Kata pepatah, raihlah ilmu walaupun hingga ke negeri China. Dan setiap hari adalah hari kita belajar terutamanya mengenai kehidupan.
Ilmu takkan pernah buat kita rugi malah ilmulah yang membantu kita dalam menaikkan martabat diri.
Tahun lalu, tular mengenai 2 sahabat baik iaitu R Ramesh, 56 tahun dan M Krishnan, 77 tahun yang kembali menjejaki medan ilmu untuk mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang selama empat tahun universiti di (UniSZA), Terengganu.
Baru-baru ini, dua warga emas dilihat telah menduduki peperiksaan akhir semester pertama mereka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu.
Ads
Mereka menduduki peperiksaan ‘Pengenalan Teknologi Maklumat’ di Dewan Gemilang di kampus Gong Badak pada hari Jumaat, 3 Februari, bersama kumpulan mereka yang lain.
Pihak universiti berkata, mereka berdua telah menjadi kawan baik apabila mereka bersama-sama menjadi pelajar semula setelah sekian lama tidak bersekolah.
“Kali terakhir saya menduduki peperiksaan ialah 37 tahun lalu pada 1986 untuk STPM, dan hari ini saya kembali ke dewan peperiksaan untuk peperiksaan sarjana muda saya,” kata Ramesh.
Ads
“Saya sudah lama tidak belajar jadi sudah pasti ada masalah menyesuaikan diri pada awalnya, tetapi pensyarah dan rakan sekelas saya banyak memberi sokongan dan bantuan,” katanya.
Sementara itu, Krishan yang berusia 77 tahun berkata, walaupun sukar membahagikan masa antara pelajaran dan keluarga, dia tetap berusaha untuk memenuhi impiannya menjadi seorang peguam.
“Saya membahagikan masa dengan baik antara keluarga, kerja dan kelas, dan untuk peperiksaan akhir ini, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang,” katanya.
Ads
Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan inspirasi buat semua pembaca Keluarga agar tetap mementing pendidikan dalam kehidupan.
Negaraku, lagu kebangsaan yang sering berkumandang setiap kali acara rasmi atau tidak rasmi berlangsung. Lagu tersebut melambangkan jati diri dan kebanggaan rakyat Malaysia. Satu yang menjadi persoalan, siapakah penulis lagu ini?
Sesudah lebih 46 tahun ketiadaannya, barangkali ramai yang tidak mengetahui Allahyarham Saiful Bahri Elyas hanya pernah menerima ganjaran wang RM1,000 di atas sumbangannya mencipta lagu kebangsaan, Negaraku.
Bahkan, waris Saiful Bahri juga tidak dapat menuntut royalti lagu Negaraku itu yang sudah menjadi hak kekal negara dan disebabkan Allahyarham sudah mengambil ganjaran wang berkenaan.
Anak ketiga arwah, Qus Nafiah, 50, berkata, meskipun wang ringgit bukan ukuran sebenar jasa arwah bapanya itu namun dia sangat mengharapkan nama bapanya menerima pengiktirafan sama seperti seniman lain.
Menurutnya, dia bersama empat beradik yang lain iaitu, Norah Savitri, 54, Soufinaranti, 52, Nurul Adzan, 48, dan adik tunggal lelaki yang diberi nama sama dengan nama bapanya, Saiful Bahri Ahmad, 45, berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu bagi mengenang jasa bapanya itu.
“Arwah bapa dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah rakan seni seangkatan yang duduk semeja ketika menjadi juri sebarang pertandingan.
“Kenapa arwah bapa tidak mendapat pengiktirafan sama daripada kerajaan Malaysia, sedangkan lagu ciptaannya dinyanyikan sehingga hari ini.
“Cukuplah jasa arwah bapa dikenang dan diiktiraf dalam lipatan sejarah Malaysia dan menjadi rujukan generasi hadapan, bayangkan generasi sekarang menyanyikan lagu kebangsaan tetapi tidak tahu siapa penggubahnya, adakah adil buat waris?” katanya ketika ditemui.
Allahyarham Saiful Bahri cukup berjasa buat negara apabila lagu patriotik yang menjadi kebanggaan negara itu terus berkumandang sebagai jati diri rakyat negara ini.
Bukan itu saja, malah bakat luar biasanya turut mewarnai seni negara apabila lagu negeri seperti Selangor, Melaka dan Perak mendapat sentuhan lelaki kelahiran Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia, itu.
Beliau turut menggubah banyak lagu patriotik dan paling diingati Inilah Barisan Kita, Malaysia Berjaya dan Perajurit Tanah Air.
Menceritakan pengalaman sebagai anak penggubah lagu Negaraku itu, Qus Nafiah berkata, banyak kisah mengenai bapanya diceritakan oleh ibunya, Allahyarhamah Noraini Ahmad, yang mendirikan rumah tangga pada 1968 dan dikurniakan lima cahaya mata.
“Bapa menumpahkan jasa kepada Tanah Melayu dan kemudian Malaysia dengan lirik-lirik gubahannya. Karyanya terkenal dan disiul sepanjang masa bagi membangkitkan semangat patriotisme,” katanya.
Menurut Qus Nafiah, ketika zaman sekolah, ramai rakannya tidak mempercayai insan mencipta lagu Negaraku adalah bapanya, bahkan cucu sendiri tidak percaya kata-katanya yang datuk mereka pencipta lirik lagu kebangsaan.
“Cucu sendiri tidak percaya disebabkan datuk mereka tidak terkenal seperti selebriti ternama lain pada era 1950-an dan 1960-an.
“Atas sebab itu juga, kami sekeluarga meneruskan usaha ibu sejak 1992 untuk mendapat pengiktirafan buat arwah bapa,” katanya.
Perjalanan seni Allahyarham Saiful Bahri di Malaysia bermula ketika dilamar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang mengenalinya sebagai pemuzik di Studio Orkes di Indonesia.
Menggunakan nama samaran Surya Buana (SB) ketika berkarya di Tanah Melayu, Saiful Bahri dipelawa menyertai pertandingan mencipta lagu rasmi dan Negaraku.
Ciptaan lagu Saiful Bahri dipilih sebagai pemenang dengan hadiah wang RM1,000 pada 1956.
Lagu Kebangsaan itu asalnya lagu negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang digubah Allahyarham menjadi lagu kebangsaan ketika itu. Selepas dilantik pengarah muzik di Filem Negara, bapa berpeluang menjelajah ke seluruh negara dan bertemu dengan ibu yang menjadi isteri keduanya.
Mencuba hobi baru dengan bercucuk tanam, tentunya banyak perkara asas berkenaan menanam ingin dipelajari.
Jika ada perkongsian tentang tip atau trik cara menyemai anak benih yang mudah bagi memastikan tanaman dapat hidup dengan subur, pastinya ilmu itu cukup bernilai.
Dan untuk itu, di sini dikongsikan rahsianya untuk anda cuba!
Meh rapat2 siapa yang nak tau “CARA CikSue SEMAI BENIH” ramai yang tanya tapi tak boleh nk balas satu2.. ddk rumah pun bz tak boleh nk ngadap hp 24jam..
YANG PERTAMA- Tanah
Tak kisah nk guna tanah organik ke tanah bakar ke cocopeat ke, nak campur ngn tanah merah pn boleh.. kalau tanah tu elok utk tanaman elok la utk semaian.. bab tanah pun kena hati2 nak guna elok cuba dulu.. tanah PANAS pokok blh mati tau..
YANG KE2 – Benih
CARA RAJIN = Letak tanah dlm pasu, lubangkan di tengah sikit, letak benih & kambus tanah..
CARA MALAS = Tabur je benih dlm pasu bila dh 4 daun baru alih satu persatu, benih tak semuanya tumbuh.. CikSue memang guna cara malas nie.
YANG KE3– Semai
Masa semai benih tu bagi je dia kena panas pagi.. CikSue mmg tak pernah bungkus ngn kain hitam ke plastik hitam ke kotak hitam ke bila kena panas pagi dia akan tumbuh dengan sihat.. tak la tinggi melayut je macam cacing, daun pn tak nampak.
YANG KE4 – Air
Bab air tak payah rajin sgt nk jirus hari2. Cukup sekadar basahkan tanah je.. kalau hari kedua tanah tu masih basah takyah la jirus.. sng kan?
YANG KE5-Baja
Nak anak-anak hijau kita tu gemuk kene la bagi makan. Lagi senang guna baja AB sebab baja nie jenis cecair, cepat serap & senang nak bancuh cair.. budak kecik bagi baja cair je jangan banyak kang meninggal pulak dia.
Nie CARA SENANG dari CikSue.. harap bermanfaat kepada semua yang baru nak belajar menanam sayur.. Selamat mencuba.
Menamatkan pengajian dalam penuh emosi. Apa lagi kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dihadam. Yang pernah melalui tahu akan perasaan tersebut. Namun, berkat doa, sokongan dan dorongan suami tersayang, wanita ini berjaya juga menghabiskan PhDnya selepas 8 tahun.
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter @tunfairuz yang juga suami kepada wanita tersebut. Perkongsian beliau mendapat lebih 13,000 Retweet dan rata-rata kagum dan memujinya sebagai suami yang menjadi tulang belakang kepada isteri sehingga berjaya menghabiskan PhD.
Menurut empunya diri Tun Fairuz, 8 tahun masa yang diambil isterinya untuk melengkapkan pengajian sekali gus berjaya menggengam PhD.
Wife aku ambil jubah hari ni (28 September). Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab tak ada semangat dah lepas Dewi pergi.
Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja awak buat jela awak punya correction tu. Dia buat jugaklah lepas aku marah-marah.
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”
A THREAD
Wife aku ambil jubah harini. Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab takde semangat dah lepas Dewi pergi… pic.twitter.com/M1F8ersRy3
Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja ko buat jela ko punya correction tu. Dia buat jugakla lepas aku marah-marah kahkahkah
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”
Wife aku ambik Applied Science, dunia yang jauh berbeza dengan aku Political Science. Aku tak paham kerja lab dia, dan dia tak paham macam mana politik dunia. Tapi sekurang-kurangnya kami cuba ambil tau sikitla fields masing-masing.
So harini dia pergi ambik jubah. Dulu masa dia viva, kakak Dewi teman dia dalam rahim. Tapi yang ada rezeki attend konvo, adiknya Haydar. Aku tak dapat teman wife aku. Sedih gila sebab masa aku ambil jubah Master dia ada. Takpelah adalah hikmah kut.
Ramai gile RT. Aku harap jadi inspirasi la kat aku jugak. Aku baca satu-satu komen korang ni. Terima kasih banyak. Wife aku bising jugak tapi dia ucap terima kasih atas kata-kata kau orang yang baik. Semoga tuhan membalas kebaikan semua.
You’re really good husband for your wife. Tulang belakang segala kepenatan dia menghabiskan sisa baki phd. Semoga yang baik sahaja untuk korang berdua. Salute 🙏🏻
u r strong!my dad pun habiskan phd dia dgn problem mata dia (retinitis pigmentosa),plus ada dua anak syurga.hajat dia mau bawa his mom & my late younger sister. at last both passed away😭 my late sis passed away 2 weeks sblm convo😭
Congratulations to you and your wife. The success here is not the PHD. It’s the fact that both of you were there for each other during ups and downs. Would really love to read your story when it’s out. Congrats again!
Sementara itu, Nor Farhana Jasmi, 31, menerusi perkongsiannya bersama Haroan Metro, mengakui bukan mudah baginya menghabiskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam pengkhususan Sains Gunaan selepas tertangguh bertahun lama.
“Daripada saya bujang, berkahwin, bekerja, dapat anak pertama, kehilangan anak dan sehingga ada anak balik, saya akui perlu melalui pelbagai pahit getir untuk menamatkan pengajian.
“Saya hampir berputus asa ketika itu dan sudah tidak dapat fokus lagi untuk menghabiskan baki pengajian kerana terlalu rindukan anak. Atas dorongan suami, Fairuzzaman Shaharuddin, 31, dan keluarga yang mahu dia menghabiskan pengajian menguatkan lagi tekad saya.
“Saya perlu reda dengan kehilangan Dewi Faleesya, walaupun ketika saya dalam persiapan ‘viva’, arwah berada dalam rahim saya. Tapi ternyata benar apabila kita reda dengan satu ujian, Allah SWT akan beri lebih rezeki lagi.
“Saya mendapat anak kedua, Khayr Al-Haydar yang kini berusia dua bulan manakala suami kini berada di Jerman untuk menyambung pengajian PhD di University Goethe Frankfurt.
“Allah SWT sentiasa bersama hambanya yang reda dengan setiap ujian, bagaimanapun rindu saya terhadap arwah tidak pernah padam dan saya mengharapkan arwah menunggu kami di sana,” katanya.
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.