Tip Memasak Ekspres Di Dapur, Wanita Ini Kongsi Cara Siapkan Pes Masakan

Tugas memasak sebenarnya tidak semudah disangka. Jika tersalah teknik, hidangan yang diharapkan membuka selera mungkin bertukar mimpi ngeri.

Namun ada caranya nak masak dengan cepat dan sedap. Anda boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk beku apabila hendak memasak.

Menarik dengan perkonsian wanita ini, Izyan Alias yang menunjukkan cara membuat bahan-bahan masakan awal  bagi memudahkan proses masakan.

Ikuti cara memasak ekspres untuk ibu bekerja dan surirumah ‘supermom’.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ini Kongsi Cara Nelayan Korea Basuh Sotong, Buang Hanyir & Tak Liat Walaupun Overcook. Boleh Cuba Tip Masakan Ni!

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Simpan Stok Bawang & Cili Sampai 3 Bulan, Bebas Berkulat & Elak Masam, Guru Masakan Ini Kongsi Tip.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Joint’ Group Masakan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Kongsi Resipi Masakan, Sempat Selit Tip Rumah Tangga, Para Suami Teruja!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

TIP JIMAT DAN PANTAS MEMASAK WALAUPUN TAK ADA MASA

IKLAN

Tip Memasak Ekspres Di Dapur, Wanita Ini Kongsi Cara Siapkan Pes Masakan

 

1. Beli lauk basah 1-2x sebulan secara pukal. Ayam pulak Egie beli ayam organik (whole, rangka dan dada ayam)

2. Weekend setiap 2 minggu sekali, sediakan segala jenis sambal dan pes bawang. Senang nak masak, cedok2 je.

3. PES BAWANG: Bawang merah, besar dan putih, blend dengan minyak masak. Jangan letak air langsung. Kalau bawang 3/4 blender, minyak boleh letak 1/3. Then blend halus. Tumis sampai naik minyak guna api slow.

IKLAN

 

Tip Memasak Ekspres Di Dapur, Wanita Ini Kongsi Cara Siapkan Pes Masakan
Gambar sekadar hiasan

4. PES CILI KISAR: Potong kasar cili kering, rebus. Tapis. Then blend dengan minyak masak jugak. Tumis sampai naik minyak.

5. PES SAMBAL PENYET (Cara Egie): potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, goreng sampai bawang perang sikit. Sejukkan. Then blender bersama minyak gorengan. Lepas tu tumis balik sekejap lagi bersama garam gula secukup rasa untuk keringkan sikit lagi air. Kali ni tumis kejap je.

6. SAMBAL NASI LEMAK: Tumis bawang kisar dulu sampai kering air, baru masukkan cili kisar. (Ni kalau guna bawang dan cili yang belum dimasak di nombor 3 dan 4) tips ni untuk elakkan sambal tumis merecik menggila.  Jangan lupa masukkan daun pandan, asam keping dan bilis tumbuk. Masukkan garam gula secukup rasa. Tambah air 2-3x dan tumis sampai kering setiap kali tambah air.

7. BAWANG GORENG: boleh simpan bawang goreng bersama dengan minyaknya sekali. Letak bawang dan minyak atas sup atau bubur, perghhh wangi.

IKLAN

Wow, memang mudah dan cepat, Bagi yang sibuk sesuai sangat ikut tip ini.

Kredit: Izyan Alias

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Tip Memasak Ekspres Di Dapur, Wanita Ini Kongsi Cara Siapkan Pes Masakan