Hanya disebabkan nasi tertumpah ke lantai, seorang warga emas cedera parah kerana dipukul anaknya sendiri.
Mangsa yang berusia 83 tahun ini pada mulanya ditengking oleh anaknya kerana mahu makan malam tetapi dihalang oleh anak lelakinya yang berusia 48 tahun.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila warga emas tersebut tertumpahkan nasi yang dipegangnya ke lantai membuatkan anaknya itu bertindak agresif dengan memukul kepala dan badan mangsa sehingga jatuh.
Kejadian ini berlaku pada hari Isnin lalu di Jakarta Barat, Indonesia. Selepas berdepan dengan situasi cemas tersebut, warga emas terbabit telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan laporan polis di buat.
Ads
Anak lelakinya telah ditahan dan dari hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.
Dari sumber , anak lelaki mangsa sudah berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Isterinya tinggal berasingan dan beliau tinggal bersama mangsa (bapa kandung) manakala ibu kandungnya sudah meninggal dunia.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tampil berniqab, selebriti Diana Amir benar-benar mengejutkan ramai. Begitupun, rata-rata memuji dan menitipkan doa semoga dipermudahkan niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Empunya diri Dalam satu perkongsian memberitahu, niatnya berniqab tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Dalam satu perkongsian Di laman Instagramnya, Diana memberitahu langkah itu adalah satu fasa baru dalam hidupnya selain meminta semua pihak mendoakannya.
“Sebenarnya sy segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada org tanya sy hanya minta mereka doakan sy.. jadi mohon sahabat2 yang berhati mulia doakanlah sy yang banyak lg nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib.
“Bersangka baik dengan Allah”
“Harini Allah test saya dengan apa yang saya sampaikan
“Sebenarnya pagi ni sy dapat dua berita yg mendukacitakan. something out of my control happened but it is affecting me in a big way. Tak boleh nak share news apa tapi sy nak share apa yg sy tgh fikir…
“Seperti biasa sy akan tanya tuan guru yang mulia dan yang saya sayangi , al- fadhil encik suami 😅 apa pendapat beliau..
“He shared, “tiada apa yang berlaku tanpa izin Allah, walaupun perkara itu bagi kita sesuatu yg buruk dan pastinya kita tidak suka.
“Tapi ia perlu berlaku untuk kita dan orang sekeliling ambil pengajaran”
Menurut Diana lagi, ini merupakan satu fasa untuk mendekatkan diri pada Allah SWT. Jadi dia cuma mengharapkan semua orang doakannya.
“Sedang Nabi Muhammad SAW diuji dengan pelbagai tohmahan, kesakitan yang jika dibanding ujian pada diri ini tidak terbanding, namun Nabi terus sabar dan menyebar dakwah kerana sayang yg sgt tinggi pada ummat.
“Dugaan ini kecil shj insyaAllah. Jika ini yang terbaik untuk berlaku padaku pada saat ini, berikanlah kesabaran, redhailah aku dan berikanlah jalan keluar daripada musibah, Ya Allah.
“Saya harap anda semua yang berhati mulia doakan saya dan keluarga. Sesungguhnya hidup ini pentas ujian, semoga kita berjaya dan kembali padaNya dengan husnul Khatimah..
“Semoga anda yang sedang diuji juga diberi rasa tenang, kesabaran dan jalan keluar daripada musibah, amin!
Mengulas mengenai perjalanan untuk istiqamah, mengharapkan perjalanan yang dilalui kini dipermudahkan olehNya.
Menginjak usia akhir 30an dan meniti usia 40an dirasakan satu cabaran baru buat semua insan bergelar wanita. Namun janganlah takut dengan usia ini.
Usia hanyalah sekadar angka yang tidak memberi apa-apa maksud secara lahiriahnya. Namun menjelang usia ini, apakah pencapaian mahupun kejayaan yang dicekapi.
Sebagai wanita periksa apa anda perlu buat dan kena ada bagi memastikan anda menikmati hidup yang selesa, sempurna dan tenang di usia ini? Lima perkara ini perlu buat.
Jaga Pemakanan
Pemakanan paling penting. Janganlah lagi makan sebarangan makanan yang tidak sihat. Air bikarbonat mahupun makanan tinggi lemak sebaiknya dikurangkan. Semakin umur meningkat semakin sukar untuk mengekalkan berat badan ideal. Risiko untuk pelbagai penyakit juga makin mudah. Tukar sahaja pada menu ringkas seperti rebus dan panggang. Itu sudah memadai.
Simpanan Hari Tua
Simpanan bukan bermula daripada usia ini. Sebaiknya mulakanlah dengan serius sejak muda lagi dan menjelang usia ini, anda sudah mampu untuk hidup tenang dengan wang simpanan yang sedia ada. Namun tidak salah jika anda memperuntukkan lebih serta lebih serius lagi menjelang usia ini. Lupakan pada aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan membazir.
Pendapatan Sampingan
Ada orang yang sudah memulakan pendapatan sampingan ini sejak dulu lagi. Tidak salah jika anda baru berjinak-jinak untuk memulakannya sebagai persediaan hari tua anda. Berniaga atau membuat pelaburan jangka masa panjang adalah salah satu jalan terbaik. Mulakan sekarang!
Elak Kemurungan
Sebaik-baiknya elakkan sama sekali berlaku kemurungan dalam usia ini. Kesan emosi yang tidak sihat, kemurungan dan sebagainya akan hanya mendedahkan wanita kepada penyakit dalaman seperti kanser dan sebagainya. Elakkan.
Menikmati Hidup
Nikmatilah hidup ini dengan penuh gembira bersama suami dan anak-anak. Bebanan kerja sememangnya tidak pernah akan habis. Berusahalah untuk mencari ruang bersama mereka dan nikmatilah masa bersama sepuas-puasnya.
Ilmu Di Dada
Tidak terlambat rasanya untuk anda memperlengkapkan diri dengan sedikit kemahiran diri sebagai bekalan hari mendatang. Mungkin belajar menjahit atau sedikit ilmu masak memasak sangat relevan untuk dunia bisnes hari ini. Kena cuba!
Kena Cantik
Paling penting dalam usia ini anda harus tampil cantik. Cantik bukan bermaksud harus mengenakan pakaian baru dan up to date sentiasa. Cukup hanya tampil kemas dan sedikit keyakinan diri setiap kali mengenakan pakaian yang dipilih. Itu sudah memadai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...