Sejak khabar duka pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bersalin menggunakan kaedah caesarean telah meninggal dunia akibat Covid-19, sosial media dihujani luahan dikalangan warganet.

Belum sempat mencium anak dan anak belum kenal ibu, ia situasi yang amat menyedihkan.

Namun sebelum ini telah ramai pemergian para pejuang ibu seperti beliau. Semoga ibu-ibu yang meninggal syahid ditempatkan di syurga.

Bagaimanapun ajal maut adalah ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa. Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita ini  yang menceritakan kembali detik ‘getir’ dirinya yang bertarung nyawa bersalin dalam keadaan jangkitan Covid19. 

Penuh emosi catatannya dan moga jadi iktibar buat kita semua. Ikuti perkongsian di facebook miliknya, Rabiatul Adawiah.

Malah perkongsian ini juga telah tular dibeberapa grup wassap dan juga grup telegram termasuk telegram keluargagader club yang telah dikongsi oleh salah seorang ahli dalam telegram berkenaan.

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

Seterusnya ikuti perkongsian sebenar di facebook miliknya, Rabiatul Adawiah.

Kisah yang sama dengan arwah Siti Sarah

𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐲𝐚..
Kami sama-sama wanita mengandung..saya dulu, dan kemudian dia sekarang..
Kami sama-sama mendapat COVID-19
Kami sama-sama di ICU
Kami sama-sama terpaksa bersalin semasa masih di ICU

 

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

Perginya seorang ibu mengandung, bermakna hilanglah seluruh senyuman keluarga itu..pahit utk ditelan, namun hidup perlu diteruskan..bertambah lagi keperitan keluarga itu bila ada waris baru yang ditinggalkan tanpa ibu dpt sama2 membesarkan bayi yang luhur suci, meninggalkn memori ibu mengandung yang pergi..sayangnya mereka pada bayi itu..mengganti kasih pada ibu yang xkn kembali lagi..
Saya mohon doa sesungguhnya, ibu2 mengandung di luar sana dikurniakan kekuatan fizikal yang x terjangkau asbab kekuatan dari Yang Maha Kuat..dianugerahkan kewarasan emosi dan kekuatan mental dari Yang Maha Pemegang Nyawa..diberikan kesembuhan sesihatnya dari Yang Maha Penyembuh..
Dan jika Dia memilih untuk lebih menyayangimu Ibu, moga Ibu dikurniakan pahala Syahid hingga Syurga tanpa hisab dari Yang Maha Pemberi Rahmat..
Ibu2, Ingat! Allah menyayangimu..lalu dihadiahkan ujian sebesar ini untuk ibu lalui..Gembira atau Sedih pengakhiran yang ditetapkan, kedua2nya penuh dengan rahmat dari Allah..
Saya berdoa, moga Allah ampuni ibu2 dan beri kekuatan yang paling besar serta ibu2 cekal bersabar..

Dan kepada Shuib juga suami2 yang lain, Kuatkan Semangat! Jgn pernah putus bersangka baik dan teruslah bertahajud, berdoa, mohon Allah kurniakan yang

terbaik untuk keluargamu..Kita berusaha, Kita merancang, Namun Dia yang menentukan..

 

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐢𝐭 𝐁𝐚𝐫𝐳𝐚𝐤𝐡: 𝟒𝟐 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐣𝐢

Terdahulu, beliau pernah berkongsi detik yang cemas dalam hidupnya yang hampirkan ditidurkan selepaskan melahirkan bayi secara pembedahan. Moga catatan  beliau menjadi ikibar.

Seperti yang telah dijanjikan, moga ada pengajaran untuk dimanfaatkan.Sesungguhnya, Allah Maha Pemegang Nyawa, Maha Penyembuh.. 

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐢𝐭 𝐁𝐚𝐫𝐳𝐚𝐤𝐡: 𝟒𝟐 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐣𝐢

𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
“Uhuk”..saya terbatuk kecil dalam kereta, otw ke HKL untuk checkup mengandung. Pelik batuk ni…Hati saya rasa tak sedap..Sampai saja di HKL, saya declare pada nurse tentang batuk tadi. End-up, Nurse suruh saya tggu sampai dapat clearance Dr. Lebih kurang 1jam 45min kemudian, nurse panggil beritau Dr nak jumpa..Sekali Dr yang checkup saya pun mengandung juga..makin x best hati ni..dok doa, “𝑌𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑏𝑎𝑡𝑢𝑘 𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑎𝑑𝑖, 𝑘𝑎𝑢 𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑖 𝐷𝑟 𝑛𝑖..”
Petang tu, batuk saya makin teruk..Call klinik dekat dgn rumah untuk buat swab test. Appointment diberi Sabtu 9am esoknya.

𝟏𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) – 𝟏𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐀𝐡𝐚𝐝):
Keadaan makin teruk. Suami nak bawak ke klinik, saya tak mampu jalan pun. Batuk dan demam panas. Makan tak lalu. Teguk air suam bertong2 rasanya.

𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧):
Lepas makan Paracetamol, cepat2 p klinik panel. Kat klinik, saya tanya Dr. keperluan untuk saya buat swab test. Dr kata tak perlu sebab saya bukan Kontak Rapat mana2. Hm..tapi hati rasa tak sedap..saya wat appointment swab test jugak. Dr klinik swab minta saya dtg jam 2pm selasa esoknya.

𝟏𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) – 𝟐𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐑𝐚𝐛𝐮):
Lepas makan Paracetamol, saya terus ke klinik wat RT-PCR. Dalam hati..berdebar xtau nak habaq..Baliknya, keadaan saya makin teruk. Ibu ayah call sentiasa tanya keadaan. Keadaan jadi lebih teruk selepas maghrib sampai subuh esoknya. Batuk seperti batuk kering..Badan rasa sengal2 dan bengkak..Dada rasa cam ditumbuk2..Susahnya nak bernafas..Dok rasa, “𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘪 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘬𝘢?”..Pengalaman kena kencing tikus dan denggi sekaligus sewaktu mengandung anak ke2, datang kembali..seriau..takut bleeding teruk dan keguguran..Hati tak tenang..saya keep on bangun tahajud..Doa, “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘣𝘶𝘵..𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘪 𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘋𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘳𝘦𝘥𝘩𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶..𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯, 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬𝘬𝘶..”

Since keadaan saya teruk lagi mmg saya kuarantin sendiri dalam bilik. Saya on MC, tapi saya da siapkan dan handover segala2nya kepada director dan officemate. Saya dapat rasa, MC saya kalini, lama..

𝟐𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬):
Klinik inform hari ni result swab kuar..Hati saya jadi x keruan..hampir lewat ptg, masih x dapat result..saya bgun solat sunat.. “𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘳𝘦𝘴𝘶𝘭𝘵 𝘫𝘢𝘱 𝘭𝘢𝘨𝘪..𝘙𝘦𝘥𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘢𝘫𝘢 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯𝘔𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨..𝘙𝘦𝘥𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘙𝘦𝘥𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯..”

Tak lama lepas tu..Whatsapp masuk.. “𝘙𝘦𝘴𝘶𝘭𝘵 𝘴𝘩𝘰𝘸 𝘥𝘦𝘵𝘦𝘤𝘵𝘦𝘥 𝘺𝘢 𝘤𝘪𝘬..+𝘷𝘦 𝘤𝘪𝘬..”..Saya baca result tu..cuba pahamkan bacaan E-gene & RdRP gene tu..dari survey di google, bacaan tu menunjukkan COVID19 di tahap klimaks, aktif menjangkiti..Saya buntu, xtau nak buat apa..Saya solat sunat lagi sekali..mohon Allah beri kekuatan atas saya, wanita mengandung yang lemah..sarat dengan kandungan..sarat juga dgn komplikasi kandungan..Sungguh..sedikit air mata pun tak ada..bukan x sedih, tapi terlalu sedih dan tertanya2 apa sebenarnya ujian yang ingin Dia hadiahkan..Mampukah saya hadap..

Saya berdiri belakang pintu bilik..lama..xtau camna nak habaq kat somi..Last2, tkeluar dari mulut.. “𝘉, 𝘢𝘺𝘨 +𝘷𝘦, 𝘫𝘢𝘨𝘢 𝘢𝘯𝘢𝘬2. 𝘑𝘨𝘯 𝘣𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘣𝘪𝘭𝘪𝘬”..Somi saya terkejut, dia tnya saya lagi skli dan mtak saya forward result pd dia utk kepastian..Start dari tu juga, saya inform family dan sahabat2.

Ada sahabat saya ni, wife Dr. Dia mintak saya call 999 sebab saya mengandung. Somi call klinik swab mintak kepastian what we should do. Klinik inform minta kuarantin di rumah dan tggu ambulan sampai. Kami cuba call KK, PKD, no pickup..Saya call klinik O&G HKL. Bila dpt tau yg saya +ve, trus dgr sora nurse2 “𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 +𝘷𝘦! 𝘚𝘢𝘯𝘪𝘵𝘪𝘻𝘦 𝘬𝘭𝘪𝘯𝘪𝘬!!” Seterusnya jawapan yg diberi minta saya tggu ambulan juga..Menjelang malam, keadaan makin teruk..

𝟐𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
Saya penat sbb sudah byk hari xdpt tdur..usai zuhr, saya tertido..dalam jam 6.30pm camtu, saya terbangun..rasa semput sangat..masih lagi xdpt apa2 feedback dari pkd & ambulan..saya gagahkan diri amik wudhu dan solat asar cam biasa..usai habis salam pertama tiba2..Saya x boleh bernafas!!Saya tepuk2 meja, sepak2 kaki cuba utk bernafas. Tak boleh! Saya x boleh sedut, x boleh hembus. Stagnant! Tgn kiri renggut baju somi, tgn kanan tepuk2 meja.”𝘠𝘢, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩! 𝘚𝘢𝘬𝘢𝘳𝘢𝘵𝘬𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪??!!𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬𝘬𝘶 𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..”..Airmata saya mengalir laju..Somi mintak Aisyah, anak sulung saya bgi air, saya cuba minum, lepas seteguk..Somi saya call 999 dan dapat berhubung dgn Dr. Dr advise what to do..

Azan Maghrib, 999 sampai..Saya diusung masuk ke ambulan..sungguh, saya x larat..Dalam ambulan, Dr berkali2 tepuk saya, “𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘫𝘨𝘯 𝘵𝘥𝘰 𝘺𝘦 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵, 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘬𝘢𝘯..𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘬 𝘯𝘪 𝘹 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯. 𝘒𝘪𝘵𝘦 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘏𝘰𝘴𝘱 𝘴𝘦𝘤𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯. 𝘉𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯..” Saya? Rasa nak terbalik dek kerana ambulan yang sangat laju! Sungguh..semua yang di dalam ambulan bergadai nyawa dalam ambulan yg sangat laju utk selamatkan saya..Airmata saya menitik memikirkan..Sempatkah aku..?

Sampai saja ED, oksigen tank saya terus ditukar dgn oxygen hosp. Bacaan SpO2 saya hanya sekadar 20 sahaja..kadang2 naik ke 40..Dr datang.. “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘴𝘨𝘵2 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪..𝘒𝘭𝘶 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘢𝘥𝘪..𝘰𝘹𝘺𝘨𝘦𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘳𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩. 𝘉𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯”
Baru di ED, saya sudah dicucuk 20x..bertukar2 Dr. Ya, dari dulu mmg susah nk dpt line saya, even nk amik darah pun jenuh..x lama lepas tu, Chest xray dibuat..Saya lapa sgt, Jam da pukul 11mlm.. last sy makan jam 1pm..Lapa ibu mengandung bukan calang2..Tpi saya on oxygen, camna nak mkn..asal cabut oxygen, saya mgelupur..Dr ajar saya mkn dan minum dgn oxygen..boleh, tapi kna mkn n minum dgn sedikit sepantas mungkin..mkn dan minum bersulamkan oksigen, tanggal oxygen, cepat2 suap nasi2, pakai oxygen balik, kunyah nasi..makan, sekadar alas saja..x habis pun..

