Kemelut rumah tangga yang berpanjangan, pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih tiada persetujuan bagi menjayakan lafaz cerai.
Memetik laporan Berita Harian, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dengan pakaiannya yang serba putih itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi menghadiri proses lafaz cerai hari ini.
Walaubagaimanapun, prosiding lafaz cerai tersebut gagal dilakukan atas beberapa faktor yang dikatakan tidak dapat dielakkan.
Ads
“Usaha nak selesaikan kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain,” kata peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul Yusof.
Tambahnya lagi, disebabkan hal berkenaan, tiada lafaz cerai yang dibuat oleh Syamsul manakala prosiding tersebut akan diteruskan lagi dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Ads
Pada masa yang sama, proses sulh yang berlangsung pagi tadi turut tidak berjaya disebabkan tidak mencapai persetujuan di antara mereka berdua.
Ads
Sementara itu, terdapat juga beberapa terma penyelesaian termasuk hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian yang akan direkodkan dan dimaklumkan pada tarikh tersebut.
Pepatah Melayu ada menyebut kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Begitulah kasih seorang bapa Mohamad Iqbal Adib Mohd Afzanizam, 24, terhadap anak tersayang Aydin Malique, 15 bulan yang diuji menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau sindrom usus pendek yang berpunca daripada najis berdarah.
Demi menjaga kebajikan anaknya yang sakit, bapa muda ini diberhentikan kerja pada Ogos lalu kerana kerap mengambil cuti menjaga anaknya yang sakit. Dia sebelum ini bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang kaca di Sungai Buloh.
Menurut Mohamad Iqbal Adib hampir setahun Aydin dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang dan dipantau di rumah.
Mohamad Iqbal Adib yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahira Anisha Mohamad Zuber, 23 pada 2019 dikurniakan sepasang bayi kembar, Aydin Malique dan Aydan Malique yang dilahirkan pramatang ketika usia tujuh bulan pada 12 Jun tahun lalu.
“Awalnya, bayi kami dilahirkan sihat, namun selepas dua minggu doktor memaklumkan ada jangkitan kuman pada usus Aydin.
“Sejak lahir, tiga kali Aydin menjalani pembedahan dengan yang pertama bagi memotong usus berukuran 32 sentimeter(sm) dan kedua, membuang usus tidak sihat yang dijalankan di Hospital Selayang.
“Pembedahan ketiga iaitu sambungan usus serta memasukkan tiub gestrol dekat perut dijalankan di HTA, dengan usus kecil kini berukuran 14 cm,” demikian beritahu Mohamad Iqbal Adib.
Bercerita tentang keletah Aydin, Mohamad Iqbal Adib memberitahu Pa&Ma yang anaknya ini seorang yang aktif walaupun perlu menggunakan tiub yang disambung ke perut.
Ditanya sama ada kembarnya Aydan ada mengusik tiub tersebut, bapa muda ini memberitahu Aydan tidak menganggu Aydin.
“Wayar pun dia tak usik. Dia buat hal sendiri sebaliknya Aydin yang suka kacau dia.”
Dari segi perkembangan pula, Aydin kini boleh duduk dan meniarap dan masih belum boleh merangkak.
Si comel ini minum susu menggunakan tiub yang disambung ke perut dan menggunakan wayar CVL (Central Venous Line) yang menghubungkan saluran darah terus ke jantung.
Oleh itu Mohamad Iqbal Adib perlu memantau Aydin ketika dia minum susu menggunakan mesin khas bagi mengelakkan risiko tiub tercabut.
Sebelum ini dia pernah berkongsi video di TikTok yang memberitahu perlu memantau Aydin 24 jam kerana jika tiub saluran jantung tercabut, dia perlu dibedah lagi.
“Aydin kena minum dua jenis susu iaitu susu formula yang disalurkan menggunakan tiub di perut dan ambil masa selama tiga jam. Susu lagi satu susu nutrisi (tpn) yang dibekalkan oleh Farmasi HKL. Susu ni kalau on mesin ambil masa 12 jam.
