Isu ketiadaaan air Di selangor seolah-olah tiada penghujungnya. Bermula 13 hingga 16 Oktober ni Selangor sekali lagi akan mengalami gangguan bekalan air.
Justeru semua diminta untuk menadah air bersih. Jika tiada tong besar untuk tadah air, anda boleh menggunakan dua bahan ni.
Gunakan plastik sampah dan juga bakul untuk tadah air. Lepas tu ikat kemas-kemas. Selesai masalah.
Boleh cuba tips wanita ini yang berkongsikan tutorial menerusiTikToknya salleharoslan.
Sebagai tuan rumah, pasti kita mahu tetamu yang bertandang untuk berhari raya berasa selesa dan gembira. Selain menghidangkan pelbagai juadah enak, ada baiknya, ibu-ibu mesti nak keadaan ruang tamu sentiasa bersih dan dalam masa yang sama berbau segar dan harum.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah. Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba buat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Istimewanya juga bila berbicara tentang penyegar udara ini, ia cukup menjimatkan dan aromanya dijamin cukup menyegarkan segenap ruangan. Jadi apa tunggu lagi, jom buat!
Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Kombinasi bahan-bahan ini akan menghasilkan bau yang segar dan pada yang sama turut menghasilkan bau yang menyenangkan sesuai dengan mood musim panas yang sejuk. Potong beberapa hiris buah epasl dan masukkan hirisan ke dalam balang dan tuangkan air. Tambah beberapa batang kayu manis dan beberapa keping bunga lawang dan bunga cengkih. Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang anda inginkan.
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Lemon + Thyme,+ Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina dan thyme yang segar. Anda juga boleh menggunakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati di pasaran berhampiran anda. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badam bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hiris lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Timun + Basil +Serai
Jika anda inginkan aroma yang merangsang deria, tiga bahan ini sangat sesuai dengan anda kerana bau tajam basil yang dicampurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi aroma kegemaran anda. Potong beberapa keping timun dan letakkan di dalam balang yang sudah berisi air. Tambahkan beberapa tangkai selasih (anda juga boleh menggunakan selasih kering) dan tambahkan juga beberapa titik minyak pati serai.
Sumber : FB Impiana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Fattah Amin menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya. Fattah memuatnaik video bersama anak tunggalnya Fatima berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Bintang filem Pendekar Awang & Tok Gajah ini memberi ucapan ringkas dan penuh makna untuk Fazura di media sosial kerana memberinya peluang membawa Fatima meraikan hari jadi disebuah taman permainan ‘in door’ yang tidak diketahui lokasi dimana.
Dalam video berkenaan Fatima mengajak Fattah turut menemani bermain dengan alat permainan yang disediakan.
Video yang dikongsi itu membuatkan wargamaya bersemut melihat dua beranak ini menghabiskan masa bersama.
Peminat Luah Rasa Hati Dan Berdoa Pasangan Ini Temui Kebahagiaan
Melihat video dan kapsyen penuh makna Fattah, ramai peminatnya menitipkan doa agar mereka kembali bahagia. Ada juga meluahkan terharu melihat Fatima bersama ayahnya tanpa ibu.
Apabila anak-anak tak sihat, mak dan ayah orang yang paling tak senang duduk. Rengekan si kecil menahan kesakitan membuatkan hati terasa sedih.
Di tambah pula waktu menerima rawatan, pelbagai cara dilakukan supaya si anak tidak meragam.
Demikian dengan anak penyampai radio Hotfm, Haziq Husni apabila kedua-dua anaknya dimasukkan ke wad akibat radang paru-paru.
Menurut Haziq, anak-anaknya Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan dan Chayra Aulia, empat bulan disahkan terkena penyakit berkenaan selepas doktor melakukan ujian X-ray.
Sebelum ini dia sering membawa anak-anaknya ke klinik tetapi doktor hanya menyatakan ia batuk biasa.
“Lebih tiga bulan kedua-dua anak saya mengalami batuk berterusan sehingga memaksa saya membawa mereka ke hospital.
“Heidy sebelum ini hanya mengalami batuk biasa malah dia sangat aktif, tetapi ia menjadi teruk apabila dia mula mengeluarkan batuk berkahak sehingga muntah.
“Manakala Chayra pula batuk setiap hari dan tidak sangka ia adalah punca radang paru-paru,” katanya.
Katanya, kedua-dua paru-paru Heidy mengalami masalah dan Chayra hanya sebelah saja.
Tambah Haziq lagi, kemungkinan anak-anaknya akan ditahan selama seminggu di hospital untuk memudahkan doktor melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut.
“Sebagai seorang bapa pastinya saya bimbang melihat keadaan mereka apatah lagi Chayra sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit Pertussis (batuk kokol).
“Sekarang penyakit lain pula yang dia hidapi. Saya mohon doa semua semoga anak-anak saya segera sembuh kalau boleh saya tidak mahu mereka lama-lama di hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang memujuk anaknya mendapatkan rawatan neb.
Menariknya, Haziq menggunakan pendekatan menyanyi bagi membolehkan anaknya senyap dan tidak meronta-ronta ketika rawatan tersebut.
“Ni cara daddy bagi Heidy senyap time neb. Kesian memang kesian. Tapi nak sihat kan? Kena juga neb. Dengar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Macam kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu.
“Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tapi kunci lembut-lembut je. Kemudian, kaki dia kunci dengan kaki kita. Kepala dia pun tak boleh duduk diam juga.
“Jadi, tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia tak boleh gerak. Last, nak bagi suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar,” Tulis Haziq di kapsyennya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.