Pastinya tiada siapa yang ingin hidup susah di dunia ini, kalau boleh bila sudah kaya dapatlah memiliki apa yang diimpikan, dapat menikmati setiap kemudahan, dapat merasa segala yang diidamkan dan dapat ke mana sahaja yang diinginkan.
Sungguh selesa bila hidup tidak terbeban dengan masalah kewangan. Pun begitu bagaimana untuk menjadi kaya? Adakah semua orang boleh menjadi kaya?
Berkongsi tentang itu, pakar kewangan ini berkongsi pengalaman dan pengetahuannya di akaun fbnya. Bolehlah dijadikan panduan dan pengajaran dalam kita berusaha untuk memperbaiki kewangan peribadi bermula dari sikap kita sendiri.
Ini perkongsiannya.
Pasang Impian, Adakan Rancangan & Laksanakan
“Saya kalau sebuat nak kaya nanti tiap kali jumpa kawan mesti dia tanya. Bila kau nak kaya, aku nak tumpang kau kaya nie?”
Maka simpanlah impian dari berkata kata.
Ramai di luar sana yang lebih suka perli dan bantu beri sokongan buat kawan kawan berjaya.
Pasang impian, adakan rancangan dan laksanakan dengan baik.
Cerita bab kaya ini banyak taboo dalam masyarakat kita, mereka anggap ini semua kisah Mat Jenin sahaja. Jadilah kaya dan mulia.
Ads
6 Sebab Kita Tak Jadi Kaya
1. Tak pernah berfikir untuk jadi kaya. Bila tak pernah fikir, kita tak akan pernah usaha jadi kaya.
2. Tak pernah memutuskan jadi kaya. Malu dan takut gagal menjadi kaya jadi tenang tengah aja, kalau nasib baik jadilah kaya.
3. Suka betangguh. Kita suka tunda lakukan akhirnya ia menjadi terlambat untuk bertindak.
4. Tidak mampu tahan godaan. Mudah terpengaruh dengan apa sahaja iklan.
5. Menghaiskan waktu dengan orang yang salah. Jika 5 sahabat kita kaya, yang ke 6 adalah kita.
6. Tak mampu tentukan prioritas. Hidup ini oerky disusun mana yang utama di dahulukan.
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Tarikh 16 Mei 2018 pastinya mencatat sejarah yang cukup bermakna buat keluarga ini. Hampir 20 tahun mereka dipisahkan dek jeriji besi, isteri hilang kasih sayang suami, anak pula tidak ada tempat bermanja, namun kini mereka sekeluarga kembali bersatu.
Gembira, syukur dan sebak mungkin itu yang boleh digambarkan dengan situasi ini. Menurut Nurul Izzah, pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.Sukar untuk dibayangkan andai berada di tempat anak sulung ini. Rindu untuk memeluk dan mendakap ayah yang dikasihi kini terlerai sudah.
“Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh.
“Selama papa dijaga di Pusat Rehabilitasi Cheras, kami berpeluang menemui begitu ramai jiwa besar yang memaknai saat-saat kami bersama. We deeply apologise for all the troubles we might have caused due to all the attention. I promise to go back and take pictures with all of you.
Ahli Parlimen Permatang Pauh menerusi Instagram berkongsi gambarnya bersama bapa, membuatkan ramai yang sebak. Rata-Rata netizen meluahkan rasa terharu dan kagum dengan keluarga ini kerana mampu bersabar puluhan tahun menunggu kebebasan bapa tercinta.
“Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah membenarkan kepulangan ini. Cara yang terbaik menyambut Ramadan. Pengampunan berdasarkan satu kesilapan dalam keadilan. Satu perpisahan dipertemukan dengan satu pelukan akhirnya. Menjalani hidup berdasarkan keyakinan berprinsip. saya sayang papa. Kita ada banyak perkara hendak dilakukan. Lebih banyak ketidakadilan akan diperangi.
Datuk seri Anwar Ibrahim dibebaskan pagi tadi dengan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suka tengok dekorasi kediaman ini. Walaupun tak mewah tapi kemas betul. Memang rajin sungguh tuan rumah ni menghias dan juga mengatur letak barang-barang.
Bagi empunya diri Eiza Nas, walaupun tidak berapa pandai dalam soal dekorasi, namun dia lebih mementingkan bab menyusun barang-barang. sementelah di ruang dapur berkenaan tiada kitchen kabinet. Begitu pun, ruang dapur yang sempit tetap nampak kemas dan tersusun rapi.
Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik. Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri.
Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri 🤣🤣🤣. Bilalah dapat p jalan2 ini.
Dekorasi simple tapi dapat memberi inspirasi buat anda yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.