“Jadi isteri saya akan pasang mesin susu ini waktu malam sebab dia tengah tidur jadi tak banyak pergerakan berlaku.
Bagaimanapun Aydin boleh makan makanan pejal lain seperti roti, bijirin bayi dan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ditanya tentang peluang Aydin untuk kembali normal tanpa perlu bergantung kepada tiub, Mohamad Iqbal Adib memberitahu semuanya bergantung pada dia. Buat masa sekarang Aydin masih lagi memerlukan tiub gestrol di perut & CVL di dada kirinya.
Bapa mana yang tidak resah memikirkan nasib keluarga selepas diberhentikan kerja apatah lagi mempunyai anak yang sedang sakit.
Mohamad Iqbal Adib mengakui sejak diberhentikan kerja, dia hilang punca pendapatan dan tertekan kerana memikirkan tanggungan termasuk kos rawatan anak.
“Saya cuba jual bundle (pakaian terpakai) kerana ramai rakan cadangkan, memandangkan modal tidak terlalu besar.
“Anggaran gaji bersih ketika kerja kilang dulu kira-kira RM1,400 manakala hasil jualan bundle kini tidak menentu, dengan paling sedikit RM20 dan paling banyak antara RM200 ke RM300 sehari.
“Saya baru belajar berniaga, jadi jual murah-murah saja dengan bersiaran langsung di TikTok,” katanya.
“Pernah satu tahap, saya hampir putus asa kerana masalah kewangan namun bangkit semula apabila mengenangkan anak kami.
“Pihak zakat ada beri bantuan untuk anak berdasarkan senarai keperluan dan selebihnya hasil sumbangan orang ramai selepas melihat perkongsian saya mengenai Aydin di TikTok.
Menurutnya dalam sebulan lebih kurang RM400 diperlukan untuk kos perubatan, susu dan keperluan lain untuk Aydin dan Aydan.
Orang ramai yang ingin membantu Mohamad Iqbal Adib boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7072310580.
Perkahwinan merupakan sebuah jalan yang panjang yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri.
Dalam tempoh rumahtangga tidak semuanya indah. Ada kalanya cabaran yang datang menduga keutuhan hati pasangan.
Apa yang pasti, semua yang kita nampak indah sewaktu sebelum kahwin tidak semestinya sama selepas kita berumah tangga.
Nyata sudah tentu ada antara kita melalui banyak cabaran dalam tempoh perkahwinan. Begitu yang dilalui oleh pasangan ini. Melalui fasa kesukaran dalam rumahtangga itu lumrah. Namun jika di tempuh dengan sabar, pasti ada sinar gembira di penghujungnya.
Menerusi facebook milik,Rita Arifin berkongsi cabaran rumahtangganya apabila terpaksa mengadaikan sebentuk cincin perkahwinan ekoran masalah kewangan yang dihadapi ketika itu.
Bagaimanapun, beliau tidak menyangka, suaminya telah bertindak membuat kejutan dengan membelikan sebentukan cincin seakan sama sebagai ganti. Rasa terharu makin makin berganda apabila kata-kata manis suaminya membuatkan dirinya sebak.
Begitulah kehidupan suami isteri, saling melengkapi dan tidak berkira untuk hidup bahagia.
______________________________
Hari ni terharu sangat. Alhamdulillah walaupun xseberapa tapi suami sungguh-sungguh nak surprise kan saya kisah dia dulu. Cincin kawin kami dijual sbb nak discaj sy kluar hospital lepas besalin anak sulung masa tu memang susah sangat2 nasib la ade cincin kawin xseberapa ni ade. Suami pi jual and settle kan saya. And hari ni suami ganti balik cincin kawin. surprise kan saya dngan cincin yg sama walaupun sblum2 ni ade je die beli Barang kemas lain-lain untuk saya. Tapi yg ni lain sbb ade nota sweet tu sblum ni tak ada.
