Kucai adalah tanaman yang senang ditanam. Tetapi agak ramai yang kurang mengetahuinya kerana mungkin benih kucai yang baik, sesuai agak jarang selain sukar diperolehi.
Saudara Ramli Ahmad yang menjual benih ubi kucai, turut berkongsi cara menanamnya dengan menggunakan polistrin. Perkara utama utk tanam kucai (juga kebanyakan sayuran lain) ialah anda mestilah menggunakan benih yang sesuai & berkualiti. Anda perlu guna benih dari ubi kucai. Ini perlu bagi pertumbuhan kucai yg baik, mudah & boleh membiak dengan lebih cepat. Benih kucai dari biji biasanya susah untuk tumbuh atau bercambah. Malahan kalau tumbuh pun biasanya sukar & lambat membiak.
Perkara seterusnya yg penting dlm penanaman kucai (juga sayuran lain) ialah mestilah menggunakan tanah yg subur. Ini merupakan tanah top soil atau campuran tanah hitam. Elok dicampur kompos dan/atau najis haiwan kering, reput & hancur.
Benih kucai yg kami bekalkan telah siapsedia untuk ditanam terus. Kucai boleh ditanam dlm pasu, polibag, kotak polistrin atau atas tanah. Siram selepas tanam & lepas itu siram jika kering atau tiada hujan. Air terlalu banyak atau tanah terlalu lembab kurang sesuai. Perlu elak air dari bertakung. Kucai sukakan cahaya matahari yg banyak.
Ads
Biasanya kucai yg ditanam dari benih ubinya akan boleh diambil hasilnya selepas 3-4 minggu selepas ditanam. Cara mengambilnya ialah ialah dgn memotongnya dgn pisau yg tajam pada paras 2-3sm dari paras tanah. Selepas dipotong, kucai akan tumbuh semula dari ubinya & boleh dipetik lagi selepas 3minggu & begitulah seterusnya hingga bertahun2 asalkan kita menjaganya dgn elok.
Kotak polistrin, saiz besarPotong & buang sedikit bhg atas. Buat lubang.Kotak polistrin yg telah dipotong & ditebuk lubangSiap utk diguna. Yg bawah tu dah siap diisi media tanaman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila melihat rumah bersepah, pasti ibu-ibu ‘naik hantu’. Apatah lagi jika baru saya mengemas. Bagi yang mempunyai anak kecil usia di bawah 6 tahun, perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Tidak perlu rasa lelah atau penat untuk menguruskan anak-anak begini. Nah ibu-ibu baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Paediatrik Occupational Therapy, Idzmir Shahril daripada Idzmir Kids Hub ini terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal..
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun ke bawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyayangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibu bapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibu bapa sekalian. Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril Paediatric Occupational Therapist
Fb : Idzmir Kids Hub
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Poligami menjadi isu panas yang tiada kesudahan. Sesuatu yang dihalalkan agama dan mengharamkan poligami barangkali menafikan hukum Tuhan.
Namun, jarang ditekankan soal bahayanya poligami yang mampu memperjudikan nasib dan masa depan diri, isteri dan anak jika sang suami tidak mampu berlaku adil.
Aku pernah dah tulis sebelum ni. Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka.
Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.” (Dia merujuk kepada isteri)
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau.
Baik, dia begini;
1. Iya, Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun. Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumahtangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah! Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu.
Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Bukan siapa-siapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan hanya memiliki kulit wajah yang halus mulus dan cantik, malah rata-rata wanita Thailand juga turut memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing.
Rupa-rupanya ada rahsia bagaimana mereka memperoleh wajah dan bentuk badan yang langsing. Selain pemilihan makanan, gaya pemakanan mereka yang sihat juga membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka.
Bukan itu sahaja, wanita Thailand juga gemarkan mengamalkan petua semulajadi serta rutin alami ini setiap hari. Tidak hairanlah jika mereka cantik.
Jom cuba tip dan petua yang diamalkan oleh mereka. semoga dapat membantu, tak salah kan kalau kita nak cuba!
1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Selain melancarkan perjalanan darah, berurut juga dapat merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian dikatakan memberi ‘bonus’ pada kulit wajah yang cantik, bersih dan gebu.
Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana tahu akan khasiat hebatnya.
3. Lulur
Tak hanya berurut, satu kemestian bagi setiap wanita di sana adalah melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan bukan hanya menghaluskan kulit tetapi juga mencerah dan menggebukan kulit.
4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba dan rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih hebat.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.
Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh. Patutlah mereka kurus dan cantik sentiasa!
6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Sempurna. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik.
7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untukcantik.
Masker daripada betik antara yang sering diamalkan mereka sejak dulu. Selain itu masker daripada beras pulut dan beberapa bahan alami lainturut menjadi kegemaran mereka. Kena cuba!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.