Air sirap antara minuman yang ‘wajib’ ada jika kita pergi ke majlis kenduri kahwin. Selalunya kenduri di kampung-kampung, minuman air sirap inilah yang menjadi minuman utama para tetamu.
Sama ada perasan atau tidak, biasanya air sirap yang dihidangkan pada majlis kenduri kahwin, rasanya berbeza berbanding dengan air sirap yang kita buat sendiri di rumah. Sebenarnya ada rahsia nak bagi sedap air sirap ini rupanya.
Air Sirap Kenduri Kahwin Tak Sama Macam Kita Bancuh
Berikut perkongsian daripada Azizah Zainudin menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Air Sirap Mak Su
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su.
Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.
Ads
Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.
Air sirap je pun!
Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi.
Ini Resipi Rahsia Nak Bagi Sedap
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg gula pasir
1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.
Ads
2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
3. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.
Selepas ini, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Senang sangat!
Santan sering digunakan dalam masakan. Ada jenis santan pekat dan cair. Ada yang di dalam kotak dan ada juga yang dibeli segar. Kali ini admin nak ajak ibu-ibu mengenali jenis-jenis santan yang di jual di kedai mahupun pasaraya.
Jom baca perkongsian oleh puan Ummi Syuhada mengenai jenis-jenis santan dan kegunaannya. Nampak sama tapi rupanya tujuan berbeza
SANTAN. TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK.
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dgn tujuan yg berbeza.
1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sbb tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yg belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sbb takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga2 sedap.
2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sbb pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yg berlemak tak perlu tumis sbb lemak tu akan keluar minyak.
3. Kalau nak guna kara utk pulut bersantan, kena cairkan dulu dgn air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dgn pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sbb lebih cair.
4. Santan fresh lepas beli terus masuk dlm chiller atau freezer. Kalau kuantiti yg banyak dlm 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dlm chiller sbb bhgn tengah bungkusan lambat sejuk, yg sejuk dulu bhgn keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga brp lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli brg lain dulu sebelum santan.
5. Santan fresh yg dah beku, kalau nak guna utk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
6. Santan fresh yg beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dlm bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.
7. Santan serbuk sedap buat puding, agar2 bersantan, nasi lemak. Rasanya agak creamy. Yg ada perasa pandan sgt sedap utk nasi lemak.
8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yg dah tercair. Tabur terus dlm kuah tp api kena kecik, tabur setempat jgn merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dlm bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yg dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama. Gulung elok2 ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dlm bekas kecik2. Kalau kelapa parut yg tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar utk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dgn santan, jgn tuang sampai abis santan yg keruh bhgn bawah, nanti rupa ketupat jd lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.
11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bhgn mendapan kat bwh. Kalau bhgn ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yg pekat, bhgn ais beku tu lalukan bwh air paip, tinggalkan yg pati je.
12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dlm kuali, kalau cair jd minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat2 buat gulai ayam hantar kat saya 😂
Setakat ni dulu perkongsian saya. Baca juga caption kat gambar ye. Kalau sapa2 nak bagi tips tambahan silakan nanti saya edit.
*Disclaimer : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja Ummi Syuhada
Kemarahan adalah merupakan masalah utama emosi yang terjadi akibat rasa adanya tekanan atau stress. Umumnya, kita semua pasti ada merasa stress bila di tempat kerja malah di rumah sekali pun kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan tekanan.
Pun begitu, stress ini bukan sesuatu yang terlalu negatif jika kita bijak mengawalnya. Memandangkan dengan adanya sedikit tekanan jugalah dapat menyuntik motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang itu. Namun stress keterlaluan akan menjejaskan kesihatan.
Ini sebagaimana kenyataan yang diberikan oleh Dr. Hamid Arshad, “ Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (stroke). Oleh itu saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress.”
Cara Tangani Stress
2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya.Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghimpit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5. MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
6. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
7. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buah-buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
8. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
9. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
10.SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA. Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
sumber : Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui peminat makanan chinese muslim tentu akan menggemari rasa sup telur yang enak dihirup ketika panas.
Namun, menikmati hidangan seperti ini direstoran terkemuka pasti mahal harganya. Oleh itu, adalah lebih baik jika dapat disediakan sendiri memandangkan bahan-bahan yang digunakan mudah untuk diadakan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini, di mana menurutnya menu tersebut menjadi anatara kegemaran ibu mertuanya.
Jadi, jom semak cara penyediaan Sup Telur.
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.