WARGANET KONGSI KISAH
Warganet juga berkongsi pengalaman yang sama dalam tempoh perkahwinan. Antara komen adalah :
“Sesiapa yg tidak pernah melalui situasi ini boleh kata apa saja..Saya pernah berada di situasi ini. Satu persatu barang kemas saya jual ,bila anak saya sakit dan perlukan rawatan. Termasuk lah cincin kahwin saya. Alhamdulillah..berkat sabar..hrini saya boleh dpt semula memilki nya.. walaupun x sama..yg penting macamana kita berkerjasama dlm mengurus situasi genting itu..tanpa perlu mengadu kepada keluarga..terutama ibu ayah. Selagi mampu hadapi berdua suami isteri. Tahniah utk kamu yg berjaya melalui dengan sabar.. Alhamdulillah kini hampir 30 th kami hidup bersama.. Terima kasih Allah.
“Saya juga sama tapi mungkin belum sampai rezekinya sekarang pun saya belum dapatkan semula tapi saya anggap itu bukanlah penting utk dikembalikan semula tapi hanya mengharapkan suami dapat menjaga saya dan anak anak disaat susah dan senang.
“Saya juga pernah jual cincin merisik dan cincin nikah suatu ketika dahulu. Walaupun sekarang dah mampu beli cincin yang lain tapi tetap tak sama dengan cincin nikah yang asal. Rasa terkilan tu ada, tapi asbab jual cincin kahwin tu lah Allah kurniakan zuriat pada kami sebab masa saya jual cincin tu untuk bantu seseorang, saya cuma minta Allah kurniakan anak buat kami berdua.”
Semoga perkahwinan yang dibina bahagia till jannah biarpun datang apa jua cabaran.
Mempunyai hobi sememangnya menyeronokkan dan banyak manfaatnya. Antaranya dapat mengurangkan perbelanjaan membeli sayur-sayuran. Namun, berkebun ada cabarannya seperti serangan haiwan perosak tanaman.
Sudah tentu kita rasa ralat apabila sayuran di tanam tidak membuahkan hasil yang ‘sempurna’.
Namun kini pelbagai petua dikongsi dimedia sosial menghalang haiwan perosak ini. Selain dibeli dikedai, pelbagai petua alami digunakan malah kos pun murah. jimat!
Ikuti cara seorang wanita ini yang menggelarkan dirinya ‘nenek’, menerusi facebooknya, Siti Samsiah dengan memberi petua mudah untuk mengelak serangan ulat yang mengakibatkan daun bayam brazil rosak.
Pagi ni nenek nk kongsi cara nnek mengatasi masalah ulat yg suka sgt meratah daun bayam brazil. Jgn pulak ada yg tanya belalang.. benak….semut…anai2…atau utk pokok lain yg tu nnek belum buat ujikaji ya… Nnek kongsi bab ulat jer ni. Aritu ada jugak nnek dh bgitau tapi mungkin tak perfect. Ramai yg tanya itu ini. Nnek sebut camca teh pun ramai yg tak fhm.
Kali ni hrpnya semua dpt memahami. Insyaallah kita usaha DIA yg tentukan.
Panduan ada di gambar.
Rebus satu camca kecil bunga cengkih (1 sudu kecil) dgn 1 liter air sampai mendidih. Sejuk kan. Tapis. Terus guna jangan di tambah air lgi. Sembur pd bayam brazil 2 ke 3 kali dlm seminggu ikut suka awal pgi atau lewat ptg. Sembur hari2 pun lgi bagus sampai nmpk pucuk baru tak di mkn ulat.
Boleh nmpk kesan di mkn ulat pd daun lama tu. Daun baru dh elok cun melecun.
Dah pulih daun-daun selepas disembur air rebusan cengkih.
Mudah aje kan. Barulah seronok dan semangat nak bercucuk tanam.
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan yang terbaik buat anak-anak. Selain kejayaan akademik dan sahsiah yang baik, tidak kurang juga ramai menyimpan hasrat melihat zuriat...