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

𝟐𝟑 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮):
Jam tunjuk 12am..Dr dtg, “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘱 4, 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘐𝘊𝘜 𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘐𝘊𝘜 𝘧𝘶𝘭𝘭. 𝘑𝘢𝘥𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘸𝘢𝘥 𝘮𝘦𝘥𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘖&𝘎 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢. 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘬𝘦 𝘐𝘊𝘜 𝘯𝘪, 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 50-50. 𝘈𝘱𝘢2 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘥𝘶𝘳 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘩𝘶𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘣𝘶 𝘥𝘶𝘭𝘶, 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘢2. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘶 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵, 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘵𝘦𝘮𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯. 𝘑𝘨𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘺𝘢..”

IKLAN

Saya paham, Dr cuba utk tenangkan saya..despite dia cakap saya nampak tenang dan +ve saja..Dia dapat baca gelodak dalam hati..Saya wasap family, ofis, dan sahabat2 saya..Saya minta ampun sesungguhnya..Dambakan doa dari mereka..
Di wad sementara, Dr dtg untuk ambil darah nadi. Sungguh..sakit..prosedur ambil darah nadi, x sama dgn ambil darah biasa..Jarum terpacak tegak di pergelangan tangan..di sini, 5x Dr A cuba ambil, x dpt..Tukar Dr B, setelah beberapa kali, syukur..dpt juga..Dr di situ monitor rapat keadaan saya sebab oxygen max di wad pun tak cukup utk saya. X lama lepas tu saya ditolak masuk ke ICU, isolation room.

Di situ treatment untuk saya bermula..Lebih daripada 20 biji ubat perlu ditelan..Saya diberi IV antibiotic..Nurse pesan, “𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢..𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵..𝘭𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘵𝘶” …YaAllah..rasa isi badan seperti disiat2..panas..sakitnya..Sahabat, saya pernah kena denggi+kencing tikus sekaligus..saya igt, IV antibiotic tu paling sakit dah..rupanya ini lebih sakit!..Allah2, tu je kata2 yg termampu lidah saya ucap menahan sakit..airmata mengalir juga akhirnya..

𝟐𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐀𝐡𝐚𝐝):
Chest Xray dibuat..sekali lagi..Dalam masa x smpi 1 hari, Stage 4 bertukar ke Stage 5. Setelah itu..Pakar ICU dan seorang Dr dtg bjumpa saya..
Pakar: “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘭𝘺𝘻𝘦 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯..𝘬𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦𝘥 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘰𝘹𝘺𝘨𝘦𝘯 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘯𝘪, 𝘹 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘵𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯..𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘪𝘯 𝘤𝘳𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘴𝘵𝘢𝘨𝘦. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘯𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘳𝘶𝘵𝘢𝘯, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘣𝘺.”…Saya? Jujur xtau intubated tu rupa apa..nak google, xblh guna HP dlm ICU.

Saya: “𝘐𝘯𝘴𝘺𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘋𝘳. 𝘚𝘺 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘭𝘢𝘸𝘢𝘯.”
Pakar: “𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘹𝘱𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘩𝘰𝘸 𝘤𝘳𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘤𝘢𝘮𝘵𝘶, 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯?”.. Saya tanggalkan oxygen mask. Saya menggelupur! Cepat2 pakai semula..isau oxygen x sampai kat baby.
“𝘚𝘦𝘦 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘹 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘱𝘶𝘯..𝘗𝘶𝘢𝘯.. 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯..𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢?”..Saya termenung..tunduk ke bawah..Saya clueless..Pakar pegang bahu dan tgn saya.. “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢? 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘢𝘣𝘪𝘴 𝘣𝘢𝘪𝘬”..

Saya: “𝘛𝘢𝘬𝘱𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘋𝘳. 𝘋𝘳. 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘬𝘩𝘵𝘪𝘢𝘳..𝘴𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘱𝘥 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘈𝘫𝘢2 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵𝘪𝘯𝘨!!..”…Petunjuk Quran, jika tidak tahu, serahkan urusan itu pada yang Pakar.
Pakar: Tersenyum… “𝘌𝘩, 𝘵𝘨𝘰𝘬 𝘤𝘪𝘵𝘦 𝘒𝘰𝘳𝘦𝘢 𝘨𝘢𝘬 𝘬𝘦? 𝘚𝘰 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘥𝘶𝘳 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢.”

𝟐𝟓-𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧-𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚):
“𝘗𝘶𝘢𝘯..𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦..𝘕𝘨𝘶𝘤𝘢𝘱 𝘺𝘢..”..Saya x sedar..X lama lepas tu, saya sedar semula..tapi mata x boleh buka..badan berat ja rasa..apa benda kt tekak ni..rasa ada benda tsekat kt tekak ni..Saya tau kesan ubat buat mata x boleh buka, badan x boleh bgerak..tapi bnda kat tekak ni rasa annoying..sakit..

Saya kumpul sepenuh kekuatan utk angkat tgn..”𝘋𝘳.! 𝘋𝘪𝘢 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵!” Tangan dan kaki saya direntap. Saya cuba meronta..Pelik, kenapa nurse2 ni rentap kaki tgn saya beria sangat..”𝘐𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘨𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘥𝘪𝘢. 𝘒𝘶𝘢𝘵 𝘯𝘪𝘩..𝘐𝘣𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨 𝘮𝘮𝘨 𝘬𝘶𝘢𝘵. 𝘚𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨!”..Saya?masih keliru..apa sebenarnya jadi..saya letih, ttidur smula..

Bangun2, tgn dan kaki saya diikat..sakit..nurse dtg..”𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘱𝘢𝘬𝘴𝘢 𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘨𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘴𝘣𝘣 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘵𝘪𝘶𝘣 𝘯𝘪..𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢..𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘺𝘢..𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵..”
KUAT SEMANGAT..itulah dua perkataan yang semua nurse dan Dr. akan ulang2 cakap pada saya..

