Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.
Selain faktor semulajadi, punca anak lambat bercakap juga mungkin datangnya daripada kesilapan ibu bapa sendiri.
1. Kurang Terlibat Dalam Perbualan
2. Kurang Pendedahan Pada Perkataan
3. Terlalu Lama Dengan Gajet
4. Mengajuk Anak Bercakap Pelat
5. Pergaulan Yang Terhad
6. Faktor Genetik & Kesihatan
Tip Untuk Anak Cepat Bercakap:
1. Bermain-main dan bercakap dengan anak guna bahasa yang betul.
2. Jangan biarkan anak belajar sendiri bercakap dari TV atau gajet, ia tidak membantu.
3. Tunjuk dan sebut dengan betul perkara yang ada di sekeliling anak sambil bermain.
4. Amalkan doa ini. Insha Allah dengan izin-Nya, anak anda akan mula bercakap dan berkeletah.
Ads
Jom kita amalkan doa ni mudah-mudahan jadi lancar.
Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak. Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2. Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5. Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
6. Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ditanya bilakah waktu yang paling selesa untuk kita cas telefon, tentu ramai antara kita melakukan proses tersebut pada waktu malam. Paling lazim, sebelum tidur kita akan pastikan telefon dicaskan agar keesokan harinya bateri telefon penuh untuk digunakan.
Tapi tahukah anda, cara cas telefon sepanjang malam memang nampak memudahkan kita. Namun semua ini boleh mengundang bahaya bukan hanya pada diri kita sahaja malah terkesan kepada seisi rumah.
Hal ini telah dikongsikan oleh Eja Filzah di akaun fbnya dan semoga info ini dapat memberi manfaat untuk semua agar lebih berhati-hati saat melakukan proses cas telefon.
“Alhamdulillah.. Allah masih beri peluang untuk teruskan hidup.. Selalu terbaca kes kat org lain tapi pagi tadi 4.20pagi tgh diulik mimpi terasa belakang badan panas bila toleh sebelah tgk fon kesayangan dah terbakar dgn tilam sekali terbakar”
Bertindak pantas
Bgn bukak lampu 1rumah berasap cepat ambk air simbah kat air kat tilam.. Nasib baik fon tk meletop .. Just tangan melecur.
Kejadian ini turut dimaklumkan kepada keluarga dan memang reaksi diorg terkejut tpi syukur tkde apa yg serius yg jadi kat sy.
Pengajaran yg boleh diambil sebagai iktibar :
1. Jgn cas phone waktu tgh tidur.. sbb overheat tu yg boleh jadi phone meletop..
2. Jgn letak phone ditempat yg membolehkan phone jadi panas.. mcm sy letak atas tilam.. phone terlampau panas.. haba dri phone tu lagi menyebabkan risiko phone tu meletop tnggi.. nasib sy baik phone tk terus meletop..sbb sy cepat sedar..
Tidak salahkan jenama
Jujur sy katakan, sya tk serik pon nk menggunakan iphone lagi sbb sy rasa nie bkn salah phone.. nie salah diri kita sndri.. kebanyakkan sy baca semua salahlan iphone .. ini bkn salah iphone.. klu nak jadi kat phone lain boleh je kan.. tpi tu laa.. kita kena berjga2.. dan stiap phone tu ada jangka hayat dia.. sy dah menggunakan fon tu 4 tahun.. sy tukar jee battery.. tapi benda nk jadi kan.
sumber : Eja Filzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia antara pelakon di Malaysia yang cukup digilai peminat. Sesuai dengan tagline Tall, Dark and Hansome, anak kelahiran Melaka ini sememangnya cukup berbakat. Berilah apa sahaja watak pasti akan dibawanya dengan baik sekali.
Cukup ramah dan tidak lokek bercerita tatkala dihujani soal peribadi termnasuklah perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengakui belum terfikir ke arah tersebut memandangkan sibuk dengan lakonan.
“Buat masa sekarang, saya menumpukan perhatian untuk penggambaran filem Sangkar. Kalau diikutkan dua hari sebelum raya baru tamat penggambaran. Jadi tiada masa untuk fikirkan hal lain buat masa sekarang. Lagipun, ini rezeki untuk saya juga kan, mungkin rezeki untuk naik pelamin belum sampai tetapi saya tak mahu tolak dengan rezeki lakonan. Lagipun saya ikut apa yang Dia ‘susun’ untuk diri saya.
“Setakat ini keluarga terutama mak saya tak banyak soal, malah dia faham akan kesibukan saya dalam kerjaya. Jadi, tidaklah dia bertanya selalu akan hal ini. Lagipun saya mahu bekerja keras demi keluarga. Saya mahu gembirakan ibu dan adik-beradik yang lain dahulu.
“Memandangkan sejak dulu lagi saya diibaratkan ketua keluarga, jadi segala tanggung jawab terletak di bahu sendiri. Malah, saya jugalah yang bertanggung jawab menguruskan perkahwinan kakak dan adik sebelum ini. Macam-macam kami lalui bersama, susah senang hidup. Alhamdulillah, kini saya cukup berbangga dan saya pasti keluarga turut merasai perasaan yang sama.
Pernah melalui hidup getir demi sesuap nasi sebelum berjaya menjadi pelakon terkenal, Remy pernah juga bekerja sebagai buruh kasar, pemandu lori dan penjual ikan. Keperitan itu membuatkan dia mahu berusaha keras untuk memastikan ibunya hidup selesa seperti sekarang.
“Saya tak mahu ibu penat dengan usianya yang sudah 62 tahun, saya rasa sekarang masa untuk ibu berehat dan saya pula balas jasanya yang bersusah payah sebelum ini membesarkan kami adik-beradik.
“Saya mahu ibu hidup selesa dan tenang. Sementelah dia sekarang tidak berapa sihat dan ada masalah jantung. Itupun kebetulan ibu buat pemeriksaan lanjut untuk penyakit Tiroid. Waktu itu baru doktor kesan jantung ibu bengkak. Lalu doktor minta buat pemeriksaan MRI untuk pengesahan lanjut.
“Sekarang ini tengah tunggu giliran untuk MRI. Ada juga saya bawa ibu untuk rawatan tradisional dan terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur- Melaka-Ulu Tiram, tetapi demi memastikan kesihatan ibu baik saya sanggup berpenat lelah. Alhamdulillah, sekarang ini ada sihat sedikit cuma ibu kena berpantang terutama dalam menjaga pemakanan.
“Sebab itu juga, raya tahun ini saya ambil keputusan untuk bawa ibu dan ahli keluarga yang lain bercuti.Raya pertama kami dah ‘cabut’ bukan untuk lari dari diserbu peminat tapi saya mahu habiskan masa bersama keluarga memandangkan sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerja dan sukar untuk bertemu.
“Jadi, cuti hari raya nanti adalah masa yang sesuai untuk kami bercuti bersama. Ini adalah raya kedua yang saya dan keluarga bercuti selepas tahun lepas berbuat demikian. Untuk tahun ini, saya dan adik beradik sudah rancang untuk buat gathering dan ‘bonding time’.
“Pada saya masa adalah benda yang paling bermakna untuk diberikan pada keluarga serta komitmen sebagai seorang anak. Duit boleh diberi pada bila-bila masa bukan hanya hari raya, tetapi kualiti bersama itu yang lebih penting. Sebab itu saya sanggup ‘korbankan’ raya demi bersama keluarga.
“Kalau diikutkan sudah 10-11 tahun saya melayan peminat yang datang beraya, jadi sekarang masa saya berehat dan bersama keluarga.
Mengakui persiapan raya tahun ini macam biasa ala kadar, Remy juga baru melancarkan koleksi busana raya berupa Kurta dan Baju Melayu bersama Starvilion.
“Saya tak perlu susah payah fikir soal baju kerana sudah ada baju koleksi sendiri yang dikeluarkan oleh Starvilion. Sejak dahulu lagi, saya memang sangat berminat dengan baju melayu pesak klasik.
“Tawaran oleh Starvilion ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Ini adalah lambang kebanggaan pada saya dan tak lengkap kalau hari raya saya tak sarungkan baju melayu pesak klasik ini.
Untuk peminat boleh dapatkan di Starvilion di Seksyen 7 Shah Alam dengan 10 warna pilihan yang menarik dari saiz XS ke XXL.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di