Bercerita tentang me time, sesetengah orang baginya adalah dengan keluar berjalan-jalan di taman, window shopping, baca buku, pergi kelas agama, munim kopi dan sebagainya.
Dan baru-baru ini, perkongsian Dr Taufiq Razif berkenaan cara isterinya mendapatkan Me Time juga telah menarik perhatian warganet. Ini perkongsiannya.
Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku.
Dan saya akan biarkan je isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri.
Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam Extrovert tapi dia ada sisi Introvert dia. Semua orang pun macam tu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ni spektrum sebenarnya.
Jadi saya akan biarkan je isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak anak seharian.
Ads
Sesekali..
Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian..
Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya :
Masa untuk agama dan Pencipta
Masa untuk orang ramai
Masa untuk anak dan keluarga
Masa untuk pasangan
Masa untuk diri sendiri
Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga
Melalui perkongsian Dr ini rupanya mencuri perhatian warganet terutamanya suri rumah yang mengakui betapa pentingnya bagi mereka untuk mendapatkan masa terluang untuk bersendirian setelah penat mengurus keluarga seharian.
Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada salah seorang isteri ini baru habis pantang dan juga merupakan suri rumah, ujarnya, “Normal kan doktor? saye housewife, anak 2 baru abis pantang n mood not stable yet.suami balik saye serah anak2 kat suami, saya naik bilik kunci pintu,saya golek2 atas katil,then saya g mandi dengan tenang, siap kan diri.da settle dan rasa fresh baru keluar dari bilik.”
Ads
Memberi respon tersebut Dr Taufiq mengatakan bahawa ia adalah totally normal kalau memang perlu masa bersendirian sekejap. Asalkan bukan sampai berkurung berhari hari”.
Manakala perkongsian yang lain piula adalah seperti wanita ini mengakui dengan duduk dalam kereta adalah caranya untuk mendapatkan ketenagan.
“Saya sangat ni. Orang tak faham kenapa tapi yang tahu aje tahu. Ada masa saya rasa nak minum kopi. Ada masa saya nak tengok movie sendiri. Ada masa saya nak senyap sunyi keluar dari rutin harian jadi saya duduk dalam kereta. Bukan sebab tak bersyukur anak sihat aktif. Cuma nak cas semula diri sendiri.”
Kongsi yang lain, “Saya juga begitu. Pagi ni lepas hantar anak ke sekolah, saya pusing sekejap di kebun, hirup udara segar, nikmati pemandangan dan makhluk ciptaan Allah yang sangat damai dan indah. Fresh! Then, baru balik untuk urusan routine harian seterusnya. Dalam kereta pun saya standy 2-3 buku, kadang-kadang kalau tak rushing baca 1-2 muka dulu baru masuk rumah. Cari mood, cari ideas ”
“Sama…tempat paling mudah nak bagi masa untuk diri sendiri.. Dalam kete… Time gi kije.. Sampai tempat kije.. Amek mase jugak nak kuar.. Balik kije Kadang-kadang tu saje tak amek shortcut.. Tunggu je lmpu merah.. Rilex2 sampai umah masuk garaj… Pejam mata.. Tarik nafas.. Dpt 5,10 minit pun dah ok ,” tulis yang lain pula.
Main kutu sebagaimana kita maklum adalah apabila ada sekumpulan individu yang setuju untuk menyumbangkan wang dalam kuantiti yang sama setiap bulan untuk tempuh waktu yang ditetapkan.
Biasanya cabutan atau undian akan dilakukan untuk menentukan siapa berhak menerima duit kutu yang dikumpulkan itu secara bergilir-gilir.
Tidak dinafikan antara kita beranggapan dengan bermain kutu bersama saudara-mara, jiran tetangga atau rakan sepejabat akan dapat membantu masalah kewangan atau untuk tujuan membeli barangan berharga dan sebagainya.
Namun dalam sedar atau tidak, sebenarnya dengan bermain kutu kita rupanya menambah hutang. Ini sebagaimana cuba dijelaskan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli Ahmad.
BERHENTILAH MAIN KUTU?
Satu budaya menyimpan duit sejak zaman dulu kala adalah bermain ‘kutu’.
Dipejabat saya juga, budaya ini masih subur sebenarnya.
Jika pakatan ada 12 orang maka, kita akan buat cabutan siapa yang dapat bulan pertama sehingga bulan 12.
Malah ada yang negosasi,
“Boleh bagi aku bulan 8 sebab road tax Audi aku mati”. Cerita Syukri.
Jika kita kutip RM100 sebulan, sekali dapat RM1200.
Membina Hutang
Bila bulan pertama kita dah dapat, bulan depan kita dah mula berhutang dengan kawan kawan.
Kita dah dapat RM1200, dan kita mula berhutang RM1100 pada semua kawan kawan.
Bagaimana jika belum habis giliran kita, kita dijemput illahi pergi. Mati itu pasti!.
Elakkan main kutu kerana ia membina hutang sebenarnya.
Buat Arahan Potongan Tetap
Jika susah sangat nak menyimpan. Isi borang arahan tetap potongan masuk terus ASB atau Tabung Haji.
Ia lebih terjamin.
Secara perundangan satu kesalahan, secara hukum ianya dilarang.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Percubaan kali pertama akhirnya membuahkan hasil.Kreativiti disamping bantuan dari pencarian Ggoogle serta ilmu kawan-kawan kongsikan membolehkan saudara Mohammad Rozuwan Zaini memiliki Kabinet Kopi yang simple tapi nampak mewah.
