Tinggal beberapa Hari lagi umat Islam bakal menyambut Syawal yang mulia,namun keluarga ini diduga apabila anak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung.
Selain kanak-kanak tersebut, lima orang lagi cedera dalam satu kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2.
“Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan dua rumah jenis semi D separuh kekal, masing-masing hangus 100 peratus dan 90 peratus.
“Enam mangsa terbabit, masing-masing seorang kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung, seorang lelaki dewasa melecur 50 peratus dan seorang lelaki pula cedera ringan.
“Dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cedera,” ujar Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani.
Kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
Ads
Insiden menyayat hati itu juga turut dimuatnaik seorang pengguna media sosial tiktok r3dchai crew. Menerusi video tersebut kedengaran suara ibu dan ayah mangsa menangis hiba kerana anak mereka berada di dalam rumah yang sedang terbakar Itu.
Tangisan hiba itu meruntun jiwa warganet. Rata-rata meluahkan rasa pilu Dan mendoakan pasangan suami isteri ini diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut.
Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, pastinya segala persiapan tersedia untuk seisi keluarga. Bagi yang gemar tampil sedondon, pasti inilah saat yang dinanti-nantikan.
Ibu dan ayah orang yang paling sibuk saat ini dalam menyediakan segala keperluan seisi keluarga. Bertuah andainya dikurniakan pasangan yang cukup memahami dan sentiasa berlembut dengan anak isteri.
Berbeza bagi situasi yang pernah dilalui oleh puan Intan Dzulkefli baru-baru ini apabila melihat situasi seorang suami memarahi isterinya.
“Mahal-lah! Dah letak balik!” jerkah suara si suami.
Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.
Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.
Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.
Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.
Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.
Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.
Namun, kalau dapat salah satu pihak yang ‘bekeng’, itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.
Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.
Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.
Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!
Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul ?
Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.
Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, ‘kalau isteri saya ada… Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni…’ Dah terlambat! Itu semua dah berlalu…
Maaflah emosional sedikit.
Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap ‘remeh’ dan ‘membazir’ ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.
Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa, “Allahuma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu anni,”
Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.
Bila ahli keluarga semakin ramai jumlahnya, menjadi suatu keperluan untuk kita memikirkan untuk menukar kenderaan yang lebih selesa untuk ke sana ke sini bersama seisi keluarga.
Pun begitu, untuk membuat keputusan membeli kenderaan baharu untuk keluarga, banyak aspek perlu diambil kira. Bukan sahaja melihat pada keperluan, malah kos yang ditanggung juga semestinya berganda dari sebelumnya. Ini semua perlu difikirkan dengan mendalam.
Oleh itu, bagi anda yang berkira-kira ingin tukar kereta baharu tidak salah kiranya menyimpan niat untuk membeli kereta secondhand atau kereta terpakai.
Malah tidak dinafikan dengan membeli kereta jenis ini juga menguntungkan kerana anda masih boleh melakukan urusan tawar menawar di dalam jual beli.
Tidak dengan itu dengan adanya kemudahan teknologi, urusan untuk kita mencari dan melihat kereta boleh dilakukan secara online.
Ini sebagaimana dengan adanya website www.tanyaje.com.my yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 15 September pada jam 8.30 malam hanya di FB tanyaje.my
Memahami apa istimewanya laman web ini, ia menggunakan satu sistem (Spin Car Technology) dalam pembelian kereta terpakai dan kereta import secara online dengan memperkenalkan program 3D.
Istimewanya di sini, pelanggan boleh melihat kereta yang ingin dibeli daripada pelbagai sudut bahagian dalaman kereta termasuk bahagian enjin sebelum mengunjungi ke pusat jualan. Teknologi ini adalah yang pertama di Malaysia.
Hebat bukan?
Pun begitu di sini kami kongsikan beberapa tip harus anda lakukan sebelum membeli kereta terpakai. Semoga bermanfaat.
Bajet Perkara utama dan penting adalah anda perlu tetapkan berapa bajet yang anda mampu. Pastikan bajet yang ditetapkan tidak membebankan anda.
Survey Online Buat tinjauan secara online berkenaan paras harga semasa kereta yang ingin anda beli. Cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga anda daripada berkunjung dari satu pusat jualan ke satu pusat jualan kereta yang lain.
Pilih Yang Bukan Lama Sangat Sebaiknya belilah kereta yang usianya tidak terlalu lama digunakan, paling ideal 5 tahun ke bawah bagi mengelakkan risiko berdepan dengan maslaah kereta rosak dan sebagainya.
Periksa Enjin Ini sangat penting dan perlu diberi tumpuan lebih untuk diperiksa. Pastikan tiada kesan minyak bocor, tiada kabel sambungan terputus atau reput dan sebagainya,
Pandu Uji Sebagai pembeli anda ada hak untuk memandu uji kenderaan tersebut. Pastikan bila kereta dibawa berfungsi dengan baik, sistem-sistem yang lain berfungsi dan ketika inilah juga kena ‘pasang telinga’ dan rasai keselesaan membawa kenderaan tersebut.
Atau untuk lebih mudah, anda klik sahaja link ini untuk memudahkan dan menjimatkan masa sebelum anda membuat keputusan ingin membeli kereta. Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kita berbeza-beza. Ada yang lebih cepat belajar dengan apa yang didengari namun ada pula yang peka dengan apa yang dilihatnya.
Bagaimana pula dengan anak ‘Naturalistic Learner’? Mak ayah biasanya jarang menyedari anak ‘Naturalistic Learner’ yang sememangnya amat menyukai alam di sekelilingnya.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol menerusi Instagram beliau, anak ‘Naturalistic Learner’ lebih mudah belajar bila berada di luar rumah berbanding ketika di dalam rumah. Ikuti perkongsian beliau.
Seminggu ni saya tengok anak saya asyik meragam je. Makin lama makin susah nak tidur malam.
Fikir punya fikir baru saya tersedar. Dah makin jarang saya bawa anak bermain di luar rumah.
Selalunya hampir setiap hari saya bawa anak naik basikal jauh sampai ke kebun pokok getah.
Kat situlah anak-anak kutip biji getah, ranting kayu dan daun yang menarik coraknya untuk dibawa balik.
Mula-mula saya fikir entah apa yang anak saya ni main. Lama-lama baru saya faham yang anak saya ni jenis Naturalistic Learner.
Dia ni jenis yang lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.
Selain itu, kanak-kanak Naturalistic Learner ni suka:
* Libatkan diri dengan hands-on activities.
* Suka aktiviti di luar rumah atau bilik darjah.
* Suka belajar mengenai binatang dan tumbuh-tumbuhan.
* Suka aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh dan memegang.
Nak anak belajar dengan lebih cepat, buat je aktiviti ni dengan anak:
– Main kad atau board game di atas rumput.
– Main anak patung di bawah pokok
– Berkebun bersama
– Bermain dalam lumpur
– Mandi dalam hujan
– Panjat pokok
– Bermain dengan ranting kayu
– Ajar anak perhatikan langit
– Bawa mainan yang biasa main di dalam rumah ke luar rumah
Mengikut kajian kanak-kanak anya perlukan 10 minit sehari untuk bermain di luar rumah.
Tapi kebanyakkan kanak-kanak meluangkan masa 7.5 jam sehari menghadap skrin elektronik.
Satu daripada lima kanak-kanak hanya bermain di luar rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Tip untuk mak ayah:
* Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit, tiga kali seminggu bersama anak di luar rumah.
* Kajian menunjukkan bermain di luar bersama alam sekitar dapat menurunkan hormone stress (kortisol).
Hari ini jom bawa anak bermain di halaman rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...