. Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)
13. Switch on kipas dan semoga Berjaya.
Ps : Jangan lupa ikat semula skru cover sensor
Capasitor boleh dibeli di kedai letrik (atau Jalan Pudu pada yg tinggal di KL – RM2.00 sebiji.
sumber :Md Helmee Abu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.