Menjaga kecantikan bukan sahaja wanita zaman kini sahaja yang bersungguh-sungguh. Malah jika dibandingkan, wanita zaman dulu juga tidak kurang hebatnya.
Rajin mengamalkan pelbagai cara dan kaedah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Terbukti kesan amalan tersebut menjadikan wajah wanita dulu-dulu mulus dan berseri.
Antara yang digunakan oleh mereka adalah dengan menggunakan pisang dan susu. Nak tahu bagaimana caranya, jom semak.
Ads
•PISANG
Pisang mempunyai kelebihan sebagai pelembap semula jadi untuk kulit muka anda. Hancurkan sebiji pisang dan jadikan masker wajah dan leher.
Biarkan selama 10 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.
Ads
Anda juga boleh campurkan pisang lenyek dengan suku cawan yogurt asli dan dua sudu makan madu untuk hasil yang lebih maksimum.
•SUSU
Ads
Manjakan wajah anda dengan susu. Buatlah masker menggunakan suku gelas susu tepung dengan sedikit air hingga campuran menggumpal dan berbentuk pes. Gunakan pada wajah bersih dan biarkan hingga kering. Bersihkan dengan menggunakan air suam. Wajah anda akan kelihatan segar dan muda.
sumber : Hafizah Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suka tengok dekorasi kediaman ini. Walaupun tak mewah tapi kemas betul. Memang rajin sungguh tuan rumah ni menghias dan juga mengatur letak barang-barang.
Bagi empunya diri Eiza Nas, walaupun tidak berapa pandai dalam soal dekorasi, namun dia lebih mementingkan bab menyusun barang-barang. sementelah di ruang dapur berkenaan tiada kitchen kabinet. Begitu pun, ruang dapur yang sempit tetap nampak kemas dan tersusun rapi.
Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik. Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri.
Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri 🤣🤣🤣. Bilalah dapat p jalan2 ini.
Dekorasi simple tapi dapat memberi inspirasi buat anda yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Dengan kreativiti dapat menghasilkan sesuatu yang menarik walaupun simple je. Inilah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila suaminya membuat sendiri kabinet dapur dengan bajet hanya RM250.
Inilah kreativiti dan hasil tangan suami kepada puan Nasibah Ramly. Moga bermanfaat buat anda yang ingin mencuba DIY sendiri dapur di rumah! Kt sini sy nk share cara2 #diykabinetdapur by suami Mat’in Ali. Rmai yg pm tnye, mmg kami x amik tempahan pon.. Buat sekadar suka2 & utk rumah sendiri je,mtk maaf byk2 ye.. Mane2 yg ade mase & kurang bajet utk tempah kabinet dapur cm kami ni blh try wt sendiri ikut selera masing2.. Sy just share cmne nk bg pintu kabinet tu jd berkilat cm yg tempah tu jer, sbb sy tau, semua lelaki pndai bertukang..cume ade mase & xde mase jer kn..
TOTAL COST (beli barang2 shj seperti kayu 1×2,kayu bingkai(halus),plywood,cat,skincoat,undercoat,skru,paku,magnet,engsel) : RM250
TEMPOH : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat utk siapkan). Cara membuat:
Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal. Utk pintu kabinet, buat frame dulu.. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yg bingkai depan tu guna kayu halus, rm1 sebatang utk hiasan..
Ni harr kayu 1×2 utk wt kerangka & frame pintu dan kayu halus utk bikar rm1 je sebatang..
Dh siap wt pintu, try la pasang dulu utk tgk ukuran padan ke tak.. Mane2 nk ejas, mase ni la.. Lepas tu pasang engsel & magnet terus siap2 (betul x sebut gitu orr, main hentam jer huhu)
Yang ni step utk mengecat yer..
Skincoat dulu utk tutup lubang2 kayu, jemur sampai kering pastu gosok dgn kertas pasir sampai licin semua sekali..
Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.
Cat color.. Ni kod color purple kabinet sy. Dh siap cat, keringkn & blh pasang.. Siap.. Selamat mencuba!
Cat putih bahagian dalam
Penyangkut periuk, beli di kedai rm2..suami bengkokkn penyangkut tu, utk dptkn kedudukan cmtu.
Tadaa. Dh siap kemas pon.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club (https://t.me/keluargagaderclub)
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain sering menjadi perhatian ramai setiap kali kemunculannya. Lahir pada 2 Mei 1968, Ziana kini meniti usia 55 tahun. Namun jika dilihat dari segi aura wajahnya langsung tidak menampakkan usia sebenarnya.
Bukan saja sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah. Tidak dinafikan dari dulu sampai sekarang penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Ziana pernah berkongsi rahsia kecantikannya yang lebih senang memilih petua tradisional untuk menjaga penampilannya. Antaranya yang dikongsi oleh Ziana ialah:
1. Amalkan jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi
Selalu amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, akan ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti.
Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.
2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah
Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Akan lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.
3. Tak pernah sentuh ais
Salah satu petua lain pula ialah dia juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.
4. Bapa ajar cara untuk menjaga wajah
Ziana Zain juga menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Beliau amat berterima kasih kepada bapanya (yang dipanggil abah) yang selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Bab ini memang amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.
5. Buat masker muka sendiri
Antara petua bapa Ziana yang sampai sekarang diingati ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.
6. Minyak kelapa sebagai minyak rambut. Untuk rambut pula, ujar Ziana, bapanya akan memasak minyak kelapa sendiri. Kemudian akan dicampurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan di bahagian kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus mengukir nama beliau di dalam The Malaysia Book of Records sebagai Artis Wanita Pertama Memenangi Pertandingan Antarabangsa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.