Kisah keluarga ini sering mencuri perhatian wargamaya. Terdahulu, percutian pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak-anak ke Pualau Redang mengunakan perkhidmaran menaiki helikopter meriah perhatian wargamaya.
Pada masa yang sama dipelawa pula menaiki kapal mewah daripada individu yang terkaya di Malaysia itu iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Terbaru keluarga bahagia ini, sekali lagi mendapat pelawaan pergi bercuti daripada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad itu dengan menaiki kapal terbang mewah.
Menerusi laman sosial Instagram, Aktor Hairul Azreen berkongsi perasaan teruja bercuti bersama isterinya Hanis Zalikha serta dua orang anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah. Serta menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki buat kedua-dua anaknya.
“Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.”
“Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini.”
Sudah pastinya semua pengantin baru ingin mempunyai ibu mertua yang baik dan menerima diri seadanya.
Sebagaimana yang kita dengar ada ibu mertua tidak sebulu dengan menantu.
Bagaimana pun mudah aje nak jadi ibu mertua yang baik untuk menantu. Sikap sebegini lah yang harus ada pada diri anda.
Ikuti perkongsian ini.
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.
Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
Kredit: Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mak, ayah yang ada anak lelaki, selaku-selalulah meminta pertolongan dengan anak lelaki. Jangan ada lagi budaya ‘merajakan’ anak lelaki. Walau sekadar meminta untuk membasuh pinggan di dapur, anggaplah ia sebagai satu latihan sebagai bakal ketua keluarga suatu hari nanti. Anak perempuan, anak lelaki biar sama-sama diajar membuat kerja-kerja rumah.
Mak, Ayah Selalulah Minta Tolong Dengan Anak Lelaki
Anak kecil umumnya lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan. Kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Boleh mulakan dengan tugas-tugas yang ringan. Apabila sudah terbiasa dengan sesuatu tugas makan anak-anak akan mula rasa ada tanggungjawab.
Melalui perkongsian Puan Sarah Saifuddin ibu ini ada memberi peringatan dan seruan buat anak lelaki.
SERUAN BUAT ANAK LELAKI
Kenapa mesti diajar tentang kerja rumah dan kekemasan.
Kita mengajar anak untuk memasukkan baju yg diguna ke dalam bakul.
Tetapi kita lupa mengajar anak untuk mengangkat bakul berisi baju yang kotor ke dalam mesin basuh dan menekan button START.
Kita mengajar anak supaya solat.
Tetapi kita lupa menyuruhnya melipat dan menyusun sejadah selepas solat.
Latih Anak Jadi Ketua Keluarga
Kita mengajar anak membawa pinggan yang diguna ke dalam sinki tetapi kita lupa mengajar mereka on paip dan START membasuh pinggan.
Kita mengajar anak bangun tidur dengan bacaan doa bangun tidur.
Tetapi lupa menyuruhnya melipat dan mengemas bantal selimut di katil.
Kita mengajar anak tutup pintu kereta dengan baik dan masuk rumah memberi salam.
Tetapi lupa menyuruh mereka mengambil semua barang di kereta sebelum masuk ke dalam rumah.
Kita mengajar mereka makan dengan tertib tetapi kita lupa mengajar mereka, menyiapkan tempat hidangan, menyusun pinggan cawan sebelum makan.
Apa yang salah pada kelupaan kita?
Tahukah anda..
Ada seorang insan yang beragama buddha,
Tertarik dengan islam kerana melihatkan seorang Dato’ dan seorang driver berdiri sebelah menyebelah, berlaga bahu, hanya dengan satu saf jemaah?
Tanpa mengira siapa kau dan aku.
Ada pula seorang lelaki,
Tertarik dgn ajaran Islam,
Hanya kerana melihatkan seorang anak kecil menyusun pinggan mangkuk selepas makan di kedai, lalu memasukkan kerusi ke bawah meja.
Sebelum dia berlalu pergi.
Tetapi kenapa pula masih ada masyarakat kita yang beranggapan,
Anak lelaki tidak perlu diajar semua ini, bimbang jatuh keegoannya?
Atau bimbang besar nanti menjadi anak yg di control isteri?
Atau bimbang isteri hilang hormat pada suaminya.
Percayalah.
Membina didikan dengan ketaatan akan dibimbing jua dengan ketaatan.
Anak kecil lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan berbanding anak yang sudah besar.
Rajin-rajinlah bersuara pada anak.
Umi penat, boleh tolong umi picit kaki?
Ayah penat, tolong picit kepala ayah.
Abang tak sihat, adik tolong ambilkan air untuk abang.
Ajari mereka menjagamu disaat sakit.
Sekalipun hanya sakit kepala. Agar dia tak lupa, menghargaimu disaat sakit di hari tua.
Ingat pesanan orang lama.
Didik anak masa kecil LETIH TENAGA.
Tapi jaga anak masa besar LETIH OTAK.
Lebih baik letih tenaga dari letih otak.
Letih tenaga, kita masih muda menjaga anak.
Letih otak, kita sudah tua untuk menanggung stres dan beban.
Ajal maut di tangan Tuhan. Tiada siapa pun yang melainkan Dia. Apa yang pasti setiap manusa yang hidup pasti akan merasai kematian.
Bagi anak yang kehilangan ibu bapa tercinta akan memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan mereka.
Lantaran itu, untuk menghilangkan kerinduan akan mengunjungi tanah perkuburan menziarahi pusaran ibu bapa.
Namun bagi lelaki ini, pemergian ibu membuatkan dia mengebumikan jenazah ibunya di pekarangan rumahnya.
Pemuda tersebut memuat naik video memaparkan kubur ibunya menerusi akaun aplikasi sosial TikTok @adhefin.
“Mungkin ini caraku,” demikian tulis lelaki tersebut bersama video yang dimuat naik itu sebagaimana yang dilaporkan oleh Suara.com, Selasa (31/8/2021).
Video yang berdurasi 20 saat mendapat tontonan sehingga 1.9 Juta memperlihatkan jelas lelaki itu sedang membersihkan kubur ibunya yang terletak di pekarangan kediaman mereka.
Berpakaian sopan melawat kubur ibu walaupun tepi halaman rumah
Lelaki itu menjadikan pusaran ibunya seperti di tanah perkuburan, dengan batu nisan berwarna hitam.
Bukan itu sahaja, dengan berpakaian sopan ketika membersihkan kubur ibunya yang dipenuhi rumput hijau dan bunga yang segar. Sambil bersila mendoakan ibu di halaman rumahnya.
Kelihatan, kubur ibunya kelihatan indah di halaman rumahnya yang turut ditanam beberapa pasu bunga.
Dalam pada itu, cara lelaki itu menarik perhatian para netizen yang menonton video berkenaan. Ada yang mengatakan ia sebagai salah satu cara untuk mengingatkan kematian, mengelak perebutan harta dan memudahkan ahli keluarga untuk menziarah kubur ibu bapa mereka.
Tak sangka ada cacing dalam tin sardin. Hati-hati peminat sardin! Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China, yang mengandungi cacing parasit Anisakis sp. cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.