Bermula itu, rutin sebagai pesakit yang intubated bermula..Ya, saya dalam keadaan sedar sepenuhnya..segala proses yg dbuat untuk membantu kami, dirasakan amat sengsara. Proses membuang lendir dilakukan secara berkala, namun itulah antara proses yg saya takutkan..setiap kali lendir ingin disedut keluar, nafas sy di block..hilang nyawa..tgn saya akan rentap apa sahaja yg dpt, selimut, baju nurse, rail katil..begitu juga proses lap badan dan ganti pampers..ada posisi yg wat nafas kita hilang..dan kita terpaksa menggelupur cari nyawa..

Saya minta Dr utk buka ikatan kaki & tgn saya..Dr cakap, saya masih x dpt tgkap lagi whats happening to me..ambil masa untuk saya hadam..setiap hari, Dr. akan dtg kat saya check keadaan saya..Saya x mampu bercakap sbb ada tiub dalam mulut. Tekak sgt perit..Badan sakit2..dan setiap hari juga Dr. akan ckp benda yg sama..”𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘳𝘶2 𝘱𝘶𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘹 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘫𝘢𝘮𝘪𝘯 𝘰𝘹𝘺𝘨𝘦𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘶𝘵𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..”

Sahabat..sekuat mana pun Dr ikhtiar, mereka tetap realistik seboleh mungkin tanpa memberi harapan palsu. Hati ibu mana yg tak risau..setiap hari, saya tunjuk kat Dr. dgn isyarat tgn..belah perut saya..selamatkan anak saya..Dr minta saya bertahan selama boleh..

𝟐𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐑𝐚𝐛𝐮):
Saya mohon pada Dr. untuk bukakan ikatan tgn dan kaki saya..Saya yakinkan Dr saya boleh kawal diri saya..saya minta pen dan kertas..Saya tulis..”𝘋𝘳, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘺𝘶..𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘤𝘻𝘦𝘳 𝘴𝘢𝘺𝘢..𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘺𝘢..”…Sambil Dr. baca pesanan saya tu, sambil saya tunjuk isyarat potong perut..tepuk2 perut saya..selamatkan baby

saya..kedua2 tgn saya melekap, merayu mohon pengertian..X lama lepas tu, 3 orang pakar berbincang depan katil saya..Pakar ICU, Pakar O&G, dan PAED rasanya..x lama lepas tu, Dr dtg pada saya..”𝘉𝘢𝘪𝘬 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘦𝘴𝘰𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘻𝘦𝘳 𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯..𝘴𝘢𝘣𝘢𝘳 𝘺𝘢. 𝘚𝘰, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘺 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘯? 𝘒𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘶..𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘯𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺.” Dr tersenyum..Saya angkat tgn bsyukur..perkara yg sgt saya risaukan insyaAllah akan berakhir esok..

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

𝟐𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬):
Saya dibawa ke OR dan ditidurkan..x lama lepas tu saya tsedar..dengar bunyi baby nangis..”𝘰𝘬 𝘱𝘶𝘢𝘯, 𝘉𝘢𝘣𝘺 𝘎𝘪𝘳𝘭, 1.78𝘬𝘨. 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘵𝘶 𝘶𝘵𝘬 30 𝘸𝘦𝘦𝘬𝘴 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘘𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘱𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘘𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘯𝘪?”..Airmata syukur saya mengalir..Saya terlalu letih..tertidur kembali..

𝟐𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
Saya masih melalui proses rawatan COVID..YaAllah..sakitnya Allah yang tau..3x ganda..
– Sakit Covid
– Sakit rawatan Covid
– Sakit bersalin

Baru saya paham apa yang Dr dan Nurse katakan kuat semangat berkali2..x pnh jemu..sungguh..utk melalui ketiga2 sakit itu..jika tangisan yg dikira, mungkin sudah selautan agaknya..tapi dek kerana terlalu sakit, smpi da x kluar lagi airmata..sakit di ulu hati, pahit di tekak..

IV antibiotik masih diberi..itu saja sudah mampu wat airmata x berhenti..dlm hati, “𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘯𝘨𝘪𝘴 𝘣𝘬𝘯 𝘹𝘳𝘦𝘥𝘩𝘢 𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘭𝘶𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵..” nurse gulungkan kain tebal, utk saya guna support perut yg baru dibelah..tba2, menjelang ptg rasanya, Dr ckp tube saya boleh dicabut..gembira x terkata saya…dan proses extubate dibuat..selesai saja..saya on oxygen mask sepenuhnya..

Tengah2 mlm tiba2 kecoh..pakar dtg dan tkejut why sy extubate sedangkan keadaan saya tak stabil lagi. Dr explain pd Pakar, bacaan oxygen saya stabil dan semakin baik. Tapi Pakar berkeras ckp tidak..masih terlalu awal utk extubate saya. Pakar kata saya perlu intubate semula. Sy trauma dgn apa yg sy lalui sebelum ni..Saya xnk..Pakar pujuk saya.. “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘹 𝘥𝘵𝘨 𝘮𝘭𝘮2 𝘣𝘶𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘫𝘢2. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘹 𝘴𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘹 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦, 𝘏𝘪𝘨𝘩 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘤𝘦𝘴 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘹 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘦. 𝘠𝘰𝘶𝘳 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘯𝘰𝘸 𝘪𝘴 𝘪𝘯 𝘕𝘐𝘊𝘜. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘯𝘢 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵, 𝘕𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘬𝘢𝘯?..

Saya termenung..Saya da berjuang ke tahap ini..Kenapa saya nk sia2kan apa yg saya da lalui..Siapa saya utk bertindak seolah2 saya lbih pndai daripada Dr. Dr. lbih tau keadaan saya dari diri saya sdri..”𝘛𝘢𝘬𝘱𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳..𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘬𝘩𝘵𝘪𝘢𝘳..𝘐𝘯𝘴𝘺𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩!!”..Saya senyum redha seredha2nya..air mata menitik sambil syahadah..

𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 – 𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏:
Bermula semula rutin saya sebagai pesakit intubated. Berbeza dari kebanyakan pesakit intubated yang ditidurkan dan dikomakan, saya lalui hari2 saya dalam keadaan sedar sepenuhnya..

IKLAN

Sungguh, sgt2 teruji..badan saya penuh jarum..bahu kanan kiri, leher, kedua2 kaki, kedua2 pergelangan tgn, kedua2 pelipat tgn.. Disebabkan saya bersalin, setiap hari, akan ada 2 nurse ditugaskan utk memicit keluar susu dari kedua2 payudara secara manual selama lebih kurang sejam. Sakit tak prosedur ini? Sakit wahai ibu2..Picit sendiri dengan orang picit x sama kesakitannya..Nurse yg memicit pun acapkali ucap maaf pada saya asbab merasa serba salah terpaksa buat sesuatu yang menyakitkan saya..Saya paham mereka sekadar menjalankan tugas.

Pada masa yg sama, ubat putus susu ibu diberikan supaya badan saya stop penghasilan susu secepat yg mungkin. Dr cakap ini perlu dilakukan untuk bantu pemulihan saya. Mereka x mampu hadap keadaan saya yg x stabil sekiranya saya kena bengkak susu dan demam. Saya sedih..saya tulis di kertas tnya Dr..”𝘋𝘳. 𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘪𝘣𝘶 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘨 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘣𝘢𝘺𝘪 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵, 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘴𝘶 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘣𝘶 𝘬𝘢𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨..” Dr ckp ya..dan mereka tpksa lakukan itu. Jika sy kena bgkak susu, keadaan saya akan jadi lebih rumit. Dr ckp, “𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘯..”..Saya akur..

Ada hari2 yg saya lalui begitu perit..tgn dan kaki saya full thrombosis..bengkak seperti kaki anak gajah..ubat dan darah x mampu jln lagi..segalanya x masuk..Keadaan sy jadi rumit..Dr cuba untuk cari mana lagi tempat boleh dicucuk utk wat line dan ambil darah. Semua tempat x jalan! pergelangan tgn, pelipat tgn, kaki saya, semua xdpt..Da tak terkira brapa kali Dr. cuba..bertukar2 Dr..Dr. cakap, “𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢 𝘧𝘶𝘭𝘭 𝘵𝘳𝘰𝘮𝘣𝘰𝘴𝘪𝘴, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘢𝘬𝘴𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘶𝘵𝘬 𝘸𝘢𝘵 𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘶𝘵𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘣𝘢𝘵. 𝘒𝘭𝘶 𝘹, 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢..”

Akhirnya, Dr. gunakan Ultrasound machine..utk cari tisu yg masih hidup di celah2 tisu yg mati..Sedar x sedar, dekat 4 jam mereka usaha..kuyup baju Dr. dalam PPE..sekuyup air mata saya yg mengalir tahan sakit, bertukar2 posisi Dr, bertukar2 Dr, berusaha berkali2 cucuk kedua2 tgn n kedua2 kaki saya. Sampai skrg, masih ada parut berbentuk seperti ular melingkar di kaki kiri saya, menunjukkan lebih 20 dot2 kecik hasil dicucuk sepanjang di ICU…Ya, hanya di kaki kiri..belum campur ditempat2 lain lagi..

Ada masa, saya seperti tkena serangan hypoxemia..2x di ICU pagi2 buta gelap dlm jam 3am – 5am camtu..Walaupun saya intubated, saya tak boleh bernafas! Badan saya sejuk beku, biru. Nurse dudukkan saya dan selimutkan saya dengan 5 selimut + Hot Blower. Tapi saya tetap sejuk!Menggigil! Saya pegang rapat tgn nurse, geleng kepala, tak bagi dia tinggalkan saya. Waktu 1st time jadi, Nurse terpaksa tgalkan saya sebab nurse perlu bekerja..Nurse hanya pesan saya perlu kuat semangat harung semua ni..Saya cuba tenangkan dri, cuba bernafas sorg2..sguh..saya cuba bernafas dan menangis..berharap Allah tak tarik nyawa saya dalam keadaan begini..sorang2 berjuang cari nyawa..Perit..Kali ke2 jadi, nurse teman saya, pegang tgn saya sampai keadaan saya stabil semula..Ya, nurse berdiri hampir 2jam..menemani saya, bagi semangat dan ajar saya bernafas.

Saya harung proses buang lendir seredha2nya..perit..Ada nurse expert, proses tu sekejap..kurg peritnya..ada nurse yg kurg expert, prosesnya lama skit..sampai tgn sy merentap2 tilam dan rail katil cuba cari nyawa..
Ada org tanya, camna sy boleh harung segalanya..apa yg beri sy semangat..in fact, Dr dan nurses sdri amaze, despite kesakitan perit yg sy alami, sy tetap senyum dan +ve. Bila Dr smpai ja ke katil sy cek pagi2, awal2 lagi sy da thumbs up!motivasi utk saya sdri. Sumber kekuatan saya adalah dengan meredhai segala yg terjadi pada dri saya..Saya tidak letak kekuatan saya pada baby saya di NICU, pada ibu bapa saya, pada somi dan anak2 saya..

Sungguh..sumber kekuatan saya adalah satu2nya, berharap pada rahmat Allah untuk panjangkn umur saya..Saya x puas lagi berkhidmat utk ayah ibu, saya x puas mdidik anak sy jd hambaMu, Adakah solat dan puasa saya selama ni diterima, Saya x ckup lagi bersadaqah utk akhirat..Pendek kata, saya x ckup lagi beramal menghadapi barzakh..Dengan masa singkat yg ada, Saya x mampu sandarkan semangat saya pada makhluk..jika apa2 jadi pada baby saya, saya x mampu untuk hilang semangat dan cari semangat lain.

