Cemburu melihat paha wanita yang sudah ada anak tetapi maintain tidak berubah tetap kecil molek, apa kata anda cuba petua ini. Selain mudah dibuat, petua ini juga menggunakan bahan-bahan yang murah dan berasaskan herba.

Petua tradisonal ini  dikongsikan oleh seorang pengguna facebook Puan  ‎Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu.

Susah Hati Tengok Paha Dah Macam Drumstick? Ibu-Ibu Boleh Amalkan Minum Air Rebusan Jintan Manis

“Assalamualaikum Harini  #AkuSiPerundingjamu nak share petua sangat mudah,kos sangat murah. Petua kecilkan paha yang sado. Saya dan bff saya si ibu solid Hanya Rina juga amalkan, alhamdullilah longgar cikit jeans. Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Jangan lupa catat ukuran paha sado uolls sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.”

Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Selain itu, jangan lupa catat ukuran peha anda sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.

IKLAN

Bahan-bahan:

2 sudu besar Jintan Manis

1 liter air

IKLAN

Cara- cara:

1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.

IKLAN

2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.

3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

Petua ini juga boleh membantu:

  • Buang angin badan
  • Masalah mulut berbau
  • Kurangkan selera makan
  • Tingkatkan metobolisma
  • Cuci usus
  • Sakit-sakit sendi
  • Kolestrol
  • Tambah darah
  • Gemuk air
  • Banyakkan susu badan

Sumber:  Norliza Mohd Salleh (Facebook)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI