Belimbing buluh kalau tak habis, janganlah dibuang. Daripada buah belimbing buluh ini dibiarkan luruh dan busuk, apa kata anda manfaatkan menjadi manisan. Rasanya sedap seperti kismis.
Kalau memang banyak terlebih dan masih ada di pokok boleh praktikkan apa yang dikongsi Mia Mia ini. Wanita ini juga turut berkongsi cara membuatnya.
Belimbing Buluh Kalau Tak Habis, Boleh Buat Manisan
Cara membuat:
1. Sediakan bahan ini;
-2 kg belimbing buluh yang tua, bagus tidak terlalu masak
-Gula 1/2kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera
-1 sudu teh kapur sirih
-Air secukupnya
Ads
Facebook Rosmawati Rose.
2. Bersihkan hujung pangkal belimbing buluh, cuci lalu rendan dalam air kapir sirih lebih kurang 2 jam. Kemudian bilas bersih dan tos.
3. Rebus sebahagian gula dengan 1 liter air sampai mendidih kemudian masukkan belimbing buluh rebus sampai mendidih lagi. Matikan, biarkan sehari semalam.
4. Saring belimbing buluh.
Ads
5. Rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, matikan api bila mendidih. Selepas itu masukkan kembali belimbing buluh, inapkan sehari semalam.
Tengok pun dah menarik, pasti sedap ni kalau dimakan bersama santan memang best. Rasa lemak santannya memang memikat. Ditambah pula dengan ais dan dimakan waktu petang mahupun tengah hari. Cukup menyelerakan. Warna ungu dari ubi keledek yang digabungkan bersama kuning dari jagung memikat selera si anak.
Ibu-ibu yang baru nak cuba boleh lah sediakan untuk seisi keluarga petang ini. Caranya yang ringkas, mudah tetapi menyelerakan. Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Haidah Md Said
Dah lah cantik, sdp plak tu..
Bukannn kata hakakkk, kata bubur candil ni haa…😂😂😂
Resepi bubur candil hakak :
Bahan-bahan
1 kg Ubi keledek ungu,
2 cawan isi jagung
7-8 sudu besar Tepung ubi
500ml santan pekat
350-400 ml air
secubit garam
gula melaka/gula putih secukupnya
Dua helai daun pandan
Cara membuat:
Ubi keledek direbus hingga empuk, kemudian dilenyek dan ketepikan.
didihkan air,
Masukkan tepung sikit2. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tu tak pecah2 bila dibentuk.
Gentel lah bulat2 ikut nak kecik ke besar.
Apabila air mendidih masukkan doh bubur candil dan biarkan terapung baru diangkat.
Di dalam bekas lain, masukkan santan, masuk daun pndan, gula secukupnya dan secubit garam.
Kemudian, masukkan doh bubur candil tadi ke dalam santan. Buka api semula dan masak. Masukkan isi jagung
Dah siap.
#hakakhtsado
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada banyak cara sebenarnya untuk simpan cili kisar supaya tahan lama, tak rosak berkulat malah senang diguna. Nak masak pun mudah, ambil je kuantiti yang diperlukan.
Tip ini dikongsikan menerusi TikTok ctrahmahhs. Moga bermanfaat.
1. Kisar cili kering seperti biasa.
2. Masukkan cili kisar tersebut dalam bekas kecil.
3. Setelah Itu, masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku.
4. Apabila dah beku, keluarkan dari bekas dan masukkan pula dalam pula bekas bertutup. Ia bagi menjimatkan ruang untuk menyimpan cili.
5. Kemudian, letak label pada bekas tersebut dan simpan kembali dalam peti sejuk.
Dah siapppp!!!. Mudah Kan Cara ini, Malah menjimatkan ruang dalam peti. Bukan Tu je, ibu-ibu pun tak perlu nak kisar banyak jali. Nak guna ambil je berapa kuantiti yang diperlukan.
Biskut raya ini antara resipi warisan yang sering menjadi pilihan ibu-ibu untuk hidangan di hari raya. Jika dahulu hanya satu resipi iaitu bangkit Kelapa namun kini sudah dipelbagaikan versi termasuklah menggunakan cheese.
Kali ini admin nak sajikan hidangan Biskut Bangkit Cheese yang cukup mudah nak dibuat. Tak perlu risau kalau tak ada acuan, guna je penutup botol mineral dan selesai masalah anda.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha
Biskut raya kembali”Biskut Bangkit Cheese”..nak bli da siap mahal sb brg²nya pon dah mahal..jd kita buat sendiri utk kepuasan diri..dh bli brg² lupa acuan xda,nampak botol mineral depan mata so tutupnya jd mangsa..jgn tgk awalnya,tp tgk kesudahanya..setiap thn wajib ada sb biskut ni sedap sgt² rapuh cair dimulut rasa cheese yg puas sgt².
Putar butter,gula sehingga kembang,masukkn cream cheese,asen vanilla & kuning telor putar lg bg kembang sebati, kemudian masukkn tpg sikit demi sedikit putar seketika.
Kemudian uli sehingga doh xmelekat pd tgn,parutkn cheddar gaul sebati,jika doh kekurangan tpg tmbah tpg ubi ye,biarkn doh dlm bbpe minit.
kemudian tekap acuan ..panaskn oven@af bakar pd suhu 170-30minit ikot oven masing²..klu xckup masak ditambah masa.
Biar kekuningan seperti dibawah korg akn rasa cair dimulut,& ranggup² cheese tu.