Alhamdulillah siap jugak projek pkp tiga point kosong. simple DIY coffee cabinet. Kali pertama main kayu kita try and error je. Semua buat sendiri dari design sehingga pemasangan. Terima kasih pada cik google, cik youtube dan juga kawan yang sudi bagi ilmu yang sangat berguna.
Oleh sebab pkp, terpaksa lah kita order di sh0pii. Sekecil kecil barang seperti skru sehingga ke melamin chipboard. Untuk k0s semua anggaran dalam Lima ratuss plus . Rasa nya sangat berbaloi dari segi duit dan pengalaman buat sendiri😄.
Perkara pertama sekali korang kena la ade design cabinet tu sendiri. Tak kisah lukis di kertas atau di komputer. Janji nampak bentuk. Senang untuk korang tahu setiap inci panjang ukuran papan. Kena ingat tebal papan melamin ade 15mm & 16mm. Jadi korang siap² kira semua ukuran sebelum submit qu0tati0n.
Untuk hinge pulak atau bahasa melayu nya engsel pintu. Ade 3 jenis hinge ni, full close, half overlay & insert. Ikot kesesuain cabinet korang nk guna mana. Untuk projek ni aku guna full close jenis 3D adjustable soft close. Sebab nye dia advance sket boleh adjust depan belakang atas bawah. Tapi mahal sikit dari hinge biasa.
Bagi korang yang nak nampak pintu kabinet tu sedikit premium / mewah dengan ade nye frame, korang boleh letak papan MDF batten wall yang bersaiz 2inci lebar, tebal 6mm. Potong ikut size pintu kemudian tampal guna silicone kayu.
Untuk table top pula korang boleh pilih material ape yang korang nak. Contoh kayu nyatoh, quartz stone, marble. Untuk projek ni aku pilih rubber wood solid board. Gosok 3layer sand paper cp1000, cp1500, cp2000 selang seli dengan clear lacquer. Nak guna shellac pon boleh.
Untuk bahagian belakang pula, cuma guna plywood 3mm je. Di hardware untuk size 3mm 4ft x 8ft dalam Dua puluh lebih sahaja sekeping. Potong ikut saiz kabinet. Macam aku beli dekat sh0pii jugak sbb masa tu semua hardware tutup. Pishangg la.
Dah siap pasang semua, nak nampak handle ala² European style. Bole cari di sh0pii. Item memang solid berat dan berpatutan.
Lagi satu, bekas² transperant dalam kabinet tu sume beli dkt eco je. Nak penuh kan, nak kena cari eco tempat lain. Sebab cepat sold out pulak. Haha
Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah terdapatnya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan lebih dikenali dengan Lailatul Qadar yang amat istimewa dan amat dinanti-nantikan kemunculannya oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW sendiri memohon kepada Allah Taala agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu berkenaan menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesugguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, di dalamnya terdapat malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah Taala.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” (Hadis riwayat Muslim)
PERSEDIAAN UNTUK PECUTAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN 🌙
Allahu Akbar, terasa macam baru saja masuk ke dalam bulan Ramadan. Rupanya kurang dari 2 minggu saja lagi tetamu mulia ini akan meninggalkan kita. Insya-allah bermula malam esok, kita akan mula memasuki 10 hari akhir Ramadan.
Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT. 🤲
Tuan Puan,
Mungkin ibadah kita selama 11 bulan yang lalu banyak cacat celanya, namun apa salahnya jika kita cuba lakukan yang terbaik pada bulan ini untuk merebut ganjaran yang sangat besar pada 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. SubhanAllah.
Saya ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan. Semoga Allah SWT rezekikan kita bertemu Lailatul Qadar yang dinantikan, insyaAllah. 🌹
1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN MENGQADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.”
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.”
Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Daripada Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan? Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
c) Solat Sunat Tarawih
Daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
d) Solat Sunat Rawatib
Daripada Ummu Habibah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Maksudnya: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
(Surah Nuh 71: 10-12)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah aku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.”
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab 33: 56)
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”
Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling kerap diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) – “Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Surah al-Nisa’ 4: 36)
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR Daruqutni, hadis hasan)
8. HINDARI SIFAT RIAK, ‘UJUB, SUM’AH DAN TAKABBUR DENGAN AMALAN YANG DILAKUKAN
Riak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak niatkan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT.
‘Ujub pula ialah seseorang yang menganggap bahawa amal soleh yang dilakukannya adalah kerana diri sendiri atau sesuatu perkara, bukan kerana Allah SWT yang mengizinkannya.
Sum’ah ialah menghebahkan perbuatan baik yang dilakukannya agar diketahui orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan, dll.
Takabbur pula bermaksud sombong dengan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak setaraf dengannya sama ada melalui kata-kata, pandangan atau bicara hati.
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan (walau sebesar) biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan (walau sebesar) biji sawi.”
Maksudnya: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”
Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.
(HR Muslim, hadis sahih)
10. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA BERPUASA
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan dari Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim dan Tirmizi, hadis sahih)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mungkin kita tertanya pada diri sendiri, mampukah nak buat kesemua amalan ini? Di dalam kaedah fiqh, para ulama ada menyebutkan:
مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لُا يُتْرَكُ كُلُّهُ
Maksudnya: “Apa yang tidak boleh didapatkan kesemuanya maka jangan ditinggalkan kesemuanya.”
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT, manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin.
RUJUKAN :
1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-192: Kelebihan Solat Sunat Fajar
2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-223: Solat Dhuha Mendapat Istana Emas
3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-152: Sifat Solat Malam Nabi SAW
4. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-83: Kelebihan Solat Sehingga Imam Selesai
5. Bayan Linnas Siri Ke-194: Konsep Sedekah Jariah Menjana Kesatuan Ummah
6. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke- 131 : Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka?