Tidak dinafikan sekarang ini macam-macam video dikongsikan di media sosial, ada yang bagus dan bermanfat, bolehlah dijadikan panduan. Namun tidak kurang juga perkongsian video yang pelik-pelik dikongsikan sekadar untuk suka-suka dan menarik perhatian umum.
Pun begitu, dalam sedar atau tidak tindakan tersebut sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan pesakitnya yang mengadu bermasalah setelah suaminya meniru konten buat ‘prank’ berlaku curang.
Ini perkongsiannya dan bersamalah ambil pengajarannya.
Semakin ramai pula orang tiru konten buat prank pada pasangan, kononya tengah curang, kemudian rakam reaksi pasangannya tu dan muat di sosial media. Eksperimen sosial katanya.
Risau, saya.
Ada seorang pesakit datang mengadu bahawa sejak dia kena prank begitu, dia dah hilang rasa sayang kepada pasangannya. Baru berkahwin, dan selepas insiden itu, terus dah dingin hubungan.
Gambar sekadar hiasan
Pertama, dia berasa terguris kerana pasangannya sanggup melukakan hatinya dengan sengaja, iaitu dengan alasan “bergurau” dan “eksperimen”. Dia tak boleh terima benda tu.
Kedua, pasangannya muat naik pula rakaman itu untuk tontonan umum, serta dijadikan bahan ketawa di ruangan komen. Dia tertanya-tanya, adakah naik marah atas kecurangan pasangan itu kelakar?
Ketiga, apabila dia berterus terang tentang perasaannya dengan pasangan, pasangannya telah memadam video berkenaan tetapi ada kata dia tak “sporting”, tak “chill”, tak “relax”. Dia terkilan.
Gambar sekadar hiasan
Video itu tular, dan telah dimuat naik semula oleh beberapa media lain. Walaupun pasangannya dah padam di akaun sendiri, namun video itu di media-media lain masih ada.
Setiap kali video itu lalu di media sosial, dia marah, tak boleh tidur, segan nak keluar rumah, malu nak pergi kerja, nak duduk rumah pun tak boleh sebab tak lalu nak tengok muka pasangannya.
Ads
Ini mencetuskan perbalahan antara mereka, kemudian perbalahan menjadi pertengkaran, lambat laun pertengakaran menjadi pergaduhan, hujungnya pergaduhan itu menjadi penceraian.
Malangnya, penceraian itu bukan penutup kepada masalah ini. Video dia masih berlegar di alam maya. Sekali sekala muncul semula di media sosial. Kelakuannya masih ditertawa.
Begitulah bagaimana dia akhirnya tiba di meja konsultasi saya dan minta dirujuk ke doktor psikiatri. Saya minta kebenaran untuk kongsikan kisahnya pada kalian semua. Dia izinkan.
Bersenda gurau dengan pasangan, boleh mengeratkan hubungan. Ia amat digalakkan, tapi perlu tahu di mana had dan sempadannya. Menyakat tak apa, tapi tak usahlah sampai menyakiti.
Ingat! Ada luka boleh sembuh, ada luka menjadi nanah, ada luka meninggalkan parut, dan ada luka mampu bunuh. Oleh itu, sebolehnya jangan melukakan pasangan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Ads
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebelum ini rata-rata berteka teki dengan jantina anak kepada pelakon, Emma Maembong. Kebanyakan dari mereka meneka bahawa kepada aktress cantik itu bakal menimang cahaya mata perempuan tetapi tekaan mereka meleset apabila Emma baru-baru ini mengumumkan dirinya bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Emma sendiri di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, majlis itu juga dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat Emma yang turut berkongsi rasa teruja menantikan kedatangan cahaya mata kedua pasangan itu.
Sebelum ini, Emma telah berkongsi berita kehamilannya selepas memuat naik videonya memberi kejutan untuk suaminya, Shazli ketika membuat review produk.
Terdahulu, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 2.
Sumber : Instagram @emma_maembongofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cermin mata adalah ‘sahabat’ baik dengan orang rabun. Nak-nak lagi mereka yang tak suka pakai contact lens. Jadi, cermin mata adalah barang penting untuk mereka. Sebab itu cermin mata kena dalam keadaan baik selalu, tetapi adakalanya tanpa sengaja cermin tercalar. Nak buat yang baru pasti kena keluarkan modal kan.
Kini anda tidak perlu pening kepala lagi kerana, seorang pengguna Facebook bernama Rosie Zam berkongsi tip untuk menghilangkan calar pada cermin mata. Malah tip ini juga dikatakan turut boleh dipakai ke atas jam tangan. Dengan 3 cara ini, masalah anda itu pasti dapat diselesaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering. Mudah bukan. Cuba tau.
Mana ada wanita yang mahukan seorang doktor lelaki untuk menyambut kelahiran anaknya. Malu! Itu perkataan yang menterjemahkan segala-galanya. Kalau boleh hendak dielakkan.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini. Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hajah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ? (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Sumber: Dr.Zulkifli Al Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di