Ads

Ibu Bapa Digesa Berwaspada: Lebih 1,000 Van Sekolah Tanpa Permit dan Insurans Dikesan di Kelantan

Van Sekolah

Perkhidmatan van sekolah menjadi pilihan ramai ibu bapa bagi memudahkan urusan menghantar dan mengambil anak-anak.

Namun, aspek keselamatan perlu sentiasa diberi perhatian bagi memastikan perjalanan mereka lebih terjamin.

Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan lebih 1,000 van persendirian yang disyaki menjalankan perkhidmatan pengangkutan murid secara haram di negeri itu.

Lebih membimbangkan, terdapat pengusaha yang menggunakan kenderaan uzur, beroperasi tanpa permit dan perlindungan insurans yang sepatutnya, selain membawa murid melebihi kapasiti dibenarkan.

Ada Van Berusia Lebih 20 Tahun

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kegiatan tersebut dipercayai mampu memberikan pendapatan sehingga RM10,000 sebulan kepada pengusaha tertentu.

Ads

Malah, terdapat van berusia lebih 20 tahun yang masih digunakan untuk membawa murid, termasuk kenderaan yang mengangkut sehingga 15 penumpang dalam satu perjalanan walaupun melebihi kapasiti dibenarkan.

Susulan risikan selama tiga bulan, JPJ Kelantan menjalankan operasi khas di sekitar Kota Bharu pada 5 November lalu.

Ads

Hasil operasi tersebut, sembilan van disita manakala 20 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Keselamatan Anak Perlu Diutamakan

Pendedahan ini menjadi peringatan kepada ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam memilih perkhidmatan pengangkutan sekolah.

Ads

Selain mempertimbangkan tambang dan kemudahan, ibu bapa perlu memastikan pengusaha mempunyai permit sah, kenderaan berada dalam keadaan baik serta tidak membawa murid melebihi kapasiti.

Keselamatan anak-anak sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari sekolah perlu menjadi keutamaan semua pihak.

BACA LAGI: Anak Lambat Balik Sekolah? Jangan Abaikan Tanda Penting Ini

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Dapat Rasa Nikmat Jadi Ummi…” Ogy Ahmad Daud Syukur Anak Angkat...

Kasih seorang ibu tidak semestinya terjalin melalui pertalian darah. Itulah yang dibuktikan seniwati terkenal, Ogy Ahmad Daud atau Fauziah Ahmad Daud, yang meluahkan rasa...