Saya kesuntukan masa..Doa saya, “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘸𝘢𝘴𝘴𝘶𝘭 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘭 𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘨 𝘵𝘶𝘢𝘬𝘶, 𝘨𝘦𝘮𝘣𝘪𝘳𝘢𝘬𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢, 𝘒𝘢𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘮𝘶𝘳𝘬𝘶..𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶..”..Ini doa saya x putus2..Saya berusaha sepenuhnya, hadap segala kesakitan yg ada, berserah sepenuhnya pada Allah..Saya terpikir, mungkin inilah perasaan di mahsyar nanti. Kita tak pikirkan sapa2 kecuali diri kita..nak selamatkan diri kita..berserah hanya pd Dia..

Katil saya berdepan dengan Intubation room dan berdekatan dengan pintu masuk..patient intubated kuar masuk, pesakit baru masuk, trolley jenazah, jenazah covid..itu pemandangan saya..kanan dan kiri saya patient yg intubated, koma, dan meninggal..bila videocall terakhir family dgn pesakit yg nazak, nurse akn tarik lgsir..cover..tapi, tangisan family dalam videocall jadi makanan telinga saya selalu..dan boleh dikatakan hari2 juga saya lihat jenazah dibungkus, katil kosong semula..trolley jenazah lalu depan katil saya..

Dengan apa yg saya hadap selalu tu, saya perlu terus kuat..Allah Maha Kuat, baru sedikit Dia pinjamkan sekelumit kekuatanNya pada HambaNya..HambaNya mampu harung perkara tak pernah dibayang dan tak mampu dibayang..Betapa kerdil saya rasa diri ni..berharap belas ehsan Tuhan Maha Pemegang Nyawa..

Sepanjang di sana, Dr. bagi saya videocall 1x dengan somi dan anak2, 1x dgn ibu ayah.. Saya x mampu ckp apa2..yg sy mampu, saya buat bulatan di dada saya byk kali, tepuk2 dada saya tanda saya sayangkan mereka, tunjuk tgn berdoa mohon mereka selalu doakn saya..

Alhamdulillah..keadaan saya makin ok..tapi..2,3 arini, saya rasa sangat dahaga..saya tanya nurse, tulis kt kertas, da masuk air ke, da masuk susu ke..nurse kata dah..tapi sy rasa sgt lapar n dahaga..xtau knapa..kdg2 sy demam, sy mtk gauze dibasahkn dan ltak atas dahi..punyelah dahaga, saya cuba jelirkan lidah utk dpt capai titisan air yg kuar dri gauze tu, tolak masuk dlm mulut..

𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏(𝐀𝐡𝐚𝐝): Pakar inform, saya boleh extubated arini. Syukur Alhamdulillah!.Saya tunggu penuh sabar..tiba masa..Dr dtg dibantu dgn sorg nurse utk cabut tiub saya..Nurse pesan, bila tiub dicabut, saya kena cepat2 pakai oxygen mask. Namun, bila tiub dicabut…Nurse menjerit..”𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳., 𝘛𝘪𝘶𝘣 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘶𝘮𝘣𝘢𝘵!”..Dr. terkejut.

Saya, bertambah2 terkejut, terus tadah tgn, menangis semahunya..”𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋, 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘶𝘣 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘶𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘯𝘪..𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘒𝘢𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘪𝘢𝘬𝘶, 𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘨𝘪..” Saya x mampu tahan airmata yg x putus2 mengalir..Dr ckp, “𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳 𝘢𝘳𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘦𝘹𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦 𝘶..𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘢𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩..”..Setelah itu, saya dahaga yang teramat sgt..da bpuasa berpuluh tahun pun, x pernah sedahaga itu..saya mintak minum, tapi Dr. x bagi sebab tekak dan paru2 saya masih trauma. Saya perlu blaja minum semula..

𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) – 𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮):
Saya dipindahkan ke icu recovery area..menjelang petang, saya ditolak ke wad medikal utk pemantauan. Keluar saja dari icu, saya seperti lumpuh separuh badan. x boleh berjalan! Covid survivor berdepan pelbagai situasi yang tak terbayang..bagi kami, proses membuang hajat pun ibarat antara hidup dan mati, semput, sebab memerlukan byk oxygen sedangkan kami baru nak pulih..hari2 saya di wad dilalui dengan bantuan oxygen..kdg2 ok, kdg2 x..segala2nya dibuat di atas katil kerana masih x mampu berjalan.

Saya gigih cuba berjalan slow2..bila dapat berjalan, baru dtg keberanian utk pergi toilet dan mandi. Ya, akhirnya pada hari ke-26 saya di hosp, saya berjaya cabut sebentar oxygen dan mandi! betapa leganya rasa nikmat mandi..Namun usai saja mandi, cepat2 saya pakai oxygen semula sbb semput.

Hari2 saya di wad juga penuh dgn suka duka..sepanjang di wad biasa, saya saksikan 2 pesakit berdepan nazak..perit..perit sgt..makcik di depan saya berumur sekitar 86tahun, secara tiba2 oxygen jatuh ke 70 lbih..dia menepuk2 badannya, rentap2 katil, cuba cari nyawa..esoknya, sekitar jam 1pm begitu, saya perasan makcik itu, makin lemah, lama2 tertunduk trus x bgun2..saya lambai2 harapkn nurse nampk saya, tunjuk keadaaan makcik itu. Kesan intubation, saya x ada suara, x mampu nk panggil nurse. Ya, makcik td meninggal..dan videocall yg Dr adakan utk anak2nya hanya videocall 1 hala saja..anak2 meraung menangis mengadap jasad emak yg sudah tak bernyawa.

Malamnya sekitar jam 12mlm, masuk pula sorg pesakit covid meraung2..”𝘢𝘺𝘢𝘩, 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵..𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨!!𝘚𝘢𝘬𝘪𝘵! 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵!”.. menangis2 makcik tu, usia sekitar 50an..dia meraung tak berhenti..namun sekitar jam 4am, raungannya makin perlahan, dan badannya tanpa seurat benang hampir melurut turun dari katil..dia sudah nazak! Saya lambai panggil nurse..Nurse dtg, Nurse betulkan dia semula atas katil..x lama selepas itu, Ya..Dia sudah tiada..

Sahabat, ramai juga warga tua yang masuk yang tidak faham apa yg terjadi..mereka terasa, merajuk, anak tidak dtg menjenguk.. anak mereka call berkali2, mereka tidak mahu bercakap dgn anak2. Bagi mereka, anak2 ini anak derhaka..x igt org tua.. menangis2 anak2 bila dianggap begitu..menjelaskan macam2 memohon ibu mereka mengerti..tapi, ibu mereka tetap begitu..

Ada juga warga tua yg tidak diendahkan lgsg oleh anak2..pernah ada sorang makcik ini, masih x blh bjlan sehingga punggungnya melepuh keseluruhan akibat bedridden terlalu lama..selalu bercerita yg nanti anaknya akan jaga dia..tapi rupanya, nurse maklumkan saya, anak2nya tkd sorg pn yg pnh call hp emak ataupun hp hosp bertanyakan khabar ibunya..hosp call x angkat, hanya whatsapp hosp sahaja yg dibalas. Mungkin makcik itu selalu bercerita pada saya utk mengurangkan risau hatinya..entahlah..tapi, hari makcik itu discharge pun, tkd sorg anak yg ambil dia..anak hanya tggu dlm kereta..dan nurse yg bawa makcik itu keluar hantar ke kereta.

IKLAN

Saya bertukar2 wad disebabkan keadaan saya yg x stabil..Dari ICU sampi ke wad biasa, lbih dari 20 bji ubat saya perlu telan setiap hari..Ambil darah nadi 2x sehari..Dr inform minta saya dan suami standby oxygen machine di rumah, sebab even sy discharge sy perlukan bantuan oxygen selalu.

Saya cuba optimis, saya ckp pd Dr. “𝘋𝘳, 𝘫𝘨𝘯 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘩𝘢𝘳𝘨𝘦𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘰𝘹𝘺𝘨𝘦𝘯 𝘋𝘳. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘢𝘬𝘵𝘪𝘴, 𝘥𝘰𝘬 𝘭𝘢𝘮𝘢2 𝘬𝘢𝘵 𝘩𝘰𝘴𝘱 𝘱𝘯 𝘴𝘺 𝘹 𝘬𝘪𝘴𝘢𝘩 𝘢𝘴𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢. 𝘉𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘋𝘳. 𝘚𝘺 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘯𝘰𝘳𝘮𝘢𝘭 𝘤𝘢𝘮 𝘪𝘣𝘶2 𝘺𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘫𝘶𝘨𝘢. 𝘚𝘺 𝘯𝘬 𝘯𝘺𝘶𝘴𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘺𝘢”

Sungguh..setiap hari saya praktis hembus, guna spirometer, utk kuatkan paru2..saya x malu walau bising..hari2 saya penuh dgn doa..setiap kali makan, saya doa “𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘺𝘪𝘧𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘬𝘶. 𝘈𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯𝘬𝘶 𝘢𝘴𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢”..org lain x lalu makanan hosp, buang, saya sepanjang dok hosp, makanan hosp licin!

Pada masa sama, kluar ja dari icu, saya cuba pam susu setiap 3 jam..penat sgt..org x sakit pn penat mengepam, apetah lagi org sakit cam saya..tpi saya gigih wat juga..sepanjang saya pam berminggu2 tu, hanya keluar susu setitik dua saja..kadang2 x keluar..saya tetap positifkan diri..
Setelah 30 hari di hosp, Saya dimasukkan ke wad bukan covid. Di situ, Dr minta saya kuatkan semangat untuk cuba cabut oxygen support sepenuhnya dan bernafas dalam udara bilik. Jika saya mampu buat dalam masa 3 hari, Saya boleh discharge tanpa perlu bantuan oxygen di rumah. Saya kuatkan semangat, mencuba, berlatih sekerap mungkin..

Saya cuba baca quran..namun, utk habiskan sebaris quran pun saya perlu baca dan berhenti 4 tempat! Saya yakin, tkd org baca quran berhenti sampai 4 tempat utk habiskan sebaris ayat.. saya nangis, berdoa “𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘲𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘱𝘵 𝘥𝘶𝘭𝘶..𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘢𝘬2 𝘬𝘶 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘮𝘔𝘶”..Hari ke 36 saya di hosp, saya praktis baca, alhamdulillah! Saya dapat nafas panjang sikit dan suara saya pun makin baik..

𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮):
Alhamdulillah..saya discharge! Syukur..maknanya saya dah boleh berjumpa dengan baby saya..Syukur YaAllah..Saya ditemani seorang nurse berjalan menuju ke NICU..menetap di Bilik Ibu sampai kami dapat discharge sama2..Betapa nikmat nyawa ini ku syukuri..

Takda apa yg boleh menggambarkan perasaan saya bertemu baby saya buat pertama kali..kami berjuang bersama2 dari awal mengandung, sampai ke hari ini..ujian mengandung saya bukan bermula ketika saya kena covid, bahkan dari awal mengandung lagi..Saya tergolong dalam High Risk Pregnancy..pengsan berkali2, keluar masuk wad, sakit muntah yg x terbayang, etc..macam2 ubat perlu ditelan disebabkan komplikasi mengandung..saya redha dan redah ja..xpnh miss atau malas mkn ubat, xpnh miss appointment. Even d HKL, saya di bawah pemantauan pakar..namun takdir Allah menetapkan saya bersalin di Hosp Sg Buloh..

Sepanjang d NICU, kami ibu2 yg perlu bermalam di sana memberi sokongan pada bayi kami, dikehendaki membuat Kangaroo Care selama yg mungkin..Saya masih x mampu beri susu ibu walaupun saya pam berjadual setiap hari. Namun syukur, ada sahabat suami yang menjadikan dirinya Ibu susuan kepada bayi kami..Sungguh, nikmat apa lagi Kami ingin dustakan..

Di NICU, saya sempat meluangkan masa menjenguk bayi yang kematian ibu..Bayi ini tiada ibu utk dibuat Kangaroo Care..ibunya sama seperti saya..tapi di ICU west wing..Allah tetapkan ibunya pergi tanpa sempat melihat bayinya..Ibunya dan saya sama2 berjuang di ICU..kami sama2 kritikal..Namun Allah lebih sygkan dia..

𝟒 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬):
Alhamdulillah..Akhirnya Saya dan ibu2 yg lain di Bilik Ibu discharge sama2..Kata Dr., ini bagi memberi ruang baby yg kematian ibu utk Kangaroo Care bersama ayahnya..Allah..Kami xdpt menahan sebak..Namun aturan Allah atas ajal manusia, tiada siapa yg mampu persoalkan..

𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
Saya appointment dgn gynae.. Dr tanya saya, “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘹 𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘨𝘯 𝘰𝘳𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘪𝘯?” 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘋𝘳 𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘱𝘶𝘢𝘯, 𝘢𝘥𝘢 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯..𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘨𝘯 𝘶𝘴𝘶𝘴..𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘺𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩.. 𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘤𝘻𝘦𝘳 @30 𝘸𝘦𝘦𝘬𝘴. 𝘒𝘭𝘶 𝘭𝘣𝘪𝘩 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺, 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘵𝘬𝘰𝘺𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘬 𝘸𝘢𝘵 𝘐𝘣𝘶 𝘯 𝘣𝘢𝘣𝘺.. 𝘉𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘬𝘯 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢2𝘯𝘺𝘢..”

Saya tergamam.. Perlahan2 airmata saya mengalir.. “𝘠𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.. 𝘐𝘯𝘪 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.. 𝘐𝘯𝘪 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋.. 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘒𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘚𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨𝘮𝘶.. 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘶𝘵𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘬𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢.. “…Hikmah COVID buat saya..disebabkan COVID, saya tpksa bsalin awal.. Dan syukur, saya selamat.. Hikmah atas hikmah.. Maha Besar Allah.. Tak tercapai akal saya akan takdir Yang Maha Esa..

Sahabat..COVID ini bukan permainan..ia kenyataan yang harus dihadam..saya pernah tanya kepada Pakar ICU, kenapa covid ni teruk sgt, dan knapa semua macam nak cepat..Pakar beritahu..”𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘹 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘭𝘢𝘪𝘯..𝘦𝘷𝘦𝘯 𝘪𝘧 𝘶 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘣𝘢𝘥 𝘴𝘵𝘢𝘨𝘦 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘳 𝘱𝘶𝘯, 𝘸𝘦 𝘢𝘴 𝘋𝘰𝘤𝘵𝘰𝘳𝘴, 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘪𝘬𝘪𝘳, 𝘱𝘳𝘦𝘴𝘤𝘳𝘪𝘣𝘦 𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘺𝘰𝘶. 𝘉𝘶𝘵 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘪𝘴 𝘥𝘪𝘧𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘵, 𝘰𝘯𝘤𝘦 𝘪𝘵 𝘢𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬𝘴, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘹 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘪𝘬𝘪𝘳 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨2, 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘮𝘪𝘯𝘶𝘵𝘦 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘴. 𝘐𝘵 𝘢𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘮𝘰𝘴𝘵 𝘪𝘮𝘱𝘰𝘳𝘵𝘢𝘯𝘵 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘶. 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴. 𝘜 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘳, 𝘶 𝘣𝘭𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘭𝘢𝘨𝘪..𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘤𝘰𝘷𝘪𝘥, 𝘩𝘢, 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘢𝘯, 𝘹 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴!𝘪𝘵𝘶 𝘺𝘨 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢..𝘶𝘯𝘭𝘦𝘴𝘴 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘳 𝘱𝘢𝘳𝘶2, 𝘪𝘵𝘶 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢”

Kena cucuk lebih 150 kali

Sungguh..
15/1: Saya demam, batuk2
23/1: Masuk ICU stage 4
24/1: Stage 5
Semuanya berlaku dalam 1 minggu..Sangat Cepat..
Sahabat, apa yg sy kongsikan ini, hanya secebis dari pengalaman saya..maybe dalam 50% begitu..

Sepanjang 42 hari di sana, saya dicucuk lebih kurang 150 kali..

Itu, antara byk lagi yg sy lalui, namun ckup utk simpanan sy sdri..Coretan saya ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pengajaran wat sahabat2 yang membacanya..
Ambil teladan..ada simptom, jgn lengahkn swab jika berkemampuan..saya tau ramai org pikir, “𝘉𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘉𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘒𝘶𝘢𝘳𝘢𝘯𝘵𝘪𝘯, 𝘞𝘢𝘵 𝘈𝘱𝘢 𝘕𝘢𝘬 𝘚𝘸𝘢𝘣..”..Jgn sahabat..jgn..anda lihat org lain kna COVID ok ja, anda belum tentu OK..antibodi setiap org x sama..org lain maybe antibodi lebih kuat dari anda..

Anda sayangkn duit? Bila anda di antara hidup dan mati, harta sejuta pun xkan mampu gantikan apa yg anda hilang..duit yg anda sayang nk wat swab tadi, sudah x bermakna lagi, anda tiada, duit tu jadi org lain punya juga akhirnya..

Ini, peluang kedua dari Tuhan untuk saya..sebagai transit saya sebelum ke barzakh..moga dengan wabak ini, terbukanya pintu pengampunan buat saya, dan juga keluarga saya yang sentiasa bertahajud mendoakn saya, suami, dan anak2..
Terima Kasih yg sudi membaca pengalaman ini..Moga asbab anda terbuka hati membaca, Allah lapangkan urusan2 anda di dunia, diberikan kesihatan dan dijauhkan kemudaratan dari anda..Ameen..

Moga kisah puan Rabiatul Adawiah menjadi iktibar buat kita semua. 

Sumber: Rabiatul Adawiah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Tular Catatan ‘Transit Barzakh 42 Hari Yang Teruji’. Kongsi Detik Bertarung Nyawa Bersalin Kala Covid19, Undang Sebak Warganet.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI