Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Sebab itu Kita harus bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter bernama @AinulNunanaa ini cukup menyentuh hati. Kisah mengenai ‘eskrem tak boleh sejuk’ di akaun Twitter miliknya itu boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua tentang erti syukur.
Kisah ‘Eskrem tak boleh sejuk’ yg buat I rasa sebak & beri pengajaran hidup. Semalam terbaca kisah ‘eskrem’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa eskrem ni
Kisah ‘Eskrem tak boleh sejuk’ yg buat I rasa sebak & beri pengajaran hidup.
Semalam terbaca kisah ‘eskrem’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa eskrem ni tak letak dlm ice box?
Rupanya… ini semua bukan eskrem yg macam kita sangka. Ini adalah penyelamat utk mereka… pic.twitter.com/HJcixwy8rz
Bagi yang berkemampuan, tidak timbul soal nak ikat perut atau memilih mana satu barangan yang penting dan patut dibeli. Kerana wang yang ada cukup bernilai.
Dynamo, sunlight, cooking oil, kicap adalah susunan plastik dr kiri ke kanan yang mana setiap satunya bernilai RM0.20 sen.
Utk mereka yg tak mampu beli 400gram-1Kg utk setiap kegunaan. Ya Allah, terjentik hati ni.
I baca tu terus rasa mcm ya Allah, rasa bersyukur sangat!
Nak beli sabun, kicap, sebotol dlm RM4 ke RM7 kita boleh ambik je terus bayar kat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.
Nikmat yg kadang kita lupa nak syukuri. Ada keluarga yg hanya mampu beli barang dapur dengan harga RM0.20 utk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan😢
Disebabkan kucing pada masa kecil sangat kurus, jadi tuannya memilih untuk memanggil ‘Mok’ dengan doa mudah-mudahan ia menjadi gemuk. Tidak sangka doa tersebut dimakbulkan.
“ Waktu suami ambil Mok berdua dengan adiknya, Nana.Tetapi hanya Mok sahaja kekal dan setia dengan tuannya, manakala Nana telah melarikan diri dari rumah. Nama Mok dulu, Rose. Tapi lepas Mok besar sikit, baru perasan dia jantan.
“Jadi, suami beri nama Rosman. Nama glamor pada kad klinik & tempat boarding/grooming, Ross. Waktu bela Mok, suami masih lagi belajar di UITM Arau, jadi kalau diikutkan usia Mok sekarang sudah 11 tahun.
“Seekor lagi kucing kami bernama Mumu ni saya yang beri nama dan kini sudah berusia 8 atau 9 tahun. Manakala lagi seekor diberi nama Lily tetapi nama penuh dia Lilliput. Sebab badan dia kecil.
“Kami ingatkan Lily masih kecil. Tapi bila kami bawa ke doktor haiwan, doktor kata Lily dah berumur. Mungkin lebih kurang sama dengan Mok atau kurang sedikit,” ujar Hajah Nadiah Ibrahim yang membuka cerita awal mengenai kucing-kucing peliharaannya.
Kucing jalanan
Pasangan suami isteri ini membela Mumu waktu tinggal di rumah mertua (ibu ayah suami) di Subang Jaya. Mumu adalah kucing jalanan, membesar bersama adik beradik di lorong belakang rumah dan makan atas ihsan jiran-jiran yang baik hati. Mereka menyediakan bekas makan dan air untuk kucing-kucing jalanan. Mumu dan adik beradik ada makan di rumahnya.
“Mula-mula dia cuma makan dan pergi. Lama-kelamaan Mumu jadi semakin jinak. Rajin masuk dalam rumah, hubungan dengan Mok pun baik. Boleh nampak Mumu respek pada Mok selaku abang besar. Sejak itu kami pasangkan collar pada Mumu menandakan Mumu sudah bertuan dan dia bebas keluar masuk rumah. Kemudian kami pindah ke rumah sendiri dan kami bawa kedua-dua Mok dan Mumu.
“ Lily pula kucing jalanan di kawasan rumah kami yang sekarang. Seperti biasa, kami sediakan bekas makanan dan minuman untuk kucing jalanan di tempat parking kereta rumah kami. Lily adalah salah seekor kucing yang makan, minum dan tidur di sekitar rumah kami. Setiap kali kami balik, Lily akan berkejaran menyambut kami pulang. Suatu hari, kami perasan Lily dibuli oleh beberapa ekor kucing lain sewaktu sedang makan.
“Setelah beberapa hari, baru kami perasan yang Lily rupanya pekak. Sejak itu, kami bawa Lily masuk ke rumah dan tinggal bersama-sama Mok dan Mumu. Lily seekor kucing betina yang baik, pandai bawa diri, tak banyak songeh. Makan, tidur, minta keluar untuk buang air, kemudian minta masuk semula dan tidur. Lily tak rajin sangat main, mungkin kerana faktor usia. Samalah macam Mok, tak minat sangat nak main,” ujar Nadiah lagi.
Video kucing jadi pilihan Ellen Degeneres
Nadiah dalam pada itu memberitahu video Mok dan Mumu telah dibeli oleh production Program Ellen Degeneres bagi segmen pet mereka. Walaupun ia sekadar video, namun itu menjadi satu kenangan manis buat mereka suami isteri.
“Jujurnya kami pun tidak tahu kerana semuanya diuruskan oleh ejen di Los Angeles yang menguruskan kandungan untuk program tersebut. Jadi pihak di sana yang menguruskan jual beli copyright untuk video Mok.
“Bukan mudah sebenarnya nak jaga kucing ni. Banyak cabaran dan masalah yang perlu dilalui. Salah satunya adalah waktu mereka sakit. Mereka kucing indoor, memang jarang sakit. Tetapi bila sakit, memang merisaukan. Mumu setiap kali balik dari boarding, akan bersin-bersin, demam sedikit. Doktor kata Mumu stress sepanjang boarding. Yelah, Mumu tak biasa dikurung. Tetapi Alhamdulillah setakat ini tiada sakit yang serius pada ketiga-tiga ekor kucing kami.
“Satu lagi cabaran adalah kalau nak balik kampung atau bercuti. Memandangkan Mumu kerap sakit setiap kali pulang dari boarding disebabkan stress di tempat boarding, kami seboleh mungkin menjadikan boarding itu pilihan terakhir. Kami risau siapa yang boleh jaga mereka sepanjang ketiadaan kami,” jelas Nadiah sambil memberitahu ada ibu saudara yang baik hati mahu bantu mereka menjaga Mok & Mumu.
Bersenam untuk turunkan berat badan
Memandangkan Mok dan Mumu ada masalah berat berlebihan, atas cadangan doktor kami hadkan jumlah dan waktu makan. Waktu makan mereka adalah 7 pagi, 7 malam dan 11 malam dalam kuantiti tertentu. Selalu ‘goyang’ tengok muka mereka yang comel duduk di sebelah mangkuk minta makanan.
“Namun atas sebab kesihatan, harus kuatkan hati untuk disiplinkan waktu makan. Selain hadkan waktu dan jumlah makan, sangat mencabar untuk ajak Mok dan Mumu main. Mereka perlu ‘bersenam’ untuk kurangkan berat badan. Buat masa sekarang, mereka aktif turun naik tangga dan main kejar-kejar dalam rumah.
“Namun, masih tidak memadai sebenarnya. Doktor minta kami turunkan berat badan Mok dan Mumu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit berat. Jika terlalu gemuk, sukar mahu cari salur darah untuk tujuan perubatan. Alhamdulillah, setakat ini Mok dan Mumu sihat walafiat sahaja,” jelas Nadiah yang turut menjaga kucing luar yang sakit dengan memberi makan, bawa ke vet hingga nafas yg terakhir.
Merajuk dapat tahu tuan nak tunai haji
Secara peribadi, kucing ini juga cukup sensitif seperti manusia. Menurut Nadiah, paling ketara pada tahun 2015, sewaktu dikhabarkan mereka dipilih untuk menunaikan haji. Waktu itu masih belum ada anak dan belum ada Lily. Mereka pening memikirkan siapa mahu jaga Mok & Mumu selama 40 hari.
“Jika mahu hantar ke boarding untuk 40 hari, sudah tentu cajnya beribu. Terpaksalah kami minta bantuan ibu saudara dan mujur beliau sudi membantu. Sepanjang kami membuat persiapan, Mok & Mumu seolah-olah merajuk.
“Mok renyukkan surat panggilan haji. Mumu asyik termenung. Dan mumu jatuh sakit berhari-hari. Saya jadi lebih risau bagaimana mahu tinggalkan mereka selama 40 hari jika salah seekor dari mereka sakit.
“Saya khuatir jika sakit Mumu berjangkit pada Mok. Dan tepat jangkaan saya. selepas Mumu pulih, Mok pula sakit. Bersin, selsema, tidur sahaja dan tidak aktif seperti biasa. Mereka seolah-olah dapat tahu dan sedih kami mahu pergi dan tinggalkan mereka selama 40 hari.
“Satu lagi pengalaman, sewaktu saya hamil. Saya paling rapat dengan Mumu. Waktu saya hamil, Mumu jadi sangat protective. Ke mana sahaja saya pergi dalam rumah, Mumu pasti ikut. Mumu akan duduk di kaki saya.
“Kalau saya makan di meja makan, Mumu akan panjat di meja sebelah dan duduk berhadapan dengan saya, lihat saya makan. Mumu suka duduk di tempat tinggi sambil jadi ‘pak guard’. Perhati keadaan sekeliling.
“Waktu saya duduk atau baring, Mumu akan duduk sebelah perut saya dan gesel kepala pada perut. Mok kurang ikut saya kemana-mana macam Mumu, tapi bila saya baring atau duduk, kalau Mumu tiada, Mok akan ambil alih duduk sebelah perut atau dalam pangku dan gesel kepala di perut,” ujar Nadiah sambil memberitahu kucing ini sayangkan anaknya, Rania Arissa dari dalam perut sehinggalah sekarang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalah satu jenis herba yang sangat dikenali.
Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.
Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium.
Ikuti perkongsian wanita India ini yang mengunakan kunyit untuk kesihatan dan kecantikan.
Jus asam kunyit adalah minuman yang terbaik bagi wanita diminum sebulan sekali bagi menguatkan rahim, mengecutkan semula rahim selepas bersalin & menjaga dalaman badan perempuan .
Ketika zaman bersekolah rendah dulu boleh dikatakan adalah waktu yang paling bahagia dan menyeronokkan.
Apa tidaknya, sebelum pergi sekolah hari-hari tadah tangan minta duit belanja daripada ayah. Apa yang kita tahu, duit itu nanti boleh beli nasi lemak, aiskrim, jajan dan sebagainya. Senang cakap, tadah tangan je kalau nak duit. Tak fikir pun cara jimat berbelanja untuk ringankan beban orang tua kita, maklumlah kanak-kanak lagi ketika itu.
Namun bila kini sudah menjadi ibu dan ayah, barulah kita dapat rasakan apa yang dilalui oleh ibu ayah Kita dahulu. Bukan senang rupanya mencari sesuap nasi untuk pastikan anak-anak cukup makan pakai.
Ini sebagaimana catatan seorang anak yang rindu akan ayahnya dan membacanya boleh membuatkan terkesan dihati.
Dulu nak pergi sekolah pagi, ayah beri 60 sen untuk setiap anak-anaknya. Petang pula kadang-kadang 20sen kadang-kadang 30 sen. Tapi, kita selalu rasa tak cukup. Siap buli lagi adik untuk 10sen ataupun 20sen tambahan .
Dulu 60 sen untuk beli: 10sen : Air 40sen : Nasi sepinggan 10sen : kacang 10sen : Beli apa-apa di koperasi 20 sen yang di’pau : Beli aiskrim waktu balik
Sekarang nilai 60 sen HANYA untuk parking kereta satu jam pertama. Air pun paling murah RM1.00. Masuk tandas untuk mandi pun 50 sen.
Tapi itu bukan isunya…
Dulu waktu ayah beri duit kita rasa “ala sikitnya… berilah lebih!!!”
Kita tak tahu waktu tu kerja ayah sehari dibayar sekitar RM10-20 sehari. Jadi kalau campur-campur,
4 orang anak : (Lebih kurang RM1x4) = RM4 Beli lauk-lauk untuk mak masak = RM5 Isi minyak motor……… Beli makanan untuk kita adik beradik…. Beli pakaian……… Beli alat kelengkapan rumah…………..
Kita pun tidak tahu berapa baki yang ayah miliki sebelum sampai ke hujung bulan. Tapi yang kita tahu..
Anak-anak ayah tak pernah lapar… Anak-anak ayah tak pernah tak berganti baju… Anak-anak ayah tak pernah tak pakai kasut…
Sekarang bila sudah bekerja, baru kita tahu peritnya nak cari duit….Hari-hari kena fikir berapa banyak nak kena jimat… Berapa banyak nak belanja..
Kadang-kadang kita berharap kita dapat kembali ke masa lalu. Jadi anak ayah yang boleh berlari-lari tak perlu nak fikir ini semua…
Tuhan, terima kasih kerana membesarkan kami dengan seorang ayah yang cukup mengasihi kami adik beradik!! Sungguh kami berbahagia punya ayah dan emak seperti kalian…Tuhan, pimpinlah mereka ke gerbang syurga-mu! Aamiin!!
(Ini adalah catatan anak ayah yang sedang merindu padanya)