Baru sahaja masak pagi tadi tetapi malamnya sudah basi. Sedangkan, apabila membeli nasi bungkus boleh pula tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
Apa rahsia peniaga makanan ini agaknya? Mungkin 7 petua masak nasi ini antara yang mereka gunakan untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. Basuh beras hingga bersih
Sesetengah orang kata, jangan basuh beras banyak kali kerana nutrisi akan hilang. Walau bagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. Pastikan periuk dicuci bersih
Salah sebab nasi cepat basi kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan.
Jadi periksa dengan teliti bahagian dalam periuk, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi yang dimasak.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. Perah limau nipis
Ads
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. Hikangkan wap nasi seleaps dimasak
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembap. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. Masukkan secubit garam
Ads
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. Panaskan periuk nasi atas dapur
Kadang-kadang kita terlupa membersihkan periuk nasi dalam tempoh yang lama. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Suhu panas ini dapat mematikan bakteria yang masih tinggal sekali gus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Malah petua turun temurun ini dikatakan boleh mengelakkan nasi daripada basi hingga dua hari.
7. Masak air dalam periuk nasi
Ads
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tip ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tip lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana
Sumber: Infojer.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biskut raya yang dibiarkan dalam balang kuih raya biasanya akan terbiar selama seminggu atau lebih. Ada kalanya sepanjang tempoh itu, biskut akan menjadi lemau.
Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan biskut ini daripada lemau dan dibuang begitu sahaja. Kena lakukan 7 cara ini untuk elakkannya daripada lemau. Wajib buat ya.
1) Biarkan Sejuk Dahulu
Sebaik biskut raya yang baru siap dikeluarkan dari oven, janganlah terus disimpan di dalam balang kuih sebaliknya biarkan sejuk dahulu pada suhu biasa. Apabila suhu makin sejuk barulah disimpan biskut ini ke dalam bekasnya.
2) Jemur Tepung Dan Gula
Itu kisahnya apabila biskut sudah siap disediakan. Jika masih belum wajib contohi cara orang lama. Kalau nak jadikan kuih raya jadi ringan dan tahan lebih lama, pastikan jemur tepung dan gula dulu. Malah rasa biskut pun lain, lebih enak dan rangup. Masalah lemau pasti tak akan berlaku.
3) Keringkan Bekas
Sebelum meletakkan biskut ke dalam bekas, pastikan bekas betul-betul kering. Lap dengan tuala bersih dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Anginkan beberapa saat dan kemudian barulah diletakkan biskut ke dalam balang.
4) Bekas Simpan Kedap Udara
Bekas simpanan juga mainkan peranan utama. Pastikan pilih bekas yang kedap udara dan balang berpenutup untuk biskut kekal lama dan rangup
5) Letak Bungkusan Garam
Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam boleh bantu kurangkan kelembapan udara dalam balang. Wajib buat ni.
6) Alas Kertas Kalis Minyak
Jangan fikir cara ini hanya untuk susunan kuih jadi lebih cantik sahaja. Sebenarnya cara ini akan kekalkan biskut jadi rangup kerana kertas tersebut sudah menyerap lebihan minyak pada biskut.
7) Tabur Gula Pasir
Akhir sekali pastikan gula ditaburkan sedikit ke dalam balang kuih raya. Sangat berkesan. Tips ini untuk elak biskut jadi lemau dan tahan lama malah elak dari berbau.
Wajib cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menu sup ni bukan satu je, ada banyak. Bukan kita orang melayu je makan, menu sup ni hampir satu dunia memang ada menu sendiri kan. Sup pon boleh dimakan dengan banyak benda contohnya bihun, mee, dan juga nasi.
Ada satu menu sup siam iaitu bihun sup siam. Sangat sedap. Yang buat dia rasa lagi sedap bila ada lobak jeruk masin yang dicincang halus dalam sup tu. Sampai bermangkuk-mangkuk tambah.
Jom kita cuba resepi bihun sup siam yang dikongsikan oleh dapurfaafeefoo di Cookpad!
BIHUN SUP ALA SIAM
BAHAN SUP:
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 periuk air
2 ketul dada ayam (nak tambah daging, tulang & perut lembu pun boleh)
1 paket sup bunjut
1 kiub ayam
Sos ikan secukup rasa
Kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam
Segenggam taugeh
BAHAN LAIN:
Bihun yg dicelur
Taugeh
Kangkung
Kacang tumbuk
Lobak asin cincang halus
Air lada (kisar cili api, jus limau, garam & gula secukup rasa)
Potongan limau nipis
Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1.Ketuk halia & bawang putih. Didihkan air dan masukkan bahan diketuk tadi, ayam dan sup bunjut. Kacau sehingga ayam masak dan mendidih. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
2.Kecilkan api sup. Masukkan kiub ayam, sos tiram, sos ikan, kicap lemak manis dan lada hitam. Biar api kecil dalam setengah jam. Masukkan taugeh, kacau sekejap, adjust rasa. Dah siap tutup api.
3.Hidangkan bihun, sup dan semua bahan sampingan yang lain ikut citarasa. Selamat mencuba!
Umum mengetahui dalam penjagaan kesihatan selain perlu mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu kita juga percaya dengan mengamalkan cara tradisional seperti minum air herba, rempah dan sebagainya turut dapat membantu dalam menjaga kesihatan.
Hal yang sama juga turut diamalkan oleh Dr Rizal, seminggu sekali dia akan amalkan minum air kunyit yang diadun daripada beberapa bahan terpilih.
Ini sebagaimana perkongsiannya di facebook turut berkongsi cara penyediaan bahan yang bertindak sebagai detoks untuk liver.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya dan bolehlah kita turut cuma amalkannya.
1. Kunyit – separuh ibu jari. Kalau serbuk guna 1/2 sudu besar
2. Halia – 1/4 sudu besar
3. Santan fresh bukan kotak- 1 cawan. Tak perlu masak.
Minum sebelum tidur
Cara buat pun senang. Blend semua sekali. Lepas tu minum. Buat ni waktu malam sebelum tidur.
Lepas tu biarkan bahan bahan ni do the magic. Boleh rasa kesan dia esok pagi.
Amacam? Senangkan. Cubalah.
Sumber : Dr Rizal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.