Mendidik anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu-bapa. Namun tiada umur yang ditetapkan dalam melatih anak-anak berpuasa berbanding solat.
Lantaran itu, pastikan tubuh anak terbiasa dengan rutin selama satu bulan ini, namun tidak bermakna ibu bapa perlu memaksa mereka sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan.
Kewajipan berpuasa adalah kepada muslim yang baligh. Dalam saranan didikan tarbiyah pula menyebut kewajipan bersolat untuk kanak-kanak mulai usia 10 tahun. Oleh yang demikian latihan anak puasa haruslah bercirikan seperti sebuah latihan dan bukan kewajipan pada anak-anak, sesuai dengan fitrahnya bertahap-tahap.
Ikuti panduan ini.
Tempoh puasa
Mulakan dengan beberapa jam, mungkin 2-3 jam, kemudian separuh hari, berbuka ketika zohor, kemudian asar dan sehinggalah anak berlatih mampu menahan dirinya tidak makan seperti mana orang dewasa sehingga maghrib.
Bangun awal sahur
Begitu juga dalam amalan bersahur, kejut dan didik untuk bangun awal. Sekiranya belum baik, benarkan untuk bersarapan dan terus dorong untuk puasa semampunya.
Sokongan
Sokongan dan dorongan secara lembut hendaklah seiring dengan latihan ibadah puasa yang diterapkan. Aspek emosi, perasaan anak dan empati ketika mereka melalui fasa sukar berpuasa mestilah dikomunikasikan. Ini penting agar anak tidak melihat ia sebagai latihan yang menderitakan dan tidak manusiawi. Gambarkan dan sampaikan kepedulian pada anak melalui sentuhan, dan kata-kata yang mengiyakan.
Ads
Kesihatan anak
Perhatikan kesihatan anak. Anak yang tidak sihat jangan diminta berpuasa. Anak yang pucat, lesu bergolek menahan sakit perutnya jangan diminta bertahan untuk berpuasa.
Mindset masyarakat anak harus berpuasa penuh bermula 6 tahun atau lebih muda sesungguhnya memberatkan kanak-kanak. Ini terlihat dengan kata-kata yang diusahakan dalam perbualan masyarakat secara lazim, “puasa penuh tak”, ” Mesti puasa penuh, dapat seringgit sehari”, atau “tahanlah sikit lagi, sayanglah kalau berbuka dah dekat nak buka” sedangkan anak bergolek pucat menahan kelaparan. Banyak lagi contoh komunikasi yang menggambarkan mindset begini.
Anak yang terlatih dengan ibadah solat akan membaiki ibadah puasa, dengan bimbingan orang tuanya dan ia mengambil masa sesuai dengan usianya untuk di tarbiyah begitu. Pendidikan solat harus tidak bermusim, bermula dari kecil sepanjang masa dan terlihat pada diri ibu bapa dan anak-anak.
Jadikan Ramadan bulan yang seronok
Ads
Gambaran terhadap bulan Ramadan juga perlu diolah agar memberi keseronokan buat kanak-kanak. Raikan kedatangan Ramadan itu seperti menyambut kedatangan Hari Raya.
Hidupkan keseronokan berbuat baik dengan memberi perhatian kepada semua amalan baik yang perlu dihidupkan setiap hari, dan tambahkan dengan aktiviti seiring dengan objektif amalan baik yang mahu diterap. Promosikan semua kebaikan seperti kutip sampah, senyum, berkongsi, bantu ibu ayah, kemas peralatan, membaca buku, bermain dengan baik dan pelbagai lagi, tidak marah dan tidak bergaduh.
Jadikan Ramadan sebagai bulan yang membawa kebaikan sebenar-benarnya, sehingga dapat dirasai sang anak kecil. Kebaikan kepada masyarakat, jiran, suami isteri, anak-anak, dan kebaikan terhadap diri sendiri.
Begitu juga Ramadan dihidupkan sebagai bulan pesta ibadah. Ramadan sebagai satu pesta kemasyarakatan. Masyarakat sering bertemu, bersama, berbuat baik, menyatu dalam ketaatan kepada Allah. Libatkan anak-anak dalam ibadah solat, utamakan kepada solat fardhu, solat terawikh istimewa Ramadan dan solat sunat lainnya.
Kenalkan amalan semasa berpuasa
Perkenalkan mereka dengan masjid ketika iftar jamaie, solat jemaah, dan iktikaf. Kongsikan keistimewaan masjid sebagai rumah Allah. Keistimewaan tetamu Allah. Begitu juga Al Quran, lazimi al Quran setiap hari dengan anak di bulan Ramadan, semoga ia kekal bersama keluarga selepas Ramadan. Jadikan ia acara keluarga, bukan kita seorang diri sahaja yang mahu khatam Al-Qur’an tetapi bawa keluarga kita bersama.
Ads
Sedekah juga harus dilazimi setiap hari agar amalan ini terpahat dalam amalan anak-anak secara semulajadi. Bangkitkan kepedulian kepada umat Islam yang susah kerana miskin dan kerana penindasan peperangan. Bawa berjumpa keluarga yang sempit hidupnya agar anak-anak terbuka minda melihat sesuatu yang membina keinsafan dan kematangan mereka kerana anak-anak terbatas kefahaman mereka, mereka dapat memahami apa yang dapat ditanggapi (dilihat) dengan mata mereka sahaja.
Meskipun mereka mungkin terbatas dalam memahami puasa dan belum sempurna latihan puasa mereka, jangan ditinggalkan pengajaran lain yang boleh disuburkan Ramadan ini. Hidupkan kebaikan dan ibadah Ramadan selari dengan latihan berpuasa.
Buat aktiviti mengenai bulan Ramadan
Meraikan fitrah anak juga, semua pengajaran, isi, content yang ingin ditarbiyahkan itu mestilah dilihat sebagai seronok, dan ada aplikasinya. Bukan sekadar kata-kata. Maka setiap hari perlu dibuat aktiviti sokongan mengenai fokus pengajaran pada hari tersebut. Aktiviti sokongan akan membantu kefahaman anak tentang sesuatu objektif pengajaran. Ia boleh berbentuk kraf, story telling, lakonan, video, lawatan, penghasilan buku skrap dan banyak lagi idea kreatif.
Aktiviti boleh menggunakan pelbagai produk sokongan Ramadan yang ada atau ibu bapa boleh DIY sendiri. Malah setiap aktiviti ini dapat diolah menjadi penulisan berbentuk 3M (membaca, menulis, mengira). Perancangan yang baik akan membantu ibu bapa.
Jadual Ramadan
Apabila cuti persekolahan mengambil 10 hari dari Ramadan tahun ini, buatlah jadual harian yang akan membantu perjalanan anak-anak bersama ibu bapa di rumah. Ada 3 kategori jadual Ramadan. Jadual utk hari anak bercuti tetapi ibu ayah bekerja, jadual Ramadan di hujung minggu dan Jadual Ramadan ketika hari persekolahan.
Persiapan rapi amat membantu semua keluarga menghadapi Ramadan. Berbeza dengan apabila kita belum ada tanggungjawab keluarga, semoga Allah memudahkan jalan hambaNya yang berusaha. Semoga Allah menemukan kita dengan Ramadan.
Setiap pasangan suami isteri pasti akan ada momen tertentu sewaktu perkenalan awal. Baik yang indah, melucukan atau menyedihkan. Pasti momen tersebut menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
Bagi aktor kacak, Saharul Ridwan yang baru-baru ini berkongsi kisah bagaimana mana dia ‘mengorat’ isterinya sehingga mereka melangkah ke jenjang pelamin.
Dalam perkongsian tersebut, Saharul memuat naik perbualannya ketika mula hendak berkenalan dan memikat Qaabila Deena Amir yang kini sudah menjadi isterinya.
Menurut Saharul, ketika itu isterinya sudah mempunyai kekasih namun dia tidak pernah berputus asa kerana serius untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.
Malah menerusi perbualan dari messenger laman Facebook itu jelas Qabila berkeras untuk tidak mahu berkenalan dengan Saharul kerana sudah mempunyai kekasih.
Namun kini, Saharul bersyukur wanita yang ‘jual mahal’ itu kini sudah menjadi isterinya.
Menurut Saharul, ketika itu isterinya sudah mempunyai kekasih namun dia tidak pernah berputus asa kerana serius untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.
Malah menerusi perbualan dari messenger laman Facebook itu jelas Qabila berkeras untuk tidak mahu berkenalan dengan Saharul kerana sudah mempunyai kekasih.
Namun kini, Saharul bersyukur wanita yang ‘jual mahal’ itu kini sudah menjadi isterinya.
“25/9/2012
“Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll-scroll terjumpa balik conversation FB.
“Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua,” tulisnya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Betul lah kata abah @tokabah_hajihashim , . "PERKAHWINAN INI SATU BAHTERA DAN KITA (SUAMI) ADALAH NAKHODA KAPAL KITA. LURUS JALAN YANG DI TUJUI IAITU JALAN ALLAH SWT, MAKA LURUSLAH PERJALANAN DUNIAWI KITA". Amin. Terim kasih abah. . Walau satu hari nanti saya diduga dengan kesushan, janji saya awak pada awak sayang, anak2 , awak dan anak2 kita tidak akan kebulur tiada makanan dan tiada tempat berteduh dari hujan dan panas. Amin.
Semoga Allah memperkenan doa saya yang bukan utk diri hambaMu ini tapi utk insan yang hambaMu sayang ini termasuklah umi, abah, mertua, keluarga kami dan semua keluarga Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dan seluruh umat islam ini. Amin Ya Karim. ️
Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik perbualan tersebut.
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pindah masuk ke rumah baru adalah suatu perasaan yang cukup mengujakan, rasa lebih menggembirakan dan tidak sabar untuk segera menghuni kediaman bila mendapat kunci di tangan.
Sewajarnya bila sudah mendapat kunci, jangan terburu-buru untuk segera berpindah ke rumah tersebut. Melainkan lakukan terlebih dahulu perkara penting ini. Lain tidak bukan adalah buat pemeriksaan check defect! Agar rumah yang bakal anda sekeluarga diami adalah selamat, selesa dan sempurna untuk dihuni. Oleh itu ketahui apa perkara perlu disemak dan diberi tumpuan selepas mendapat kunci.
Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
Marker Pen – Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
Kertas A4 – Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
[su_highlight background=”#a1aee0″ color=”#242121″]PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERIKSA [/su_highlight]
AIR
Pastikan meter air ada dan berfungsi.
Buka paip air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
3. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air itu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
4. Check air di semua bilik air. Test satu persatu.
5. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu.
6. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang ke dalamnya oleh kontraktor.
ELEKTRIK
On main suis dan kemudian onkan suis fius itu satu persatu.
Test Soket 3-pin satu persatu. Disarankan guna tester atau lampu tidur kecik tu pun boleh. Cara ini anda boleh tahu mana satu yang bermasalah.
Test semua suis di rumah tersebut, pastikan tiada yang ketat atau tak boleh nak tekan.
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time akan mudah pecah.
JUBIN
Check satu persatu tile dalam rumah. Kena ketuk, kalau bunyi kosong, pecahkan saja, minta pemaju tukar.
Kalau ada yang pecah sikit atau retak, minta tukar.
Kena check di semua tempat, bawah sink/wash basin dan tempat tersorok.
PINTU / KUNCI
Tukar semua kunci depan dan belakang atas sebab keselamatan, bimbang diduplicate.
Kalau tidak tukar pintu gate utama, pastikan pagar tidak boleh diangkat/cabut pada ensel.
Gunakan padlock yang berkualiti padlock yang baik seperti ABUS, ABLOY, YALE, SOLEX dan sebagainya.
BUMBUNG / ATAP
Kalau boleh naik ke atas dan cuba tengok apa yang ada, mana tahu ada benda asing atau defect.
Time hujan lebat cuba tunggu dalam rumah tersebut untuk check kebocoran pada bahagian syiling rumah. Biasanya time hujan lebat saja kebocoran atap itu dapat dilihat.
Pastikan tiada atap yang retak atau pecah atau sumbing. Minta pemaju replace segera.
Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air. Tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.
Pastikan kayu itu elok keadaannya dan sambungan betul. Bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung.
TANGKI AIR
Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air. Yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan tangki tersebut.
Tengok ke dalam tangki tersebut, takut ada benda asing. Bersihkan tangki air tersebut daripada kekotoran, batu, pasir dan sebagainya.
Kalau ada plan nak install outdoor filter, biasanya mereka akan servis bersihkan tangki air sekali. Oleh itu, minta pakar yang settelkan.
Sumber : decohouze
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila berdoa kita selalu ucapkan bila usai solat namun hakikatnya,amalan berdoa ini tidak semestinya di atas tikar sejadah semata-mata. Malah dimana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh berdoa, bertepatan betapa kita begitu bergantung harap mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Lantas sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak kita untuk sentiasa berhajat kepada Allah walaupun pada perkara-perkara yang kita rasakan nampak begitu remeh dan ringkas. Hal ini cuba diingatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim, dan ini katanya.
DIDIK ANAK BERDOA
Didiklah anak-anak agar sentiasa berdoa kepada-Nya walaupun dalam sesuatu yang kelihatan tidak mustahak.
Setiap kali – misalnya – mahu meninggalkan rumah ke sekolah, kembali ke asrama atau pulang ke universiti berpesanlah kepada anak-anak agar memohon kepada-Nya supaya dipermudah pengajian.
Ia kelihatan tidak perlu, tidak diajar dan tidak diamalkan oleh ramai orang kerana ia bukan amalan harian.
Malah ramai di antara kita yang tidak melihat berdoa sebagai satu amal ibadat paling ringkas, mudah dan tanpa kos.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.