Benarlah kata pepatah, ‘Beauty Is Pain’. Ramai orang terutamanya golongan wanita inginkan bentuk tubuh badan yang langsing, cantik dan perfect! Namun, ia bukan semudah itu. Ada pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan ini.
Demi penampilan yang cantik menawan, ramai wanita memang sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga. Sanggup menggadaikan nyawa dan wang tanpa memikirkan kesan yang bakal menanti kemudian hari.
Malah, ada yang sanggup berdiam diri walaupun menanggung kesakitan terutamanya apabila memakai korset yang sememangnya membuatkan mereka tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian.
Ads
Ramai bersangka pemakaian korset akan memperbaiki postur tubuh badan. Namun, hakikatnya pemakaian korset yang ketat untuk jangka masa yang panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang.
Ads
Pemakaian korset juga boleh mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30-60%. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Melihat kesan strech mark pada kulit tentunya boleh membuatkan ramai wanita berasa stress. Apatah lagi jika kesan ‘rekahan’ nampak begitu jelas ketara. Terasa tidak cantik dipandangan mata.
Kalau mengetahui ada cara atau petua untuk mengurangkan kesan tersebut, itu pun sudah buat wanita rasa teruja untuk mengetahui lanjut. Apatah lagi, jika bahan-bahan yang digunakan mudah dan boleh dibuat sendiri, itu satu bonus untuk segera dicuba.
Untuk itu, elok kiranya mencuba petua yang dikongsikan di akaun Lelawati Lela untuk tujuan mengurangkan dan seterusnya menghilangkan kesan stech mark pada tubuh. Jom semak.
HILANGKAN STRETCH MARKS DENGAN 3 BAHAN JE
Selamat pagi sahabat alam maya kekla. Pagini kekla nak bagi petua untuk menghilangkan stretch marks bekas bersalin yang ada diperut dan jugak peha.
Caranya mudah sangat hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah kita je. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Lemon
Soda bikarbonat
Serbuk kunyit
Itu dia bahan-bahannya. Dan cara buatnya ialah perahkan lemon sebanyak 1/2 sudu teh lebih sikit pun takpa. Kemudian campurkan dengan 1 sudu makan soda bikarbonat dan sedikit serbuk kunyit.
Apabila semua bahan tu dah sebati bolehlah disapu pada bekas stretch marks. Ia akan membuang dan membersihkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan kesan stretch marks.
Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah dicuci dengan air yang bersih atau dilap dengan tuala bersih yang dibasahkan.
Amalkan buat petua ni setiap hari dan seeloknya buat pada waktu malam sebelum hendak masuk tidur sebab malam dah tak sibuk.
Harap perkongsian ini dapat membantu korang yang ade masalah stretch marks selepas bersalin tu ya.
Beberapa hari ini ini telah heboh di laman sodial apabila pelancong merakam detik pemandangan sewaktu pelancaran roket ketika dia berada di dalam pesawat penerbangan United Airlines yang melintasi Cape Canaveral, Florida.
Penampakan imej SpaceX Falcon 9 yang berlepas dari Bumi telah berjaya ditangkap oleh seorang wartawan foto berasal daripada Amerika iaitu Nick Lemibach.
“Salah satu perkara paling hebat yang pernah saya lihat.” Tulisnya di ruangan kapsyen.
“Di atas United Airlines 220 penumpang terbang melintasi Cape Canaveral ketika SpaceX Falcon 9 berlepas,” katanya.
Pelancaran Falcon 9 datang sebagai sebahagian daripada misi SpaceX Elon Musk untuk membawa orang dan kargo ke angkasa untuk mengorbit Bumi.
Pada 26 November 2022 lalu, Falcon 9 adalah gabungan kapal angkasa Cargo Dragon 2 dan ini merupakan misi SpaceX Elon Musk yang membawa orang dan kargo ke angkasa untuk tujuan mengorbit Bumi.
Ia juga membawa dua Roll Out Solar Arrays (iROSA) yang akan dibawa keluar oleh anak kapal Stesen Angkasa Antarabangsa dan diletakkan di luarnya.
Video tular itu dikongsi semula oleh News.com.au yang diambil daripada seorang pengguna di TikTok dan berjaya meraih lebih 40 juta tontonan.
“Semasa bekerja dalam penerbangan saya, kami menyaksikan fenomena sekali dalam seumur hidup ini!,” tulis pengguna TikTok itu pada ruangan kapsyen.
Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Ungkapan ini begitu biasa kita dengar dan ianya tidak tertumpu hanya pada wanita muda semata-mata. Bahkan pada usia matang sekali pun kaum hawa akan memberi fokus untuk pastikan kulit wajah kekal bersih berseri dan sekali gus ingin kelihatan awet muda.
Sebagaimana umum ketahui, usaha untuk menjaga kecantikan kulit wajah diakui perlu dibuat secara konsisten dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit asas seperti membersihkan, melembapkan dan melindungi dengan SPF.
Kulit Bersih Berseri Semestinya Dari Rutin Pembersihan Yang Bagus!
Bercakap tentang penjagaan asas kulit wajah, kunci utama untuk memiliki kulit wajah yang bersih berseri rahsianya adalah muka perlu dicuci sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Ini kerana semasa tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori dan apabila kita mencuci muka sebaik sahaja bangun pagi, ia akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman. Sekali gus cara ini dapat menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk.
Begitu juga dengan mencuci muka sekali lagi pada waktu malam dapat menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori kulit wajah apabila terdedah kepada pencemaran, alat solek, bakteria dan kotoran lainnya di siang hari.
Pun begitu mungkin ada juga yang terfikir bagaimana cara mencuci muka dengan sempurna atau mungkin ada juga tertanya-tanya produk mana yang terbaik bagi memastikan kulit wajah bebas daripada kotoran.
Nyata anda tidak bersendirian. Maklumlah siapa sahaja yang tidak mahu miliki kulit wajah terlihat bersih dan glowing bukan?
Kulit Glowing, Memang Love!
Jadi jika anda masih tercari-cari pembersih dan pelindung matahari yang serasi dengan kulit agar nampak cantik, glowing dan berseri, apa kata anda cuba Haneul!
Andai kata anda menggemari pembersih berkrim lagi berbuih yang mempunyai bahan yang bertindak untuk mencerahkan, Haneul Brightening Cleanser adalah pilihan terbaik untuk dicuba. Manakala jika anda menggemari pelindung matahari dengan SPF 50 PA+++ yang berfungsi sebagai pelembap, cubalah Haneul Brightening Sunscreen.
Haneul Brightening Cleanser 100g
Pencuci wajah dengan tekstur krim lembut berbuih yang cukup istimewa dengan ekstrak White Blossom dan Niacinamide. Terbukti tidak mengeringkan wajah dan mencuci dengan sempurna.
Bahan Utama
Ekstrak White Blossom (Antioksidan & Pencerahan)
– Niacinamide ( Mencerahkan)
Bahan Penyokong
– Centella Asiatica: Menenangkan
– Ekstrak Morus Alba | Diekstrak daripada akar Mulberi: Antioksidan
– Ekstrak Pyrus Malus | Diekstrak daripada epal: Antioksidan
– Tricholoma Matsutake | Diekstrak daripada cendawan: Antioksidan
– Oxalis Triangularis | Diekstrak daripada Cengkih Ungu: Antioksidan
– Daun Camellia Sinensis | Diekstrak daripada Teh Hijau: Menenangkan
– Bunga Camellia Japonica: Menenangkan & Mencerahkan
– Thymus serpillum | Juga dikenali sebagai Wild Thyme: Mencerahkan
Haneul Brightening Sunscreen 30g
– Formula khusus untuk melindungi dan melembapkan kulit dengan SPF 50 PA+++
– Tekstur berkrim dengan sedikit kesan tone up tanpa sebarang white cast
– Formula pelindung matahari hybrid | Mengandungi penapis UV fizikal dan kimia
Nyata, begitu banyak keistimewaan produk Haneul ini dan rugi kiranya andai tidak dicuba. Sebaiknya rasai sendiri pengalaman membelai wajah dengan produk Haneul yang menggabungkan hanya yang terbaik berpandukan sains dan alam semulajadi.
Alami keajaiban formulasi rangkaian produk Haneul ini dan jika ingin tahu lebih detail, sila dapatkan melalui Shopee di haneul.os. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan tawaran istimewa di shopee dengan menggunakan kod voucher HANEGLOW.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.