Baru melahirkan bayi keduanya pada 12 Februari yang lalu, Scha Alyahya kini sedang dalam tempoh berpantang. Isteri kesayangan Awal Ashaari ini, rajin memuat naik perkongsian terbarunya dalam proses berpantang.
Terbaru, Scha memuat naik sekeping gambar bayi yang digelar Baby L itu sudah tidur, namun Scha masih terjaga.
They say sleep when your baby sleeps hmmmkayy 😂🤗😅😭😏😕😟
Hidup rumah tangga sebenarnya ada banyak jalan untuk kita beramal sekali gus dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
Ini perkara yang kalian boleh buat untuk menceriakan rumah tangga yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar.
1. Memandang muka pasangan dengan penuh kasih sayang.
Berapa kali kita melihat muka pasangan kita setiap hari? Iyalah dah asyik skrin henfon kau je yang kena tenung. Kahkah.
Pandang sahaja, lahirkan kembali rasa cinta pada pasangan kalian. Doakan juga mereka dalam hati. Di situ ada rahmat Tuhan buat rumahtangga kita.
2. Memegang tangan pasangan.
Pegang tangan ni biasanya makin lama makin pasangan suami isteri jarang buat. Tak semua tapi kebanyakan. Dulu masa belum kahwin beria pegang, tak mahu lepas.
Awal kahwin pun sama. Tapi dah lama-lama malu katanya. Kau nak malu apa bang. Bini kau lahhh. Kahkah.
Jadi peganglah. Bersilang jari jemari, tersemat cinta abadi. Haa begitu.
Waktu berjalan, waktu tidur, waktu duduk menonton movie. Waktu dia nak masuk bilik air kau lepaskanlah. Kalau nak merindu, eh boleh je. Fatzura kan begitu. Ewahhh.
3. Menyatakan rasa kasih dan rindu buat pasangan.
Iya bukan waktu suami ke bilik air sahaja, tapi selalu. Huhu.
Cuba kalian WhatsApp ke pasangan waktu kerja, kata kalian rindu. Tengok dia balas apa. Tapi apa pun balasan dia, mesej lagi sampai akhirnya dia juga balas dia rindukan kita.
Sweet kan? Perasaan sweet yang halal ini Tuhan suka. Di sinilah keindahan rumahtangga.
4. Belikan hadiah ringkas.
Ikut kemampuan kalian lah. Beli coklat murah pun boleh. Sebut itu hadiah, jadilah dia hadiah. Tak payah tunggu nak kena beli rantai berlian baru nak rasa itu hadiah.
Kita yang menerima hadiah pula, sekali pun cuma sebungkus nasi lemak yang pasangan kita sebut itu hadiah, hargailah.
Saling menghargai itu lah perasaan bahagia.
5. Telefon dan berbual mesra.
Dulu waktu pakai prepaid, telefon selalu. Topup kredit banyak kali pun tak apa. Sekarang sekali bayar, telefon tanpa limit tak pula telefon.
“Entah tak ada apa nak cakap.” Kahkahkah. Semua dah habis cerita ke puan? Haihh.. Banyak benda boleh sembang.
Iya kawan-kawan, rumah tangga ini tiada orang lain yang boleh bentuk dan corakkan melainkan suami isteri itu sendiri.
Jadi perkara utama yang perlu dibentuk adalah diri kita dan pasangan.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Selamat beramal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan menyatukan dua jiwa, berkongsi segala suka dan duka. Namun, bagaimana dengan hobi sebelum berkahwin? Bagi suami isteri yang berkongsi hobi sama mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sebaliknya. Ini berlaku pada selebriti terkenal Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen.
Gemar aktiviti lasak serta memancing menyebabkan ada sesetengah peminat pasangan mahu mengetahui apakah perasaan Hanis Zalikha yang sering ditinggalkan dek suaminya beberapa hari untuk memenuhi keinginan hobinya itu.
Jujurnya isteri mana yang suka ditinggalkan berhari-hari. Namun kena ada ‘give & take’ selain saling jujur dan mengamalkan sikap bertolak ansur. Tiada masalah untuk meneruskan hobi asalkan berpada-pada kan.
Jom dengar perkongsian ibu kesayangan Yusof Iskandar tentang hal ini;
I get this question a lot ? Suami & hobi.
Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.
Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang ? Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).
Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak)
You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.
Siapa sangka benjolan kecil pada payudara kanan selepas melahirkan anak sulung tiga tahun lalu rupa-rupanya kanser yang menyebabkan wanita ini koma. Benjolan tersebut dikatakan hilang setelah berubat secara tradisional.
Walau bagaimanapun selepas hamil anak kedua,ia timbul semula yang disangka ‘bengkak susu’ namun semakin membesar sebelum disahkan kanser.
Dalam kegembiraan pasangan ini menerima orang baru dalam rumah tangga, mereka diduga dengan ujian yang cukup berat. Saya gembira menerima cahaya mata baru, namun pada masa sama, hati sayu melihat keadaan isteri yang terlantar koma,” kata Muhammad Hairi Ramli, 27.
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung pada bulan lalu, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang kini berusia 10 hari dan akan diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang.
“Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu.
“Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Kubang Siput.
Menceritakan lanjut, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua kami, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudian semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya, disangkakan ia hanya ‘bengkak susu’
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat.
“Namun, saya melihat keadaan isteri semakin teruk lalu cuba memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan beliau akur. Selepas beberapa siri ujian dilakukan, doktor yang merawat mengesahkan benjolan itu adalah kanser.
“Ketika itu, luluh hati saya dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya nyawa kedua-dua mereka yang amat disayangi itu dapat diselamatkan,” katanya.
Muhammad Hairi berkata, berikutan beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjenguk keadaan isteri, anak sulung berusia dua tahun, Muhammad Hairil Hafsya kini dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat.
“Bagi memudahkan urusan menjaga anak bongsu yang baru dilahirkan pula, ibu saya, Hazimah Harun, 50, kini tinggal bersama-sama untuk menguruskan keperluannya.
“Pada masa sama, saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hilang punca pendapatan dan kini hanya mengharapkan simpati adik-beradik serta saudara-mara lain. “Namun, sampai bila saya perlu bergantung harap pada mereka untuk meneruskan hidup? Oleh itu, saya akan berusaha memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar sekurang-kurang boleh meringankan beban ditanggung,” katanya.
Kisah Noor Athirah turut dikongsikan oleh sepupunya menerusi laman facebooknya .
Kepada sesiapa sahaja yang sudi memberi Bantuan Kewangan bolehlah menyalurkan Bantuan tersebut melalui Akaun Bank pesakit. Bank Islam Malaysia (03120020182482) NOOR ATHIRAH BINTI MOHD ARIF seperti di Gambar tsb @ boleh menghubungi suami beliau *ERY* di talian (011-64845596).
Semoga ALLAH S.W.T terus merahmati dan memberkati seluruh hamba2nya di Dunia juga di Akhirat. In Shaa Allah. Aamiin